expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 31, 2013

Baju Raya



Bismillahirrahmanirrahim



dah dekat seminggu rupanya tak update... tu tandanya apa? malas? tak... tu tandanya takde idea. dan tanda2 cepat naw masa berlalu... tsk. dan jugak agak tenggelam mood disebabkan baju raya. well, bila dah masuk era jubli perak ni, takde la excited sgt nak berbaju raya. biasa tahun2 lepas pun paling2 beli yg dah siap terus, senang. skrg bukan lg zaman kanak2 until sek menengah di mana tiap2 tahun kena tempah baju raya. 





Tahun ni lain citer skit, sb terasa nak ajak mak beli kain dan tempah baju raya. tp sb dah lama tak upah sape2, jadi blur nak hantar kat sape. jadi usha sana sini, dapat la few contact no tailor. skrg baju tu dah siap. alhamdulillah. tapi... tsk. rasa nak lipat2 sorok dalam lemari xmo bagi nampak2 dah. akak frust. tsk tsk tsk.



tapi kita consider dgn akal dulu. meh outer sendiri. so tu salah satu sb kot blog sunyi. pening duk pikir cemane nak buat dgn baju. skrg alhamdulillah, dh siap 'renovate' balik baju tu, tapi gitula.. so-so je. dgn harapan, sila redha ya wahai hati. bersyukurlah sb kurang2 ada baju raya baru, ramai lagi yang sehelai sepinggan je dalam dunia di hari raya... t__t

sekian, selamat berbuka.

 
eh jap.




lawa kan chiffon layer dress ni? dah la harga reasonable - rm53 lepas diskaun. tali kat pinggang tu boleh adjust, jadi kalau tak nak bagi nampak shape sgt, boleh longgarkan tali tu... love2 ^__^ tapi, again... ckp pnjg pun takde untung, sb dah SOLD OUT... t________t

betul2 sekian.


Wednesday, July 24, 2013

Berat anda adalah emas



Bismillahirrahmanirrahim


 
Bukan masa je emas skrg, berat pun emas okey dewasa ini ;)
haha, bahagia la org2 yg BMI dia lebih dari 25++...

ok, gimik je tu...
faktanya, adalah berdasarkan berita beberapa hari lepas
kat Dubai, gov dia buat kempen berat anda adalah emas
di mana sesiapa yang turun 2.2 paun akan dapat 1g emas
3 peserta yg paling banyak menurunkan berat badan akan menerima
syiling emas bernilai  RM16500 $___$






oh ya, kempen ni time ramadhan je ya, 
dan mereka kena angkat sumpah dulu untuk tidak mengurangkan
berat badan secara tidak sihat (no suppliment)
sb kerajaan dubai nak elakkan rakyat dia dari terjebak dengan obesiti


patutnya bulan puasa senang la nak kurus kan,
tapi tak... kat malaysia pun camtu jugak kan,
tengok bazar la bro...
mcm kat dubai ni,
1st day of ramadhan dah berpuluh2 penduduknya
masuk spital sebab ramai yang mengambil kesempatan 
daripada banyaknya tempat berbuka untuk penduduk 
membolehkan mereka terus makan di beberapa tempat.





agak2 berapa gram emas dapat ni?
tp eh comeinyeee die... (",)


dubai2..
padahal palestin, syria, iraq, sekakang kera je kot
dari tanah korang...
hmmm...
ujian kesenangan itu lebih sukar dari ujian kesusahan




Tuesday, July 23, 2013

Bubur lambuk terengganu



Bismillahirrahmanirrahim


Nak dekat separuh ramadhan baru dapat merasa bubur lambuk. bukan susah nak jumpa, tp tiap kali g bazar, mcm dah banyak sgt beli kuih2 lain, lauk pauk lagi. jadi baru ni tak kira, kita kekang nafsu beli benda lain, amik bubur lambuk sebagai subjek utama. 




