expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 26, 2013

Lemon - Cancer Fighter


Bismillahirrahmanirrahim


Skrg semakin banyak penyakit yg susah nak sebut namanya menimpa manusia.
tapi secara umumnya, manusia akan gerun bl dapat tahu dia ada mengidap kanser,
x kisah la to be specific kanser apa pun,
tp konpem utk minit yg pertama, rasa mcm dunia dah nak kiamat... 
lalu menjadikan ramai manusia *termasuk saya*,
takut nak buat full and details medical check up,
wlpn kdg2 ada kempen bg check up free je utk detect certain penyakit...


ok, mungkin la kebanyakan org mmg pernah buat medical check up,
sb nak sambung belajar, keje, etc2...
tp check up yg tu... hmmmph. 
harap kan buat x-ray je nampak mahal...lain2?
doc bertanya, anda jawab.
dan hasilnya, ofkosss sihat walafiat. alhamdulillah kalau betul. 


stop for check up things,
memandangkan kita ni tak berapa kuat semangat nak harungi
kehidupan dgn penyakit2 menggerunkan tu,
jadi mungkin alternatifnya kita harus mencari penawar sedia ada
dalam pemakanan seharian.


ritu ada blog pasal serai sbg penawar kanser,
dan skrg baru tau jugak yg lemon tu pun blh bunuh sel kanser secara semulajadi...
cek dis :

 






KHASIAT LEMON

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
 
Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
 




info khusus berkenaan lemon dan kanser tu tak teringat nak save terus, tp yg ni pun ada sebut pasal kanser kan. so blh la add on lemon dalam masakan ye puan2 =) kalau guna limau nipis pun ok, sb deme adik beradik je, so khasiat pun sama, insyaAllah. yuk sama2 kita try ;)

- selamat menjaga kesihatan -

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...