expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, October 30, 2012

.: Walimah K.ILa :.


Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu, raya hj kedua, attend kenduri kawen k.ila kat bukit tunggal. k.ila ni geng time praktikal dulu. tp dia masuk sekolah as cg ganti, jd kejap je dia kat skolah tu. berbanding ng kami (me n mira) dan k.ju (cg ganti jugak) yg hari2 blh chit chat kat bilik guru, k.ila ni terpaksa stay kat bilik disiplin, sb cg yg dia ganti mmg biliknya kat situ. jd payah la sikit nk bergosip menyembang lama2 ng dia. tp kejap2 dan payah pun, kami byk je kenangan bersama. dan boleh stick sampai sekarang. kad kawen pun dia dtg hantar sendiri kat rmh. 



 kidnap gmbr kat fb k.ila. lawa sgt ini kakak... huhu. skang mcm trend baru kan tudung radiusite ni. 





kidnap lg gambar dia ;] ni lepas akad nikah kot. pagi. kami datang lewat. orang dah nak tutup kedai dah pun. 






see... dah takde tetamu mana. ada pun sedara mara k.ila je. akward rupanya dtg kenduri petang2 ni. biasa pegi dalam tgh hari, org tgh ramai, so takde la kekok sgt... ni? ok good lesson.







sweet sgt =) pengantin pun dah nampak penat sgt petang2 ni. so segan nk bawak sembang lama2. masuk salam2, snap gmbr skepim dua, makan, balik. ohh awkward sgt...






and this is my best partner that day. mekasih mak. 1st time rasanya attend wedding member bawak mak. biasa kalau member kawen, konpem la pegi ngan member2 yg lain. tp kes k.ila ni, i have no idea nk ajak sape... sb mira kat besut, ng k.ju mcm segan..hehe. kalau pegi sorang2, konpem lg segan.





for u kak ila - selamat pengantin baru. moga berbahagia selamanya. nnt ada masa kita pekena bihun sup kat pantai tok jembal lagi ye? dapnye... =)



Monday, October 29, 2012

.: Menu raya haji :.


Bismillahirrahmanirrahim

Raya mmg so-so je, tp masak dan makan tetap wajib ;) awal2 sebelum raya dah plan nak challenge diri sendiri buat nasi kuning ngan gulai ikan aye. part gulai tu yg agak mencabar, sb gulai ni sama ng gulai nasi dagang. bkn senang nak buat gulai nasi dagang yg betul2 kaw mcm org tua buat. sape2 org trg yg biasa test mkn ns dagang kt tempat yg berbeza, mmg boleh cam mana kuah yg 'menjadi' dan tak berapa menjadi. 


tp the day before tu mood masak down balik sb mak tak sihat. rasa mcm... kalau masak best2 pun, sape nak habiskan. sb biasa mak yg mkn banyak... tanya dia, nk buat ke tak ni nasi kuning? dia kata buat la. tp nasi tu tak yah buat byk sgtla, dan kuah tu buat pekat, jgn cair2 sgt. ok. anakanda faham. 



selingan. pagi raya, kami bekpes karipap ikan (segera) dgn muffin coklat ni je dulu. sb tau gulai konpem lambat masak. karipap tu inti ikan, tp dia mcm gaul ngan kentang. agak pelik. tp boleh la... muffin tu sedap! dpt diskaun plk tu nk raya, selalu rm5, nk raya x sampai rm4 utk 8 biji.
 

skang masuk balik misi menstudy bahan2 tuk buat gulai dan nasi. saya mmg takde rujukan mana2 pakar selain tgk resepi kat blog2 masakan. satu sb kenapa sy nak challenge diri sendiri adalah saya dapat belajar sesuatu yg baru dan tmbh skill masak memasak. susah la sikit awal2, sb lg senang kalau belajar secara berguru. thats why i think alangkah ruginya anak2 atau cucu yg masih ada org tua tuk dirujuk, tp buat derkk je tak nak belajar. bkn ckp org, sb mungkin mana tau diri sendiri pun tak nak amik tau. kita akan menghargai kepakaran mereka bila mereka dah tak ada... kan... 


