expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 16, 2012

.: Ikan Terubuk Goreng Garing :.


Bismillahirrahmanirrahim

Sabtu lepas dapat, sabtu ni baru masak. rrrajin sangat ;) siap google resepi nak goreng ikan terubuk ni, pestime katakan... hu2. pastu nak kena masak betul2 ikut selera mak sebab dia tak makan ikan besar2 ni act. kecuali ikan aya (tongkol) - itu berkecuali. so godek2 en google, tersinggah kat dapur kak dayang jack ni. tertarik dgn resepi beliau sb senang dan gambar dia lawa, heheh. 



lawa kan? bila gmbr lawa ikan tu pun nampak best. jom tgk resepi yg super duper simple ni :

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan terubuk masin (dipotong bbrp bahagian dan direndam sebentar, lepas tu dituskan dan dikeringkan)
  • 3-4 sb tepung jagung
  • limau kasturi secukupnya (takde, limau nipis mak habiskan, guna lemon pun jadiklah)
  • cili padi secukupnya (mak tak tahan pedas, so guna lada biasa)
  • bawang besar (digoreng)
  • serai dihiris halus (tambah sendiri nak kasi wangi =)
Cara-cara : Gaulkan ikan bersama tepung jagung dan gorengkan sehingga garing dgn menggunakan api perlahan sahaja. Setelah masak, angkat dan tuskan. Hidangkan bersama bahan2 hirisan dan perahkan dgn limau kasturi. (saya campak terus bahan2 hirisan sebelum angkat ikan).






Pastu makan ngan nasi panas2, buh kicap sket, perah lemon atas ikan siap2. sesenduk nasi pada pusingan pertama akan disusuli dgn 2-3 senduk pd pusing kedua... mabelesss!!!


2 comments:

Norasikin said...

kalau la ikan ni tak banyak tulang, lagi laju la makan

.: yUhAiSya :. said...

a'ah, halus2 kan tulang dia. takpe, hikmah tu ada tulang, kalau x kang non stop plk makan =):P:P:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...