expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, June 7, 2012

.: study again ... pfft :.


Bismillahirrahmanirrahim

dr hari selasa, x students duk call, msg. mereka berhajat nak datang belajar bio. bunyi mcm halilintar menyimbah bumi je permintaan tu... hahah. why? sb kena study balik la jawabnya... dulu time ajar diorg kat skool form 4 punya content. tu pun tak abis. tahun ni masing2 dah form 5, spm candidate katanya... 




ok je sbnrnya. lg pun diorg dah gtau siap2 nk suh ajar bab 1 form 5 je... perghhh kesat peluh kat dahi.  bahagian study tuk diri sendiri takde masalah, tp bab nk memahamkan deme ni i have to think harder. sempat ke nak go through satu bab ni petang karang. oh i have set our 'dates' after asar, so that i could have enough time to study myself, hahah. did any biology teachers read my blog? free tips please =)






sumtimes i wonder why i chose biology along my life path. padahal dr zaman skolah dulu, ni lah subject yg boleh buat diri sendiri tdo x lena, mkn rasa nk keluar balik, kejap2 rasa nak tarik rambut biar urat2 darah mengalir lancar kat kepala, as well as the circulatory system above. 

but then, Allah give me A for this subject, instead of Physics that i love the most. lps spm, i was like ikutttt je subject ni walau ke mana pergi. matrik, sah2 kena amik sains hayat. pastu masuk u, hmmm... ya, jgn nak bising2 ber'wonder2' bagai kenapa pilih bio, padahal time o9 upu dulu sesaje gatal duk pilih degree yg ada kaitan dgn bio -___-" 

skang menyesal ke? tak la kot, sb dah abis...hehe. tp kalau ada rezeki blh sambung bljr lg, i wont ever chose apa2 berkaitan bio lg... still nak amik cabang sains, tp skop berbeza. ntah, boleh plk baru tahu minat dan kecenderungan diri sendiri lepas dah abis degree..kesian. takpela, ilmu yg ada ciput2 ni blh share ngan student, harap2 mereka terasa best belajar bio dgn cg syuhada. heheheh. ^___^

btw, ada yg ter'bau' hidangan kat tepi buku tu? hehe. meh kita zoom in sket...




spageti goreng pembakar semangat tuk study. hahaha. ada nmpk mcm bolognese tak? kekeke. skang ni suka lg guna spageti berbanding mee kuning. bkn kes feeling omputih or terlebih money ke apa, tp sb dia sedap n sihat =) lg pun beli sepeket br rm3 (yg murah la), blh simpan lama tak mcm mee kuning.

chopstick tu... ya, nak feeling2 makan kat korea, haha. best jugak skali skala mkn ngan chopstick wlpn terkial2 nak habiskan sisa2 yg terakhir. kes tgk citer korea la nih. kuat gila pengaruh. haishhh la. oh ya, chopstick tu beli kes ada jualan penghabisan stock kat mydin, dpt rm0.90 10 pasang (20btg). haha, murah kan?

stop sini dulu. looking forward for my extra class this afternoon =))) tata


Wednesday, June 6, 2012

.: ikan celup tepung (ict) - termurah & terbest :.



Bismillahirrahmanirrahim

Lama tak review makan2. emm lama ke? padahal kenduri tu pun makan jgkkkkk *__* ingt ritu nk review tuti frutti, khas tuk org ganu kiter, org kl dah belambak2 kan TF kat sana. trg baru ada 2, satu kat tanjong, satu kat mydin mall. tp sb tak sedapppp...so takyah review, kang kutuk lebih2 nnt kena saman. eh sies la, tak sedap pun. tang mahal tu lg lah menambahkan ketidaksedapan nye...