ok balik pd misi td, sbnarnya study resepi last minit. so tak cukup masa. apa2 hal kita pergi beli barang dulu. pastu konpius sorang2, sb ada resepi guna serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, dan kerisik, tp ada resepi yg cuma guna rempah gulai nasi dagang. rupa2nya bila balik rmh study balik, baru tau yg dlm rempah gulai ns dagang tu dah dicampur mcm2 serbuk termasuk jintan manis dan serbuk ketumbar. so dah membazir 2paket serbuk kat situ. x tau la bila plk nak guna.


dan ada dua kaedah utk masak gulai ni. yg paling asli ofkos masak santan dulu, dan kacau ngan bahan2 lain sampai berjam2 lamanya. mak pun cakap, arwah tok2 dulu, kalau masak gulai, mmg tak tinggal dapur tu. duk la situ mengacau dr pagi sampai tgh hari membawak ke petang. agak seksa menunggu, tp hasil dia jgn cakap la... tip top! kaedah kedua, tumis dulu bahan2 lain, baru masuk air dan santan. lebih mudah dan cepat. so ofkosss i choose no 2  ^___^   mmg nk sgt try kaedah pertama tu, tp kalau sampai 7 jam... emmm tau dpn la yeh kita try ;P







cara2 belajar masak resepi baru. salin, tepek kat peti sejuk. donut kentang pun ada lg kat belakang tu ;) resepi untuk gulai dan nasi ni amik kat blog k nor secubit garam. ada link kat sebelah. cepat2 pun makan masa 2-3 jam jugak nak siap. org cakap, kalau nk lg sedap gulai tu, masak mlm sebelumnya. lg umph. tp ikan aye tu mmg wajib rebus a night before ye adik2 *tiba2 jd kakak*


dan setelah berhempas pulas di dapur, ehem2... i am really2 proud to present my gulai ikan aye here... jap, tak leh really2 proud sgt, sikit2 je. jgn amalkan riak berpanjangan. but still... 


tadda....! =) =) =)



its really works with this recipe! i did it! yes3! cuma ye la.. i just can present the photo, not the taste. so mcm perasan sorang2 ;] anyway, hanya jauhari yg mengenal manikam. dan hanya ank jati trg yg mengenal rasa sebenar gulai ikan aye. haha. nak jugak.... ni pun tak letak kerisik. beli, tp lost not found... sentap kejap sblm masak. sb 1st time kot nk try masak gulai guna kerisik. org ganu panggil nyo gula. sesuatu yg wajib dimasukkan dalam gulai kenduri. 

dah nak siap masak gulai, baru masak nasi. sb nasi kejap je. 





nasib baik kejap, sb bau wangi nasi ni, boleh meresap satu taman kot. maap ye jiran2. mak saya suh masak sikit je. 2pot kecik. pastu gaduh tak cukup. boleh dia kaup tinggal kerak je??? tu cara2 tak sihat, takde selera sb mulut rasa pahit... kalau sihat??? daun pandan tu bkn tak simpul, dia yg degil pegi tercabut balik. 






acar timun. pun buat sehari sebelum. pastu sumbat dalam peti sejuk. pelengkap hidangan nasi kuning. satu lagi sambal belacan. tp tu beli yg dah siap je. sb mak tak makan pedas, so takde makna buat byk2. 





final presentation =) set nasi kuning. puas hati buat sendiri. kalau mkn kedai, ikan dpt secoet je. acar boleh bilang brape kerat dia bagi... tp tu la, nk buat sendiri bkn selalu boleh buat. tp utk cubaan pertama kali ini, saya adalah sgt terharu dgn diri sendiri. haha. riak lagi... -___-" 


lepas makan berat2 mcm ni, terbayang2 desert yg sejuk2... 



so we have this for our desert. kebetulan khamis tu pegi sabasun (hyperuncit) ada buat promo kat depan kedai dia. harga asal sekotak rm6.90, tp promo dpt rm2 jeee sekotak. rembat dua, bg kat rumah abg n k nor satu. 





dan budak ini adalah sgt berselera menghirup ais krim nya. ye, hirup. siap berkuah2. sedap ye bang? haha, dah betul2 akan jd abang taun dpn, insyaAllah. sb apa? sb ada babyyyy dlm perut umi. alhamdulillah, dah boleh terima kenyataan akan ada adik. heheh. 

thats all for menu raya haji. jumpa lagi. tata =)

