expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, October 19, 2012

.: Di mana Dia di Hatiku? :.


Bismillahirrahmanirrahim





…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.


Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.


Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.  
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.


Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.


Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!


Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?


Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan,
“apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.


Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

Oleh : Ustz Pahrol Mohd Juoi. Dipetik di sini.

Thursday, October 18, 2012

.: Nasi Goreng Udang :.


Bismillahirrahmanirrahim


naik seriau kepala kalau hari2 ngadap metro. sb tiap hari2 ada kes jenayah. yg otai2 gangster tak takut polis + mati satu hal, yg budak2 skolah bajet gangster pun satu hal lagi. sampai satu tahap, i thought there must be a soldier pegang senapang sorang yg kena kawal area skolah. ko nak jadi gangster sangat kan, meh pakcik tentera train ko cemana nk jadi gangster yg bermutu. setakat ni, takdela berhadapan dgn kaki2 gangster pukul2 org lg, cuma perangai tu la mcm nak tampal sorang2 kat dinding kelas. tampal mulut skali. 



pepagi dah nak marah. bukan marah... gerrrummmm jerk ;]  ok meh kiter citer pasal menu kat atas. bila cakap pasal nasi goreng yg ada tambah2 kat blkg dia mcm udang, sotong, daging merah, paprik, pataya, adalah lebih afdal masak sendiri kat rmh demi kepuasan hati. kecuali malas, mmg terpaksa jgk la order kat kedai. sb apa afdal? sb kalau buat sndiri, baru la dapat the real nasi goreng yg kita nak tu. dari pengalaman bertahun2 makan kedai time belajar, speecless tiap kali order siap. kalau nasi goreng udang, adala 2-3 ekor dia tayang kat atas nasi tu. pastu lgsg tak back up dgn accessory lain kot ye pun kedekut sgt nak bg udang. saje le tu nk suh tambah order telur dadar satu lagi. politik betul. 


kalau yg pattern2 daging mcm masak merah, keras mcm kayu balak. lempar kat dinding retak seribu. unless u order nasi goreng kampung, baru satisfied kot. sb biasa ns goreng kg mmg kaya dgn ikan bilis yg ditabur tanpa ada unsur kedekut ~ ~





so here is my nasi goreng udang. ni bkn sesi show off udang eh. tp nk gtau betapa berbaloi buat sendiri. tiap suapan boleh disertakan dgn en udang. baru la happening =) letak udang byk2 skaligus, sb lepas tu kena pantang tahun dpn baru blh makan balik. tsk tsk tsk... nk makan selalu pun xpe, tp tanggung la derita gatal kuasa 18 nnt. kalau gatal kat tapak kaki takpe lg, ni gatal kat muka je.... how come those udang willing to spoil me like this? dont u know how much i luv to cook u like sambal udang with petai? eh petai mahal kan skarang? dkt rm50 sekilo. terkesima kejap tgk harga petai. kayala org ada pokok petai $___$


Wednesday, October 17, 2012

.: 10 Hari Terawal Dzulhijjah :.


Bismillahirrahmanirrahim

Rasa mcm baru je lagi puasa ngan raya. tetiba hari ni dah masuk bulan haji. nak raya haji ni, jgn duk aim daging korban je *perli diri sendiri nmpk* tapi byk lg benda yg perlu dilaksanakan dalam mendekatkan diri kita padaNya. meh check up. 

Sebahagian ulamak salafussoleh menyebutkan, terdapat 3 himpunan sepuluh hari yang dimuliakan oleh Allah iaitu, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan 10 hari pertama bulan Muharram.








Tuesday, October 16, 2012

.: Tapai Pulut :.


Bismillahirrahmanirrahim



emmm dapnye. ini adalah tapai pulut versi trg. di mana tapai tersebut dibungkus dgn daun getah. letak dalam peti ais sejuk2, pastu ngap. nikmat tak terkata!  ;)  tapai adalah termasuk dalam kategori makanan yg tak lalu saya telan kecik2 dulu. padahal dulu arwah tok siap buat sendiri sebesen besar time nak raya. buat banyak2 utk bg kat jiran2 skali. time tu... pandang sepi je kat tapai2 ni. skarang, menggagau cari time raya =)







sehari sebelum raya, pepagi kan g cari barang basah kat pasar. niat skali nk cari tapai. alhamdulillah, dapat yg fresh punya, sb makcik tu act nk jual petang time bazar petang karang, tp kesian kat kita kot... thehehe ^ ^    so esoknya raya, settle dgn nasi minyak, sate, nasi himpit semua, tak sabar2 bukak tapai dalam peti ais. semalaman tu simpan. sedap sgt! sampai tak sedar dah brape bijik abis...


