expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, July 10, 2010

.: Saat indah Israk Mikraj :.


Bismillahirrahmanirrahim

Dah 2 hari tak sempat nak update blog atas kekangan masa & perasaan. Ada satu ketika, mmg tak tahu datangnya point tu, tapi mmg betul2 jadi takde mood. Bosan tgk blog yg tak bergerak2, tp really2 writeless utk catat apa2 pun.

Tapi kerana semalam adalah satu hari yg indah, saya harus mencatatnya di sini. 27 Rejab, malam israk mikraj yg semakin dilupakan dlm jiwa manusia sekarang. Jika ada yg tahu, tapi tetap rasa seperti biasa, mungkin saya juga begitu. Tidak benar2 menghargai keindahan dan rahmat yg ada pada malam tersebut. Langsung tak excited nak tunggu malam israk mikraj dgn ibadah2 sprtimana kita gembira setiap kali I'dulfitri menjelang.

Suasana suram & tenang sewaktu cuti di KAB

Jika ditanya secara detail mengenai kejadian, lokasi, waktu, isi kandungan, kronologi yg berlaku pada malam tersebut, saya mungkin fail... erghhh...bila nak berubah? bila2 masa saja kita boleh bau tanah.

Hari ni saya bekerja lagi, tiada hujung minggu. Rasa macam nak berhenti kerja, tapi sayangkan gaji, walaupun tak seberapa, tapi bolehla tanggung badan sendiri, he2 =)

Sunday, June 27, 2010

.: Rencah :.

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, baru balik pekena teh ais & roti canai. semalam pun dapat gak pekena nikmat mengikut selera-kuew teow tomyam daging & nescafe ais (kadang2 kena catat gak menu yg kita makan, supaya bila kesempitan nanti, kita masih ingat yg kita pernah diberi nikmat sesedap ini, berbanding mereka yg langsung tidak dapat menikmati kelazatan makanan tersebut... =) syukur3333...
Nasi goreng thai - penyeri yg menyelerakan,hu2 =)

Hari ni ada pelbagai rasa. Rasa yang menambah rencah dalam hidup. Moga-moga setiap yang tercatat di sini menjadi kutipan pengalaman berharga kelak, dan moga diberi petunjuk agar setiap yang tertaip memandu kebahagiaan diri di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Sehingga hari ini, saya masih gagal menjadi Muslim cemerlang. Itu tahap penilaian pada diri saya sendiri, sebab tak mampu untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Malah kadang-kadang boleh terjadi 'hari ini lebih teruk drpd semalam'. Tidak keterlaluan jika saya katakan, semakin dewasa, saya semakin jauh dari yang terbaik. Ruang lingkup sosial juga sudah mula berubah, makin 'advance', menjadikan saya kadang2 lebih terikut-ikut dengan persekitaran. tapi walauapapun yg terjadi, setiap perkara tertanggung sendiri sejak baligh bg setiap Muslim, jd jgn nk salahkn sesiapa @ apa2 bila kena tanya kat Mahsyar nnt...

Teringat sewaktu mula-mula memasuki SMA(A)SZA, hati begitu kuat pada ibadah. Terasa tidak pernah lelah. 3 tahun di sana, berjaya membentuk identiti fesyen mengikut syara' pada diri saya, walaupun diselangi dengan pelbagai kenakalan selama 2 tahun berturut2. Syukur yang teramat sangat kerana sekurang2nya saya diberi peluang mengutip ilmu agama di sana. Sekurang2nya, walaupun apa yang saya lakukan di sana adalah kerana terikat dengan disiplin sekolah dan asrama, ia mengawal saya drpd terlibat dengan gejala-gejala 'low class minded' seperti pelajar sekarang, juga dosa free... =)monumen yg tinggal sejarah kini...

Selepas PMR, saya bertukar ke sek.men.keb sultan ahmad. Pertukaran yg terpaksa dilakukan demi keluarga. Saya berulang alik dengan basikal ke sekolah ini. Selama sebulan, saya tertinggal silibus berbanding rakan2 yang lain. Sehingga tamat tingkatan 4, saya gagal menunjukkan prestasi sebagai bekas pelajar SBP. Cuma bila berada di sekolah harian biasa, saya lebih mengaplikasikan apa yang dipelajari di smaasza. 3 tahun 'disekat' drpd bergaul dgn pelajar lelaki, automatik terasa seperti ada arus elektrik bila ada pelajar lelaki yang menegur, apalagi menjadi kebiasaan mereka untuk duduk dgn selamber di tepi pelajar perempuan. lama2, alhamdulillah, mereka terima cara saya, malah lebih menghormati pendirian saya yg seperti 'kera sumbang' pd awalnya. (sumbang dgn lelaki, bukan perempuan).

Kerana itu, bg seorang dai'e, anda takkan pernah teruji jika anda mengatakan anda perlu bersama sahabat2 seangkatan utk menguatkan iman. Sebenarnya anda hanya meletakkan diri anda pada tahap yg selesa. Bukan mengatakan anda perlu berpecah, tetapi konsep 'independent survivor' sbg seorg dai'e payah utk direalisasikan. Bila anda menyisihkan jiwa2 yg gersang ilmu agama, jd bagaimana anda ingin mengharapkan pengertian mereka pada perjuangan anda? Ini bukan pandangan skeptik, tapi komen pada yg sukar 'nampak'. Mengharapkan semua org menyokong, tapi hanya tersenyum pada geng2 berjilbab, berkopiah. Senyum-satu kebaikan yg sering dipinggirkan dlm menyebar dakwah. Wallahua'lam.