Sunday, October 28, 2012

.: warming up :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni last day takbir raya berkumandang. tahun depan kalau pnjang umo insyaAllah baru blh dgr balik t__t   i think it was fair between raya puasa n raya haji. raya puasa, sebulan sebelum kita dah excited nk raya, sb ramadhan adalah sgt happening dgn terawikh, juadah berbuka, beli tak belah2, and so on. then raya haji, i know its quite so-so before the day, sb tiba2 je bangun pg raya dah dgr takbir. tapi raya haji org takbir 3hari, 5x kali sehari plk tu. so we still feel the atmosphere of hari raya, rite? 



tahun ni, raya haji adalah terlalu so-so for me. so tak nak sentuh pasal tu. kita sentuh raya haji yg best2 time kecik2 dulu. ye, raya haji 90-an dulu adalah sgt happening. raya puasa tak abis lagi, dah pikir baju raya tuk raya haji =)  paling best, pagi raya lps solat sunat, ramai org akan berkumpul kat belakang rmh. sb belakang rmh ada kebun tokki sedara, dan situ tempat org biasa sembelih lembu. dulu la, skang tak dah... sb dah ad rmh org, dan tokki sedara pun dah makin uzur nak settlekan lembu2 korban ni. tp bagus jgk, sb kalau tak seminggu tak hilang lg bau darah and leftover dari acara penyembelihan tersebut. sgt mengganggu saluran pernafasan *___*



meriah2 kat blkg rmh pun, intai kot tingkap je. sb kan nnt tak leh makan sb kesian... dah besar ni kuat sikit dah kot, sb selalu 'sembelih' binatang dlm lab, heh ;]  berani tak nak jadi kuat? its either two- be brave or cheat on lab report  ;] tp tak la... mmg kena buat2 berani, sb kalau takut2, lg naya kat binatang2 tu. elok2 skali toreh dah terbelah, kang terburai terus usus deme gara2 menggigil. tp kalau nk suh sembelih lembu tu tak mampu lagi la kot. ayam pun i cant... 





[pic google]


tgk muka2 cute ni, ingt tak kesian ke? huh. so better duk diam2 dalam rmh tunggu org hantar daging lg bagus. at least u didnt know which cow has been slaughter for that meat. seriously i cant have any livestock. sb last2 binatang ternakan tu akan terpaksa dikorbankan jugak kan. dulu arwah tok tokki ada reban ayam. tp lama2 dah takde sapa nk jaga, so jual. tp ada la tinggal sekor jd kesayangan hamba. sgt2 sayangkn ayam ni sampai bwk masuk rmh lepak atas kusyen sekali. haha. eh dia adalah sgt bersih. bulu berkilat2.  tp bila dia dah besar gagah perkasa, arwah tokki jual dia kat org lain. sb kalau duk ng kami, dia takde partner, pastu kalau nk jg sampai dia mati pun,mcm sia2. so berpisahlah kami t____t



sebut pasal kesian, i would like to share this...



Imran di masjid menangis melihat lembu disembelih... Pertama kali melihat dan memahami Qurban ternyata Imran belum bersedia sepenuhnya... "Cow is not food katanya, cow is animal" "Imran like cow".. setelah memujuknya dan menerangkan kenapa.
.. Alhamdulillah dia mula faham... Jiwa penuh belas kasihan anak-anak... :( 

amik kat official fb wardina. fitrahnya mmg begitu. kita dilahirkan dgn hati yg penuh dgn kasih sayang. dan kerana sayang juga kadang2 ia menjadi ujian yg mendera perasaan sbgaimana yg berlaku pada nabi Ibrahim a.s. 







[pic google]

suka jugak dulu bila pegi rumah member, tlg ayah dia bagi makan kat lembu dlm kandang. hehe. that time mmg kehabisan idea dah tu takde apa nk buat. manja plk lembu2 ni. lemah i. terus syg rasa nk belai sambil tutup idung. what did u expect? kandang lembu takkan bau lavender?  =____=






[pic google]

in the end, u just happy to have this with nasi panas, sambal belacan. emmm dapnye. hilang terus kasih sayang pd lembu2. hipokrit betul. 
pe pun, harap2 next aidiladha, i wont be here, but in front of kaabah with mom. i know it sound impossible. with young age, tak daftar pun lg tuk naik haji, saving ntah brape sen. but i want to train myself to believe in Allah. Dia berkuasa mengatur segalanya. i know i have to be rational for having this high dream. but if this moment i didnt hope for it, i didnt think the time wait for me until i was well prepared. at least, in my heart, i 'was there' already. and for that 'impossible dream', i have to push myself to work hard. dan harap2 apa yg tercatat bukan skadar catatan. ameen...

pnjg plk diskusi pasal raya aji. kata warming up. ok la, stop dulu sini. esk2 sambung lg. tata =)



Thursday, October 25, 2012

.: Tiba-tiba... :.


