expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Kaum Kerabat. Show all posts
Showing posts with label Kaum Kerabat. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Wedding @ Rembau (2)



Bismillahirrahmanirrahim


ok. semalam abis citer kat akad nikah kan. lepas akad nikah, kami balik homestay again...selingan-mari merungut malaysia- x tahu nak ckp cemana, sb sblm ni rasanya xde experience attend kenduri 2 pasangan serentak, eh ada, tp member, xde hal sb pegi makan je pun. yg ni bl jd rombongan, mak aih... penat yg amat.

kami bertolak pukul 9.30 mlm, 5.50 am sampai rembau, dlm bas, tdo x tdo sgt la pun. pukul 7 sampai homestay, siap2, g bekpes rmh pengantin 8.30, jln kaki sb bas tak blh masuk, pastu balik semula homestay 9.30, tunggu wakil diorg jemput utk pegi surau akad nikah pukul 10.00. lepas akad balik semula homestay pukul 11, time ni baru blh nak baring2 kejap, ingt nk tdo, tp hmmmph... bergegar2 rumah rembau ni bdk2 berlari, kuar masuk bilik... sabau je lah. last2 dah kena gerak pegi rmh pengantin pukul 12...





 penat is penat. posing is posing =P




nampak x kekdah pengurusan masa dan cara nak rai org wif consideration? i think its was 60% failed. ni bkn curse by adat or negeri ya, tp atas sikap sesetengah org. supposed to be, family perempuan kena consider kami as org jauh. apa salahnya kalau bekpes tu hantar je kat homestay, sb rmh dia sgt laaaa dkt dgn homestay kami, bkn demand, tp mmg leceh nk bergerak dkt2 dgn rombongan ada org tua, bdk kecik dgn menaiki bas kat jalan kg. kalau ikut dlm kepala, baik singgah je mana2 dulu bekpes sndiri sblm check in homestay, so blh rehat lama sikit sblm akad nikah.


dan lepas akad, we wish blh berarak terus, settle. ni balik homestay semula, dan kena tunggu plk rombongan wife abg dia, tgh2 panas, oh ohoi... dah la cuaca, pagi tu kan hujan lebat, sejuk... masuk tgh hari, mencanak2 panas... astaghfirullah, bkn x syukur dgn aturan Allah, tp kami mmg x tahan masa tu.. pegang dulang xleh nak letak mana2 dah sb berdiri, xkan nak letak atas jalan plk.






ok sambung. dah cukup korum ng org kg sebelah (ya, wife abg dia org situ2 je... pfft), maka masuklah kami dalam perbarisan perarakan... nampak bj kuning kat blkg tu? geng kompang. yg menambahkan kesengsaraan di jiwa. rasa nak meletup je kepala. panas, penat, kepak2 kepung gedegang gedegung bising, uwaaa... help2!








blh plk tol bergambar kot kat sini... cun2 pengantin berenti bawah pokok, rombongan kat belakang pijor bawah matari... nice...







nampak suasana persekitaran mcm redup kan? mmg byk pokok pun sini, sb berdepan dgn kebun getah. tp takde maknaaa... panas tetap berbahang. suprisingly, blkg dah rasa mcm nak libas2 je ada kompang ni, sekali kat depan dia p bakar mercun tahun baru cina tu.... uwaaaaa again. what is dis? tsk.







pameran pengantin. masa ni snap skali, pastu laju2 g cari air...








rajin snap sb duduk betul2 dpn meja pengantin.







sblm boleh makan tu, ada silat, salam2 ng pengantin, dan kompang mmg sentiasa dipalu... grrr... i have no idea what was so ideal to play those kompang on d hot day.... duk bwh kanopi ni pun rasa mcm nak migrain. masing2 dah mcm.. oi bila nak abis ni oi....







mak ayah pengangtin lelaki (our side) yg pakai kuning oren tu tunggu turn nak bersalam dgn pengantin.