Bila result SPM keluar, saya nampak betapa besarnya hikmah yg Allah berikan bila saya tersenarai sbg pelajar cemerlang sekolah. Ia bukan satu rekod besar di sekolah lama, namun saya percaya, belum tentu saya dpt keputusan sebaik itu jika berada di sekolah lama.Malah guru2 di sini banyak memberi kepercayaan & sokongan utk saya bergiat aktif dlm pelbagai aktiviti. Tamat SPM, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca bahan agama,termasuk menghadiri kelas2 agama. Dari situ, terasa kembali jiwa ibadah yg telah lama diabaikan.

Kini, saya seolah2 menurunkan kembali graf ibadah dlm hidup saya. Dalam pada ingin mengubah keadaan ke arah yg lebih baik, saya sendiri yg tersungkur. Benar, kita teramat marah melihat kemungkaran yg dilakukan oleh org lain. Tapi terlalu payah untuk kita menyedari dan menghukum diri sendiri atas kekhilafan yg dilakukan. Masih tegar utk memanjakan diri dengan pelbagai jenis makanan, melayan tidur subuh hari, gian dgn facebook, bergelak ketawa, walau sedar bahawa dosa makin menimbun di bahu...semuanya makin berlemak dlm rutin harian saya. Turning point yg agak payah utk dilakukan bg menghadapi hari2 mendatang.

Semalam, bila terasa kelam dgn khilaf sendiri, saya cuba menenangkan diri dgn menelefon emak. Namun di hujung talian, lain pula rasa yg 'dihantar' emak. Katanya, jaga diri baik2, mata kirinya asyik bergerak2. Saya tahu, tanda itu bukan sesuatu yg patut dipercayai 100%. Tp sedikit sbnyk, perasaan saya tergugah. sama ada bimbangkan apa yg akan terjadi, mahupun memikirkan keadaan diri emak sendiri.

Petang semalam, jari bengkak sewaktu bermain bola tampar. bila saya renung jari yg sedang bengkak, saya harap itu adalah tanda kerisauan emak, @ mungkin sbg kifarah dosa2 yg lalu. tp rasa bimbang tu masih ada. kemudian, slps maghrib smlm, tiba-tiba saya terpaksa menangis kerana rasa tersisih oleh org2 yg saya sayang. mungkin mereka tidak tahu perasaan saya, tapi sungguh ia adalah sesuatu yg menyakitkan. Rasa sedih berhenti seketika bila berkumpul beramai2 dgn teman2 utk makan malam.

gaya seorang pemain bola tampar pro,ho3 =)

Tapi hakikatnya, keadaan menjadi alpa bila saya duduk beramai2.
Untuk bersendirian...hurm...terasa sepi...
hai jiwa...bila kamu akan benar2 kental seperti serikandi lalu...
"Ya Allah, kembalikan jiwaku sbg hambaMU..."

p/s : entry sepatutnya dipos smlm, tp wireless buat hal...

Friday, June 25, 2010

.: ceria gembira :.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak patut tak patut... kesian blog ni sunyi. dlm sehari ada 10 kali bukak,tp x hapdate2... kelu jari nk menaip =) banyak sgt cerita yg nk diluahkan setiap hari, sampai tak tertulis. gmbr pon tak sempat2 nk edit. nak kata bz, tak jugak... so apa masalahnya yuhaisya? cuba konsisten dgn penulisan anda! hu2, cam nk jd penulis berjaya je...

Buat kesekian kalinya, cerita basi menjadi tatapan kali ni. cerita seminggu yg lepas, yg telah disulangi dgn pelbagai citer2 lain. hujung minggu yang lalu, kami (staf & budak skim pelajar bekerja) pakat ramai2 picnic kat Kalumpang (kaw rekreasi air terjun/sungai). 1kereta,2 motor.seme sekali 9 org. ni la budak2 nya....without me selaku photographer ketika itu. hmmm...bila tgk diorg ni, kadang2 timbul suara2 sumbang, kenapa saya rapat dengan orang2 'macam ni'. Jika nak dibanding dengan pakaian,banyak jugak perbezaan antara mereka dan saya, apatah lagi pergaulan. Sebenarnya saya sangat teringin menjadi dai'e di kalangan mereka, walaupun saya sendiri kadang2 terkandas di tengah jalan. maksudnya, saya pula yang terikut2 dengan cara mereka.

Saya tidak menyangkal akan pesanan seperti 'berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita akan turut berbau wangi', apatah lagi dlm keadaan diri yang masih dangkal mengenai agama, juga masih lemah dlm kemelut mslh sendiri. Tapi saya nak, nak jugak mendekatkan diri mereka dengan agama. cuma bila & bagaimana, Allah Maha Memberi Petunjuk...

Ni la sungai kalumpang yg menjadi tumpuan bebudak upsi utk melepaskan tension. air dia,perghh..! sejuk sgt! cuma jgn datang time cuti sekolah, sb berbondong2 manusia kat situ. takde privacy lgsung nak mandi manda.

lepas ni rancang destinasi lain plk. mcm2 plan dlm kepala...


Sunday, June 13, 2010

.: Sahabat vs Pelangi Petang :.

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung Bersamanya... Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan

Hati ini
Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau kan pasti Pergi jua...