Bismillahirrahmanirrahim

tiba2 rasa nak ke sini... bejalan sorang2 sambil tgk gelagat manusia lain. tp make sure manusia2 itu sama sekali bkn org yg dikenali atau mengenali. sambil tersenyum senang dihujani daun2 kering musim luruh...







atau ke sini... berjalan menyusuri canals. naik sampan ke hujung sana... oh indahnya. *again, nobody knows me, and i know nobody here...*





pastu malam duk dalam bilik mengadap pemandangan waktu malam. buat kopi segelas, hirup sampai pagi... 

haih... tiba2 sangat.
tiba2 sgt mlm raya aji nak layan perasaan jauh2... 
apakah perasaan ini? berangan? nop. stress? tak jugak... so? ntah. tiba2 namanya... tiba2 dtg perasaan meluap2 nak layan perasaan sorang2... dan tiba2 rasa best ada blog sb blh luah ketiba2an ini.. ;]  

dah2. tak yah nak tiba2 sgt. g tdo nu. bgn awal, siap2 masak juadah hari raya lg pekdah. 

-ya. baik.


.: esok raya & lembu comel :.


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam adalah hari yg tak berapa best. mak tak sihat, anaknya pun tak berapa sihat jugak. tp mak la yg teruk. hari ni dia dah ok sikit, tp still terbaring... bila dia dah mcm tu, jd saya tak blh melepek sama... kena jd kuat, sb lebih risaukan dia. seriesly, kita akn jd lebih stress bila tgk org yg kita sayang lemah x berdaya, kan? stress sb kita x tau mcm mana nak redakan kesakitan dia T___T 

esok dah raya aji. mood lemau. tp rasa2 nak prepare barang tuk buat set nasi kuning hari ni. ikan aya (tongkol) dah siap2 beli semalam. kuar jgk kejap smlm sb nk cari ubat tuk mak. cr skali apa2 makanan yg dia rasa nk makan. tp balik2 semua dia tak blh telan... last2 air teh kelat je blh duk diam dalam perut dia. haih mak... cptla baik. anakanda nak raya dgn sape kalau bonda tak sihat mcm ni? tsk tsk tsk...

oh ya, semalam kat pasar, kat kedai mcm dah start sesak. ramai dah kot yg balik kg. emm x tau nk cer apa dah. btw, selamat hari raya i'duladha pada sapa2 yg tersinggah sini. selamat makan daging korban =) 

last, kita nak show off lembu korban kita hari ni. ada la dalam 8-9 ekor. heheh. dan mereka adalah sgt comel terasa sayang nak dilapah2 mcm lembu2 lain. sb dia comel, suka utk saya abadikan salah seekor gmbr lembu tersebut di sini... 






v




v




v




v




v





v




v





v





v




inilah beliau....















=) comei kang? haha. 





tu...sekandang dah abis ngap bekpes tadi. milky moo moo plus milo panas. nk kuar jap. nnt balik jumpa lagi =) tak paham kenapa bila ada blog rindu nak buka slalu. bukan ada org tegur mc kat fb pun. tapi... ntah ek? ok dah, tata.


Tuesday, October 23, 2012

.: DIY - easter egg/telur pindang :.


Bismillahirrahmanirrahim

Dulu2, kalau g kenduri kawin, konpem tetamu akan dapat telur. sarung plk berkelip2 kemain meriah. kedian2 skit, start bagi gula2 ganti telur. skang muffin, kepek2, apam polkadot plk take turn. telur? hiasan semata2 kat pelamin... selective people je la kot yg dapat. tp ye la, telur pun mahal skrg. kang kalau jemput sribu org, takkan tiap2 tetamu nak bg telur? ada yg mkn telur ayam tiap2 ari lps kenduri... *___*


tapi, pada yg nak bg, apa kata kita buat gempak skit? pd yg nak je la eh... yg tak nak duk diam2. ok, kalau omputih, diorg panggil easter egg (telur yg diwarnai). kalau org kita, telur pindang la kot panggil. eh tp, dulu2 kalau at trg, kami pun ada jugak easter egg ---> telur merah. celup je dalam sirap. lawan dgn bekas pulut kuning. striking sgt ;)  telur pindang org johor la kan biasa buat. dulu pernah la skali rasa, time join kakom (matrikulasi) kat matrik johor. kemain excited dpt telur kaler perang2. skali makan... ok, dah. ni 1st and last. rebus ngan air paip lg best. 