sorry, comot sket ;) 
dulu2 time kat tg malim, sayu nya la bila teringat kat bubur lambuk ni...
sebab langsung tak ada bau2 bacang bubur lambuk trg dgn bubur lambuk perak, huks
mungkin itu dah mmg taste dan resepi bubur lambuk kat luar,
tp tetap ai is rindukan bubur lambuk ganu..
menitik air mata makan bubur lambuk tg malim warna putih 
letak sayur campur segera dgn mungkin nisbahnya 
speket sayur tu utk sekawah bubur... -__-
ehem, sila bersyukur ye, org kat somalia tu
dapat bubur mcm tu dah kira besar rahmat sgt....


alhamdulillah, beli yang bubur yang ni sedap sangat,
rm2 sebekas,
cukup rasa, mmg expert la sape yg buat ni,
sayur isi semua tak kedekut,
tp sayur daun kayu tu time budak2 dulu 
tak suka...
kalau nak makan, siap asing selai2 daun tu,
hilang khasiat bubur lambuk...
tp sekarang tak lagi ;)
semua tu dah boleh telan. bahagia. haha
apa je yg tak bahagia kalau pasal makanan kan ;)

 

Monday, July 22, 2013

Iftar hujung minggu



Bismillahirrahmanirrahim

Kata tak nak pegi bazar dah, haha
itu semua mainan ilusi je, 
hakikatnya akan pergi jugak ;)
tp yg 'betul2' plan pegi bazar biasa hari jumaat la,
sb blh bawak mak pegi skali,
hari lain, kalau kebetulan pegi pasar sblm asar tu
dah ada org buka gerai kat bazar, singgah jugak la jenguk2,


so jumaat baru ni ke bazar chabang tiga kita,
miss dis bazar mucho2...
bazar ni paling best kot kat k.trg,
lauk pauk banyak, kuih muih,

 


 beli kuih rm3 dapat 3 jenis ;) 
yg kuih seri kaya tu mak je makan, me not into manis2 sgt, 
dah la mahal kuih tu,
ada kedai jual rm2 skeping, padahal size sama je...

kerabu toge tu tottaly mine ;)
awal2 puasa ritu lg rasa terbayang2 nk makan kerabu,
mak x suka, sb ada perut,
oh sy pun tak suka jugak,
tp buat2 x nampak je, sb dia letak x byk pun,
rege rm2 semangkuk.


gulai nangka, hmmm..
x tahu la kenapa, bulan puasa ni,
selalu nampak gulai nangka ni mcm tempting,
rm2 jugak semangkuk.

ikan ng ayam tu balik panggang sendiri,
sb mak nak beli ikan kembung panggang again mcm ritu,
tp tetap jugak sama harganya -rm5 sekor,
tak yah.
balik, letak dlm pemanggang ajaib, tutup, 
buka tadda siap...
kejap je pun...


sekian berbuka di hari jumaat kami ;)


Friday, July 19, 2013

Ramadhan 10

Bismillahirrahmanirrahim





Ingin ku gapai impian setinggi langit
Ingin ku cantum angan-angan menjadi realiti
Ingin ku jejak dunia melihat alam
Ingin ku titip harta buat dunia miskin
Ingin ku kecam mereka berhati binatang
Ingin ku lakar sejarah di mata dunia
Ingin ku raih kejayaan hingga akhir hayat...

Tapi buatmu diriku...
Keinginanmu terletak dibawah naugan Ilahi
Keiginanmu belum tentu secantik 
perancangan Ihali
Keiginanmu belum tentu terbaik dalam 
pandanganNya
Keinginanmu belum tentu dirahmatiNya
lantaran hatimu masih belum bersih
Keinginanmu belum tentu diberkatiNya
kerana kifarahmu masih belum tiba
Keinginanmu belum tentu terlunas
kerana disisiNya, itu adalah ujian untukmu
sayang...

Berdoalah. Bersabarlah.
Solatmu akan menemukanmu dgn keinginanmu...
Aameen...


Salam jumaat
10 Ramadhan 1434H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...