expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Raya wif kinah


Bismillahirrahmanirrahim



25 Syawal 1435H

syawal lagi kan? boleh citer raya lagi kan? ^_^
tahun ni kinah raya ipoh, jadi lepas seminggu raya baru balik tganu...
seminggu jugak duk kg, jd sempat la dtg braya rmh kite,
awal2 dah tanya nak makan mana,
sebab memang dah takde apa nak jamu kat rumah,
dan tak berape rajin nak masak =P

jadi plan asal nak bawak kinah n family makan kat warong pok nong
tapi... alahai la hai...
dan2 ptg tu pok nong n the geng duk gotong royong kemas kedai...
maka berlalula kami dengan membuat u turn balik...
takde rezeki lagi si shbt nk rasa sotong gunting yg glemer itu..
takpe, hujung bln ni harap2 ada rezeki ye =)





takde pilihan lain, ajak g kedai pok long kat pantai teluk ketapang
kedai ni selalu memang penuh jugak pengunjung,
tapi bg tuan tanah, tetap tak blh celen pok nong,
pok nong is the best, harga murah, makanan tip top,
percayalah!

cuma kat sini ada ketam, tp jarang2 jugak sebenarnya ada,
dan jarang2 jugak orang amik,
sb harga dia sekor rm18, haha harus makan dgn kulit2 skali
makan ramai2, takkan nak amik sekor je kan?
kirim salam. beli sekilo buat goreng berlada lagi sedap,
makan kat rumah ketuk dgn lesung, pueh ati.





pilihan kami. ada lagi kat depan tu...
sotong tu, sotong tuuu...
baru nak gebang kat kinah kesedapan sotong gunting pok nong,
skali bl dpt sotong yg ni, laa hai...
liat bg kucing pun patah taring.
nasib baik ikan best,





gambar yang mengundang rintihan mak2 buyong kat fb, haha
lawa kan gambar kamera asus zenfone ni?
takde edit apa pun ni, resize dgn watermark je,
dah taraf2 dslr ni, ehem B)

abc ni ok la,
standard best,
cuma kalau kurangkan manis sikit lagi best







kan... dalam tak brape best tu,
tinggal serdak jugak kan...
mesti, mahal kot bayar,
patah gigi pun patahla...  =D

time ni duk lawan snap pic,
tolak pinggan semua biar nampak orang sana yang makan lagi banyak,
makin nakal mak ayah Acad ni ^_*





last pic wif acad n mummy dia
makin kurus aih mak acad ni...
nah, want my kilos? please.... ("___")

settle makan,
teruskan misi cari homestay
family belah mertua kinah nak g redang trip cuti merdeka nanti,
jadi cari homestay dekat2 area ni,
susah jugak nak cari, banyak yg dah book 30, 31 ogos tu,
tapi last ada la rezeki tuk diorang,
selamat bersnorkeling ya, pakai google ketat2 intai nemo okey =)

btw tenkiu nah datang raya ng kita,
kita terharu awak ingat kita...
belanje kita lagi tu...
*jgn pitam nah*
lebiu.


Wednesday, August 13, 2014

Syawal '14 - open house Dr Kazzoma



Bismillahirrahmanirrahim


Raya keenam kalau tak silap. tiba2 dapat pm kat fb dr ka, ajak pegi rmh dia, mak dia buat nasi dagang. mimpi apa tah budak tu. tapi rezeki jgn ditolak, nasi dagang homemade tu... terus text zie ajak pergi sana. tapi lewat jugak la sampai. memang betul2 last customer ka ;) best, sebab dah takde orang, nak makan bersembang semua takdela segan sangat =)





nasi dagang pak malau. sedap! bertambah sedap sb bertambah2 gulai ikan aya ktorg makan. bl lagi kan? nak buat sendiri mmg tak la... sb gulai ikan aya yg tersedap harus dimasak lama2. ikan aya kena rebus dulu semalaman. makan kedai? ya boleh. tp sape pulak nak bg lauk byk2 kan? acar pun 2-3 hiris... -__-








lepas makan, sambung sembang kat dpn tv. kawasan rumah ka ni sgtla mengundang rasa mengantuk tak terperi lepas makan. kaw perumahan baru buka, jadi takde orang sgt. tepi rumah plk bekas bendang, haih... bantal please.