tp dlm entry ni, nk share how creative those mat salleh yg bua corak plk kat easter egg deme. lawa... 




haa... mampu? tp ni bukan easter dah ni. dah mcm telur mainan. kalau bg budak2 konpem suka. tp sayang kot nak kupas kulit dia... last2 simpan jd telur tembelang.





ini lagi la. saje menganiaya diri snediri. penat2 quilling kat telur tu, last2 kena buang jugak. tp lawa kan? =))






ok. ni easter yg sebenar. tp jenuh la nk kaler satu2. 







ok. ni 1st step untuk buat easter egg bercorak. boleh carik corak2 dari daun2, bunga2. kalau nk buat bentuk lain pun blh, tp cari bahan yg tak serap air. kang tiba2 guna kertas tepek situ, corak kemana, kaler kemana. 





lepas tu amik kain kasa balut punjut mcm sup adabi tu. 





dan rebus la ia bersama2 bahan2 mcm nak buat telur pindang tu. tp tutorial mat salleh ni 'cakap' guna kulit bawang saje pun boleh. tp cr bawang merah yg merah hitam tu. tp rasa2nya, kalau takde kulit bawang, boleh je letak warna sirap dalam air tu. lagi lawa kot...





tadda... hasil setelah direbus. unik kan? mesti terpegun2 makcik2 kalau dapat telur ni. heheh. 










another easter egg. 


kalau byk masa, dan kalau nak lain dari yg lain, boleh la try. have a fun! sekian =)


Monday, October 22, 2012

.: Cari renda :.


Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu baru ni k nadia msg ajak teman g bandar. skang kami jarang jumpa sejak dia accident ritu. mmg parah kete dia. berbulan amik masa nak baiki. so sabtu tu dia bawak kete ayah dia. kluar rumah je, wow. merc berjalar panjang. x nampak mana tuan kecik coet kat dalam. heheh. kete merc tu la yg dia bawak g mana2, termasuk g skolah hari2. dah rupa mak datin je bawak kete gitu. haha. 





pic google

susah plk nk cari gambar renda. takde dlm google pun. kang taip renda, dia g sambung rendang    -____-" ... ke org panggil apa eh renda yg letak tepi hantaran ni? kami masuk dalam 2-3 kedai je. amik je mana ada. hari sabtu, wlpun tak sesibuk dulu since rakyat trg lagi ramai serbu mydin n giant, tapi tetap susah nk cari parking, still sesak sana sini. ng kete panjang gitu lagi la. i was scary. 

settle part brg2 beliau, singgah makan kejap. 




ajak dia makan sini. sb banyak dia mcm ada byk stall dlm ni. baru kali kedua je pun mkn sini spanjang duk trg. sb mcm a bit mahal. mcm hari tu kami makan ns dagang, roti canai, carrot susu, bandung cincau , kena dalam sploh ringgit. ye la, mmg la murah dr mkn mcm kat kfc tu. tp still mahal. standard harga restoran eksklusif kot. padahal... hmmm. 





ni sejak bila ntah nasi dagang kat trg ada lauk telur rebus. suka2 ati je. tp mkn jugak la, kang dia buang lg rasa bersalah. tp weird ok, weird... hilang originality nasi dagang. 





k.nadia punya. org nak kawen mmg biasa diet. jap, roti canai kira diet eh? ;] 





carrot susu tu.. nampak kepucatan dia? tak agak2 nak letak harga mahal2. 


terengganu masih hujan tak berhenti... sekian. 

Sunday, October 21, 2012

.: DIY - random pics :.


Bismillahirrahmanirrahim


center piece. double creative, double saving.







Kagum tak? ;] i was so impressive at a moment. duk pikir cemana dia blh buat gambar 3d mcm ni. ok, i know i'm a bit slow... lepas tgk tutorial dia baru clear. camtu jerk. simple, tp interesting. like like like. click here for tutorial.



lain2 pics, sambung balik. maap, x sempat. bye.


.: Kita sepak dia bergolek :.


