expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 27, 2010

.: Rencah :.

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, baru balik pekena teh ais & roti canai. semalam pun dapat gak pekena nikmat mengikut selera-kuew teow tomyam daging & nescafe ais (kadang2 kena catat gak menu yg kita makan, supaya bila kesempitan nanti, kita masih ingat yg kita pernah diberi nikmat sesedap ini, berbanding mereka yg langsung tidak dapat menikmati kelazatan makanan tersebut... =) syukur3333...
Nasi goreng thai - penyeri yg menyelerakan,hu2 =)

Hari ni ada pelbagai rasa. Rasa yang menambah rencah dalam hidup. Moga-moga setiap yang tercatat di sini menjadi kutipan pengalaman berharga kelak, dan moga diberi petunjuk agar setiap yang tertaip memandu kebahagiaan diri di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Sehingga hari ini, saya masih gagal menjadi Muslim cemerlang. Itu tahap penilaian pada diri saya sendiri, sebab tak mampu untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Malah kadang-kadang boleh terjadi 'hari ini lebih teruk drpd semalam'. Tidak keterlaluan jika saya katakan, semakin dewasa, saya semakin jauh dari yang terbaik. Ruang lingkup sosial juga sudah mula berubah, makin 'advance', menjadikan saya kadang2 lebih terikut-ikut dengan persekitaran. tapi walauapapun yg terjadi, setiap perkara tertanggung sendiri sejak baligh bg setiap Muslim, jd jgn nk salahkn sesiapa @ apa2 bila kena tanya kat Mahsyar nnt...

Teringat sewaktu mula-mula memasuki SMA(A)SZA, hati begitu kuat pada ibadah. Terasa tidak pernah lelah. 3 tahun di sana, berjaya membentuk identiti fesyen mengikut syara' pada diri saya, walaupun diselangi dengan pelbagai kenakalan selama 2 tahun berturut2. Syukur yang teramat sangat kerana sekurang2nya saya diberi peluang mengutip ilmu agama di sana. Sekurang2nya, walaupun apa yang saya lakukan di sana adalah kerana terikat dengan disiplin sekolah dan asrama, ia mengawal saya drpd terlibat dengan gejala-gejala 'low class minded' seperti pelajar sekarang, juga dosa free... =)monumen yg tinggal sejarah kini...

Selepas PMR, saya bertukar ke sek.men.keb sultan ahmad. Pertukaran yg terpaksa dilakukan demi keluarga. Saya berulang alik dengan basikal ke sekolah ini. Selama sebulan, saya tertinggal silibus berbanding rakan2 yang lain. Sehingga tamat tingkatan 4, saya gagal menunjukkan prestasi sebagai bekas pelajar SBP. Cuma bila berada di sekolah harian biasa, saya lebih mengaplikasikan apa yang dipelajari di smaasza. 3 tahun 'disekat' drpd bergaul dgn pelajar lelaki, automatik terasa seperti ada arus elektrik bila ada pelajar lelaki yang menegur, apalagi menjadi kebiasaan mereka untuk duduk dgn selamber di tepi pelajar perempuan. lama2, alhamdulillah, mereka terima cara saya, malah lebih menghormati pendirian saya yg seperti 'kera sumbang' pd awalnya. (sumbang dgn lelaki, bukan perempuan).

Kerana itu, bg seorang dai'e, anda takkan pernah teruji jika anda mengatakan anda perlu bersama sahabat2 seangkatan utk menguatkan iman. Sebenarnya anda hanya meletakkan diri anda pada tahap yg selesa. Bukan mengatakan anda perlu berpecah, tetapi konsep 'independent survivor' sbg seorg dai'e payah utk direalisasikan. Bila anda menyisihkan jiwa2 yg gersang ilmu agama, jd bagaimana anda ingin mengharapkan pengertian mereka pada perjuangan anda? Ini bukan pandangan skeptik, tapi komen pada yg sukar 'nampak'. Mengharapkan semua org menyokong, tapi hanya tersenyum pada geng2 berjilbab, berkopiah. Senyum-satu kebaikan yg sering dipinggirkan dlm menyebar dakwah. Wallahua'lam.

Bila result SPM keluar, saya nampak betapa besarnya hikmah yg Allah berikan bila saya tersenarai sbg pelajar cemerlang sekolah. Ia bukan satu rekod besar di sekolah lama, namun saya percaya, belum tentu saya dpt keputusan sebaik itu jika berada di sekolah lama.Malah guru2 di sini banyak memberi kepercayaan & sokongan utk saya bergiat aktif dlm pelbagai aktiviti. Tamat SPM, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca bahan agama,termasuk menghadiri kelas2 agama. Dari situ, terasa kembali jiwa ibadah yg telah lama diabaikan.