and that was the last tapai time syawal. tetiba baru ni terbeli balik. ter la sgt... time tunggu turn kat klinik, dah lama sgt menunggu, skip dulu g pasar payang. dah ternampak pulak setalam besar makcik tu jual tapai ni. riang ria balik rmh ritu dapat tapai dalam 30 bijik. haha. 30 bijik tu 5ringgit je harga dia. murah kan? xyah susah2 buat sendiri wlpn daun getah belambak2 belakang rmh. btw ni bukan daun pokok getah yg org toreh tu, tp pokok dia lain... i dun know why org panggil daun getah.


satu lagi, bg org luar, tgk2 sikit harga tapai ni. smlm terbaca blog travel ni sorang, dia mkn kat atas pasar payang tu sebijik 50sen. banyak tipu....! kalau rasa nk makan sgt, turun bawah jap area kepok lekor, beli kat situ. berganda2 murah. 


ok sambung balik citer tapai tadi. lps settle kat klinik, balik rumah mkn kepok lekor sebatang selang dgn tapai. perut sebelum tu adalah kosong. sempat isi dgn roti dan air kotak sahaja. balik2, sumbat tapai terus. dan tak berhenti kat situ. mlm pun suap lagi. nasi lgsg tak pandang. 





esok lps bgn subuh, dah start rasa lain mcm. mcm kat awan2ngan je. pegi buat milo. abis segelas, mata berat. ok la jom kita tdo kejap. dalam pukul 10 kot (sies lama terlelap), mak datang kejut. pakej la skali membebel asal tak bangun2 lagi. tp mata berat sgt nak bukak, suara dia pun mcm sayup2 je. sies tak terdaya... few hours later, blh bgn, turun bawah. flat lagi kat lantai... lemah longlai je rasa. flat kat situ sampai tgh hari terus. 


lepas zohor mkn nasi semua, baru la mcm berada di alam nyata. tu pun ada rasa mcm nak muntah tp tak terkeluar. cakap kat mak, org rasa nk pitammm je tadi. kalau g spital, konpem kena drip glucose dah tu. 1st thing dia ckp asal x panggil dia, boleh tlg urut kepala ke apa. 2nd thing berdas2 kena bebel sb kemaruk sgt makan tapai sampai tak makan nasi. terus rasa nk pitam balik.


so pengajaran hari ni, kalau nk makan tapai byk2, sila makan nasi dulu ye... sekian ^________^

Monday, October 15, 2012

.: Snow Globe :.


Bismillahirrahmanirrahim

Idea tersumbat. mood kelaut. tp xmo biar blog jadi mangsa. mcm kan blog ada perasaan. blog tade, tuan dia ada. nnt kalau dibiar sepi lama2, lagi la pilu nak update. so godek2 folder pic, jumpe gmbr ni...





mini snow globe


snap kat pasaraya. hehe. suka, tp tak suka patung2 gini. sebab patung kan takleh simpan dalam rumah. satu lagi, benda2 mcm ni kalau suka mcm mana skali pun, mmg takkan beli la tuk diri sendiri. unless travel jauh2 mungkin blh beli tuk kenangan. bkn kedekut, tp mcm poyo je beli tuk diri sendiri. sendiri beli, sendiri hadap. no no no... benda2 gini kalau ada org bagi, barula ada sentimental value ;] 


ada la satu dlm simpanan. tu pun rembat x-bos punya ;) (pernah keje bwh skim pelajar bekerja kat kab upsi dulu). time dia nak pindah opis, ada lagi barang2 yg dia tinggal. godek2 dalam paper bag, jumpe satu globe comei, tp takde snow (kelip2 tu org panggil ape eh? serbuk prade?) no hal. yg penting dia tade patung, cuma bongkah mcm dalam laut je. bila bos datang lagi pejabat nk amik barang2 yg tertinggal, bodek la nk globe tu. dapat dengan skali mintak. haha. tak bodek pun act, sb tau dia bkn minat pun benda2 gini. buat menyemak meja lagi ada... kan bos kan? haha. tq bos. now, kalau goncang globe tu, ada snow, snow cap keladak... -___- nak tepek dalam blog pun segan. kalau la boleh bukak ganti air dalam tu, dah lama buat. 







pulak tu dalam citer my girl ni heroin dapat snow globe as besday present dia. lagi la excited nak wish ada org nnt bagi snow globe ni jugak. tp tlg cari yg tade patung ok. dan2... pesan kat sapa ntah.





dan disebabkan citer my girl jugak, snow gobe ni laris di pasaran. siap order2 bagai. nak yang sebijik mcm ni. 





comei kan? malam2 nk tdo pasang buat ulit tdo. lampu nyala, muzik jalan. zzzz....
oh snow globe!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...