Saya jarang menghayati lagu arwah Sudirman, walaupun saya cukup mengkagumi karya beliau. cuma antara hayat ini dan usaha beliau dahulu, karya tersebut bukan sesuatu yang menjadi syafaat di alam barzakh. moga2 doa peminatnya mendahului keterujaan mereka pada irama dan lagu beliau. Al-Fatihah..


Entri ni bukan berkisar ttg beliau, tapi lirik lagu yang telah ditinggalkan hampir suku abad. Saya tak sedar lagu ni turut ditujukan pada sahabat, sehingga satu ketika saya melihat kanak-kanak 12 tahun di bawah menangis ketika menyampaikan lagu tersebut. Dia menangis kerana terasa akan kehilangan sahabat2nya. then baru saya mencari maksud tersirat di sebalik lagu tersebut.

Maaf, bukan bermaksud mengagungkan karya manusia berbanding ayat-ayat cinta yang telah Ilahi kirimkan. Cuma saya mahu sampaikan ini pada sahabat2-saya terlalu takut jika kamu juga akan berlalu pergi seperti pelangi petang. Hadirnya menyerikan hidup, tapi cukup sekejap.

Kini saya terlalu jarang bersua dengan sahabat2...tak kira yang dari sekolah rendah, menengah, matrik, universiti... masing2 mula punya komitmen yang mengekang waktu seharian. saya terlalu takut, sedar2 pelangi saya ... Allahurabbi..


Dan mungkin, pelangi di atas tak tertakluk pada sahabat sahaja. Siapa2 yang rapat, terpaksa kita terima mereka juga ditakdirkan hadir bagai pelangi...

Allahurabbi...kuatkanlah hati ini...

(mood sepi...).


video

Wednesday, June 9, 2010

.: kenapa umi bagi tulang...? :.


Bismillahirrahmanirrahim

Dah dekat sebulan blog ni tak diupdate. kemain lamenye...apa dayaku, dunia di hujung jari tak mampu ku kecapi di kampung...hu2. Sekarang dah kembali bertugas-sbg budak skim yg berdedikasi,he2. bila sampai sini, even baru duduk sehari, dah rasa boring yg amat. Perasaan nak balik kg semula sangat2 terasa... memang kalau boleh tak nak datang pun masa cuti ni, but i have to!

walaupun berat semakin bertambah, saya tetap rindukan mereka-nasi lemak trg, pulut gaul nyor, tepung kapur, nasi dagang, nasi kuning, pulut lepa, lompat tikam, kuih bom, nasi himpit ng sambal nyor,n  KEPOK! =) ntah bila lg saya akan bertemu mereka...

walaupn tak de buat apa sgt dlm membantu kerja2 mak seharian, tapi saya amat berbangga bila last sebelum balik, mak saya dah bertambah beratnya sbnyk 2kg akibat penangan masakan saya, he2. as i love to cook, so my mom love to eat them too! i wish to cook for her again...always!




i miss her...a lot! till death...




kami takde buat apa2 aktiviti yg best2 pun kat rumah, sekadar berbual, makan bersama, p shopping bersama, tgk ceramah ustaz azhar sama2, n tdo sama2 (yg ni dari baby sampai lahir tak berubah). tp saya amat rindukan perkara tersebut. walaupun kedengaran boring duduk kat rumah je tanpa ada tv, tenet, kenderaan utk berjalan2, but it was definitely true that the precious moment is when you were with your mom. sungguh bahagia bila bangun pagi, mak ada di sisi...hu...mak...nak balik....!!!!

dah2. jangan emosional! control2. oh ya. berkenaan tajuk kat atas-berlaku beberapa jam sebelum berangkat datang ke sini. drpd trg, singgah dulu ke rumah mak sedara (Teh) kat KL. sempatla main ng budak2 ni-adlina n hannah. kadang2 amat2 geram jaga mereka ni. masing2 dah makin banyak kerenah. adlina dgn sikap suka buli adik akibat dibuli kat rumah penjaganya. hannah dgn perangai yg makin manja, kadang2 tak tahu apa yg dia nak. suka sgt tiru apa yg kakak dia buat. but once they huge, salam cium tangan utk mintak maaf, tgk mereka tido as a baby, hu... tiba2 rasa sayang sangat... 




ske duk dlm bekas menan tu, apa yg best ntah




yang ni cepat skit tumbang, letih main, bagi susu, lena la dia






guess what???hannah tengah duk...uk2! =)






Good girl with her story book





wajah suci






the first thing she has done when i'm arriving-selongkar beg! -__-

sblm balik, teh masak, so makan dulu. sementara bersiap, teh pulak yg suapkan budak2 tu makan. tiba2 bunyi kecoh kat bilik air. rupanya si adlina lekat tulang. macam2 teh buat, kepal nasi, suh minum minyak, siap tungging si budak adlina tu. mmg susah nk keluarkan sb adlina tutup mulut. last2 korek2 berjaya jugak keluarkan tulang tu. itupun dah berdarah2 tekak dia. kesian. bila dia dah ok, blh plak dia tanya sambil nangis2, "kenapa umi bagi tulang...?" terus kami gelak. he2. umi tak nampak la. lepas ni mesti dah fobia budakk tu nak makan ikan.

hannah plak, rasa tersentuh sangat bila dia menangis2 kena tinggal. menitik2 air mata. nak bagi kat umi dia pun tak nak. how come she can be so close to me for just a few days...ikut hati mmg tak nak lepas. nak lambai pun rasa ngilu sangat bila tgk dia duk menangis2 kat dalam kereta. hannah2... i miss u a lot!!!!!

now i'm alone...leaving my lovely family...masih banyak lagi tuntutan di sini yg perlu disettlekan. sekian, terima kasih =)


Saturday, May 8, 2010

.: 2 minit jer :.

