expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, May 18, 2015

Pbakl 2015



Bismillahirrahmanirrahim

Entry pertama 2015. Syabas yuhaisya :')
Pbakl ni pun dah dekat sebulan berlalu,
but what to do, blogging looks unfamiliar with me recently.

ok just proceed.
kali terakhir pergi pesta buku ni adalah 2011.
time belajar. bila dah stay trengganu, payah la sikit...
kekangan jarak, kwn, kewangan, etc2.

tahun ni Alhamdulillah.
ada rezeki =)
syukur sangat2.
hanya orang2 yang gilakan buku je yang paham gelojak perasaan
betapa rindunya nak g pesta buku =)
gila buku tak semestinya ulat buku ye, kena paham tu ;)

gerak kerja bermula dgn survey tiket2 murah.
memandangkan tak dpt cuti pnjg utk ke kl,
jadi flight je pilihan yang ada.
godek2 tiket AA, dptla rm60 return =)
tu pun terlepas waktu2 yg disasarkan,
which is jumaat siang, or khamis malam.

kes sb berubah travel partner.
harus difahami disini,
pergi ke event2 sperti pesta buku, partner kena ada aliran fahaman yang sama.
kalau tak, partner anda takkan faham keterujaan anda.
bila dia tak teruja, dia tak enjoy, kita pun akan terkena tempias tak enjoy.
so be prepared to have a good travel partner,
lain lah anda boleh sponsor tiket orang lain,
mungkin org tersebut akan bergemerlapan cahaya di wajahnya
even kali terakhir dia belek buku was 10 years ago ;')

this time my travel partner is yanah.
thanks dear :')
kami pergi jumaat mlm, balik ahad pagi.
see, kami cuma ada hari sabtu tu sehari je semata2 utk pbakl.
clap to ourself ^_^

and kami menginap kat rumah k.huda,
save bajet accomodation, haha.
tq kak!




pagi sabtu - 25 April 2015.
hari yang dinanti-nanti.
kebetulan pagi tu k.huda ada gotong royong kat skolah,
so dia tumpangkan kami ke lrt sg besi.
rm1.70 je nak g pwtc =)

sampai dlm sblm pukul 9, awal lagi.
jd g breakfast kat medan selera tepi sg dulu.
be it keyell, nothing was in nasi lemak 4ringgit.
rm4 dpt telur goreng dgn kntg sikit gitu je?
try dtg tganu, rm3 siap nasi lemak ayam,telur,ikanbilis,timun bagai,
sb tu jgn komplen kalau gemok duk sini =P
tak la, tganu pun mahal jugak kos hidup,
tp it was your place, hujan batu kata orang :)




agak2 dah dkt pukul 10, kami gerak masuk dlm pwtc.
see, semangat tak semangat?
booth pun tak buka lagi.
tp ni booth pameran act.






Alhamdulillah.
pesta buku 2015, i was here :')






haha, begini keadaaanya bila dah start waktu operasi.
berhimpit2 nak bergerak.
and bare in mind, this is weekend T_T
ni aras 4, ada ana muslim, galeri ilmu, pts, etc2
kat ats ni saja berjam2 pusing,
bukan senang nak grab buku dgn pertimbangan yang waras,
ikut tangan nak je borong semua...
baca tak baca kedian punya citer, tu konsep tuan rumah =]








ok ni dah turun aras bawah sekali.
gambar kiri tu, sebenarnya ada que kat sebelah kiri.
sebelah kanan mcm que jugak, tp sebenarnya tak,
cuma tak boleh bergerak mana, sb sesak...
guess que for what?
ok tgk gmbr sblh kanan plk.
spot the black man dpn baju merah tu.
ok, rupanya ada pelancaran novel by tengku zaril a.k.a TZ.
yang tgk drama hati perempuan kenal la dia.
dah habis pun drama ni last week,
tp time ni tgh trending kat tv.
jd sila jgn bayang cemana bergegarnya pwtc bl tz lalu...
ingat nak join skali the crowd,
tp bila pikir balik,
if only i do that and success to meet him,
mungkin dinding rumah sendiri plk yg bergegar
kesan hantukan kepala kat dinding t_t
beratur berjam2 semata2...?
u are not dude dear. behave ok?
control macho ala2 yuhanis sikit. eh? thihi





meneruskan misi book hunter.
booth wajib- karangkraf.
tiap tahun, dia punya booth saja satu dewan.
dan wlpun booth luas satu dewan,
tp tetap berjalan bersesak2 :'}








