expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label student. Show all posts
Showing posts with label student. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Lily



Bismillahirrahmanirrahim





Yangmingshan National Park,Taiwan ♥

Cantik kan? subhanallah... 

tapi bukan nak citer pasal bunga lili sbnarnya. saja nak share sini satu kes budak lelaki ni. dia bdk baik, tp byk masalah. canner tu? kadang2, bkn kadang2 la, selalunya, cg takkan sempat nak explore sorang2 student dia, nak2 lagi skang kena guna sistem PBS, key in data dlm web berlambak2 yg sgt la tak effisien. hergh. 

tp kalau slalu buat hal, mmg terpaksa jugak la explore kan. ater, ritu 2 minggu straight sampai cuti skolah dia tak datang skolah. dia ok sbnrnya, wlpn dlm kelas mcm blurr je. g pulak kawan ng geng2 blurr, lagi la payah nak pick up. eh budak tu 5A kot UPSR, pandai la tu kan? tp disebabkan di sebalik tabir hidup dia ada 'sesuatu' yg mengganggu jiwa dia, maka hasilnya... hari ini dia byk ketinggalan... 

ari tu mmg rasa nak marah, tp pikir2 balik, kalau marah pun tak ke mana... kan makin blurr plk anak orang. jadi g kat meja diorang, terang satu2 sampai diorang paham. suprisingly, ramai2 student kat meja tu, bl test balik, bdk ni mmg blh jawab! dan bl buat pbs pun, soklan tu dia mmg blh jawab. tp yg tu je la, yg lain tinggal... mcm kena buat private class plk tuk dia nih.


ok. kata nak explore kan. rupanya, budak ni, ayah dia kawen dua. mak dia bini muda. tapi ayah dia tu sebenarnya tak berkemampuan pun nak kawen dua. hate this. dia sulung rasanya. jadi adik2 ada kecik2 lagi nak kena tanggung. ayah dia plk, semenjak dua menjak ni tak balik. bila tak balik, tak bagi duit la kat mak dia. sblm kawen, x tahu la mak dia ada pengalaman bekerja atau tak. tp nak keja lepas kawen pun, dah beranak ramai, sape plk nak jaga anak kan... hmmm. 


mak dia pernah datang skolah, sb kes anak dia ni la. cg2 nak tahu apa mslhnya. mak dia citerla, dia susah. mcm2 keje dia buat nak sara anak2. sayang kan? anak dia pandai.. tp mslh keluarga plk cenggini. nak mintak bantuan kebajikan, mcm x lepas kot, sb masih ada suami. haa... ni yg nak marah ni. ada suami mcm xde. baik jd ibu tunggal, mcm2 blh dpt. 

errr..bkn menggalakkan penceraian. tp iskh. menyeksa diri dan anak2 sgt. apa pun tak dpt dr suami sendiri. nak kata nafkah? jauh skali. perlindungan? balik pun jarang skali, nak lindung apa? tetap jugak mlm2 stay dgn nak2 je. tak ke sama dgn ibu tunggal namanya tu?

ntahla... pihak skolah bersimpati, tp gitu lah. bukan org lain yg menentukan kehidupan kita. i've gone trhough the hardship and i've done a big mistake too in my life. tp hidup tetap perlu diteruskan.. walau apa pun yg terjadi, walau pernah seperti layang2 putus tali, walau apa jua pandangan orang... 


eh. nak stop dah. kesimpulannya, saya suka lili ! ^__^


Thursday, April 4, 2013

Mind Map



Bismillahirrahmanirrahim


Nama melayunya - Peta Minda. Dulu... sejak dari skolah rendah sampaila form 5, peta minda memang takde dalam list 'study smart' saya walaupun tiap kali pegi program 'study2', konpem penceramah akan sarankan peserta utk buat peta minda. Bila pikir2 balik, awat tak suka sgt kat peta minda dulu?

1. mungkin sb dari kecik dah terbiasa buat nota dengan menyalin dari buku teks / rujukan semata2. kalau jenis cg yg suka cek nota regularly, maka ada ketika tgn boleh cramp penangan salin nota yang belambak. jadi bila dah sibuk buat nota 'untuk cikgu', maka dah takde masa nak buat short revision utk diri sendiri. end up, bukan baca pun nota yg hantar kat cg tu...