Bismillahirrahmanirrahim

Apa yg 2 minit? solat? kadang2 ada yg boleh capai tahap tu...jenis solat cap a.y.a.m.
tp ni bukan pasal solat, ni pasal mee maggi cpt dimasak. 2 minit je, leh slurrppp terus. apa2 jenis mee segera standard dimasak begitu. nama pon segera. dan memang dikenali sbg makanan yg tidak menyihatkan.

But the news smlm mmg agak 'bengek'! salah satu akhbar kompak negara semalam ada menyatakan MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER. maka berbahagialah kpd mana2 penggemar mi maggi kerana korang takkan dapat kanser kalau makan maggi bertan2 pon.slurrrpp....

Berita ni sekaligus menyangkal dakwaan Persatuan Pengguna P.Pinang bahawa mee segera berpotensi besar menyebabkan kanser kepada pengguna. Dari sudut mata awam, mungkin ada sesetengah yang menyanggah, pasti lagi ramai yg tersenyum riang. pasni leh makan megi banyak2 tanpa was2!

ye la tu, makanla banyak2. overview daripada pndngn student sains mcm saya tetap menegaskan bahawa apa2 yang segera berupaya menyebabkan kanser! lambat atau cepat je. siram je kuah magi tu atas pokok, confirm esok pokok tu mati, try le. even sistem pertahanan pokok tak se'canggih' sistem dalam tubuh kita, tp lama2 jahanam jugak kalau tiap2 kali asyik makan maggi je.

pesanan ni utk saya jugak - seorang pemakan magi, tp bukan hard die fan lagi la, he2.
cuma tak berapa gemar tajuk berita tu! ah entri yg agak kalut. malam ni dah nk berangkat pulang ke kampung halaman terchenta. hu2. hoorey! ntah bila plak blh update blog kusam ni, huk2...wassalam...

Friday, May 7, 2010

.: budak2 betul... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Rasa macam mantap je kali ni leh jaga bdk2 ni sorang2. biasa blh jaga sorang jer, kalau 2 sekaligus haru jadinya... tp tu dulu, skrg siap blh main tenet lg, heheh. gaduh2 tu besela. tp as long x kritikal, xyah la wat kluar rotan (drp batang belon plastik). bila tgk diorng ni duk main elok2, siap sayang2, alahai... berbunga je hati nengoknye... cuma bila silap haribulan, datang angin monsun tiba2, maunya main belasah2 2 org ni. 2-2 tak nak mengalah. tp jap je, 2-3 minit pas tu damai balik.

Bab makan simple je, dari pg sampai ummi dia balik nnt, bedal cucur bilis adabi jer... susu bancuh 2 kali, cukup. bila main dah x ingat dunia deme ni.

pagi td lepas mkn, mandi, tgk tv sat, adlina ajak p main. sbg babysitter yg cemerlang, pasti saya akan memenuhi permintaannya itu. cuma yg x bestnya, playground kat rumah diiorng ni cuma ada 'boyan' 1 (panggilan budak2 ni) n jongkang jongkit 1. berebut lagi... yg ni nak boyan, yg satu lg nak jugak...abis camne nak hayun 2-2?

abis men, yang tukang hayun ni dah peluh2, tp budak2 ni blh lagi lari2 kat area parking kete. siap meluru laju nak kuar dari pintu pagar. mmg kena pecut ala2 kelajuan berlari2 anak nk tangkap deme ni. hu...mmg xleh bawak diorng ni kuar lama2 dari rumah. tak larat la akak....

mmg penat jaga budak2, tp bila tgk muka suci diorng tu duk tdo, @ tiba2 je datang duk secoet atas riba kita, huh... ilang segala kegeraman n keletihan....



siap leh edit gambar yg pagi td, maknanya budak2 ni mmg baik lah kan? hu2...

Thursday, May 6, 2010

.: sementara... :.

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, selamat sampai rmh Teh @ taman melati,gombak semalam. penat yg amat, kalaulah blh buat mcm rmh sendiri dlm lrt, confirm tido!


hari ni duk rmh teh sorang2. sementara tunggu mesin basuh bekerja, godek2 benda yg boleh dibuat-nak mengemas, dh kemas. nk masak, no idea.

so ni je yg dpt buat - blogging,facebooking,tgk tv,breakfeast ng roti n milo.
ingat nk jaga budak2 ni, tp x larat la plk rasa. kalau sorang xpe, tp bila dua-dua duk skali,pitam...




Monday, May 3, 2010

.: My Rumate :.

Bismillahirrahmanirrahim


Tuan Hazwani Tuan Yahya.


p/s : dlm ni leh lepas kata2 mcm ni, psl dia x pernah bukak blog ni, he2.

Sunday, May 2, 2010

.: Dia memikat saya :.

Bismillahirrahmanirrahim

Saya tak berjaya mengawal keadaan. Gagal memandu emosi secara rasional...
Maka hari-hari yg berlalu ada sahaja yang tidak kena.
Banyak sungguh masa dihabiskan dengan cerita2 di internet. Sungguh melalaikan !
Sehingga saya bermimpi dengan watak dalam cerita tersebut!
DUNIA sungguh berjaya memikat hati saya...

