expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 21, 2014

Raya wif kinah


Bismillahirrahmanirrahim



25 Syawal 1435H

syawal lagi kan? boleh citer raya lagi kan? ^_^
tahun ni kinah raya ipoh, jadi lepas seminggu raya baru balik tganu...
seminggu jugak duk kg, jd sempat la dtg braya rmh kite,
awal2 dah tanya nak makan mana,
sebab memang dah takde apa nak jamu kat rumah,
dan tak berape rajin nak masak =P

jadi plan asal nak bawak kinah n family makan kat warong pok nong
tapi... alahai la hai...
dan2 ptg tu pok nong n the geng duk gotong royong kemas kedai...
maka berlalula kami dengan membuat u turn balik...
takde rezeki lagi si shbt nk rasa sotong gunting yg glemer itu..
takpe, hujung bln ni harap2 ada rezeki ye =)





takde pilihan lain, ajak g kedai pok long kat pantai teluk ketapang
kedai ni selalu memang penuh jugak pengunjung,
tapi bg tuan tanah, tetap tak blh celen pok nong,
pok nong is the best, harga murah, makanan tip top,
percayalah!

cuma kat sini ada ketam, tp jarang2 jugak sebenarnya ada,
dan jarang2 jugak orang amik,
sb harga dia sekor rm18, haha harus makan dgn kulit2 skali
makan ramai2, takkan nak amik sekor je kan?
kirim salam. beli sekilo buat goreng berlada lagi sedap,
makan kat rumah ketuk dgn lesung, pueh ati.





pilihan kami. ada lagi kat depan tu...
sotong tu, sotong tuuu...
baru nak gebang kat kinah kesedapan sotong gunting pok nong,
skali bl dpt sotong yg ni, laa hai...
liat bg kucing pun patah taring.
nasib baik ikan best,





gambar yang mengundang rintihan mak2 buyong kat fb, haha
lawa kan gambar kamera asus zenfone ni?
takde edit apa pun ni, resize dgn watermark je,
dah taraf2 dslr ni, ehem B)

abc ni ok la,
standard best,
cuma kalau kurangkan manis sikit lagi best







kan... dalam tak brape best tu,
tinggal serdak jugak kan...
mesti, mahal kot bayar,
patah gigi pun patahla...  =D

time ni duk lawan snap pic,
tolak pinggan semua biar nampak orang sana yang makan lagi banyak,
makin nakal mak ayah Acad ni ^_*





last pic wif acad n mummy dia
makin kurus aih mak acad ni...
nah, want my kilos? please.... ("___")

settle makan,
teruskan misi cari homestay
family belah mertua kinah nak g redang trip cuti merdeka nanti,
jadi cari homestay dekat2 area ni,
susah jugak nak cari, banyak yg dah book 30, 31 ogos tu,
tapi last ada la rezeki tuk diorang,
selamat bersnorkeling ya, pakai google ketat2 intai nemo okey =)

btw tenkiu nah datang raya ng kita,
kita terharu awak ingat kita...
belanje kita lagi tu...
*jgn pitam nah*
lebiu.


Thursday, August 14, 2014

Sand Art - amazing!






Bismillahirrahmanirrahim
Sand art exhibition

Subhanallah.... menakjubkan kan?
betapa hebatnya kurniaan yg Allah bagi kat manusia ni,
cuma guna tangan dan pasir,
tapi hasil superb!
nampak detail semua yg halus2 pun,
ni mesti kuku panjang ni... cikgu, rotan dia.
















kalau kita, mungkin bagi pensil,
pemadam pun belum tentu boleh buat secantik ni
jgnkan nak lukis frozen,
silap2 suh lukis air batu jd lepat pisang t_t

tapi rasa mcm syg, sb ni kan show,
lukis2 pastu padam...

sgt jeles dgn diorang ni,
bkn semua orang ada skill mcm ni kan,
tapi takpelah,
lain orang lain anugerah yg Allah bagi,
jadi sila hargai apa2 yg ada pada diri sendiri =)






dulu kecik2 sukaaa main pasir,
arwah tokki tukang rumah,
jadi rumah mesti la buat sndiri kan,
sekali order pasir satu lori mmg cukup sgt
nak buat projek masing2
siap boleh slide lg dari atas pasir tu,
pastu konon buat terowong,
lawan terowong sape paling dalam
dan tak runtuh,
gali dgn tangan okey,
barula seni ;)
projek hanya akan berakhir bila
makin lama pasir makin sikit tokki amik bancuh simen,
atau...
kucing buat jamban kat situ.
spoil.