2. tamak. kalau boleh before exam tu nak bentang semua buku teks, rujukan, nota2 depan mata. kalau member sebelah ada extra notes, terus rasa cuak sb rasa tak cukup lagi yg dpn mata.padahal mcm kan sempat nak hadam dlm masa tak sampai 9minit lg nak masuk exam. 


3. salah teknik. zaman belajar, teknik hafalan jadi priority berbanding pemahaman. tiap kali cg suh paham, blurr... ujung2, kamikazekan diri sendiri utk hafal berjela2 ayat dalam buku rujukan. 


sehinggalah masuk matrik. kelas matematik. yer, matematik pun blh buat peta minda. lecturer tu divide class into 9groups, dan setiap group wajib buat satu peta minda untuk satu bab. pastu buat salinan utk setiap member dlm class, dan present their mind map. before final, semua org dah ada mind map utk 9 bab! dan itu sgt membantu sb secara psikologinya, student rasa selamat sb mcm dah siap revision utk 9 bab. pastu bawak 9helai je kertas menuju dewan exam.  score atau tak tu, bergantung la plk pada latihan masing2 =)


lepas2 tu, bila masuk u, masih stick dgn mind map. bio, tak buat mind map, merasalah hadap buku2 mat saleh yg tebal hempap atas kaki bengkak seminggu tu... eh tp, dont judge the mind map by my result. saya byk main ;)  tp percayalah, mind map sgt membantu.


jd skrg, mana2 tempat sy p mengajar, i will introduce them the miracle of mind map. tak paksa, tp kalau dari awal mmg student tu jenis tak tahu apa nak buat utk dia study, i'll force them to do this mind map.  kurang2, ujung nak exam kalau mmg hang takde apa nota nak bawak, sila la belenggang dgn helaian2 peta minda tersebut. dan bila dah abis silibus, nampak la benda yg dia dah belajar dgn kita. 






one of my students mind map. make surela diorg paham apa yg diorg buat. kena guide betul2. kalau agak2 nak band 6, suh dia present satu chapter tu dgn guna satu mind map je. dan dia sendiri akan kagum dgn keupayaan dia nnt ;) 






dan lepas tu, bersedialah utk menyemakkan meja sendiri dgn nota bebudak ni... ;) tak nak cek pun takpe, tp bg la nampak mcm kita ni bersungguh dgn hasil keje deme. bagi la gred ke, bintang ke... kalau jenis tak makan saman slalu tak siap nota, 'saman' siap2 atas mind map tu   B)  

Tuesday, March 26, 2013

Crepe Flower - Students Couture



Bismillahirrahmanirrahim


=) hehe... tajuk kemain. padahal main buat bunga tisu je ngan budak2 =)  last week amik masa p&p sekejap bagi chance budak2 hias kelas deme. kalau x kerah, maka bersuram durja camtu je la kelas. jgn kan nak dapat top 3 dalam acara keceriaan kelas tetiap bulan, tak kena denda sb dapat kelas tercorot dalam kebersihan pun dah kira ok sgt dah tu... so kena bg semangat, join skaki buat ng deme. hasilnya...




taddaa... bunga tisu atas meja cikgu. yg penting, meja cg dulu kena hias ;)  supaya cg2 lain masuk pn rasa tertawan je... wlpn... the whole class takdela menarik sgt.. ;)









pasu beli kedai rm2 je. cantik je tp kan? =) =) =)
bunga ni, ajar seketul dulu camne nak buat, pastu kasi bdk2 buat sendiri.
mana yg x bape kembang tu, try adjust balik.
last, suruh diorang susun sendiri dlm pasu ni,
boleh la kan.. bdk kecik buat keje ;)

err, tu je ke hasil hias kelas?
haha. tak la.. ada lg. buat flower ball gantung2 kat syiling,
buat bunga kat langsir, tepek2 kat board blkg,
tp malas nak snap. malu kat bdk2... heh ;) =)


Monday, March 25, 2013

Result SPM 2013 =)



Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya... berakhir sudah gemuruh adik2 kita nak result masing2. ke ada yg tak nebes? either yakin mmg dpt straight A, atau mmg yakin sah2 ak dapat 1A je ni... haha. apa pun keputusannya, ia dah berlalu. tp bukan titik noktah dalam mencari masa depan yg cerah.  get the spirit dear!


tak ajar pun bdk2 form 5. tp still curious nak tgk result diorang. hari khamis tu dalam sibuk2 sempat jugak la celah2 masa g join diorang amik result. well, should i say parents are more happy than their child when comes to excellent result? senyum simpul makcik2 ni salam ngan cikgu2 =)  ;)





kelas k.lin. macam2 ekspresi ada time amik result ni. yg sengih tak abis, yg senyum dalam kecewa (?), yg sedih dalam gembira...semua ada. tp kalau betul2 happy tu, siap naik bilik guru cari cikgu2 dia =)








salah sorang result bdk. ok la ni kan. kurang satu dari cg. kekeke. nak jugak up dari bdk. padahal...... kalah spuloh kot dari che amalina... t___t  









ranking 26 sekolah terbaik dari 198 buah (kalau x silap, mls nk google) sekolah menengah di terengganu. masih lagi negeri terbaik peringkat kebangsaan. berkat makan ikang. ehem. pastu nak highlight, sekolah no 4 tuw... hehe. even x amik spm situ, tp biarlah... izinkan saya menumpang kasih dan bangga pada smaasza =)  100% lulus! clap3!  =)


tak abih citer lagi... naik smula atas, tgk ada msg masuk...

Slm cg ni **** ea..hehe. cer cg teka **** dpt wpe(berapa) bio?haha


sb malas nak taip dan mmg rushing, so kol je terus. campur teruja skali pun ye jugak ;)  dalam hati berkata, xkan A kot??? haha.. *jahat* ;]   alhamdulillah. mmg A pun dpt =) =) =)  tumpang bangga skaki wlpn cuma pernah ajar dia dlm  lebih kurang 4 bulan ++ je. plus2 tu sb bdk2 ni rajin jugak la dtg rumah study. err study ke? hehe. tp mmg rasa terkejut pn, sb bdk ni 1st time sblm ajar kelas dia, cek result tov dan oti, 2 kali E berturut2 dpt okeh. semput2 lulus je. padahal time tu x sampai 3 topik pn lagi bljr... pilu di jiwa pikir canner nak treat diorg ni supaya dpt score bio...



dan student ni, pernah ada entry khas pasal dia wlpn x disertakan nama. yup, she was the one yg kena masuk kelas dpn bl naik form 5. alhamdulillah, lepas tu dia dapat stay kelas lama, no 2 which is kelas last sb skolah harian biasa ada 2 je pun kelas sains tulen. and i think i won the beat, sb belum tentu dia blh dpt 4A termasuk bio kalau dia stay kelas dpn. yg kelas dpn pun belambak2 4A ke bawah. err, tahu... 4A tu takdela tinggi mana. tp skolah harian biasa, expectation pn jgn nak luar biasa sgt... pe pun, well done my student! 

ok abis citer. nnt citer lg. tata =)



Wednesday, March 20, 2013

shhhh...diam2!



Bismillahirrahmanirrahim




OTI is in progress...
budak2 tgh berkerut2 pikir cari jawapan,
cg kat blkg bosan tak tau nak buat ape,
rugi tak bawak novel, iskh.
nak tolong jawab skali pun,
rasa mcm dah beku balik ilmu fizik ni,
soklan pun kemain cekik darah,
takde diskaun langsung. 
jadi terhasila gambar di atas...
seni peperiksaan di celah2 bunga meja ;)

-Good luck student-

Tuesday, February 26, 2013

Parent's EGO - dulu & sekarang



Bismillahirrahmanirrahim



I am not a mother yet, tp takpe la eh? saje nak upload entry ni... =) lagipun i have experienced for being daughter and teacher tuk relate benda2 kat bawah ni ngan diri sendiri. yg mana blh buat ikhtibar, kita amik sama2, yg macam keruh2 tu, campak kelaut... ;)








standard kan skrg? antara anak, mak bapak, cikgu, sape salah? sape mangsa? jawabnya... terpulang pada diri masing2. takde jawapan yang tepat atas faktor perbezaan masa, pemikiran, budaya, teras agama, taraf hidup dan mcm2 lagi. cuma dulu... yg bagusnya mak ayah ni,100% mcm percaya apa jua tindakan yg cg2 buat kat anak dia.

