expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 25, 2014

MH17 - PENGHORMATAN... terakhir


Bismillahirrahmanirrahim




ok.
harap ini yang terakhir berkenaan mh17
just have to...
tentang isu penghormatan yang begitu gah
untuk semua mangsa mh17

siap masuk parlimen lagi kan,
sigh...

saya tahu...
ramai antara kita seolah2 mempertikai
ketinggian taraf mangsa2 mh17
berbanding pejuang2 lahad datu contohnya,
sehingga mangsa2 ini diberi penghormatan sebegini rupa.

jujurnya,
saya juga berpendapat bahawa tentera kita
patut diberi penghormatan yang sama,
atau lebih, mungkin.

TAPI.
sebelum kita mengutarakan argument tersebut,
tidak terfikirkah kita akan hati dan perasaan ahli keluarga mangsa,
kenalan, sahabat dan saudara terdekat mereka?
malah sehingga hari ini,
masih ada ahli keluarga mangsa yang belum dibawa pulang,
tak terfikirkah bagaimana igauan yang bermain dalam fikiran mereka
tentang nasib ahli keluarga mereka?
selamatkah jasad mereka?
atau hancur tidak bercantum?
6hari terbiar sebelum pihak pemberontak memberi laluan kpd dunia
untuk mencari dan mengambil mayat,
apa jangkaan kita untuk melihat mayat yang sempurna?
sedangkan proses pereputan mayat berlaku pantas
dalam masa seminggu...

mereka tidak pernah menyangka,
apa lagi meminta,
ahli keluarga mereka akan diberi penghormatan sebegini rupa,
malah rasanya penghormatan sebegini bukan apa-apa bagi mereka,
kerana rasa kehilangan itu mengatasi segala penghormatan
di atas muka bumi.
setinggi mana pun penghormatan yang diberikan,
mereka tetap tidak akan bertemu lagi dengan mangsa,
kehidupan tetap perlu diteruskan,
tanpa ayah,
tanpa ibu,
tanpa anak,
tanpa suami,
tanpa abang,
tanpa kakak,
tanpa saudara,
tanpa sahabat...
sedarkah anda penghormatan ini tak kan pernah membawa
apa-apa makna pada mereka???


yang kita persoalkan adakah tindakan pihak tertentu yang mengatur
segala bentuk penghormatan,
kerajaan mungkin.
tapi suara dan tulisan kita yang mempersoalkan penghormatan ini,
mungkin lebih dibaca dan terkesan oleh mereka yang mengenali mangsa2...
tak terfikirkah sejenak untuk kita meletakkan diri kita di tempat mereka?

apa perasaannya jika yang dibawa pulang itu ayah, ibu, adik beradik, saudara mara, atau sahabat,
dan orang ramai mempertikai penghormatan yang diberikan kepada mereka,
sedangkan yang ada dalam hati dan fikiran kita ketika itu,
hanyalah jasad mangsa!
jasad yang kita rindui....
jasad yang takkan kembali pada kita,
walau dunia memberi penghormatan tertinggi pada mereka.





ini takdir mereka
takdir kita belum tentu...

bila kematian bakal menyapa
di mana kematian berlaku
bagaimana kematian menjemput
siapa yang akan mengusung kita
berapa kerat yang akan bersolat untuk kita
berapa ramai yang benar2 ikhlas mendoakan kita,
menghadiahkan al fatihah untuk kita...

Allahurabbi...

jauhi hati kami dari prasangka
bersihkan hati kami
kuatkan ikatan hati kami ini...
hanya kerana MU
sayang kami keranaMU
sedih kami keranaMU
marah kami jua keranaMU
ya Ilahi...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...