expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 1, 2016

Kick Start - 2016



Bismillahirrahmanirrahim



Allahurabbi... 

Berkurun tak berblog. sikit lagi nak lost memory kat password blog. try2 nasib blh log in lagi. kalau tak kira PBAKL 2015 tu la last entry, hihi. bila recall balik, start blogging since 2008 kalau tak silap, tp 1st blog tu g delete, sb apa tah. lepas tu start balik 2010, sb time tu kira blog tgh trending. usia pun br nak up, byk benda nak share. semangat pergi mana-mana amik gmbr, wlpn kamera phone 2mp zoom sikit dh pecah berderai -_- mula la berangan nak ada dslr seketul, mesti gempak nnt masuk blog. gigih google tutorial nak up-to-date kan gadjet2 dalam blog. mau tak gigih tgk akak2 ada anak kecik keje 8am-5pm pun meriah kemain update blog (now kebanyakan mereka adalah blogger femes dh ala2 selebriti pun =) cr template yg best2, boleh kata pro la kalau nak ajr org plk buat blog.oh, pernah amik upah buat blog act, hehe. rezeki bdk br belajar ^_^




sama mcm blogging, gardening pun menerima nasib yang sama.
awal-awal mekar sejambak, ujung-ujung layu tak berjaga.
-mawar dalam kenangan-



Masih menimbang tara - relevan atau tidak lg aktiviti blogging. kagum dengan blogger senior yang masih konsisten update blog, walaupun ada yang tak serancak dulu. buka blog memang mudah, tp nak memikirkan pengisian blog tu boleh bawak termenung patblas jam dpn laptop. bila usia dah makin menginjak, kena fikir baik buruk penulisan kita-dengan harapan setiap perkataan ada manfaat, kalau tak menjadi pahala, jangan pulak menimbun dosa. 


Semua bermula dari N-I-A-T. ada orang niat berblog utk share resepi masakan, which is sgt good. ada org berblog utk share about their travelling, pun sgt bagus. ada org saja berblog utk isi masa lapang, pun ok selagi tak sia-siakan masa tu untuk perkara-perkara negatif. kalau dengan niat pun Allah dah ganjarkan pahala, dan bila buat tambah lagi another pahala, jd apa salahnya laksanakan je niat tu kan? 


Jadi azam 2016 - walaupun azam bermula 1feb2016 - moga2 ada pengisian dalam yuhaisya.blogspot. yang akan membawa manfaat kpd owner blog dan blog reader (tak tahula ada reader ke tak lg, kot-kot la ada yg lalu, hihi.

Dan juga... seperti tahun-tahun lepas, masih ada azam yang belum terlaksana dan tertunggak. Tapi matlamat tahun ni rasanya lebih jelas- mengharapkan kebaikan untuk semua.


#prayforyuhaisya
#kipidap
#dongibab
#sayasayangblogsaya
#jombuatpahala
#mogaistiqamah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...