Bismillahirrahmanirrahim


Itu lah bola sepak. tak sabar2 nk tunggu esk nk review final malaysia ;]  kang esk dah hilang feel, terus tak tau nk post ape... pertama2, tahniah kelantan dan syabas pada atm. terpegun kejap tgk friend list kat fb kebanyakannya support atm. yg trg konpem2 support atm sb ada hai-o. then, whats wrong with me? hehe =) 

dah tak yah gaduh2. bak kata ustaz azhar, bola ni benda lagho... xyoh la extreme sgt. ha'ah, tgk post wall ngan komen kat fb pun dah gerun, x duk stadium lagi tu. minit2 last time mcm nak bergaduh tu, tetiba gerun pikir kalau tiba2 satu stadium turun bergaduh jugak tgh padang. mengerikan. 


pe pun, boleh mimpi indah malam ni. haha. maapkan saya rakyat trg kerana x memihak pada hai-o. sb atm ada twins tu ok... tak suke... hai-o, next year, bawak2 la balik kg... udah2 le tu main tuk org lain. mitok elaun lebih sket ngan mat said.  nunite.

Saturday, October 20, 2012

.: Antara dua... :.


Bismillahirrahmanirrahim

Saya pilih klate...! hehe. tiba2. yep. nak harap ganu masuk, awal2 dah sentap kalah mula2 main lg. wlpn hai-o ada dalam atm tu... tetap x menjejaskan sokongan pd kelantan. dia pun dah lama x masuk team ganu, cemana nak support. last suport time 2001 kot, masa 1st time ganu menang piala dunia. waktu tu, dia la hero pujaan aspuri..haha. muda kan lg waktu tu, 25 ke brape ntah. kami pun time tu baru form 2. tp dah berkobar2 nk tgk final. siap booking saf dpn skali dlm bilik tv. kat musolla xde plk berlumba nk g saf dpn... -__-  

tp time tu bengang la jugak, sb aspura dtg amik tv aspuri. tv diorg kecik, so tukar atas dasar prmpuan x tengok bola. eh hello... cuba tanya sape masuk world cup player, player paling top, player  idaman hati, semua ada dlm buku nota tau... tp time tu je la. skang dh insaf a.k.a takde masa nk layan mende2 gitu lagi dah. skang layan yg final2 je. eh dah nak mula. ok adik nk g tgk bola dah ni... adik? a'ah...


-




-




-





-





-




-





-






-





-






-






-





-




-





-






-





-





-





-






-




comei x adik? jgn maroh deh org atm... adik sokong klate male ni. hu2. ni nk g brigak kupah bawang lu ngan bonda. ayyoo... dan2 mak suh kita kupas bawang. main molek klate, jap g ambe jenguk =)



.: Pasar Malam P.Duyong :.


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam sempat jugak akhirnya kluar dgn mak. ingat nk g pasar malam syahbandar, tp mcm cuaca tak best je. so singgah kat pasar malam duyong je. pasar malam sini tak berapa best, sb mcm kecik je. 2-3 langkah round, dah settle.


gerai all time favourite. tp tanggung sendiri la kolestrol lepas tu ;]  sb kedai ni semua goreng2. mak beli jepput pisang ngan cucur udang. jepput pisang is all time favourite mak. semalam jumpa pisang kat pasar malam, pagi ni dah siap bancuh ngan tepung. padahal yg beli kat pasar malam ada lagi tu. ske ati la mak, asal bahgia... anakanda pun bahgia jugop ^ ^





mine. sate ikan. jgn harap duk ganu dapat murah sate ni. rasanya dulu beli kat tg malim blh dapat rm1 = 5 btg lagi. skang singgit 4 batang je. jauh beno beza time skolah rendah dulu. sposen sebatang. singgit sploh batang. rindunya sate ikan dulu... sb murah U__U




teruja nampak ketupat nasi ni semalam. ewah, mcm baru balik dari london x penah nmpk ketupat nasi. bkn, susah dah kot nak jumpe skang org jual ketupat nasi gini kecuali time raya. kalau nasi himpit tu biasa la, yg segera pun belambak. cicah dgn sambal ikan, emm dap2. bestnya g pasar malam ni, balik rmh xyah masak. hehe V(",)


depan rmh ada org baiki paip. pastu pecah. air melimpah. bukak air paip dlm rmh dah tinggal halus je kluar. nak je g cedok air kat dpn rumah ni. banyak tu, rupa sungai... kalau ada bdk kecik ni, konpem gelupur nak berenang dpn tu...

