expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, June 6, 2012

.: ikan celup tepung (ict) - termurah & terbest :.



Bismillahirrahmanirrahim

Lama tak review makan2. emm lama ke? padahal kenduri tu pun makan jgkkkkk *__* ingt ritu nk review tuti frutti, khas tuk org ganu kiter, org kl dah belambak2 kan TF kat sana. trg baru ada 2, satu kat tanjong, satu kat mydin mall. tp sb tak sedapppp...so takyah review, kang kutuk lebih2 nnt kena saman. eh sies la, tak sedap pun. tang mahal tu lg lah menambahkan ketidaksedapan nye...

so meh kite citer mknn yg lg best - seafood celup tepung! org trg yg dah biasa mkn benda ni nyap je la eh, kan nmpk mcm ek elleh... ikang celup tepung pung nak gebang. eh mesti. ikan dan trg bagai irama dan lagu... B)







pepehal ngadap real picture of celup2 tepung ni dulu. gmbr ahad ritu, lepas balik dr kenduri rmh syidah. aman nk g tf, tp i bangkang. haha. ingt nk g air buah gelas besar, tp takpelah, pekena celup tepung pun orait gak, sb situ pun ada air buah pure. skali blender rosakkk...! cet!



pd pelancong2 yg kepingin nk mkn seafood celup tepung ni, trg mmg byk tempat yg jual benda ni kat area tepi2 pantai. jap, rasa mcm blog pelancongan plk, takpun blog jjcm, hew2. tak kisahla. yg area pantai kelulut tu tak pernah try, so takleh nk compare. pantai batu buruk tu takyah la... mahal beddesing! yg jual kat lori tepi jln tu pun blh dia bantai jual bola2 cucuk rm2 sebatang. tak agak2. mahal3!




so better terjah teluk ketapang. jauhla skit bg yg menginap area bandar, tp kalau turun kat airport blh jalan kaki je terus p kedai ict nih =) kt teluk ketapang ni pun act kena pandai pilih tmpt. paling murah kat area playgorund, dia kedai dekat2 mcm ala2 medan selera. and u should chose kedai pok awang. situ best. abc ada aiskrim gedabak baru rm2. bola2 4 ketul sebatang br rm1! tp kena g awal, kalau tak penuh. jgnkan cuti skolah, hr keje biasa pun penuh ke luar customer.cth nk bgtau murah x murah, ada skali g mkn situ 3 org dewasa, plus 4bdk kecik. order 5 abc, tea tarik 1, kepok lekor rm3, ikan pari sepinggan, ikan kembong 2 ekor, baru kena rm20++... see? murasss kan? 







kalau kedai betul2 tepi jln mengadap pantai kt teluk ketapang ni, biasa rege dia up skit. mcm ikan pari tu dia x kira harga ikut pinggan, dia kira sekor rm3. mcm x fair, sb ikan pari tu lain2 size. ada besar gedabak, ada nipis melayang... mcm kt atas ni kami amik plus tea o ais limau, teh ais, n air kelapa dan kena rm20. br 3 org mkn. mahal la jugak. 


last, jgn sesekali g cr celup2 tepung kt area pantai batu rakit. perghhhh, mahal tahap sebak di dada. ikan kembong sekor rm6, can u believe it??? beli fresh pun baru dlm rm8 sekilo. tak agak2 nak meniaga. cendawan goreng blh dia kira 5keping rm2. baik beli kt psr mlm. baru singgit semangkuk! ari tu g mkn 4 org dewasa kena sampai rm60++... kelu jap tgk dia kira. so sila jgn bazirkan duit mcm kami.



maklumat ni sgt berguna bg penjimat2 duit atau yg berkeinginan utk membelanja org lain dgn kadar yg agak berbaloi. kalau nk sng, tgk jela kedai tu ramai org pegi ke x. kadang org x kisah pun rege mahal, asal puas hati mkn =) sekian. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...