Tengok citer kartun takpe kot, he2.
Selain fokus utama pada kasih sayang antara mereka, kita boleh belajar tentang animal behaviour, ecology + ekosistem + bla bla bla bla...
tp masalahnya bukan mereka yg saya mimpikan...hu22...

Friday, April 30, 2010

.: Jumaat dan Terengganu... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri."

Dari semalam mata tak leh lelap. Whats going on me? amnesia? huh...penyakit susah nk tdo malam kembali lagi... Waktu ni, surau dah berkumandang dengan bacaan suci al-Quran. Sekejap lagi Subuh. erghh..alangkah indahnya jika saat ini jasadku berada di kampung. Suasana di tg malim jauh berbeza dgn kampungku, Durian Burung. Nun jauh di sana, hari jumaat bagaikan hari raya. Ntah bagaimana nak diungkap, tp setiap jumaat yg kami lalui terasa 'hidup'. Teramat rugi jika terlewat bangun pada hari tersebut.


Kecuali Terengganu, Kelantan, & Kedah, negeri2 lain menyambut Jumaat seperti biasa, tiada apa yg istimewa. Terpaksa bekerja seperti hari2 biasa. Dan aku juga terpaksa 'adapt' dengan suasana sebegini, hingga kadang2 aku lupa akan kehadiran hari Jumaat sejak belajar di sini.

Namun hingga hari ini aku tetap meyakini akan keistimewaan hari Jumaat. Setiap perkara terasa indah pada hari Jumaat. Walaupun kelak Jumaat adalah ketetapan bagi Kiamat, tp aku tetap rindukan Jumaat. Jumaat di Terengganu...

Monday, April 26, 2010

.: Sengketa :.

Bismillahirrahmanirrahim

"Berulang kali mencatat-utk pesanan diri sendiri,jika dapat dikongsi,moga menjadi kifarah pada tiap kekhilafanku..."
-bakal mencatat dgn amarah dan hasutan yg masih bermaharajalela-

Situasi 1 :
Ani dan Iza bersahabat baik. Tunang kepada abg Iza adalah shbt Ani juga. Suatu hari, Ani dan tunang abg Iza berselisih faham dan si tunang telah mengadu kepada Iza(bakal adik iparnya ttg perihal Ani). Dalam keadaan yg tertekan, Iza menceritakan hal tersebut kpd abgnya.
Persoalan : Perlu ke Iza mengadu kpd adik iparnya?
Expectation : Tentu sekali abg Iza menggagap Ani sbg beban kpd adiknya. Lalu tidak terkesankah perasaan dan maruah Ani atas situasi ini?

Situasi 2 :
Ada sorang budak, baru masuk U. Kat hostel, dlm rumah yg didiaminya, cuma dia sorang je yg xde laptop.So alasan tiap kali x siap keje,xleh nk bg komitmen pd group assignment, adalah sb dia xde laptop. Bl org bg pinjam, duk men facebook 70% melebihi kadar wat tugasan. Solat pon jarang2. Tapi muka dia happy je, siap blh nyanyi2 dlm rumah. Suka bergayut ng pakwe.
Persoalan : Mcm mana nk berdepan ng org mcm ni?

Saya tak suka mencatat kedua2 situasi di atas. Tak seronok langsung. Tapi utk koreksi diri balik, saya harus. Sama ada ia berkaitan dgn diri ini atau tak, bukan satu perkara penting, yg penting, sciter ni antara dapatan pengalaman bersama manusia yg pelbagai jenis. Analisis dapatan harus diimplementasi utk koreksi diri sendiri balik. Huh,mcm nk buat tesis.

Sekian,coretan satu malam,ho3..!

Innoncent nye muka...comei...
gambar sekadar penghias + penceria entri yg celaru.

Saturday, April 24, 2010

.: Segenggam Tabah :.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan dan peluang untuk mencoret,dengan izinNYA... Catatan kali ni berkaitan dgn seorng pelajar UPSI baru saja sembuh dari penyakit laptospirosis(kencing tikus), juga koma sejak Oktober 2009. Wan Aini, sorg mahasiswa pengajian Malaysia, baru shj menjejakkan kaki ke upsi ambilan Julai 2009, namun takdir Allah siapa yg menduga. Ntah di mana silap atau cuai sbg asbabnya, Wan Aini disyaki menghidap denggi. Namun setelah beberapa kali ujian dibuat, pihak perubatan baru mengesan penyakit sebenar Wan Aini. Rawatan utk penyakit denggi pada awalnya mmg tidak mmberikan kesan kpd Wan Aini. Kes yg sama berlaku kpd arwah Din Beramboi, ttp sebaliknya Din Beramboi terlebih dahulu dikesan menghidap laptospirosis. Sewaktu akhir hayatnya, pihak perubatan baru mengesahkan Denggi Berdarah sbg punca kerosakan organ dalaman beliau.


Berbalik pada cerita mahasiswi yg td. Pasti ramai yg bersimpati pada nasib yg menimpanya. Tp padaku kekaguman pada semangat mengatasi luahan simpati. Pada ketika usia remaja yg kebiasaannya memerlukan fizikal yg sihat utk melakukan pelbagai aktiviti, tangan dan kaki Wan Aini dipotong akibat kesan hitam oleh jangkitan kuman laptospira. Seakan mimpi ngeri bila membayangkan sewaktu terjaga esok, kita sudah kehilangan pinjaman yg berharga - tangan dan kaki. Pasti yang palsu takkan mampu mengatasi kehebatan ciptaan Ilahi.