Friday, October 19, 2012

.: Puding Buah Diraja :.


Bismillahirrahmanirrahim


=) Sorry for the name. rekaan semata2. plan nak buat triffle, tapi agar takde. jadi, guna je la apa yg ada.




simple sgt kan bahan2 dia. add on gula je satu lagi. buah2, sebelum buat dah habis separuh. hmmm... whipped cream tu, 1st time beli. sb selama ni tak tahu nak guna utk apa. mahal plk tu. pastu teruja sorang2 main squeeze benda tu atas pinggan. heheh. 

sama je mcm buat trifle, cuma takde lapisan agar. bawah skali letak swiss roll, second letak custard. atas letak whipped cream. pastu tabur buah2 import eksport tu. kalau nak try letak durian, manggis, rambutan pun boleh jugak. rasa tanggung sendiri la tapi ;]





ni kasi kat k.nor sb nak kasi pulang balik bekas dia. satu je sempat ng whipped cream. tu pun dah cair... tp cantik kan? mahap puji air tangan sendiri  ^____^

hujan dari semalam tak berhenti. subuh tadi boleh bawak bergaduh ngan air paip. sejukkkkk... ni dah tgh hari still sejuk lagi. nak kuar pun terbantut. sian mak... bosan le tu duk rumah.  dari tadi ada je keje dia buat. tgk pun rasa letih skali... selamat hari jumaat semua =)



.: Di mana Dia di Hatiku? :.


Bismillahirrahmanirrahim





…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.  
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan,
“apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

Oleh : Ustz Pahrol Mohd Juoi. Dipetik di sini.

Thursday, October 18, 2012

.: Nasi Goreng Udang :.


Bismillahirrahmanirrahim


naik seriau kepala kalau hari2 ngadap metro. sb tiap hari2 ada kes jenayah. yg otai2 gangster tak takut polis + mati satu hal, yg budak2 skolah bajet gangster pun satu hal lagi. sampai satu tahap, i thought there must be a soldier pegang senapang sorang yg kena kawal area skolah. ko nak jadi gangster sangat kan, meh pakcik tentera train ko cemana nk jadi gangster yg bermutu. setakat ni, takdela berhadapan dgn kaki2 gangster pukul2 org lg, cuma perangai tu la mcm nak tampal sorang2 kat dinding kelas. tampal mulut skali. 



pepagi dah nak marah. bukan marah... gerrrummmm jerk ;]  ok meh kiter citer pasal menu kat atas. bila cakap pasal nasi goreng yg ada tambah2 kat blkg dia mcm udang, sotong, daging merah, paprik, pataya, adalah lebih afdal masak sendiri kat rmh demi kepuasan hati. kecuali malas, mmg terpaksa jgk la order kat kedai. sb apa afdal? sb kalau buat sndiri, baru la dapat the real nasi goreng yg kita nak tu. dari pengalaman bertahun2 makan kedai time belajar, speecless tiap kali order siap. kalau nasi goreng udang, adala 2-3 ekor dia tayang kat atas nasi tu. pastu lgsg tak back up dgn accessory lain kot ye pun kedekut sgt nak bg udang. saje le tu nk suh tambah order telur dadar satu lagi. politik betul. 


kalau yg pattern2 daging mcm masak merah, keras mcm kayu balak. lempar kat dinding retak seribu. unless u order nasi goreng kampung, baru satisfied kot. sb biasa ns goreng kg mmg kaya dgn ikan bilis yg ditabur tanpa ada unsur kedekut ~ ~





so here is my nasi goreng udang. ni bkn sesi show off udang eh. tp nk gtau betapa berbaloi buat sendiri. tiap suapan boleh disertakan dgn en udang. baru la happening =) letak udang byk2 skaligus, sb lepas tu kena pantang tahun dpn baru blh makan balik. tsk tsk tsk... nk makan selalu pun xpe, tp tanggung la derita gatal kuasa 18 nnt. kalau gatal kat tapak kaki takpe lg, ni gatal kat muka je.... how come those udang willing to spoil me like this? dont u know how much i luv to cook u like sambal udang with petai? eh petai mahal kan skarang? dkt rm50 sekilo. terkesima kejap tgk harga petai. kayala org ada pokok petai $___$


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...