expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 9, 2013

Tolong... rumah saya kena bom!!! (2)



Bismillahirrahmanirrahim


ok, ni baru nak masuk isu sebenar,
act ptg rabu ritu, kebetulan bukak ikim.fm ada slot
perbincangan isu syria.
memang kat fb selalu ada update pasal syria,
tp nak google sendiri cerita sebenar pasal syria ni,
saya adalah takut. takut terjumpa gambar2 yang mengerikan..
kadang2 kat fb ada org share gambar org kena bom,
kaki tangan kepala hancur, esp kanak2,
cepat2 scroll bagi hilang dari pandangan...
bukan tak nak amik tahu,
tapi tak sanggup nak tengok,
dan rasa bersalah sangat2 sb kita sini bukan main hidup selesa,
diorang kena lanyak mcm tak berharga langsung...



jd bl terdengar kat ikim tu, kira bonus la,
sb lg senang faham bila ada orang cerita dan beri penerangan,
lagipun tetamu jemputan tu mmg org yang menyertai
misi bantuan kemanusiaan di syria,
kira dah berbulan2 dia stay sana dan melihat sendiri
peperangan kat sana...









Tudung syria memang cantik dipakai,
tapi kalau yang pakai tu amik berat pasal saudara dia kat syria,
laaaaagi cantik ;)

*ai kak, sies nampak?*


ok. memandangkan ritu lupa nak record dan dah ingat2 lupa sekarang, jadi saya share je sini serba sedikit pasal syria ni... harap ada yang sudi menelaah =)





PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri
merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya
merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya
beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad






BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- 

konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti
Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.





PUNCA KEBANGKITAN ADALAH :

 Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi
oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria






BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di
hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari
terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan.Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itudimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim
Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK
KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...




FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" 

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan
Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih




PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000
tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2
yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang
sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria
lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah
mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh
dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh
Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yangberlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang
teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh

tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.






PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah
(kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap
lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ;

 adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Jzkki akh Abu Abdullah

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)









SUMBER




Maklumat ni mcm outdate skit kan, sb disember 2011. tapi takpe lah, yg penting kita tahu hal sebenar, bukan melangutttt je bila org ckp pasal syria. dan jangan pilih untuk menyesal di kemudian hari... bila mana mereka menghitung doa kita untuk mereka di 'sana' kelak...






hey peeps, did u called her as terrorist?
I try to search at google by typing 'kanak-kanak di syria'
but what i got to see... 
Allahurrabi... 
only this little girl come out as in 'perfect' physical...
we might no be able to save her, to comfort her...
but our prayer should be non stop for her, for her family, her friends..
just do that... 
 



Jangan sampai Allah 'sedarkan' kita dengan sesuatu yg kita tak pernah terfikir akan berlaku atas sebab kealpaan kita dalam mengambil berat penderitaan orang lain.. kalau suatu hari tiba2 rumah kena bom, masa tu baru nak mintak orang simpati kat kita? dan jangan sampai waktu tu baru kita sedar, betapa sakitnya berada di dalam situasi 'mengharapkan pertolongan'...

haa, baru nampak relate dgn tajuk kan? nampak? nampak? ;) 

ok lah. tu je nak share. sekadar usaha kecil untuk peringatan diri sendiri dan bagi mereka yang mahu mengambil peringatan... 

akhir kata, selamat berpuasa!
jom sama2 gandakan doa, ibadat, sedekah, untuk mereka yang memerlukan.
agak2 nak sumbat mcm2 time berbuka,
ingat sikit sedara2 islam kat syria, palestin, gaza, india, rohingya, 
dan lain2 yang tak pasti ada ke tak makanan untuk berbuka...



 

doa doa doa!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...