Jika ujian itu tertimpa padaku, belum tentu jiwa yg kerdil sepertiku dapat menahannya. Ntah bagaimana kelak kehidupan akan berlangsung. Menyambung pengajian yg berbaki 7 semester lagi, tak keruan hati memikirkan.

"Wan Aini, anda memang tabah!"
-speechless-

Wednesday, April 21, 2010

.: stress out in shah alam :.

Bismillahirrahmanirrahim

Betul la, bila tak consistent dlm menulis ni, bila tinggal lama2 sket dah rasa malas nk post entry yg baru. tp mana blh...jgn sia2kn blog anda,hu2. citer hari ni adalah rentetan citer 2-3 ari lepas. Alhamdulillah, slmt pergi dan balik dari Shah Alam. Hajat di hati nk singgah kejap jer, tp jd lame plk sb kes renew no celcom yg kena curik. Sementara menyettlekan no tersebut, sempat jugak 'menyettlekan' beberapa aktiviti ng spupu2ku yg sporting n best (ayat bodek...hu2). The story based on the picture below ^_^

Sampai kat ktm, k long satu family dtg amik. mekasih k long =) pahtu lepak dulu rmh k long sementara tunggu k ngah n mad dtg,ingt nk renew no terus, tp kerana kealpaan diriku, baru sedar yg celcom centre tutup kul 12 tgh hari.sorry k ngah n mad, hu2. gambar kat atas ni time semua ada, a.ju ng k fiza pon datang, sblm deme p hospital. k long tgh bergayut ng m.long. budak2 kecit tuh sibuk ng urusan sendiri...but it was really happening to see all of us being together like this ^_^



org lain duk bising2, dia leh tdo lena...




Rohadatul 'Aisy-masham muka lepas kena usik ng abg mujahid. tp still comei =)





okeh, ni citer utama-our 'trip' to i-city. Kami bertolak dlm pukul 11 lebih, lepas makan2 semua. plan yg x berapa dirancang elok2-akibatnya bersesak2 ng jam sebelum dpt masuk tempat ni. sies kena sabo duk main tekan break. ramai bebenor org dtg sini, lagi la bila mlm minggu mcm ni.






Akhirnya, lps sekian lama nk g parking kereta, alhamdulillah, kami dapat gak masuk kat tempat ni. nk dijadikan nasib baiknya kami, lepas je masuk dlm bangunan ni, terus guard tutup pintu masuk.tinggal pintu keluar je. dia tutup kul 12 rupanya kat dalam. so cpt2 la snap mana yg sempat, xleh nk posing lama2. yg x sempat tu lg la bengang, ada yg merayu2 ng pcik guard nk masuk amik gmbr kat dlm, tp tak dibenarkan gak... sies cantik kat dlm ni, maklum ler x pernah g tempat2 sejuk n ber'salji'





kat luar bangunan pon cantik jugak. tp xleh lama2 gak utk posing, sb kena kejar masa, takut yg kat luar ni diorg tutup jugak. alang2 dtg mesti nk redah semua tempat kan, kalau tak rugi jer...



mcm dlm citer alice in wonderland  =)




K ngah n Zarif Arfan





winter sonata






new married couple - a.ju n k.fiza





ada style tu photographer ;P:P:P













mlm last sblm balik, k fiza bawakkan laksa pinang. sedappp,  pandai k fiza masak, sampai naik mendadak husband dia, hihi.

in the end, i was happy to see all those guys...
-tq k long,a.long,k.ngh,a.ngh,mad,a.ju,k.fiza-



Thursday, April 15, 2010

.: Sistem Dunia :.

Bismillahirrahmanirrahim

Mcm serius jer tajuk ari ni =)
But truly deeply-i'm getting stress with those world system. Kerana dunia punya peraturan, manusia menghukum dan mengadili setiap individu berdasarkan sistem dunia. Sedangkan dunia sendiri ditadbir oleh manusia yg lemah, walaupun diangkat sbg khalifah bumi, namun seberapa ramai yg benar2 meletakkan dunia sbg persinggahan semata-mata. Tak disangkal peraturan itu perlu, utk menghukum sesiapa yg bersalah. Dan entri ni pun takkan menyentuh soal hukuman bg kes2 juvana atau sivil dll.

Cuma ingin disentuh soal kehidupan sekeliling kita. Contoh mudah, kerana ijazah adalah penting utk dptkan kerja, jd ibu bapa begitu mengharapkan anak2 dpt buat yg terbaik demi segulung ijazah. Malah terkadang sesetengah ibu bapa malu jika anak mereka bukan di kalangan yg terbaik dlm akademik. Anak-anak yg cemerlang dlm setiap peperiksaan besar dijulang namanya. Anak-anak yg tercorot dlm pelajaran seboleh daya disorok namanya. Jika suatu hari anak2 yg cemerlang itu terkandas di peringkat akhir pengajian, bagaimana reaksi mereka? dan jika anak2 yg tercorot tiba2 mendapat rezeki yg melimpah ruah, bagaimana mereka ingin menyanjung balik nama baik anak itu? Adakah apa yg terjadi berpunca darpd anak2?