waktu duk survey2 dlm ni,
tiba2 nampak sudut bersama penulis...
tiba2 hati debar2, haha.
nun kat hujung skali RAM duk sign novel peminat2 dia...
u just cant imagine how bright my face that time.
tak pernah sekali pun dulu2 dtg pbakl,
dpt jumpa RAM.
skali, tak sangka dia dtg hari kedua pesta buku ni!
rasa nak lompat bintang kat situ ;')


cepat2 g grab novel2 beliau,
sejak tanam azam nk pergi pbakl,
memang pendam je hasrat nk beli novel2 beliau,
and since dia ada skali hari tu,
berbaloi2 dapat hulur novel2 baru beli kat RAM.
sorry bagi yang tak kenal,
but he is my idole! pip pippp ^_^







time ni dah dalam pukul 3 kot.
last round.
kiri, writers buku diagnosis.
snap gambar je, beli buku diorang bagi kat ustz habiburrahman kat sebelah sign, hehe.
tak la, sb belikan yanah novel beliau, so tumpang skaki amik sign beliau,
kang abik ok je ;)
rindu drama KCB bila jumpa beliau.






hasil rondaan dalam 6-7 jam ;)
puas hati, tapi menangis mengenangkan nak sampai kampung... haha
kesan kelek buku2 ni makan 2-3 hari jugak nak hilang.
terkejut muscle ;')
next time kalau nak dtg sini,
awal2 kena warming up dulu,
ini bila bawak buku berkilo2 dgn turun naik kejar lrt lagi,
dah rupa latihan ketenteraan -__-






oh ya, on the way balik, pijah ajak jumpa.
lamaaaaaaa sgt tak jumpa dia ni.
last was... sies lupe :'(
pijah pick up kat erl putrajaya,
and there we go...alamanda.
since last meal kami adalah pukul 9 tadi
*penangan buku, tak ingat lapar, buat pesta buku hari2 boleh? ;}
lps solat terus g foodcourt.
skali foodcourt tak ada gas. haha. terima kasih sgt.
no choice, mamak je yg nampak ok sikit...
tq pijah hantar balik sampai rumah.
ringan beban bawak 'anak gajah ;)







bekalan setahun, baca selai sehari ;)
my bedtime story.






jumaat malam hari tu tak sempat sgt nak ronda dlm ni.
straight je cari erl g putrajaya.
so time balik ni sempat la round2 kejap.
ok.
memang diakui besar.
naya sgt kalau dtg lewat.
lagi2 dapat pintu J20++
jauh now kena menapak...tsk
rasa2, sama jauh je jarak dari rumah dgn airport terengganu,
lepas ni mungkin blh jln kaki je pergi epot ;)


satu lagi.
hal luggage.
mmg dari awal nekad tak nak beli luggage.
tapi bila tgk hasil buruan pbakl,
haih... ni bukan exceed 7kg,
tp melampau2 exceed nya...
yanah dah plan nak tinggal rumah abg dia,
biar abg dia bawak balik kg.
then me?
tp pijah ckp takpe je,
dia biasa sumbat je mcm2 dlm beg, lepas je.
ok.
so pinjam beg k.huda.
kira harta terus kot, sb beg tu dah rabak bawak buku, haha.
petua 1- muka kena cool.
buat2 ramah kat security, haha
petua 2- satu bagasi, satu bag galas
petua 3- run for your lifeeee... ngeee =)))
tak lah. mmg lepas.
padahal kalau ikut bag galas saje dah dkt 10kg,
tak masuk bag baju lagi...dlm bag baju pun penuh buku...

sb ada kes,
group travel ni share luggage 20kg.
tp lewat 5minit nak check in luggage lps counter tutup.
kawtim cemana pun tak lepas jugak.
so ground attendant AA tu ckp bagi2 brg tu masuk sikit2
dlm beg masing2, bwk masuk as hand luggage.
group ni bengang,
tp alhamdulillah, lepas.

ni just pengalaman,
bagi yg dah expert, abaikan ;)







komulunimbus?
could be. mcm gula2 kapas =)
alhamdulillah, selamat pergi dan balik.
tahun depan insyaAllah ada rezeki pergi lagi ^_^





2 comments:

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

Amir renovation said...

Assalamualaikum tuan/puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy,memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,waterproofing,buat porch,sambung rumah,buat pagar,vinyl floor dan wallpaper,landskap dan kolam hiasan,grill dan owning,dan keje civik lainnya.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,puchong,cheras,kl dan sekitarnya,bndr sri putra,nilai dan sepang.hubingi sy di no 0192945175 or wssp 01129110298. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...