dalam 2jam jugak kot duk sana. lama sgt tak jumpa bdk ni, last adalah waktu mc zu kawen, 2 tahun lepas... story pasal bdk ka ni, haha. gelak dulu. nama dia je dah unik kan? satu dlm malaysia kot, ke dunia? Kazzoma Ghaizo. takut tak? haha. dulu waktu mula2 masuk form 1, ingatkan dia ni dari jepun ke apa yg pelik sgt nama. karakter dia pun menggerunkan, tu semua tahu. sekali dia jerit pecah gegendang telinga, jd harus hati2 ya. gelak pun sama, jadi takdela khuatir sgt bergelak ketawa dgn beliau. in fact, beliau adalah the best kalau jd partner in crime B)

nama tu ada maksud act. penahan marah kalau tak silap. yg silapnya nama tu tak berapa berkesan kat tuan empunya badan. tp mungkin pemberian nama tu mmg sepadan dgn karakter dia, sb mungkin kalau diberi nama siti saleha dia akan jadi lebih menggerukan. haha. dan perkataan tu ada dalam al quran or hadis, tak ingat the exact word. hebat kan? 

sehebat orangnya. brilliant budak ni. student pts, tapi selalu duk dlm top10 kat skolah. dan sekarang dah jadi dokter kat klinik padang hiliran k.trg. pandaiiii dia ni, nak duk klinik je. sb office hour kan, takde oncall apa. cuti pun kalah staf gov yg lain. siap ckp bosan lama sgt cuti duk rmh raya ni -__-" cubit kang. 






menunggu kami berlalu. lain mcm je ayat tu, haha. cantik kan rmh ka? dulu dia duk manir, skrg pindah gong badak. makin dkt la kita,,, harap2 kalau terjumpa kat secret recipe giant gong badak, boleh paw sekilo dua cheese cake kat sana. btw, tq ka! lain kali jemputla lagi kalau buat makan2. kalau takde makan, kita jumpa kat klinik je mungkin. bye.


Friday, August 23, 2013

Syawal yang datang...

Bismillahirrahmanirrahim


Hai3 =) ada masa ni bolehla bersiaran lagi. tajuk kasi tukar la dari yg tadi, tadi hilang, ni datang balik ;)  emm mcm taun lepas jugak kot, ke lagi tak meriah taun ni? tsk. mcm mana excited pun ragam manusia nak sambut raya, tetap la ramadhan is the best kan? xley celen kemeriahan sebulan ramadhan. raya, mlm raya ng 1st day je la kot yg mcm ala2 excited. tu pun ptg2 raya dah suam2 suku dah masing2... 


raya kali ni takde tentatif apa2, program raya cuma makannn je. dr puasa lg mak ckp nak makan ketupat palas ng gulai ikan di pagi raya. baiklah. insyaAllah keje senang tu, sb masak gulai je pun, ketupat palas kita beli je kat batu 6 =) 




dulu2, kalau raya kadang2 ada org hantar ketupat ni kat rumah tak heran mana pun... pandang sepi je. yang makan, mak ng tokki je kot. tp la ni, bila beli sendiri, oh sungguh hairan. sb baru tau mahal rupanya ketupat ni... time beli, asal tanya je brapa ni, mcik2 akak jawab :
100 bijik rm50. 
oioioioi... 
saya makan 2 org je makcik, tu pun belum tentu sy makan...
jd beli la rm5, dapat 10 bijik.
hmm... asal mahal sgt eh?
dah la kecit. tensi je tgk. 
tp takpela, tu rezeki mak di pagi raya. kita redhakan aje...








menu pagi raya 2013. simple kam? gulai tu buat pekat, tp dlm gmbr mcm cair kemain. takpe, yg penting, mak bahagia dapat juadah ni =) ai, takkan makan ni je kot raya? kenapa masak simple2 je, ini jawapannya...