"didiklah anak saya macam mana sekalipun. kalau degil, cikgu boleh denda, rotan. asal tak patah riuk sudah."


see... anak2 pun kalau dulu kena denda, takdenya balik rumah citer kat mak ayah. elok2 nak mengadu simpati, silap hari bulan kena rotan skali lagi. paling2 pun mak ayah akan cakap ; "hah, elok benar la tu.. padan muka hang" "sape suh hang degil? tak siap keje skolah?"


kenapa mak ayah dulu2 macam tu? relevannya, mereka tahu... cg2 takkan saje2 nak denda / marah anak mereka suka2 hati tanpa ada tujuan mendidik. lain halnya skarang, mak ayah seolah2 mengharapkan 'magical touch' dari cg utk menjadikan anak mereka bijak pandai dan baik dari segi sahsiah TANPA  unsur2 ketegasan.


common la... dunia skrg dah makin maju. otak anak2 skang dah terlebih advance. termasuk perangai yg bnyk dipengaruhi oleh unsur2 barat, kpop. tapi cikgu tetap manusia yg bukan robot yg boleh handle bdk2 setiap masa. kejar silibus satu hal, marking buku, paper, meeting, kelab, persatuan, ko, majlis2,  cover 4-5 jawatan lagi. kalau nak compare ng cg dulu2, jauh sgt beza keadaanya. dulu, masa takdela cpt mcm skrg, student pn tak seramai skrg, dan agak behave berbanding bdk2 skrg. paling2 nakal pun, at least menghormati dan takutkan cikgu tu masih utuh dalam diri masing2.


skarang?

"eh eh, ni nak wat gane?" 
-dia eh eh je kan cg dia ni....

"baaaru jadi cg.... dah belagak" (baca sesinis mgkn)
-blh menangis kalau jiwa x kental

"cg, baby kuar ikut mana?" (sengih2)
-sounds rude kan? nasib la sape2 jd cg sains, bio... hakikat yg memalukan

"kang orang buat aaa...!"
-selamber derkkk je dia jawab mcm kan cg ni kakak dia kat umah...

dan byk2 lg la dialog2 common yg biasa cg2 dgr... ni kira basic la in terms of 'menjawab'. sb tu, ada sape ntah ulas kes ada dulu yg cg prmpuan baling kasut tumit tinggi dia kat student. mmg dari segi etika, cg tu salah. tapi... there must be something yg student tu buat/ ckp sampai cg tu blh spontaneous bertindak di luar jangkaan.


sabar guru ada limit, as they are a human being. ada emosi. cuma mmg jatuh wajib atas guru untuk mengajar dengan hikmah. kena pandai psiko bdk2 sblm bdk2 psiko cg... heh. i have being experience to teach skolah harian biasa, skolah elit sbp & sbt, skolah swasta anak2 org kaya berlagak tahap dewa, anak2 org susah tp takde kesedaran sivik... sekejap2 je, tp kira adala experience tuk memahami rasa hati seorang guru. tak tau la kot2 ada anak nanti tetiba jadi mcm mak bapak skarang jugak... haha. laju2 delete entry ni ;)  ya Allah, jauhilah daku dari sifat jahiliah dan mazmumah... ameen.









senyum... tak perlu kata apa....








lagi nak tanya where did I Go wrong... rotan nak?









the latest message. malas layan... dah ramai kot yg bg feedback kat tenet. 




apa pun... buat mak ayah..










dan utk anak2...



berbaik sangka pada Allah walau siapa dan bagaimana ibu bapa anda... =)


Monday, February 25, 2013

Sabtu di Taman Syahbandar (2)



Bismillahirrahmanirrahim

ya Allah... sedapnya kalau boleh landing atas katil skang... hujan tak berenti2 lagi ni. ada jugak yg telangkup atas meja ni kang. sblm telangkup betul2, meh kita update blog ;]   sambung citer semalam.  lepas dah settle makan, kami g jalan2 tgk booth2.