Kini, saya seolah2 menurunkan kembali graf ibadah dlm hidup saya. Dalam pada ingin mengubah keadaan ke arah yg lebih baik, saya sendiri yg tersungkur. Benar, kita teramat marah melihat kemungkaran yg dilakukan oleh org lain. Tapi terlalu payah untuk kita menyedari dan menghukum diri sendiri atas kekhilafan yg dilakukan. Masih tegar utk memanjakan diri dengan pelbagai jenis makanan, melayan tidur subuh hari, gian dgn facebook, bergelak ketawa, walau sedar bahawa dosa makin menimbun di bahu...semuanya makin berlemak dlm rutin harian saya. Turning point yg agak payah utk dilakukan bg menghadapi hari2 mendatang.

Semalam, bila terasa kelam dgn khilaf sendiri, saya cuba menenangkan diri dgn menelefon emak. Namun di hujung talian, lain pula rasa yg 'dihantar' emak. Katanya, jaga diri baik2, mata kirinya asyik bergerak2. Saya tahu, tanda itu bukan sesuatu yg patut dipercayai 100%. Tp sedikit sbnyk, perasaan saya tergugah. sama ada bimbangkan apa yg akan terjadi, mahupun memikirkan keadaan diri emak sendiri.

Petang semalam, jari bengkak sewaktu bermain bola tampar. bila saya renung jari yg sedang bengkak, saya harap itu adalah tanda kerisauan emak, @ mungkin sbg kifarah dosa2 yg lalu. tp rasa bimbang tu masih ada. kemudian, slps maghrib smlm, tiba-tiba saya terpaksa menangis kerana rasa tersisih oleh org2 yg saya sayang. mungkin mereka tidak tahu perasaan saya, tapi sungguh ia adalah sesuatu yg menyakitkan. Rasa sedih berhenti seketika bila berkumpul beramai2 dgn teman2 utk makan malam.

gaya seorang pemain bola tampar pro,ho3 =)

Tapi hakikatnya, keadaan menjadi alpa bila saya duduk beramai2.
Untuk bersendirian...hurm...terasa sepi...
hai jiwa...bila kamu akan benar2 kental seperti serikandi lalu...
"Ya Allah, kembalikan jiwaku sbg hambaMU..."

p/s : entry sepatutnya dipos smlm, tp wireless buat hal...

Friday, June 25, 2010

.: ceria gembira :.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak patut tak patut... kesian blog ni sunyi. dlm sehari ada 10 kali bukak,tp x hapdate2... kelu jari nk menaip =) banyak sgt cerita yg nk diluahkan setiap hari, sampai tak tertulis. gmbr pon tak sempat2 nk edit. nak kata bz, tak jugak... so apa masalahnya yuhaisya? cuba konsisten dgn penulisan anda! hu2, cam nk jd penulis berjaya je...

Buat kesekian kalinya, cerita basi menjadi tatapan kali ni. cerita seminggu yg lepas, yg telah disulangi dgn pelbagai citer2 lain. hujung minggu yang lalu, kami (staf & budak skim pelajar bekerja) pakat ramai2 picnic kat Kalumpang (kaw rekreasi air terjun/sungai). 1kereta,2 motor.seme sekali 9 org. ni la budak2 nya....without me selaku photographer ketika itu. hmmm...bila tgk diorg ni, kadang2 timbul suara2 sumbang, kenapa saya rapat dengan orang2 'macam ni'. Jika nak dibanding dengan pakaian,banyak jugak perbezaan antara mereka dan saya, apatah lagi pergaulan. Sebenarnya saya sangat teringin menjadi dai'e di kalangan mereka, walaupun saya sendiri kadang2 terkandas di tengah jalan. maksudnya, saya pula yang terikut2 dengan cara mereka.

Saya tidak menyangkal akan pesanan seperti 'berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita akan turut berbau wangi', apatah lagi dlm keadaan diri yang masih dangkal mengenai agama, juga masih lemah dlm kemelut mslh sendiri. Tapi saya nak, nak jugak mendekatkan diri mereka dengan agama. cuma bila & bagaimana, Allah Maha Memberi Petunjuk...

Ni la sungai kalumpang yg menjadi tumpuan bebudak upsi utk melepaskan tension. air dia,perghh..! sejuk sgt! cuma jgn datang time cuti sekolah, sb berbondong2 manusia kat situ. takde privacy lgsung nak mandi manda.

lepas ni rancang destinasi lain plk. mcm2 plan dlm kepala...


Sunday, June 13, 2010

.: Sahabat vs Pelangi Petang :.

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung Bersamanya... Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan

Hati ini
Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...





Saya jarang menghayati lagu arwah Sudirman, walaupun saya cukup mengkagumi karya beliau. cuma antara hayat ini dan usaha beliau dahulu, karya tersebut bukan sesuatu yang menjadi syafaat di alam barzakh. moga2 doa peminatnya mendahului keterujaan mereka pada irama dan lagu beliau. Al-Fatihah..


Entri ni bukan berkisar ttg beliau, tapi lirik lagu yang telah ditinggalkan hampir suku abad. Saya tak sedar lagu ni turut ditujukan pada sahabat, sehingga satu ketika saya melihat kanak-kanak 12 tahun di bawah menangis ketika menyampaikan lagu tersebut. Dia menangis kerana terasa akan kehilangan sahabat2nya. then baru saya mencari maksud tersirat di sebalik lagu tersebut.