so meh kite citer mknn yg lg best - seafood celup tepung! org trg yg dah biasa mkn benda ni nyap je la eh, kan nmpk mcm ek elleh... ikang celup tepung pung nak gebang. eh mesti. ikan dan trg bagai irama dan lagu... B)







pepehal ngadap real picture of celup2 tepung ni dulu. gmbr ahad ritu, lepas balik dr kenduri rmh syidah. aman nk g tf, tp i bangkang. haha. ingt nk g air buah gelas besar, tp takpelah, pekena celup tepung pun orait gak, sb situ pun ada air buah pure. skali blender rosakkk...! cet!



pd pelancong2 yg kepingin nk mkn seafood celup tepung ni, trg mmg byk tempat yg jual benda ni kat area tepi2 pantai. jap, rasa mcm blog pelancongan plk, takpun blog jjcm, hew2. tak kisahla. yg area pantai kelulut tu tak pernah try, so takleh nk compare. pantai batu buruk tu takyah la... mahal beddesing! yg jual kat lori tepi jln tu pun blh dia bantai jual bola2 cucuk rm2 sebatang. tak agak2. mahal3!




so better terjah teluk ketapang. jauhla skit bg yg menginap area bandar, tp kalau turun kat airport blh jalan kaki je terus p kedai ict nih =) kt teluk ketapang ni pun act kena pandai pilih tmpt. paling murah kat area playgorund, dia kedai dekat2 mcm ala2 medan selera. and u should chose kedai pok awang. situ best. abc ada aiskrim gedabak baru rm2. bola2 4 ketul sebatang br rm1! tp kena g awal, kalau tak penuh. jgnkan cuti skolah, hr keje biasa pun penuh ke luar customer.cth nk bgtau murah x murah, ada skali g mkn situ 3 org dewasa, plus 4bdk kecik. order 5 abc, tea tarik 1, kepok lekor rm3, ikan pari sepinggan, ikan kembong 2 ekor, baru kena rm20++... see? murasss kan? 







kalau kedai betul2 tepi jln mengadap pantai kt teluk ketapang ni, biasa rege dia up skit. mcm ikan pari tu dia x kira harga ikut pinggan, dia kira sekor rm3. mcm x fair, sb ikan pari tu lain2 size. ada besar gedabak, ada nipis melayang... mcm kt atas ni kami amik plus tea o ais limau, teh ais, n air kelapa dan kena rm20. br 3 org mkn. mahal la jugak. 


last, jgn sesekali g cr celup2 tepung kt area pantai batu rakit. perghhhh, mahal tahap sebak di dada. ikan kembong sekor rm6, can u believe it??? beli fresh pun baru dlm rm8 sekilo. tak agak2 nak meniaga. cendawan goreng blh dia kira 5keping rm2. baik beli kt psr mlm. baru singgit semangkuk! ari tu g mkn 4 org dewasa kena sampai rm60++... kelu jap tgk dia kira. so sila jgn bazirkan duit mcm kami.



maklumat ni sgt berguna bg penjimat2 duit atau yg berkeinginan utk membelanja org lain dgn kadar yg agak berbaloi. kalau nk sng, tgk jela kedai tu ramai org pegi ke x. kadang org x kisah pun rege mahal, asal puas hati mkn =) sekian. 


Monday, June 4, 2012

.: Wedding Syidah A :.


Bismillahirrahmanirrahim

Kenapa ada A kat blakang? sebab dulu time kat smaasza, ada 2 org syidah dlm batch kami. sorang syidah abdullah, sorang lg syidah razali. jadi sbg pemudah cara, weolls panggil diorg syidah A and syidah R. nice. heheh. btw syidah R dah selamat bermastautin kat Ireland. keje sana. mantop. 