booth kem. pertanian kalau tak silap. deko dengan sayur2 dan bunga2.






other side. alangkah indahnya kalau kebun pun blh deko mcm ni? berbaloi2.. ;)






ni tak tau apa motif. yg tgh tu ok la, tuk pameran pengantin. tepi kiri kanan tu mcm semacammm jerk. tahan plk tu buat muka mcm tu. payment tinggi kot ;)







hah, ni baru comellll.. =) ramai2 baca surah ar rahman. kiut je. mula2 ok la baca ramai2 serentak, tetiba najib datang terus tenggelam sore.. asal dik? kagum sgt eh tgk pm? heheh ;]







guess what? 3D fondant cake katenye.. euwww...







ni ok la nampak cantik bersih tulus mulus je.






pastu zimah ajak g booth telekom. kebetulan mc situ duk suh bdk2 jerit panggil upin ipin. pastu cakkkk kuar maskot upin ipin ni. pastu sama2 excited kalah bdk2...haha. zimah awal2 daa larikan diri. heh. eh i matured ok, sb tu suka upin ipin...huh






pastu kat booth tv9 ada boboi ng yaya plk. tp tak tgk pun citer deme ni. dahla maskot comot. main campak2 je agaknya lepas show.  snap gmbr sb saje... nampak sape tepi yaya tu? ya, almy nadia. kang skang mcm ada isu pasal dia kan, tp sempoi je dia kat sini. mcm takde apa2 jd pun. riang ria semcammm je. lawa sgt almy ni dpn2. rugi fizz. eh, kantoi plk gosip retis kat sini ;) *maafkan saya...*






dah abis pusing, zimah pun dah balik, maka meh la kita g jenguk anak2 nih. suh diorg g amik nasi yg org duk agih uk jamuan rakyat. pastu hampar kotak belakang booth makan ramai2 situ. mcm tak sesuai plk, pakai blazer smart2, makan atas kotak. nasib hang la budak...

ni la salah satu kegeraman berpanjangan hari tu. jpnt ni dia bukak booth under KPM. kira staf2 yg duk dlm both tu bkn dr kpm pun, tp geng2 jpnt je. hantar surat ke skolah hari khamis, suh dtg buat pameran hari sabtu. what did they expect? canggih sgt agaknya cg2 skolah ni blh prepare bunting, pamplet, bahan2 tuk buat pameran dalam masa sehari je.

pastu bl dtg, kami ni mcm menumpang je tepi booth tu. ada meja kecik je sketul tuk letak kapatebang. kusi jgn kan tuk student, tuk cg pn takde, maka berdirila kami di situ... dan takde sorang pn staff jpnt yg 'greet' kami as cg... bkn nak penghormatan pun, tp at least kalau dah jemput orang, please la prepare tempat yg proper... staf kemain ramai, tp mcm blurr je bl kami dtg nak letak bahan pameran. tgk kita pun buat tak tahu je... sabar2! haihh nak je forward entry ni kat jpnt contacts. biasa dia nih.



cg lain pun, balik tak cakap. tinggal bdk2 tercengang2. mmg ikut tentatif kena buat pameran sampai pukul 4. tp agak2 la. lepas najib balik tu, org pun dah tak ramai. mcm sia2 je duk tercongok situ. cg dia ni pn dah tak larat nak tunggu lama2. so dlm pukul 1 tu, suh diorg kemas, g solat zohor, pastu pegi la mana2 sementara tunggu pcik van skolah dtg amik. nnt kang cg kol balik. 10 org yg dtg smua laki, so takpe la kan..hehe. kalau anak dara tu bimbang berlebih jugak kot, wlpn deme ni konpiden je nak jalan sendiri. tp kot2 jadi apa2, tak kira la student prmpuan / laki, tetapla tanggungjawab cg. tp alhamdulillah.. smua sampai skolah dgn selamat wlpn pukul 6pm baru sampai skolah. sian korang... haha





hasil rembatan. semua free kecuali novel RAM tu. novel ada diskan 10%, beli kat kedai buku 1Malaysia. nasi bawak balik sb dah makan ng zimah kat sana. beg tu, ikut hati nak je terjah lagi booth2 yg bg beg, tp tak larat kalau sampai berebut / beratur. sotkhabar, nst tu mmg pakej free skali ng BHairan dan Metro. ada harapan buat lapik je tu...


ok, sekian citer sabtu saya... kang jumpe lagi =D

Tuesday, October 9, 2012

.: happy exam PMR candidates! :.