sik minyak lauk ayam masak merah, daging gulai, acar nenas... 1st round






sate ayam dan nasi impit beserta kuah kacang. 2nd round. 






triffle. konon2 mcm pencuci mulut la. tp berkali2 bukak peti. buat ptg last puasa, mkn di hari raya adalah sgt menggembirakan anak tekak =) 

menu atas tu akan disusuli dgn round ke 3,4 dan seterunsya... heh ;)

juadah jiran bagi, banyak... 2nd raya ada lagi. mmg tak abis makan. Alhamdulillah. 






pastu ratah kuih raya lg... kuih ada tart ng cornflakes je, lain kepek ng kacang, tu yg sedap meratah =) 





Monday, June 24, 2013

am craving



Bismillahirrahmanirrahim


Jerebu. i wish it was kabus  =I  minggu lepas mmg rasa normal je k.trg ni wlpn org duk kecoh pasal jerebu, sb memang clean and clear =) sehinggalah semalam, bl tgk luar rumah, eh asal byk asap nih? bl online, nampakla few people around k.trg pun update pasal jerebu dah melanda terengganu... oic. ikutkan kat trg ni, 2 hari berturut2 akan ada hujan turun dgn lebat sama ada pagi /ptg. mcm pagi tadi, lepas subuh, menderu2 hujan turun. but still, jerebu kat luar mcm makin teruk! bacaan hari ni 95, menghampiri tidak sihat. sumber. paling teruk takat ni kat port dickson kan, sampai 335, dah cecah paras bahaya.


harap2 ada penyelesaian dan pertolongan dari Allah, ameen. 
dan moga2 kesihatan kita semua sentiasa dalam keadaan yg baik. ameen again )


abis bab jerebu. ni citer last week jugak, hihi.
i'm craving celup tepung! 
series mcm abnormal bl anda terang2 duk ganu,
tp mengidam mcm kan susah bebenor nak dapat celup tepung tu..
heh. mmg la senang, tp takde sapa nak diajak makan bersama... tsk. 
sedih sedih sedih =(





godek2 gambar lama terjumpa yg ni...sangat tempting kan? mau tak craving?

nak dijadikan rezeki, jumaat ritu mak ajak keluar, saja jalan2, hihi.
cantik. jom saya bawak mak p mengabang telipot. 
pastu kita singgah kat warung pok nong jap ye... ngeh ngeh ngeh ;)








dan tadda... celup2 tepung come to me... ;)
sotong, udang, ikan, kepok, nyum2 krup2 krap.
konpius jugak dgn diri sendiri, 
beria2 sgt nak makan celup tepung nih.
padahal bkn peminat tegar sotong pun,
ikan ng udang tu yes, sb isi dia ada rasa dan lembut,
tak mcm sotong yg liat dan tawar..
tp bl dtg rasa nak makan tu, 
tak kira.. nk jugak terjah kedai pok nong.
lg tak tahan nak cr sotong besar2, 
xmo yg kecik2 mcm kat teluk ketapang.
oh teluk ketapang tu kalau joging dari rumah pun blh sampai,
compare to mengabang telipot yg jauh la jugak... sikit.


bl dah dapat skali, takde apa dah...
skrang tgk gmbr pn mcm... hmmm ok.
i was cool by now, heh ;)
mengidam la sgt, padahal dah mmg suka mkn kan... =P



Tuesday, May 28, 2013

Pantastic 5 Pizza



Bismillahirrahmanirrahim

citer minggu lepas2 nun.... ^_^  gmbr2 byk lg tgh que nk kena edit. so td alang2 jumpe gmbr ni 2keping je, kita kasi upload dulu. time ni rasa sgt nak kuar bersembang, makan2... sebelum tu surf dulu, ada x mana2 fast food yg buat promo, sb kalau nak lepak lama2, harus cari tempat sejuk... hihi ;)   dannnn jumpe promo ni >>>>





