expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 2, 2017

Bukit Keluang



Bismillahirrahmanirrahim


Sempena cuti umum 4 Sept ni, terasa nak merajinkan diri mengupdate blog  Cerita bln 4 ritu x silap, few days sblm bergerak mencari rezeki di Pilah. Plan gitu-gitu je, so antara yg ada - Pijah-Amani-Zie-Yanah-Thah-and tuan blog. hujung2 tu Tqah join kejap.

Petang khamis carpool kreta zie ke jerteh, sebelum tu jumpa thah kat area sana dan gerak sama2 ke rumah adik pjah. Tp adik dia takde, so malam tu rumah tu kami conquer  Lepas settle solat n rest lebih kurang, kami start prepare utk bbq. Time bakar2 ni mcm2 cerita kelaur. tak sangka, even dh jarang sgt jumpa, bila skali jumpa, throwback cerita2 lama dan update cerita baru, semua like we were going back to our old sweet time .. and it was about 15 years ago! lebiu buddys! 

settle bakar2, sambung makan kat dalam, makin rancak citer keluar. nasib jiran sebelah takde...kot.  dgr tgh mlm kul 2pagi ada lagi bunyi sok sek sok sek terkikik2 tak tdo2 lagi .. dalam pukul 5 kot mcm tu, bangun siapkan bekal tuk hiking. buat mee goreng, sandwich, goreng kopok keping. dalam pukul 7, off we go to bukit keluang 




Muka tak cukup tidur siap sedia utk terjah bukit keluang man 





Dipendekkan citer, sampai la kami kat atas ni... mencabar jugak la utk tuan tanah sampai ats ni, sb dah lama tak join bnda2 lasak, dgn pakai sliper asadi je plk tu..sobs. nak muntah pun ada 
tapi dah alang2 ni, takkan nak patah balik. lagi tak sanggup...
puas hati jugak la bila sampai puncak ni, walaupun matahari dah naik mencucuk2 panas,
dengan manusia lagi ramai dah sampai sini...





Dan dah alang2 panas tu, kita bakor je terus 
Ya Rabbi... time ni, Tuhan je yg tahu betapa panas terbakor nya muka...
tapi sb fotograper (read thah) kata sabor syu.. lawo ni..
maka i pasrahkan je. nasib betul lawa view dia... 
berbaloi terbakor  





ni pjah candid kot. pun sukaaaa... 


lepas dah rehat sminit dua, terus gerak turun. nak turun rasa lagi mencabar dr mendaki. ada part yg curam sgt. dah hujung2 tu ada anak tangga, tp better tak payah buat anak tangga kot, sb lagi longgar lutut rasa turun guna anak tangga ni.. 

apa pun Alhamdulillah, selamat sampai bawah. terus order teh ais, kopi ais, nestlo ais 
yg lain g cari port nak sarapan bekal. time ni tqah dah sampai. bawak bola2 brownies. sedap!
so again lepas sambil makan sambil sembang. bila la lagi nak mcm ni.. rinduuuuu 





us sebelum berpisah dengan pjah n tqah. lepas tu sambung lagi port photoshoot.
yang tu next entry kalau rajin 
till then... selamat hari raya korban 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...