Bismillahirrahmanirrahim


9 Okt 2012. Selasa. The day has come. Have a good day, good emotions, good health, good minds, good pray... Though they do not read this, i just want to write here as my 'event' in my life. before the exams, there is a msg that  i received several days ago...

"saya zuhdi ingin meminta supaya cikgu berdoa supaya mudah untuk menjawab soalan pmr nanti... dan mendapat 6A dalam pmr. "

hehe. i was smiling to the night. are u sure u just aim for 6As? hey i pray straight A for u man. even he come from the third class, but i just wish the best for him and his friends. even i was in the last class while taking pmr, and i got 7As... not bad la kan =]  *sape suh banyak mainnnn*

students, the time u open the paper, there is a lot of pray whispered around you... so put a good answer inside there ok! gud luck! ^____^

Thursday, October 4, 2012

.: Favourable Student :.


Bismillahirrahmanirrahim

Bunyi tajk entry macam nak cari pasal ngan budak2 ;) tp takpe, i am sure this blog was 100% free from my colleague, pe lagi students. harap2 begitula sampai bila2. kalau tak kang kecoh. pastu nak update blog pun rasa mcm was2.

back to the topic. tadi pegi jap kat MSN parenting page. saje... lepas soklan ketiga yg berbunyik - do you have any children? no. click next. pastu dia jawab. this completes the survey. thanks for your time. close. ye la, ye la... nk tumpang uji minda pun takleh. memandangkan i'm not a mom yet, so kita tukar la survey to pada students... sb soklan dia ada yg berbunyi begini...


do you secretly favor one of your children more?


hehe. parents yg ada anak ramai mesti angguk ni kan? sb ada motivator cakap, kita takleh tipu diri sendiri yg kita langsung takde anak kesayangan. which every time kita bagitau anak2 atau org lain, saya sayang semua anak saya... padahal hakikatnya, mesti ada jugak sorang yg betul2 kita sayang lebih. kan3?

so same goes to the teachers... dalam ramai2 yg banyak ragam tu, konpem la ada yg kita suka, dan tak berapa suka.tp tak suka tak semestinya benci. itu dari awal saya cuba elakkan. kecuali dah tahap geram sangat, i will straightly tell them that i hate what they have done, not they their self. 







tapi utk yg kita suka lebih, takdela plk show off pun. tak profesional namanya kalau buat mcm tu. but deeply in my heart, of course there are some student that i vote more than others. hehe. mcm budak 2 org kat atas ni, they are top 2 students utk form 3, and even the partner in the class. mid year exam, yg baju ijau paling top. trial baru ni, baju putih kat dpn tu plk dapat the highest result. cg mana yg tak sejuk ati ???   


akhlak plk, dan2 tu rasa nk buat menantu. haha. seriously, they did not talk too much in the class. which sometimes i felt like mengajar sorang2 kalau terang something kat deme ni. mmg org bijak lebih banyak diam, tp diam sgt ni... ke best student mmg mcm tu? nop i think. depends pada personality masing2. but its ok, as long as u can score well, paham la tu kot... heheh. 






ciri2 air muka yg biasa buat kita pening dalam kelas. tgk gambar ni dah boleh nampak kan? kan? kat dahi masing2 tu penuh cop nakal, becok, homework x siap, suka kuar kelas, loya buruk. hmmm... marah pun buat penat je. 