Maaf, bukan bermaksud mengagungkan karya manusia berbanding ayat-ayat cinta yang telah Ilahi kirimkan. Cuma saya mahu sampaikan ini pada sahabat2-saya terlalu takut jika kamu juga akan berlalu pergi seperti pelangi petang. Hadirnya menyerikan hidup, tapi cukup sekejap.

Kini saya terlalu jarang bersua dengan sahabat2...tak kira yang dari sekolah rendah, menengah, matrik, universiti... masing2 mula punya komitmen yang mengekang waktu seharian. saya terlalu takut, sedar2 pelangi saya ... Allahurabbi..


Dan mungkin, pelangi di atas tak tertakluk pada sahabat sahaja. Siapa2 yang rapat, terpaksa kita terima mereka juga ditakdirkan hadir bagai pelangi...

Allahurabbi...kuatkanlah hati ini...

(mood sepi...).


video

Wednesday, June 9, 2010

.: kenapa umi bagi tulang...? :.


Bismillahirrahmanirrahim

Dah dekat sebulan blog ni tak diupdate. kemain lamenye...apa dayaku, dunia di hujung jari tak mampu ku kecapi di kampung...hu2. Sekarang dah kembali bertugas-sbg budak skim yg berdedikasi,he2. bila sampai sini, even baru duduk sehari, dah rasa boring yg amat. Perasaan nak balik kg semula sangat2 terasa... memang kalau boleh tak nak datang pun masa cuti ni, but i have to!

walaupun berat semakin bertambah, saya tetap rindukan mereka-nasi lemak trg, pulut gaul nyor, tepung kapur, nasi dagang, nasi kuning, pulut lepa, lompat tikam, kuih bom, nasi himpit ng sambal nyor,n  KEPOK! =) ntah bila lg saya akan bertemu mereka...

walaupn tak de buat apa sgt dlm membantu kerja2 mak seharian, tapi saya amat berbangga bila last sebelum balik, mak saya dah bertambah beratnya sbnyk 2kg akibat penangan masakan saya, he2. as i love to cook, so my mom love to eat them too! i wish to cook for her again...always!




i miss her...a lot! till death...




kami takde buat apa2 aktiviti yg best2 pun kat rumah, sekadar berbual, makan bersama, p shopping bersama, tgk ceramah ustaz azhar sama2, n tdo sama2 (yg ni dari baby sampai lahir tak berubah). tp saya amat rindukan perkara tersebut. walaupun kedengaran boring duduk kat rumah je tanpa ada tv, tenet, kenderaan utk berjalan2, but it was definitely true that the precious moment is when you were with your mom. sungguh bahagia bila bangun pagi, mak ada di sisi...hu...mak...nak balik....!!!!

dah2. jangan emosional! control2. oh ya. berkenaan tajuk kat atas-berlaku beberapa jam sebelum berangkat datang ke sini. drpd trg, singgah dulu ke rumah mak sedara (Teh) kat KL. sempatla main ng budak2 ni-adlina n hannah. kadang2 amat2 geram jaga mereka ni. masing2 dah makin banyak kerenah. adlina dgn sikap suka buli adik akibat dibuli kat rumah penjaganya. hannah dgn perangai yg makin manja, kadang2 tak tahu apa yg dia nak. suka sgt tiru apa yg kakak dia buat. but once they huge, salam cium tangan utk mintak maaf, tgk mereka tido as a baby, hu... tiba2 rasa sayang sangat... 




ske duk dlm bekas menan tu, apa yg best ntah




yang ni cepat skit tumbang, letih main, bagi susu, lena la dia






guess what???hannah tengah duk...uk2! =)






Good girl with her story book





wajah suci






the first thing she has done when i'm arriving-selongkar beg! -__-

sblm balik, teh masak, so makan dulu. sementara bersiap, teh pulak yg suapkan budak2 tu makan. tiba2 bunyi kecoh kat bilik air. rupanya si adlina lekat tulang. macam2 teh buat, kepal nasi, suh minum minyak, siap tungging si budak adlina tu. mmg susah nk keluarkan sb adlina tutup mulut. last2 korek2 berjaya jugak keluarkan tulang tu. itupun dah berdarah2 tekak dia. kesian. bila dia dah ok, blh plak dia tanya sambil nangis2, "kenapa umi bagi tulang...?" terus kami gelak. he2. umi tak nampak la. lepas ni mesti dah fobia budakk tu nak makan ikan.

hannah plak, rasa tersentuh sangat bila dia menangis2 kena tinggal. menitik2 air mata. nak bagi kat umi dia pun tak nak. how come she can be so close to me for just a few days...ikut hati mmg tak nak lepas. nak lambai pun rasa ngilu sangat bila tgk dia duk menangis2 kat dalam kereta. hannah2... i miss u a lot!!!!!

now i'm alone...leaving my lovely family...masih banyak lagi tuntutan di sini yg perlu disettlekan. sekian, terima kasih =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...