expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 21, 2012

.: kenduri mimah :.


Bismillahirrahmanirrahim

kejadian berlaku pada 10 Nov 2012, sabtu yg dua minggu lepas nun... tergendala sungguh rancangan nk update pasal walimah mimah ni. hari tu pegi ngan aman & yanah. pick up yanah kat desa murni pengadang baru, tembus ikut seberang marang. rumah mimah kat bandar paka. sorang pun tak bawak kad mcm kan biasa pegi rumah pengantin. eh yg ada kad aman sorang je, so mmg dia patut dipersalahkan. hahah. satu2nya hint yg ada dlm kepala adalah petronas paka kat simpang 3. pastu aman bukak fb tgk peta, tp apa pun takleh baca... -___-"


last skali... alhamdulillah. terlajak sket je dari lokasi sebenar =] dalam pukul 1 sampai jugak kami rumah mimah. time tu dia tgh siap2 utk sanding pukul 2 nnt. jd marilah kita lunch dulu kat luar rumah. 




nasi putih lauk kampung. dap3. mcm nk tambah 2nd round, buat bekal balik di perjalanan. heheh. tp malu kat org  kg mimah ;]  lepas makan duk dulu sembang2 tunggu mimah kuar pukul 2. btw majlis ni buat dgn adik beliau terus. adik ke kakak ntah. x sure. tak sempat nk sembang pun. bila side laki dtg, sanding dulu. pastu makan beradap kemain lama. last2 dah dekat pukul 3, kena jugak gerak...






hasilnya, bergambar je la kita seadanya kat tepi meja makan beradap... ai is pantang kalau p majlis kawen x amik gmbr ng pengatin kat pelamin. tepek tak tepek kat blog tu lain citer, tp tuk simpanan peribadi, itu mesti. mcm tertinggal sesuatu je bl balik tu. tp yg ni nak buat camne. takkan nak heret jugak pengantin g kat pelamin... ~ ~


takpe la, moh la kita balik. sblm tu singgah mesra mall solat dulu. pusing2 jap x tau nak beli apa. rimas. ramai sgt manusia dalam tu. nak g bowling pun berbaju kurung bagai.




last singgat beli jagung. yg bakar ni yanah belanja. hehe tq. dap sgt ngap tepi drebar yg tak leh nk ngap sama. hahah. me beli yg rebus. pun sedap. besar2 rm5 tuk 3 batang. aman beli yg mentah (betul ke org panggil mentah kalau x masak lg?) nak balik buat bubur jagung katanya. mmg x brani nk beli byk2, takut jd mcm g cameron dulu. kemain borong jagung mutiara, skali balik tak abis. buruk camtu je. buat berat je bawak balik. berat3...

settle citer kenduri mimah . yeay!  ;)




Tuesday, November 20, 2012

.: kita mampu :.


Bismillahirrahmanirrahim



Rasa macam... dua-dua pun payah. yg 1st tu, sure payah sb takkan nak paksa orang. yang kedua, depends... kalau biasa org tu selalu kacau life kita in terms of negative side, mmg susah la nk twist hati supaya sentiasa berbaik sangka pada org tersebut. melainkan mmg sejak lahir manusia tu takde perasaan, atau mmg dia jenis hati bersih. ya Allah... untungnya hambaMu itu. 


kadang2 bila dtg dendam, sakit hati kat org lain, rasa mcm... ya Allah... jahatnya hati ni. dan tertanya2, adakah manusia2 baik yg sgt kurang sifat mazmumah dalam hati, mmg dilahirkan begitu? series, mentarbiah hati diri adalah satu pekerjaan yg sgt susah sb kdg2 (selalu) ia bertentangan dgn kehendak sendiri.

contoh kalau rs nak marah, dan2 tu jugak rasa nak lepas. kalau tak blh luah dgn suara, rasa nakkkk je sound ikut fb, blog, msg... bkn senang nk kawal emosi. kalau biar je, rasa mcm kalah. rasa mcm...eihhhhh dia ni. ak selam jugak dalam laut kang. 

then kalau kita lepas? puas la hati kejap. pastu? sentap. makan dalam. tak bertegur sapa. nice sgt. org duk sibuk perang kat gaza, kita duk gaduh hal remeh temeh. such a big waste. 