rombongan menjamu selera =)







haaa... ni satu lg nk nangis. ada nasi beriani, ayam masak goreng berempah semua, tp by d time nak amik, abis ok... sobs. tp nasib baik ada daging salai masak lemak, sb mmg wish dan aim lauk ni pun, mengidam dah lama... tp sb x ingt taste org n9 kan, pedas beddesinggg... lg ada hati cr sambal belacan time amik lauk, haha. no need ok, lauk dia saja dah mmg pedas level 14. tp suka je daging salai tu, mungkin lps ni blh cuba sendiri, ubah suai supaya tak pedas sgt, should be nice rite? errr utk pedas level 7 je ok.


snap2 gmbr semua ng pengantin which i'm not involve sb tak kuasa dh nak bergambar panas2, kami pun akhirnya gerak pulang, fuh, lega... btw, maaf, sb entry ni nampak mcm negatif manjang. kan tetiba ada kenalan sedara mara deme terserempak dgn blog ni, mati ai.

maafkan saya, org pantai timur pun mmg banyak kekurangan. cuma biasala manusia ni, bl kena kat dia, merempan tak abis2 *tuan tanah la tu...* . penat, letih, geram, semua ada, but i'm still happy sb blh kenal adat dan ragam manusia lain. tgk cara dan tempat orang... cuma mungkin kebetulan saya kurang bernasib baik, dan keluarga sana pun mungkin terlepas pandang hal2 sebegini...

jadi bagi sapa2 yg nak sambut org jauh, nak buat kenduri serentak, kena consider banyak perkara. lain orang lain penerimaan. kadang2 bkn kita demand sgt pun, tp jgn bg sentap sudah... # sentap la ni? haha... tak rasa apa dah. saja tlg buat postmoterm ;) B) =) =P









my partner again ;) kemain sedap tdo landing kat bahu achik. naik2 bas terus lelap. dlm bas pun sunyiiii je, semua tdo. haha. penat boh. sebelum balik ganu, alang2 dtg n9, ofkosss kena singgah nilai dulu ;))))








sampai nilai, pemandangan begini mmg mengujakan hati wanita... haha. jalan dulu, x berani lg pegi kedai ni. walaupun k nor n me dah tergugat tgk karpet purple tu... last2 ckp, jom la k nor, usha kat dpn2 dia je.. takleh beli pun xpela, buat kenangan bersama je... ;)  bl pegi dekat, mmg la kena usha, so ckp la tgk2 je. ehh nak jugak suh masuk dlm owner dia tu, siap offer beli satu percuma 3! jgn psiko blh tak? ke beli satu yg riban2, percuma 3 alas kaki? haha. xpela, jom kita selamatkan diri masing2 dari terjebak dgn hasutan ini...

pusing2, jalan2, susah nak buat keputusan dalam masa yg singkat. bagi sehari pun belum tentu cukup org prempuan shopping sini... dulu 1st time dtg pun dan berangan, again kalau nak datang, kena bawak lori, haha. banyak la, duit mana mari???







berjalan dgn bdk2 biasa la, jiwa tak sama dgn org dewasa yg ada semangat shoping wlpn kaki dah cramp... ;)  singgah makan kat gerai tepi jalan je, jauh sgt nak pegi foodcourt dia.


settle makan, bdk2 nak g tandas plk, pastu terus naik bas... ohoi... mana blh, achik tak beli apa pun lg ni... so ckp kat k nor, nak round dulu sorg2 skali lg. sb aim nak cari blouse sbnrnya, tp tak jumpa kedai yg betul2 dicari, nak round jauh2 kan sesat plk nak patah balik cari bas.