ok check, kami pergi last day promo, 15 Mei. teruja jugak la tgk promo ni, sb i'm not die hard fan of fast food extremely, tp kalau org nak blanja, warmly welcome! ;)    takat ni mcm boleh bilang lagi la dlm stahun tu berapa kali je singgah beli fast food. tak paham camne certain2 tekak melayu blh layan pizza, fast food, western food tiap2 minggu... me, cemana sekalipun, nasi ulam jantung, eh, nasi kuah singgang tetap di hati... hari2 makan tu pun takpe. very d terengganunian ;) hehe








amik 2 jenis, hawaian chicken ngan beef pepperoni. kalau beli sendiri, hawaian tu mcm wajib, sb sukaaa ada nenas. pastu mcm x reti nak pilih yg lain, takut tak lalu. beef pepperoni tu, saje nak try, sb nampak mcm sedap, dan mmg best pun. amik 2, satu pan offer kat k.nor, sb takkan mampu kami nak abiskan 2regular pan tu...








dan ini adalah mangsa saya pada hari itu... cik yanah. haha. sian dia selalu kena dgr i membebel. maklumla, byk sgt masalah negara nak kena pikir, wlpn tak jadi yb...  =P  oh ya, sb pizza tu promo utk take away je, jd kami tapau makan kat kepsi. beli air ngan cheesy wedges, lepak situ sampai lebam. meja2 kat tepi dan berapa kali tukar orang, kami tetap tak bergerak2...haha. ala, pizza ng kepsi sedara mara je kan? ;)

ok bai, nak sambung edit gmbr lg...  -___-"

Thursday, May 23, 2013

Brunch cost


Bismillahirrahmanirrahim


pagi tadi dah siap upload gmbr utk majlis cukur jambur baby, tp tak sempat nak taip, kena tinggal ada keje. by now, malas dah nk siapkan... ya, saya ada satu penyakit, kalau dah lebih dari pukul 12pm, rasa mcm dah tak best nak update blog, tu yg hari2 tak jd update blog, tp blogwalking takpe, heh.  so sb tak nak bg terkilan sgt rasa hati tgk blog sesepi alam, gigihkan jugak snap, edit, upload gmbr bruch tadi... dah lama tak buat keja advance mcm ni, kira cerita hari ni update terus kat blog. satu peningkatan yg membanggakan, haha =P  *tetiba esk graf jatuh menjunam sb esk nak update citer minggu lepas2 punye...kriket3*







my brunch just now. bakso pak awi dan mocha cool blog. mabeles. tapi, rasa mcm duk kl sgt dah ni, sb this bruch cost me rm9.10! sikitttt lg nak sama snack plate kepsi... huk. 







bakso ni ok la, sb byk sbnrnya, tgh taip entry ni pun tak abis2 lagi makan. tp berenti dulu, sb cari penyakit sgt g tuang byk2 kicap cili. kalau ada bilis goreng rangup2 ni lg mantap ;) ok dah, selamat makan tengah hari semua =)


p/s : i've being arguing wif my x-debater patner in my secondary school lately on fb, start to feel annoying, but enjoyable, haha. acanner tu? cuma tu la, letih debate by typing, dah mcm buat assignment, kalau ckp kan senang, shout out terus. tp sebenarnya... i was still confuse, y did she was so eager to argue with me, i have my rights to shout my opinion what? pfft... hope this will no last longer than what i think. aameen...


Wednesday, April 3, 2013

Rezeki =)



Bismillahirrahmanirrahim




dapat nasi minyak semalam. terasa2 kebahagian di jiwa dapat makan free... hihi ;)







Alhamdulillah. nyang. 

hari ni mood adalah ceria. tapi tiada cerita. huhu



btw. parlimen dah bubar... 

hip hip horreyyyyyyy....!



1st time nih nak g mengundi. 

excited. nebes.