The details...
The pengantin      :      Syidah & Firdaus
Tarikh                 :      03 / 06 / 12 (Ahad)
Tempat               :      Kg. Kepong, K.Trg
Warna Tema        :      Kuning diraja (sempena celebrate besday agong =)
Escort                 :     Cik amanino & Cik Adah



Mula2 sampai redah naik atas dulu. join pengantin brgambar. wajib. 






pas makan nasik, nmpak ada coklat fountain kat beranda rumah. jakun jap =D  adah siap berebut2 ngan bdk nak amik marshmallow, hahah. sies sedap. kalau ada air masak tepi tu konpem blh repeat lg 45x. 






dah kenyang, bolehla main2 dulu atas pelamin.






tgh lepak2 sementara tunggu pengantin tukar baju, pn.jannah datang. datang dgn baby dlm perut. comei sgt. dah 6 bulan. due bln 9 ni. happy for u janne! =)))






pn janne wif pwincesss syidah. segan plk tetiba nk brgmbar dgn syidah bl dah tukar jd princess ni. cantik sesangat!






sweet =)







last sblm balik. lepas tu bawak2 la sedar diri balik ke pangkal jalan sb dekat 3 jam dah rupanya lepak rmh pengantin. buat apa ntah. sies tak sedar. 
btw tahniah again tuk syidah & suami.
moga bahagia berpanjangan hingga akhir hayat.



Friday, June 1, 2012

.: Wedding Noorlida :.

Bismillahirrahmanirrahim


Cuti sekolah kembali lagi... maka dgn itu juga berduyun2 umat manusia mengambil peluang cuti begini utk mendirikan rumah tangga. ada yg bertunang jgk, tp tu bkn jemputan terbuka, so takleh publish. off record menurut syariat. Sabtu malam, sempat g majlis akad nikah Pn. Noorlida, teman cik amanino. A day before, tertukar tarikh antara jemputan, makan terlepas satu jemputan. eh 2, hu hu sorry. btw, selamat pengantin baru buat kengkawan yg dah melangsungkan pernikahan beberapa hari yg lalu... **tu lah, sape suh nikah berjemaah, kan i dah forget... bajet bz kalahkan dapat 10 jemputan sehari**

so Ahad, kita merewang balik ke rumah adik manis Noorlida.

The details...
The pengantin      :      Noorlida & Aminuddin
Tarikh                 :      27 / 05 / 12 (Ahad)
Tempat               :      Kg. Teluk Ketapang, K.Trg
Warna Tema        :      Blue Pink
Escort                 :        K.Nadia (tq3!)

Gambar dtg dr pelbagai sumber, tp kira halal lah letak watermark blog ni, sb semua diedit balik mengikut kesesuaian blog, 




cilok dari amanino... sent by mobile kat fb, so right click, save pic as...ngeh3 ;)))  gigih cik kiah ni panjat katil pengantin nak shoot gmbr camni. hahah, cayalah man!













ni keje kami sebelum tok kadi sampai. test nikon d5100. mmg cik nor request aman dtg as photograhper mlm tu. sb op cuma dtg tuk kenduri esk hari. yg duk snap dr jarak 10cm++ tu make up artist punye photog. buat portfolio akan datang. 











lepas akad nikah. boleh tahan berat hoih dslr tuu... nak kena kenyit2 mata lg time shoot. kalau pro photog tgk mesti rasa simpati bertubi2.. -___-" tu pun dah kira tukar turn dgn aman. sambil amik gmbr sambil hidu bau gulai nasi kuning kat luar... last skali past je kat kakak noorlida, ok jommm makan! dah kenyang, slow2 angkat kaki nak balik..hahah. baik punya anak gadis. eh dah lewat time tu, seb bek rmh dekat, esok dtg lagi =))







keesokan hari (ahad). datang dgn k nadia. rushing time ni sb nak teman kak nadia g kenduri rmh kawan dia plk. dia dari pagi kul 8.30 ada kls tmbhan kt skolah, abis kul 12 g kenduri cikgu skolah, pastu pick up me g rumah noorlida ni. then nak g another kenduri lagi kat pengadang baru. so kesian kat dia wlpn dia relek je. hehe. masuk salam, cpt2 amik gambar. 

