expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 25, 2012

.: Family Day @Kembara Resort, Meran :.


Bismillahirrahmanirrahim


Sabtu baru ni skolah wat family day tuk tenaga pengajar &  kakitangan. Start dari kul 8.30am sampai 4pm. tapi me and d geng stay sampai tgh hari je. reason dia driver yg bawak kami ada hal kat umah, so yg menumpang ni harusla menumpang balik sekali. hehe. tak larat weiii nak stay lama2...  event ni best, cuma gitu la... mmg letih act nk stay sampai ptg. buat stgh hari pun dh cukup sbnrnya, skip bagian berucap2 tu. eh sentap bos plk.



 Aktiviti pertama sampai sana. sblm tu makan bekpes yg kaum ibu bawak dulu. haha, baik punya kaum anak dara. kat atas ni tolong tebuk lubang, pasang tali kat ikan kertas tuk salah satu acara sukaneka nanti.




pastu ada sesi taaruf guna borang ni. kena berkeliaran cari nama ikut kategori dan bulan lahir yg dah dia tetap tu. lain orang lain borang. tapi takde yg penuh pun rasanya ;)




Suasana sekitar. ramai lagi kat side lain. masing2 bawak tikar, siap ada yg bwk bantal. haha. yg ada baby siap gantung buai. best sesngat picnic ramai2 camni. meriah! budak2 tak yah ckpla, tak duduk diam. atas pokok pun ada... =_=




ni je game yg sempat main- Menu Cinta. a'ah, bencinta sgt nak asingkan rempah ratus di zaman silam tu. game ni ala2 citer musang berjanggut la. ada 11 rempah yg perlu diasingkan, pastu namakan rempah ratus tu. takde sorang pun yg betul semua... hahaha, syabas!




Hadiah cabutan bertuah. boleh katakan semua yg hadir ada tuah. ni pun dah tinggal separuh. me dpt cabutan yg ke 15, nnt kita tgk hadiah dia ok. beskal kecik yg tergantung tu pun cabutan bertuah jugak. hadiah tuk games ada lain. kira sape stay sampai ptg, insyaAllah takkan pulang dgn tangan kosong =)





Game ular giant. Pagi tuk budak2 dulu. petang baru dewasa punya. frust tak leh main... =(





Game tuk budak2 jugak. pancing ikan. tak aci betul dewasa xleh main. papan yg ada lubang2 tu guna tuk game jugak. kena tendang bola masuk mana2 lubang. tak alert mana sb tu game tuk lelaki semata...




sementara tunggu game abis & lunch sampai. snap dulu ngan bendera berkibar sekepim. time ni matahari mmg terpacak atas kepala, tp sb ada pokok berdaun rimbun + angin menderu2, so takde hal nak lepak lama2 kat sini.




tadddaaaaa!!! hahaha. ni la my lucky draw. dah rupa mcik jual kuih bawak balik bakul ni  -___-  tp kira ok la dari yg x dapat... **jeling org sebelah**


sekian laporan hari keluarga mtt 2012
^____^



p/s : Alhamdulillah. Thanks Allah for Mesir =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...