"marilah mari... kita mengundi....lalalalalaa"

kemain happy, calon ke?

hehe




Thursday, March 28, 2013

Nasi Dagang 3 kupang



Bismillahirrahmanirrahim





Rupa2nya, ada lagi nasi dagang semurah ni kat trg...eh, ke ada yg still murah? tapi ni jauhhhhhh kat batu rakit nak sampai setiu. yg penting, murah dan sedap! lagi penting bungkus dalam kelongsong daun pisang ;)   skrg, kalau area bandar, paling cikai pun RM3 sebungkus nasi dagang skrg. bkn sedap sgt pon, bungkus plak dalam kertas minyak. tak feel ok =P








ni kalau ada acar lg best. time bukak kelongsong ni lebih kurang pukul 2ptg. bz kulu kilir sampai x ingt ada nasi dagang sedap atas meja. maka terhasil la gambar gigil2 kelaparan tp gigih jugak nak snap sb nak masuk blog. heh =)  ;]    sekian, selamat menjamu selera ^__^


Tuesday, March 26, 2013

Potluck - Mac



Bismillahirrahmanirrahim


Dalam sibuk2 result spm nak kuar khamis tu, dgn oti tak abis lagi nya, sempat lagi cg2 ni pakat buat potluck kat bilik guru =)   sb mac dah nak abis, kalau khamis tu x buat, mmg xdela potluck tu bln ni, sb skang kan cuti skolah. pagi2 lagi bl makanan sampai, terus start potluck tu...





main menu yg ditempah - bihun singapore dan kuih tepung kapur (kiswi). lain2 mcm biasa la.. nama pun potluck, so masing2 add on sendiri dgn juadah masing2. ada jugak cg yg x tau khamis tu potluck, sb sblm cuti adalah minggu kebizian yg amat, jadi certain2 je yg uruskan makan2 ni. takpe, kita makan je... =)








mine - cendawan goreng satu salut breadcrumb, satu lg celup tepung. gigih bangun pagi2 goreng... mak siap sound, skali org x layan pun cendawan tu... haih mak..jgn masin sgt mulut tu..tp mmg cuak pun. thehehe. skali time potluck ni, baru je nak suap, dah kena ganti cg kelas form 5 jaga oti... so tinggal la kejap makanan. kira2 sejam kemudian, bila naik, cendawan kita dah abis.... yipppi! haha. bangga2! =)  balik blh angkat bakul dpn mak.lalalala =P =P =P



gambar adalah huru hara semua. sb time ni dah besilang2 tgn duk amik makanan. tu sempat snap 2 je tu... =) sekian laporan potluck bulanan =) ;)


Saturday, March 23, 2013

Happy weekend =)



Bismillahirrahmanirrahim



Asal makan je happy... pfft
*gambar ulang tayang*

Selamat berhujung minggu dan bercuti skolahhhhhhhh
dan makan lauk kenduri....

 =) =) =)

Tuesday, March 19, 2013

outing wif new bride ;)



Bismillahirrahmanirrahim


takde la new sgt... dah sebulan lebih pun... hehe. tp ni kira kali pertama la kami dating balik lepas beliau menyandang title puan ;)  be it now - Pn. Ateha =) *fireworks*   since beliau keseorangan di rumah jumaat ritu, saje beliau ajak kuar makan, beli barang sikit2. and yeah... i miss to spend time wif her much2! *taip kat sini je la, ckp depan kucing bertanduk pun takkan punya... ;) 


tp gitu la, kena paham.. member dah jadi wife org, so kena tahan rindu tu.. huhu. takleh dah nak spend waktu cam dulu2..sobs. takpe, asalkan dia bahagia dgn new life dia, sbg shbt, saya kena rasa bahagia jugak, ye dak? ;)   so waktu2 terluang mcm ni, i appreciate it much2 juge, walaupun kami cuma lepak makan kat food court giant, hehe. 


eh ok ler tu, sb teha tak pernah pegi lg giant baru ni. jadi marila kita memperkenalkan beliau kepada pasaraya baru ini ;)   time sampai tu lepas solat jumaat, takdela ramai sgt org, parking pun byk lg kosong kat blkg2. sblm masuk jenguk dlm, kami p food court dulu. 