Wednesday, August 13, 2014

Syawal '14 - open house Dr Kazzoma



Bismillahirrahmanirrahim


Raya keenam kalau tak silap. tiba2 dapat pm kat fb dr ka, ajak pegi rmh dia, mak dia buat nasi dagang. mimpi apa tah budak tu. tapi rezeki jgn ditolak, nasi dagang homemade tu... terus text zie ajak pergi sana. tapi lewat jugak la sampai. memang betul2 last customer ka ;) best, sebab dah takde orang, nak makan bersembang semua takdela segan sangat =)





nasi dagang pak malau. sedap! bertambah sedap sb bertambah2 gulai ikan aya ktorg makan. bl lagi kan? nak buat sendiri mmg tak la... sb gulai ikan aya yg tersedap harus dimasak lama2. ikan aya kena rebus dulu semalaman. makan kedai? ya boleh. tp sape pulak nak bg lauk byk2 kan? acar pun 2-3 hiris... -__-








lepas makan, sambung sembang kat dpn tv. kawasan rumah ka ni sgtla mengundang rasa mengantuk tak terperi lepas makan. kaw perumahan baru buka, jadi takde orang sgt. tepi rumah plk bekas bendang, haih... bantal please.





dalam 2jam jugak kot duk sana. lama sgt tak jumpa bdk ni, last adalah waktu mc zu kawen, 2 tahun lepas... story pasal bdk ka ni, haha. gelak dulu. nama dia je dah unik kan? satu dlm malaysia kot, ke dunia? Kazzoma Ghaizo. takut tak? haha. dulu waktu mula2 masuk form 1, ingatkan dia ni dari jepun ke apa yg pelik sgt nama. karakter dia pun menggerunkan, tu semua tahu. sekali dia jerit pecah gegendang telinga, jd harus hati2 ya. gelak pun sama, jadi takdela khuatir sgt bergelak ketawa dgn beliau. in fact, beliau adalah the best kalau jd partner in crime B)

nama tu ada maksud act. penahan marah kalau tak silap. yg silapnya nama tu tak berapa berkesan kat tuan empunya badan. tp mungkin pemberian nama tu mmg sepadan dgn karakter dia, sb mungkin kalau diberi nama siti saleha dia akan jadi lebih menggerukan. haha. dan perkataan tu ada dalam al quran or hadis, tak ingat the exact word. hebat kan? 

sehebat orangnya. brilliant budak ni. student pts, tapi selalu duk dlm top10 kat skolah. dan sekarang dah jadi dokter kat klinik padang hiliran k.trg. pandaiiii dia ni, nak duk klinik je. sb office hour kan, takde oncall apa. cuti pun kalah staf gov yg lain. siap ckp bosan lama sgt cuti duk rmh raya ni -__-" cubit kang. 






menunggu kami berlalu. lain mcm je ayat tu, haha. cantik kan rmh ka? dulu dia duk manir, skrg pindah gong badak. makin dkt la kita,,, harap2 kalau terjumpa kat secret recipe giant gong badak, boleh paw sekilo dua cheese cake kat sana. btw, tq ka! lain kali jemputla lagi kalau buat makan2. kalau takde makan, kita jumpa kat klinik je mungkin. bye.


Tuesday, August 12, 2014

Syawal '14 - Walimah Wa



Bismillahirrahmanirrahim

Raya keempat. Walimah wan salwa a.k.a Wa nama manjanya bersama pasangan beliau ahmad fattah. ala-ala ad hoc jugak majlis wa ni, tuan badan pun macam tak percaya dia akan kawin raya ni. tapi Allah dah rancang yang terbaik kan, maka segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah =)

Kali ni pergi bertiga, cik peguam datang amik. pergi dalam pukul 11 sebab konon nak saing budak2 besut - norsita n pijah, tapi agak takde makna saingnya. kami siap makan semua diorang tak sampai2 lagi. saing sangat. takpelah, tak ada jodoh namanya... harap2 lain kali dapat jumpa. 