Hakikatnya sistem dunia menghala kpd kebendaan... Ibu bapa terasa tak terbalas jasa jika kelak anak2 tidak dpt berikan kemewahan kpd mereka. Anak-anak juga dihala matlamat kehidupan utk mencapai kekayaan. Belajar jd itu ini, nnt dpt gaji besar2 blh bantu mak ayah. tak terfikirkah mereka bahawa jasa itu lebih penting utk dibalas di alam kubur, di akhirat? bukan yg kaya tak ingat mati, tp hmmm... jika tak ditekankan sejak dari awal bahawa yg lebih penting adalah kg akhirat sbg tempat abadi, maka berlangsunglah keturunan yg sentiasa berusaha mengekalkan kemewahan hidup...

Termasuk diri saya sekarang, terlalu byk impian yg tak tertanam utk akhirat sana. Saya tak pernah taksub utk memiliki istana, kenderaan mewah,keluarga bahagia di dalam syurga. Sesekali mndengar ceramah, terasa insaf seketika mengenangkan nikmat syurga. Namun hari2 yg mendatang, impian saya masih pada ingin membina rumah baru di kampung kelahiran, ada Honda CRV new edition utk p kerja, dan DSLR utk shoot gmbr cantik2. Mana tempatnya syurga di hati? Kalau tanya siapa2 pon nak masuk syurga, tapi gerak kerja ke sana? tepuk dada tanya iman...siapa yg suka pada kematian? tgk gmbr jenazah,kubur,keranda saja semuanya tutup mata. Sebut saja pasal sakaratul maut, semua alih topik. tp kalau bercakap a.ka. mengumpat ttg arwah yg telah pergi, no 1. Dalam pada jenazah masih berada di dlm rmh pun blh lg sembang2 psl dunia...itulah antara aktiviti yg tak diamalkan oleh penghuni syurga... bagaimana sekalipun peringatan ttg mati itu datang, kita masih memandang sepi, memekakkan telinga...





2 org budak yg masih belum berdepan dgn serius dlm sistem dunia...
nnt citer mereka menyusul.
sekarang tgh rindukan mereka yg teramat...bila nk ketemu ni...T_T



Tuesday, April 13, 2010

.: Macam2... :.


Bismillahirrahmanirrahim

seperkara yg manusia mcm kita rasa bila tgk org lain buat salah, mesti timbul syu'zon kat hati...walaupun pada masa yg sama, byk lg perkara yg perlu dibetulkan pd diri sendiri...termasukla yg tgh menulis ni...dalam lafaz kata2 atau pun tulisan mungkin kita blh kata yg baik2, tp semuanya adalah 'fail sulit' yg tersimpan kemas dlm hati... hanya kita dan Allah yang tahu. moga-moga Allah tutup aib kita dan berikan kita jalan taubat...





credit to Berita Harian

Antara topik utama Berita Harian hari ni - Kena Cekau Dalam Surau. tgk pd gmbr ats ni, dh blh agak apa yg diorg duk buat kn? yg ni mmg pyh nk di'husnuzon'kn...pakcik cleaner kat area Taman Rekreasi Waterfront ni ckp dia leh tgk maksiat dlm 10 kali sehari.huh, melampau! lg melampau bile pcik tu tegur, ada yg wat kuar pisau! blh mcm tu??? xpe2, nnt saya sarankan MBKT bekalkan pcik ng M16, biar berkacip gigi spesis yg rare mcm ni.





Taman Rekreasi Waterfront, Kuala Trg

Wlpn x pernah singgah kat sini, tapi tmpt ni terlalu cantik utk dicemarkn dgn perkara bodoh mcm tu. rasa geram yg amat pd muda mudi yg xde keje ni. tak bc paper ke psl kes buang bayi?silap2 hrbulan korang slh sorg yg mendermabayi kat tong sampah nnt. tp apa mereka peduli pd isu semasa? selagi natijah tak terkena pd diri sendiri, nk mengelak dan bertaubat tu mngkin negatif %...





abg dan adik...

Dan yg ni satu lg...where were their parents??? kalau yatim piatu, mana JKM @ saudara mara yg lain? macam mana dgn masa depan mereka? apa nasib mereka slps ini? ishk...blh berterabur air mata kalau tgk gmbr ni lama2...hmmm...bila terasa diri sendiri paling malang dlm dunia, tgkla gmbr ni puas2 syuhada...apa sgt la ujian yg Allah beri selama ni?






.: Rindu... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Align CentreKampungku yg permai...

Tempat ni biasa je...terletak kat area Kuala Trg, tak jauh dari bandar. Nama Durian Burung tak siapa tahu asal usulnya. stakat nak mereka cerita mcm dlm subjek Kajian Tempatan dulu blh la - pada zaman dahulu di sebuah kampung terdapat banyak pokok durian dan burung-burung bertebangan di sekitarnya. Apabila seorang lelaki tua menjumpai tempat itu, dia lalu mendapat ilham untuk menamakan tempat itu sebagai Kampung Durian Burung. Sekian. *tepukan gemuruh*


Istimewanya terletak pd kenangan... tmpt kelahiran, tempat belajar, bermain, jatuh menangis ketawa suka-duka lebih drpd 20 tahun...kebanyakannya tercatat di sini... saksi kedewasaan spnjg usia...
miss u my Kampung!!!


Sunday, April 11, 2010

.: tak tercapai... :.