saya punya - yee mee cendawan sizzling. teha nak nasik, so order nasik sizzling * erk lain mcm je...x ingt nama menu*  boleh la... tp mcm kedekut ayam ng cendawan. ini dah siap sound2 halus, br dia tambah. haha. mcm x malu je kan? eh malu rugi... hehe. xdela, bkn sengaja terlafaz dpn dia ayam sikit, tp dah tukang masak tu dgr, kira rezeki kami la tu kan... tp malu jugak pas tu. malu tp happy, heheh.







air order sini. ice room hi-goat. cuba tgk papan iklan dia kat atas tu, sebijik design mcD kan? tak agak-agak meniru..haha. bagus2! boikot mcD!






nampak mcm sedapppp je eskrem dia. tp takut mcm x abis plk. takpe la, len kali boleh try.






masing2 order ni - choclate float. mula2 minum ok la. sedap. tp bl dah sparuh sedut, terus rasa mcm... imagine u drink susu kambing with float. huhu. tp nak buang sayang. maka slurppp je la sampai abis. pastu nak bangun sorang2 sengkak. haha. nice sgt.



dah abis makan, masuk jalan2 dalam giant. guess what we bought? sorang beli tomato, sorang beli pak choy. haha. sweet kan kami? keh keh keh ;)  eh tp mmg tomato murah sesangat kat giant ni. tak sampai rm3 sekilo. nak buat tenyeh muka pun tak rasa bersalah sgt ;)   


kuar jalan2 dpn giant tu, ternampak kedai ini....



Tako dan Leko! tako tu takoyaki, leko tu kepok lekor...haha. kretip sgt blh combine menu jepun dgn trg ;)   maka kami pun dgn excitednye masuk kedai ni order takoyaki cap sotong. tp mcm ada sikit pelik la tgk cara dia buat. even x pernah mkn sblm ni, tp pernah la nmpk org tunjuk camne buat tako ni. bese sap2 golek2 senang je. ini mcm was2 je tgk dia duk godek2 yg putih tu.... asal nmpk mcm pelik je? 






yang dah siap. boleh telan sebijik je. yg lain teha abiskan slow2...haha. mcm tak percaye je ini mknn yg certain2 org luar cari sgt kalau g jusco. atau adakah kedai ini telah melakukan kesilapan dalam menghasilkan takoyaki sehingga menyebabkan saya memiliki persepsi buruk terhadap makanan jepun ini? detective conan, please answer me... @__@







dan nasib baik ada air asam boi limau nipis ni sbg penyelamat. takde la dap sgt, tp boleh la cover tako yg lg sedap mkn bola2 celup tepung kat kedai p.awang teluk ketapang. tp mahal kot air ni... rm3 segelas. mentang2 nama kedai kopitiam. kemain letak rege. boleh dpt 2 gelas kot kedai biasa. hetchu!


tp time ni amik kat meja makan dpn giant. jadi suasana lepak tu sgt la best dgn angin bersepoi2. suka3 =)  sampai tak sedar dah pukul 6 lebih. maka jom la kita balik. kang ada masa, harap dapat jumpa lg mcik ni ;)



Thursday, February 28, 2013

Roti Paung Panas


Bismillahirrahmanirrahim


Tuan kebun agak serabut hari ni. Jadi, untuk tak nak bagi nampak macam stress sgt, meh kita tatap sama2 roti paung panas ni... *boleh la...*

ok, kat teganu ni, selain kepok lekor, nasi dagang,  roti paung panas pun boleh kira mcm makanan pemes brand teganu jugak la kot. sb rasanya kat luar takde kot jumpe roti paung mcm ni. ke kat The Loaf Mahathir ada? wahhh.. dan2 compare dgn the loaf. heheh ;)




besar ni rm2 je. 







sekarang dah ada packaging sendiri. tp mcm tak kena je bila buang 'g'. kena sebut paungggg jgk, baru ori ;)








kat dalam dia ada mcm2 inti sekarang orang buat. tapi biasa kat rumah suka beli yang original je, inti planta. sedappp sgt. dgn gebus nya, lemak berkrim disukai ramai. 2kali makan mmg licin la roti ni =)

ok, tu je, sape2 yang mai teganu, try la rasa roti paung ni. bnyk je cawangan dia, cuma owner je la berbeza. sekian. tata =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...