lagi parah kalau ada sesetengah mahkluk suka duk sound2 org, tp kadang tak direct pun *not an exception for me*. mungkin atas dasar petikan yg mengatakan bahawa kalau nk tunggu org perfect nasihat, sampai kiamat pun tak blh nk nasihat. ye, tu betul. tp bergantung pada cara dan niat plk. 

kita selalu mcm nampak kesalahan org lain. dan selalu rasa geram asal org ni tak blh berubah jd mcm ni mcm ni. padahal pd waktu yg sama, byk lg benda yg kita tak ubah pada diri sendiri. contoh mcm org pakai tudung. mesti kalau nampak org yg seksi2 dia rasa mcm alahai... kenapa la susah sgt diorg ni nak pakai menutup aurat, tudung segala yg patut. tp dia tak sedar, solat pun selalu lewat, qiam belum tentu sebulan skali buat. payah kan? mmg payah... 

sb kita rasa kita dah cukup baik walaupun sedar masih dalam keadaan yg tak cukup baik. sb kita compare dgn yg tak berapa nk 'complete' lagi agamanya. itu dari sudut beragama. tp bila dari sudut duniawi, kita akan jadi terbalik. dari sudut harta benda, kecantikan, keturunan, mmg tak nak kalah kalau duk mlysia ni. cuba compare dgn penderitaan umat Islam kat Gaza, Syria, Rohingya... eh tak nak pulak.

paling2 kuat, share sumthing2 kat fb. pastu sambung dendam balik ng jiran sebelah, ng bos sendiri, cikgu, parents, adik bradik, kawan2, jkkk *tetiba*. rutin yg sentiasa berulang slagi tak kena bom. nauzubillah, mintak jauh. tp hakikatnya kita mmg begitu.

satu lagi, yg jenis sound @ 'nasihat' tak direct ni, sila hati2. niat tu nak sound si pulan si pulan, tetiba takde ribut apa, dtg si pulan yg lain pulak tersentap. hah camne? tanggung la sendiri. mmg kadang2 kita sound secara terbuka sb tak nak jatuhkan aib org tu secara terbuka, dan dgn harapan, dia tahu apa yg kita rasa. tp endingnya, adakah mengikut apa yg kita inginkan? 

saya menulis bkn sbg satu fakta. berterabur lg ada. tp sbg pusingan muhasabah utk diri sendiri. pandai sgt cakap org, akhirnya terpalit kat diri sendiri jugak. jd mintak jauh untuk itu. sama2 baiki diri, dan jgn tinggalkan org yg anda rasa patut berubah dgn nasihat yg open dan kasar. melainkan mmg anda dan dia tak kisah share 10sen untuk sebatang ais krem malaysia ;]

last :


you can't make everybody like you,
you don't even like everybody


quote dr header blog inibelogsaya.blogspot.com



.: selasa-isnin :.


Bismillahirrahmanirrahim



entry ni bkn utk blog sgt. tp ala2 mcm journey tuk 4-5 hr lepas yg senyap sunyi...

kita start dgn hari selasa (13/11/12)
- dah taip dah ritu pasal dmm. selasa ni kuar ng zimah. teman dia buat survey mardi. balik tu sampai rumah, terus melayang2 kertas survey dlm rmh sb yg tukang bawak terus flat atas lantai. tak sempat2 landing atas sofa...


rabu (14/11/12) - demam mmg tak perlu kata apa2.. hadap laptop pn tak blh sb pening.

khamis (15/11/12) - mcm dah start kebah

jumaat (16/11/12)  - kb


sabtu (17/11/12) - pagi msg k.nor tanya ada tak kat rumah ptg nnt. tak sempat tgk k.nor reply ke tak, g dapur goreng nasik, bekpes sambil sembang2 ng mak. pastu buat apa2 yg patut, dlm pukul brape ntah, flat balik... penat x abis lg duk round (read sesat) kb. bila terjaga, tgk hp, k nor ckp dia ada kat hospital, keguguran... time tu mcm blurr kejap. sb spatutnya kalau ikut plan abang, diorg nk g kl hr sabtu.

lepas tu tunggu abg follow up perkmbangan k.nor by msg. mlm baru k.nor masuk dwn bedah tuk cuci semua bleeding. mlm tu abg balik rmh, so ckp kat dia biar org teman takpe k.nor tu. esk pg kalau k.nor dh blh discharge pun balik ng org terus.








