Bismillahirrahmanirrahim
Lamanya tak buka blog.. eh buka, update je tak boleh :(
ermm..update kali ni, diusahakan atas nilai rasa atas kehilangan seseorang...
22 Nov 2013, Jumaat, 7.59 mlm
salam, tau dh ko ckgu faris xdok? eksiden td..
kak as kol akak lps mghrb
sms dari kak huda. saya dalam keadaan santai melayari internet waktu itu.
saya baca sekilas lalu. xdok? pergi mana? eh eksiden?
2-3 kali baca, baru nampak jelas nama ckgu faris.
eh jap2, cg faris suami k.hasmad? abg wani?
subhanallah...
makin berulang saya baca sms tersebut, makin bergegar rasa jiwa.
dalam keadaan perasaan yang huru hara,
saya ke bilik mak,
cakap abg wani, tuan faris dah takda...
dan sama seperti saya, mak terpinga2...
takda ke mana?
sukarnya untuk menyebut perkataan mati bagi menjawab soalan tersebut..
lidah terasa keras.
tapi saya lafazkan juga untuk berita pahit yang sukar diterima...
call kak huda, bertanya itu ini..
call k.hasmad, tak berjawab.
selang ketika kemudian, k. as call balik,
tp bila saya jawab, saya sendiri tergugah untuk bertanya.
dan kami hanya berbual seketika,
k.as pasti masih banyak yang perlu diuruskan...
Allahyarham dan keluarga masih tidak pulang ke kampung bersama keluarga
kerana beliau bertugas sebagai pengawas peperiksaan spm di p.pinang.
Beliau terlibat dalam kemalangan pada petang jumaat.
Jenazah Allahyarham terus di bawa pulang ke pasir putih selepas keluar dari hospital
dan selamat dikebumikan di pasir putih pada 23 Nov 2013 jam 10.20 pagi.
Al-Fatihah.
Siapa Allahyarham di mata saya dan mereka yang mengenali...
Saya mula mengenali Allahyarham melalui adik beliau - Tuan Hazwani. Wani adalah roomate saya sewaktu di upsi selama lebih kurang 3semester. pertama kali mengenali kak hasmad melalui saya, wani berkenan untuk menjadikan kak hasmad sebagai kakak ipar beliau ;)
saya setuju 100% =) walaupun tidak pernah bersua dengan abang beliau waktu itu, tapi berdasarkan cerita adiknya, saya yakin lelaki bernama Tuan Faris mampu menjadi imam yang baik kepada kak hasmad =)
kami mula mengusahakan jalan ke arah menyatukan mereka berdua. dan benar, mendirikan masjid mengikut syariat bukan mudah. ada hati yang gelisah, keliru, ragu-ragu, semuanya konflik yang harus ditempuh oleh setiap pasangan. kadang-kadang saya dan wani tertawa sendiri memikirkan mereka, kita yang adik-adik pula pening memikirkan mereka ;)
tapi saya yakin mereka adalah pasangan yang saling melengkapi. saya yakin k.as adalah calon isteri yang terbaik untuk abg wani, dan wani pasti lebih mengenali abgnya untuk menjadi suami yang terbaik bagi k.as.
mengenali k.as, dia ank sulung dalam keluarga. dalam kalangan kami sendiri di kab, upsi, dia juga k.long kami =) saya sayangggg sgt dia sb dia selalu blurr...hihi ;) dia baik, hatinya cukup sensitif terhadap perasaan sahabat. pernah sewaktu saya ditinggalkan sendirian di kab, dia menangis semahu2nya... ya long, dik su masih ingat waktu itu...
dan ckgu faris, saya mungkin tidak layak untuk menyentuh perihal dirinya lantaran kami hanya beberapa kali bertemu. singgah di tg malim bertemu wani, sambut menantu, dan yang terakhir, hari raya baru2 ini...
mungkin kerana itu adalah aturan pertemuan terakhir, Allahyarham, k.as sekeluarga memilih untuk pulang ke p.pinang dari kelantan melalui lebuhraya pantai timur (kl) dan singgah di terengganu terlebih dahulu.
salah satu sebabnya, mereka masih trauma dengan kemalangan yang pernah dilalui di Grik sewaktu PRU 13 yang lalu. walaupun kemalangan tersebut sangat tragis, dan salah seorang kakak wani yang menjadi penumpang pernah koma akibat tercampak keluar, tapi Alhamdulillah, semuanya masih selamat...
kenangan di hari bahagia mereka...