tapi satu je la deme ni... time buat program, mmg rajinnnn. tak suruh pun siap sedia nak menolong keje2 buruh dari pagi sampai ke malam. satu sikap yg payag nak jumpa dalam diri seorang best student. ye... bdk2 kelas dpn, kalau time2 program mcm ni, payah nk jumpa mereka. they feel like wasting their time... baik study kan. tapi... dah cg mintak tlg, tak reti2 nak gerak? itu salah satu sb kadang2 cg boleh terasa hati secara x langsung. contoh mcm cg mintak tlg  jadi wakil student utk oral test bila pentaksir datang, mmg la cg akan select 2-3 org top students. eh mati2 tak nak g. sampai pening kepala cg tu nak pujuk. berasap je dengar. seb baik tak kena kat cg dia ni, kalau x mmg ada berita mengejutkan kat sekolah nnt.. best student kena jemur tgh panas. tak nak pegi sgt kan? 

eh mcm dah balance plk suka budak2. kadang2 pikir jugak, nak geram lebih2 sgt kat diorg ni, once ago, i'm also like them. pernah buat cg pening, stress.. hu2. so skarang hadap je la perangai budak2 ni. 




upah buat keje penat2. ni time karnival hari terbuka sekolah. dari awal, sampai ke malam, bdk2 ni sanggup tunggu gerai. so on last day, i m willing to fried chicken ball for them. siap tumpang dapur kat gerai org lain. kesiann.. dah melepek2 sorang2 tgh hari tu. tgk diorg makan ramai2 berebut2 suap telan terus sb tak nak bagi org lain dapat banyak, sgt2 memuaskan hati sendiri. such a great moment yg payah utk dikongsi dgn bdk2 kelas dpn... what to do? my anak emas is toooo exclusive. hehe. 


ikutkan, byk lagi nak citer. tp kalau teruskan, mmg tak abis. so better stop here. bai. =]

Wednesday, October 3, 2012

.: jom bawak hp ke sekolah :.


Bismillahirrahmanirrahim

Walaupun mcm dah terlambat nk update sini, tapi xpe, this is on me. suka2 hatiiiii je wee ka siong pinda akta pendidikan budak2 blh bawak hp ke sekolah. hempuk ngan hanset kang baru tau. saya yakin, most teachers kat malaysia ni tak setuju. jgn kan cikgu kat skolah, lecturer2 kat u pun kdg2 rasa annoying bila perasan student mereka duk main hp. but what to do, zaman dah berubah... 


apa salahnya? mmg kambing la pakcik ni... apa pakcik bawak hp ke g skolah dulu? tak kan... boleh je survive sampai sekarang. ok antara sebab hp dibenarkan dibawa ke sekolah adalah atas dasar keselamatan. derrr... kalau org nak culik budak, apa ko ingat sempat bdk tu nk call mak bapak dalam keadaan cemas mcm tu? kalau terpikir pun nk call, sah2 la perompak kebas dulu hp tu... 

baik panggil en kamal effendy pakar analisis jenayah tu suh train budak, what to do in case of emergency. ada gak relevan situ. ni hp, silap2 dia yg reka citer sendiri kena culik time g beli top up. eh? mcm pernah dgr kes mcm tu kan... *senyum kambing*






ngadersss....








haaa kan... itu yg bunyi trruutt2. bdk2 skang punya hp konpem2 la takde dah politone, apa lagi monotone... sangat2 mengganggu pnp. wee ka siong cakap boleh bawak dgn syarat dan peraturan yg ketat. hmmm... skang ni xleh bawak pun bersepah2 hp kena rampas, ni kan plk nak strict kan peraturan bila dah boleh bawak... 






'A daily life as a student'
22 hours ago
via BlackBerry Smartphones App


okey yg ni my student post kat fb dia kemarin. 22 hours ago means waktu persekolahan. siap letak caption a daily life as a student. cepuk kang! ni cara2 budak kelas paling dpn. kurang seminggu lagi nk pmr. makin dkt nak periksa, makin gigih update fb. well done student! 

yang tak tahan tu via bb smartphones app. mmg tak tahan... bdk2 skarang, try la bg pattern2 nokia 3310, kalau tak pecah berderai kat dinding, konpem aman bersemadi dalam laut hp tu... apa barang pakai hp hitam putih, kami generasi smartphones okeh >>>> berdesing <<<<

kang jap g kalau membebel, cakap cikgu dengki la tu... yeah right!   mmg skarang ramai mak ayah yg mampu belikan anak2 mereka hp canggih2. kalau bkn parents pun, mungkin ada kakak abang yg bagi sb diorg pun nk tukar hp yg lagi canggih. mcm student kat atas ni, anak bongsu, lagi la lemak... he is a gud boy act, tp tu la... skang rasa mcm hmmm... plis la. off yr hp, focus on your study.