mlm tu sampai hospital dlm pkl 11 lebih. k nor baru kuar dewan bedah. alhamdulillah, dia ok. wlpn cerita baby tak dapat diselamatkan tu mcm sekelip mata je... sabar, redha, tawakkal, semua nak kena apply masa ni... sampai dkt pukul 4 pg duk bersembang ng k nor. dia mmg ada tenaga sb dh masuk 4 bag air.
me, pukul 4 pg tu br nk start tdo, tp kang kejap nurse dtg check bp. pastu br nk terlelap, dh azan subuh. pastu bising2 org duk ulang alik g tandas.







dlm 7.30 lebih camtu, nurse dtg edar makanan (nurse jgk eh kalau yg keje bagian sajian ni?). time pg2 ni mcm kelakar. sb patient semua mcm duk tercongok atas katil terkelip2 tgk nurse2 kehulu kehilir. haha. eh x kelakar eh? 






the brekpes. time hidang tu, mcm kagum kejap. mmg dah lama x masuk wad hospital, last dtg time matrik dulu kot. tu pun time melawat. pastu dulu ingt arwah tok duk 2nd class jgk, tp takde pun hidang set pinggan camni. kemain ngan alas berbunga2. pastu nampak dia kutip bekas makanan 3rd class, tray besi rupanya... sgt diskriminasi. huh. tp hidang lawa2 pun, tetap x memikat selera jugak. mknn spital, what did u expect? (=__=)






view pepagi ari dari tingkap wad 5EF (sakit puan), tepi katil 2f.







kiri : adik2 nurse pelatih duk sibuk keliling senior nurse yg bertugas bg ubat. pening tgk sep2 pelatih ni. dah la ramai, jln bergroup2. kulu kilir x tau buat apa, yg pasti deme mcm tak blh duk saje2. brani nk duduk2? kang kejap2 staff nurse, senior staff panggil bg arahan gitu gini.


mmg salute la sape2 yg jd nurse. doc xde pun kena pantau patient mkn ubat ke x, geng2 nurse ni jgk yg kena hadap sorang2. ada akak dpn k nor ni, apa pun tak nak. ubat tak nak, masuk air tak nak, test apa2 pun tak nak. tak ke stress tu? ada plk mcik yg surat discharge dh siap, eh tak nak kuar spital plk. nk duk spital lg, sb best ada org layan, mkn sedap (???). tak bosan ke makcik? org lain seboleh2 nk kuar cpt. tu satu hal lg camne jd nurse nak halau patient secara berhemah. haha. blh jd psiko nurse2 ni. 



kanan : peneman time tunggu k.nor. kebetulan beli kat kb ritu, ada sale. dari rm18, jadi rm5. mau x rembat?





dalam pukul 11, g turun cafe cari nasik. nasi + teh o ais limau + metro = rm8.30. standard dh mknn kat trg camtu. nama pun bandaraya kan... pftt. kalau mkn sorang2 mmg mcm ni, kena beli sortkhabar satu supaya tak nampak alone sgt, wlpn mmg alone... -__-"    metro ni tajuk dpn slalu type2 mcm tu. kompak betul. ni harap takde teman je, kalau tak, takdenye nk amik baca.


naik atas, nurse ckp k nor blh discharge lepas mkn tgh hari. xtau apa motif tahan sampai tgh hari, padahal takde buat apa pun dr pg tu. doc dtg pun mcm tanya spatah dua... pastu ketuk2 laptop, dh blah. tu je? 


skang k nor kena pantang mcm org bersalin jugak. 44 hari. ketabahan tu penting buat masa skrg. anak2 jugak, sb plan cuti2 malaysia mereka adalah pending. haha, sila jg umi baik2 ok. nnt achik upah ayam uncle bob lagi yeh? ^____^


siap aktiviti spnjg sminggu yg lepas. ada suka, ada duka. time2 mcm ni kita blh tgk sejauh mana hubungan kita dgn Allah. walaupun kita rs kita ke sana ke mari, buat sesuatu kerana Allah, tp ye ke? betul ke kita betul2 niatkan utk Allah spnjang masa, atau sekadar ingin dipandang manusia? betul ke amalan makin bertambah bila Allah dah sembuhkan kita balik? atau alasan masih berpanjangan? jom muhasabah diri sama2 (",)




Thursday, November 15, 2012

.: part time :.