Bismillahirrahmanirrahim

citer 1- lawatan ke VRI, Ipoh ari tu. Terima kasih pd adik2 yg sudi menunggu...^_*
xde apa2 yg special ttg lawatan ni, cuma perbualan dgn Dr Syakirah tinggalkan kesan yg mendalam dlm diri. Tak pernah hadir seorg manusia yg baik spt beliau spnjg prjalanan hidup. Acapkali juga kecewakan dia, sama ada sengaja atau pun tak, tp dia masih tetap tersenyum. manis. ikhlas. tak sempat hulur tangan minta maaf, dia dulu tanya khabar kita. Rasa malu dengan diri sendiri, rasa segan dan terharu dengan Dr. Dan spnjg perjalanan ke Ipoh, terlalu byk kata2nya yg membina semangat utk terus berjuang. Tak kala putus asa sering bermain dlm fikiranku, dia tak jemu2 memandang positif pd prjalanan hidup ini...syukran ya Muallim

Dr Syakirah, terima kasih dan mohon maaf yang teramat...

Citer 2-antara gesaan hati nk ke Shah Alam, dan kekangan masa plus x sampai ati nk tinggalkn rumate sorg2, last2 masih di sini...tak kuar p mana2 pun...
dah lama tak dgr citer dari kg, rindu...

Tuesday, April 6, 2010

.: yang diraikan :.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, semalam yg sibuk dh bertukar sedikit lega hari ni. Dan juga syukur ke hadrat Ilahi, kerana menambah usia buat housemt tersayang-Noorul Asma, malah diberi kesempatan untuk kami meraikan sekadar termampu. Seriously mmg penat yg amat hari semalam... tp ulang tahun kelahiran bukan sesuatu yg berulang byk kali dlm setahun, jd apa slhnya korbankn sedikit waktu rehat utk dijadikn kenangan bersama teman2...


Plan berjalan agak lancar ng zue, teman housemate jugak, even masing2 sibuk dgn kerja sndiri. Kalau ikutkan, kami ke Kalumpang smlm, niat di hati nk berendam lama2-selam semua stress dlm air tu, tp apakan daya...semua terletak pada perancangan Ilahi.

Jadi kami decide celebrate besday ni kat restoran yg agak ekslusif (standard eksklusif bg org yg xde keje lg =) , Teratak Abe-tempat yg byk tinggalkn kenangan dlm diri...Makanannya x se ok restorannya. Lagi best mknn kat cafe kot.




Cheeze Choc yg + sirap bandung





Kuew Teow Goreng





Mine- Nasi Goreng Daging Merah




Nasi Goreng Kerabu

Malam tu kami seronok berbual2 sambil mkn2
moga silaturahim itu indah lebih dari biasa...ameen..
eniway, eniwhere, for dearest Nurul :

As long as we know you,
it was a beginning of a pray
for u to have a brigth day in a love from Ilahi...

-Selamat Ulang Tahun Sayang-

Tuesday, March 30, 2010

.: Digital Mukmin yang Best !!! :.


Bismillahirrahmanirrahim

Ustaz Azhar Idrus - bukan YB @ CEO @ Pengetua sekolah & sbgnya. Tp beliau amat berpengaruh di kawasan sekitar Terengganu. Bahkan bagi org ganu, agak 'komang' kalu dop kenal ustaz azhar,hu2. ye la, sampai kuliah kat tg malim pon pasang video ustaz azhar, even org luor pun terkekeh suka ng ceramah ustz, apetah lg terengganuniah ^_^ Tp entri ni bukan untuk mengulas ceramah2 beliau, cuma ingin berkongsi ke'terror'an beliau dlm dunia photography. yup, saya amat2 stuju utk mengklafikasikan beliau sbg 'human engineering'. menggunakan kepakaran yg ada utk jln dakwah. gmbr2 dan equipment yg ada pada beliau mmg canggih manggih dan saya tersngt teruja menatap setiap 'tembakannya' ^_^


Kuala Abang





Kg Tepoh - adakah penduduk di kg ini menyedari bahawa kaw kg mereka sgt cantik?






Subhanallah...cantikkan!





Pantai Rusila






The photographer a.k.a Ustaz Azhar 






Rumput 






Pulau Kerengga






Pulau Kambing





Pantai Merang 












Kg Melayu in Hulu Trg







Kg Losong 







Kg Jambu Bongkok






Dhuha






Al Qamar




Setiap gambar yg terakam, buat kita cukup teruja dengan keindahan alam. Siapa lagi yang mencipta semuanya jika bukan Allah s.w.t, Subhanallah...
Bila diamati kembali, bukankah si pengambil gambar sedikit sebanyak telah berjaya mencuit hati kita untuk terus menghargai ciptaan Ilahi? Hati yang kusam terkadang mampu didamaikan dgn pemandangan indah sekeping gambar.

Teringat ttg cerita seorang shbt,cerita ttg seseorg yg begitu taksub melihat setiap ciptaan Ilahi. Setiap kali guru menerangkan ttg Jantung,Kloroplas,Perut,Hati,Akar, pandangannya akan terarah pada gambarajah tersebut dengan penuh kagum. Malah mulutnya takkan lepas dr menyebut Subhanallah. MashaAllah-sungguh bersih hatinya. Begitu telus dia menghayati keunikan setiap ciptaan Allah. Cukup payah perkara seperti ini berlaku pada diri saya sendiri, wlpn berada dalam landasan Sains. Mungkin saya sendiri akan kelu jika mendapat student spt dia td.

"Ya Allah, jika benar aku layak untuk mendidik,
Engkau pimpinlah diriku dgn ilmu yang berkat, selain petunjuk sentiasa dariMu...
ameen..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...