mc nor nih mmg cute. dr zaman skolah lg rasa nak cubit2 pipi gelembung dia. hahah. tak paham mak andam nak shading2 bagai pipi dia, tak yah shading...mmg dah gelembung dah, ngahahaha. next week kat rumah amin plk, sambut menantu kat bukit mertajam. tata mc nor...








ni kat rumah member kak nadia. nak sampai kat rmh kak ida ni double trouble sikit, sb jiran sederet rumah dia buat kenduri jugak. dannnn rmh dia tak letak tanda nama kat dpn, ada bunga mangga semata. so check alamat kat kad jemputan. mcm betul dah. masuk pagar, dah gelupur nak terjah nasi ni, sb rmh noorlida td tak makan. kak nadia siap intai kot tingkap rmh, reconfirm betul tak kawan dia punya majlis. ok betul. kaup nasi terus dlm pinggan, hahah. dah kenyang semua baru masuk salam bg adiah amik gmbr. selesai.


this week quite hectic jgk. gubah hantaran dah settle, ni tgh duk gaduh2 ngan bunga2an utk deko mini pelamin. flower ball pun satu hal lagi, ada jugak yg kena baling kat dinding nih. flower ke mana, ball ke mana... tp takpe, demi BFF tersayam, apa pun boley =))) tak sabar nak tunggu sabtu ni. ptg sabtu tu ngan ahad dpn ada kenduri lagi. yeay! nasi minyak gulai daging ayam masak merah, here i comeee...! 



Wednesday, May 23, 2012

.: Its Rejab! :.


Bismillahirrahmanirrahim

No pain no gain. Same goes to 'SYURGA'. kadang2 sbg manusia yg terlalu dangkal fikiran, terlalu sedikit percent husnuzan dan mahmudah yg ada dlm diri, saya pernah berfikir begini... rasa macam tak adil orang yg ditakdirkan hidup semudah petik jari semua dapat, alih2 the end dapat masuk syurga jugak (bg sesiapa yg ada kunci syurga - Laailahaillallah).

jap2, bl saya menulis begini, it doesnt mean that i want to tell the world that i'm the one who will definitely akn masuk syurga. ermm..canne ye nak explain. can u 'feel' what was in my mind? =PPP
continue...sesungguhnya akal yg Allah bagi, konpem lebih canggih dr mac book air pro bg mereka yg selalu upgrade dgn berfikir. then sekali lagi terlintas dlm fikiran. mungkin ringkas, tp cukup buat saya berhenti untuk mempersoalkan. Allah Maha Adil. no Doubt. mari sama2 kita lihat perjalanan nak ke syurga...


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

(Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004 )



see...????? lagi nak argue. u get what u did on earth. sila beratur ikut susunan. jangan ngengada nak potong line. nak potong sila rembat pahala awal2 kat dunia. jgn persoalkan nasib orang. jangan compare nasib sendiri dgn org lain yg akan menyebabkan benih2 dengki hidup subur dalam jiwa. tanamkan rasa syukur bila melihat mereka yang lebih malang dari nasib kita sendiri. jgn pandang rendah pada mereka, kerana mungkin mereka akan meninggalkan anda berbillion2 batu jauh ketika di mahsyar kelak!

so for this Rejab... here are the big bonus that Allah promise to us. Grab it before its end (or we 'end' first). btw, it was refreshing to celebrate Rejab by updating my blog =) here we go...





Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

-----> masih tak teruja nk rebut ganjaran Rejab ni? pegi kat dinding... hempuk2 skit kepala dgn kelajuan 30km/j. ok jgn kejam kat diri sendiri. sama2 kita doa moga diberi kekuatan, dibukakan hati untuk berlapang dada dalam melaksanakan segala ibadah..ameen =)




Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

sumber : http://armysyaz.multiply.com/journal/item/4/FADHILAT_BULAN_REJAB_




its Rejab... and still... its only two of us here...
instead of thinking it was sad,
i'm more tend to use this moment as a wonderful gift from Allah...
for the rest of our life =)))







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...