Bismillahirrahmanirrahim


Rasa mcm dah ok kot demam. tinggal batuk2 je sket lagi. yg tu takpe, ubat dia eskrem sebekas - done! heheh. sape ajo batuk mkn eskrem??? me, biasa demam sedaya upaya elak telan panadol, ubat selsema, batuk, atau apa2 je lah yg berkaitan. bkn nk tunjuk kuat ke apa, tp kalau blh elakkan cuba la survive dulu. ni kan lama2 bdn jd manja... x imune langsung. asal sakit telan ubat, kena train badan lawan sendiri dulu penyakit2 tu. 


dulu time arwah tokki ada lg best, demam je asah kayu hitam. penawar yg sgt tak best tp berkesan! =) tp penawar ni ok, dia takde side effect mcm dadah dalam ubat tu. tak jejas pun imunasasi badan.


so skang bl dah biasa handle demam sendiri, dah tau apa nk buat. mcm smlm, pg tu bgn dah rasa mcm selsema menjadi2. tp kuar jugak sb dah janji ng zimah. dari pukul 10 sampai 1 kot, duk main kuar masuk kete. kat luar panas, masuk dlm kete sejuk. balik rumah kepala dah rasa mcm nk meletup.


1st, amik vicks terus sapu. buat air asam jawa kasi sejuk badan. tp naturally, ofkos demam tu still on. badan ok, tp lemah sb pusat kawalan (kepala) sakit mcm nk pecah.  bl kepala dah terlalu panas, rs nk sumbat je kepala dlm peti sejuk. continue buat air asam jawa simpan dlm peti sejuk. ujung2 tu buat sapu kepala. vicks + air asam jawa ---> sgt nice! baru la rs mcm di awan2ngan... biasa buat sblm tdo.

pastu pg2 bgn mandi sblm subuh. biar sejuk terus kepala. tapi, sb mmg tak larat nk buat apa2 bl dmm ni kan, so metabolisme badan mcm lg down kan. cr nya, tdo dlm selimut tebal2. biar bgn tu berpeluh2 mcm kuar sauna. konpem rs ringan badan =) by the time badan dah makin kuat berpeluh, haaa dah nak kebah la tu.. =)

jap. nk citer pasal part time ct skolah act. so here my 1st job...




prepare adiah kawen... senang beli byk2 skali gus. tp bukan skali harung la. mcm yg ni 1st batch. size kecik besar tu bkn diskriminasi terhadap kawan2 yeh. yg besar tu mknanya share. hehe. beli byk2 pun ok je, sb kdg2 ada member tak beli lg adiah, bg je kat dia yg dah siap balut. lg pun kedai yg jual adiah ni tgh buat cabutan bertuah rm50 ke atas, so take advantage la situ kalau beli byk2 pastu jual kat org lain plk. hahaha. 


btw, mmg takde idea lain nk bg adiah kawen selain gelas, pinggan mangkuk, cawan... makcik pun makcik la...





dah siap balut. boleh je nk suh bdk promoter kat kedai tu balut terus, tp sb hari tu rushing, so takpe la.. balik balut sendiri. nama pun takde keje. terisi jugak masa lapang. jap g nak g survey balik adiah kawen, sb ada sales ujung bln. harus amik kesempatan =) 






Wednesday, November 14, 2012

.: new year! 1434 H :.


Bismillahirrahmanirrahim

sedih bukak blog sendiri. dah seminggu rupanya tak berupdate. byk beno mende jadi 2-3 menjak ni. baru ni lps balik kenduri mimah, ingt nk update terus. tp tertangguh. dan skang demam plk. lagi stuck nk update apa2. esk lusa ada plan ng member, tp tgk lah.. kang ada yg melepek kat tgh2 jalan. nk update blog mcm selalu, wlpn takde apa sgt aktiviti dlm kehidupan seharian. tp blog kan member baik, mana blh tinggal... 


pening ngadap laptop lama2. nk update apa pun mcm blank. gmbr ada je yg dah edit, tp esk lusa la yg tu. nnt ada chance, tora datang lagi... 






salam maal hijrah =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...