pn teha pun satu hal lagi. punnn tak sempat jugak nak jumpa. lambat mengalahkan orang datang dari jauh, padahal rumah sepelaung pun sampai. adeee je alasan dia. hetcu. sedih tak sempat nak beraya ngan hani. sampai hari ni pun tak sempat lagi... takpe, k.syu simpan duit raya hani tahun ni, forward utk tahun dpn. forward ya, bukan double. save bajet ai. 

sampai rumah wa, semua dah settle, family fattah pun dah nak balik. jadi kami amik bahagian kat makan2 dulu. jumpe cik yanah n kwn dia. cik yanah dah kerja hari ni. adan uke dia. haha. kejap je la pun duk sembang2 sambil makan tu. nampak dah clear sikit orang, naik atas pulak. 






pelamin adhoc. disponsor sehari sebelum. biasa kalau kenduri lepas raya, vendor akan pasang sebelum raya lagi kan? haaa ni spesel. rezeki pengantin baru namanya. nice. saya suka ^_^






lakonan semula sebab sebelum tu dah sarung kat surau.
wa comel kan? eh jgn la tuan dia baca entry ni...







kami. semua x-smaasza. fatah tu tak la, dia ore pasir puteh.
medic mansoura *betul ke tak tah eja*





waktu perjalanan balik dari rumah izzah. waktu2 raya memang bandar k.trg akan bertukar sesak macam bandaraya k.lumpur. haiii mmg mintak maap la nak bermastautin sana. selagi hidup tak terdesak, biarlah daku damai di kampung. seminggu lebih hadap jem macam ni pun rasa macam eiii... stress! time ni lg stress sb bertemu jodoh dgn ambulans dari belakang. cuak? yes. lagi cuak org tak bagi masuk jalan balik. tapi terima kasih ats kecekapan driver ambulans, elok je lalu tak kena siapa2. syabas.






Summary- buat wa sayang ;
- jangan nakal2 dah pasni
- please behave ok
- please be matured mcm tuan belog ni
- sila khatam buku panduan masak memasak, nak masak utk 'ketua chef' kan?haha
- tahniah utk jodoh yang tak disangka! ke sangka? eh. haha
- selamat berbahagia bersama kasih Ilahi
- saya gembira bl anda bahagia ^__^
- ikhlas dari saya -x-dorm 7A... smaasza =)



Monday, August 11, 2014

Syawal '14



Bismillahirrahmanirrahim

Bila nak buat entry raya tahun ni baru perasan rupa2nya antara entry raya tahun ni dengan tahun lepas punya selang 5 entry je... haha. syabas yuhaisya! syabas! *kesat air mata*
mungkin kalau raya tiap2 bulan, blog ni akan lebih aktif. mungkin.

last day puasa, buat nasi tomato terus utk berbuka merangkap hidangan di pagi syawal.
jadi bgn pagi raya rasa tenang je sb dah tak payah berkecah kat dapur.
panaskan and done. 




tiap2 tahun selagi bermastautin kat wakaf tembesu ni, memang akan dapat juadah raya dari jiran sebelah menyebelah. bahagianya dpt mkn sate tanpa mengira brapa ringgit yg perlu dikeluarkan. mcm kecik2 dulu. time skolah rendah dulu, singgit 5cucuk. pastu naik jd 4cucuk, 3 tak dengar plk, tup2 2 batang singgit. terus sate bkn lagi makanan kegemaran tiap2 minggu. ya, dulu kecik2 tiap2 minggu arwah tokki belikan sate pak ali yang tersedap. tsk. 






nasi minyak + nasi tomato, acar, sambal belacan, ayam masak merah, gulai daging. nasi tomato ada lg balance, jadi kita kacuk dia dengan nasi minyak. sedap!






bila dah muak dengan juadah2 berat kat atas, ini ubatnya. kerepek bawang, kerepek bilis, buah rotan, tea o panas sambil tengok sebenarnya saya isteri dia raya. hebat betul penghayatan raya dia ni. itulah satu hari di hari raya saya. moga ada peningkatan utk syawal next year jika masih dipanjangkan usia. wish sgt nak beraya kat kampung, solat raya, ziarah raya... tahun ini masih tabah di sini. tahun depan harap2 bukan di sini lagi. kalau tak kat kampung, mungkin kat australia. tata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...