tp ada jugak kan mak ayah yg kurang berkemampuan nk bg hp. ye la, dah bg hp, nak kena support duit top up plk. tak pasal2 kena up duit belanje skolah. ekonomi sgt. kang tak dapat, ada la tu gejala mencuri berlaku. nak2 yg bodoh sombong g tayang hp baru canggih2 dalam kelas. tak sedar kawan tu menggeletis je nak jugak... pastu kang hilang report kat cikgu. eh pehal, g report kat kpm la...!


entry ni cuma tulis ala kadar je. byk lagi fakta lain kalau nk diperdebatkan. cuma apa pun keputusan, mereka dan keluarga mereka je yg tahu akibatnya. sekian terima kasih.


Tuesday, August 7, 2012

.: Oh My English!!! :.


Bismillahirrahmanirrahim



'A bundle of 'JOY'
Marking paper time... tak abis2 lagi dari last week
Kalau bkn sebab puasa, dah lama jadi lauk budak2 ni.
so me & kak sema (cg bm) mengambil pendekatan
tidak menanda kertas di dalam kelas.
or else, maybe the students will be our meals!

sebak di dada melihat jawapan budak2...
oh my students!
T____T

 

Monday, July 23, 2012

.: 1st day :.


Bismillahirrahmanirrahim




1st day school in Ramadhan... ginila gaya budak2 bila masuk kelas nnt. cikgu baru masuk, dah sibuk sembang ngan member sebelah bila REHAT? mcm kang blh makan kalau rehat punnnn. itu yang pagi, kalau petang sat g... konpem syahid terus! mencabar okeh nak belai budak2 suh semangat dgr kita ngajar time bulan puasa nih. nak psiko + tarbiyah, tapi kadang2 ngan cikgu2 skali ter'psiko'. 

next week trial pmr. sekian. 



Wednesday, June 20, 2012

.: Oral Test (bahahahaha) :.


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam ada bdk skolah lain datang tumpang buat oral test (English). Tak ramai pun, belas2 jer. so expect cepatla abis. tapi takkkkk... dari kul 2.30 sampai 4.20 jugak makan masa. mana2 cg yg kena buat oral test mmg dah masak sangat ngan perangai budak2. nak bukak mulut tu macam lahaiiii... ada ulser 40bijik agaknya kat dalam tu. tapi skali bukak mulut, hahahaha.... ---->


Teacher  :  What is your name?
Student  : My name is bla3...
Teacher  :  How old are you?
Student  :  I...I'm... I'm fine, thank you.

Muahahahahaha. eh, tak kelakar yeh? a'ah, taip mcm tak kelakar plk. tapi sies, kalau ada live masa tu, mmg blh bawak masuk raja lawak. dgn muka konpidennya. adeh la... nak hempuk pun rasa kesian. kesian sb oral tu untuk form 3 okey! bayangkan form 3 takleh jawab soklan mcm tu. gemuruh? ye la tu...

tapi budak2 skang mmg manja a.k.a malas kemain. dahla cg dah bgtau siap2 soklan yg nak ditest, pastu blh plk mintak bahan dgn cikgu. hoihhhhhh berlemaknya korang. kite dulu kemain strict teacher. nasib la dapat soklan camne pun. bantai jerk. 

ni bdk2 sendiri tak start lagi. form 2 form 3 skali. yg BM pun dgr citer tak kuar sore... BI? kira kalau bunyi I pun dah blh buat sujud syukur kot. eh bayangkan BM soklan dia just tanya apa tujuan kamu mengulangkaji pelajaran? tak terjawab ok.... triple sedih jd cg kan? haha.

takpela. tgk dulu camne. dah tolong abis byk dh tu, siap bg tajuk suh prepare awal2. hafal je. plissss la buat baik2 bdk2... cg plk bersungguh nak bg markah... -___-'






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...