Nurul Hasmad dan Tuan Faris
entry asal di sini
ketika singgah berziarah ke rumah, Allahyarham sempat menolong jiran saya yang terputus bekalan elektrik. kebetulan jiran sebelah waktu itu tiada lelaki di rumah mereka. dan faktanya di sini, saya dan jiran sebelah adalah sgtttttttttttttttttttt jarang berbual, mak pun sama kot, lebih sikit je dari saya mungkin ;) tapi, Allahyarham yang memang terkenal dengan sifat ramah, langsung tidak kekok membantu...
ketika bertemu Allahyarham, mak sendiri tidak kekok untuk berbual dengan beliau. perkara yang jarang2 berlaku memandangkan saya sendiri bukan ada kenalan lelaki sangat, apalagi untuk datang ke rumah. dan mak saya pemalu, tapi sifat peramah Allahyarham memecahkan rasa kekok itu.
peramah - satu sifat yang saya kagumi tentang beliau. saya yakin, sesiapa sahaja yang pernah mengenali beliau tidak akan berasa canggung untuk meneruskan persahabatan dengan beliau.
sebelum bertolak, Alhamdulillah, saya sempat menjamu mereka hidangan tengah hari yang tidak seberapa... dan saat kereta mereka bertolak, saya baru tersedar hari ini bahawa itu adalah pertemuan terakhir dengan Allahyarham... subhanallah, dari Engkau kami datang ya Allah, kepada Engkau kami kembali...
Hilang sudah salah seorang pemuda agama, anak yang soleh, abang yang bertanggungjawab, suami yang penyayang, ayah yang pengasih, teman yang peramah, guru yang berdedikasi, dan salah satu watak muslim yang baik di muka bumi ini...
betapa sukar saya untuk mempercayai kehilangan ini, pasti ia lebih berat kepada mereka yang punya pertalian. keluarga, sahabat, saudara mara... semoga mereka kuat.
dan untuk kak hasmad...
yuha bangga menjadi penghubung cinta kalian walau tidak seberapa,
walau kalian berjauhan seketika -suami di johor, isteri di penang,
tapi akhirnya Allah hadiahkan percaturan yang lebih indah.
si suami ditukarkan ke penang, ke sekolah yang sama,
dan duduk di meja bersebelahan...
dan kini, mungkin segalanya memilukan...
k.long, yuha tahu, betapa banyak datangnya perkataan sabar
dari mereka yang bersimpati, ia pasti masih jauh untuk mengubati kehilangan ini...
yuha sendiri hilang kata-kata untuk menelefon k.long lagi,
terasa kerdilnya diri ini dalam membantu menenangkan k.long...
Allahurabbi...
k.long,
yuha tahu, sedih ini akan berulang walau k.long cuba menghadapinya dengan redha.
hati isteri... yang masih baru dalam menyulam cinta bersama suami tersayang..
tiba-tiba pergi tanpa isyarat...
Allahuakbar. Allah terlalu menyayanginya...terlalu...
dan Allah juga sayangkan k.long, terlalu sayang...
yuha yakin, k.long mampu,
k.long kena kuat, kuat demi Husna Awatif dan Ikram...
mereka mungkin telah kehilangan abi,
tapi mereka masih ada ummi yang kuat, kan?
Allahurabbi...maaf k.long,
yuha sendiri sebenarnya tidak akan kuat jika berada di tempat k.long,
dan kata-kata ini, bukan kerana yuha kuat jika ditimpa ujian yang sama,
tapi sebagai sahabat yang paling lemah,
hanya doa dan kata-kata yang mampu yuha hulurkan untuk kak long dan anak-anak...
Semoga k.long tabah menghadapi hari-hari mendatang...
sayang k.long.
AlFatihah untuk Allahyarham Tuan Faris Tuan Yahya.
semoga rohnya dicucui rahmat
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
sentiasa tenang dan lapang kuburnya...
aameen....
2 comments:
Saya mengenali allahyarham setahun yg lalu krn berjiran dgn beliau.Seorang yg mudah mesra, warak dan disenangi penduduk disini. Semoga roh beliau ditempatkan bersama org2 soleh.Alfatihah
Alhamdulillah ats ingatn pd allahyarham.jiran di penang ke ni?subhanallah...ramainya kenalan allahyarham..smoga tali silaturahim itu juga akn mnjd peneman beliau di sana,aameen...
Post a Comment