masa pusing2 tu, skali kat bazar tu ada lelong2 karpet... waaa, murahnye... tp takut nak beli,sb tak pernah buat perangai beli karpet sorang2. g balik naik bas, ckp kat k nor, ada karpet murah kat bazar tepi tu, mmg bas parking dkt sgt, sb blh cross ikut pintu 2 jumpe terus karpet tu. dia tak jual kat kedai, dia mmg duk tgh2 bazar tu je. terus hasut k nor, jomla, mana tau berkenan, nak dtg again sendiri, cost jugak tu...ni dah alang2 sampai, meh ler... siap ada sorng lg akak tu follow kami, haha, yes3!


dan akhirnya... tadda....







hehe... kami dpt karpet bulu2 ni dgn harga rm125. size 220 x 150. asal dia rm200. tawar punya tawar... tak nak jugak potong 25 tu, 5ringgit pun tak nak potong, herghhh.. cecece marah, padahal dgn 125 tu dah teruja dah pun...haha.







sb nampak mcm kami bengang kot, dia ckp kejap2, terus dia bungkus frame tu tuk 3 org... heheh. masing2 dah happy ni, sb frame tu blh tahan besar... tp bl sampai rmh ni, asal nampak mcm erkkk... takpela, asal free, dan diorg nicely tlg angkut karpet2 kami g kat bas ;) =))))



disclaimer - ni bkn show off beli karpet. tp anggapla saya bdk2 yg kemain teruja dpt beli karpet wlpn sratus lebih je... mungkin kalau satu hari nnt saya dpt beli karpet riban2, then u can call me show off ;)  tp harapnya tak la... just chill2 je ni =))))


again, maaf atas kekurangan entry ini. mmg rasa kurang pun, tp nak publish jugak... utk renungan hari tua, oh begini rupanya diriku muda2 dulu.. haha. dah nak g masak, tata... 






Wednesday, May 29, 2013

Wedding @ Rembau



Bismillahirrahmanirrahim


Pagi jumaat lepas, k nor call cakap nak join tak rombongan ank sedara dia kawen kat rembau. terus spontan jawab nakkkkk tanpa pikirkan apa2. haha. penangan dah lama tak naikk bas ekspress kot, last masa ikut trp bdk2 jd guru pengiring  g kl ng cameron. tp time tu sgt la takmo pegi, bas baru gerak dpn skolah, dah rasa mcm oiiiii, bl nak balik ni? haha.. sampai mcm tu skali xnak pegi... now mcm teruja plk. hihi. 

tp lepas abis ckp ng k nor tu baru teringat...aaaa, dah deal ng teha esk nk g kenduri nadia, pastu nk g jenguk kinah again. maka dgn berat hatinya msg teha balik, say sorry bla3, seb baikkk dia pun terpksa cancel plan sb ada hal, phew... jadi mari kita siap2 dgn gumbira ^__^





lepas maghrib k nor amik kat rumah, pastu parking kreta kat rmh k.zah (kakak k nor). pastu tunggu bas rombongan kat dpn masjid bkt besar. dlm 9.30 kot, baru bertolak. bdk lutfi kat atas ni, ingt main2 je nak duk sebelah, sekali sies. pastu gaduh main tutup bukak aircond, siap pau air coklat achik. cute sgt *_*  eh last2 nak tdo g kat umi dia jugak... aduyai boboboi...






sampai rembau 5.50 am, subuh kat sini. settle solat, baru gerak g rumah penginapan.






bdk bajet handsome. dia ni memang.... apa2 hal mesti baju nak tight in. duk rumah pun ok, main ke apa... k nor ckp mlm2 kalau terjaga, boleh dia p tight in balik baju dia kalau terkeluar...pfft, spesis apakah ini? tgk dia punya nak masuk jugak baju kat dlm tu, sampai ramping2 dah pinggang, kalah model slim word... -__-

sampai sini, kena siap2 terus sb belah perempuan jemput brekpes kat rmh diorg... malas nak gerak sebenarnya, sb time ni hujan lebat.... tp sb lapar, kena la gerak jugak...







bas takleh masuk sb jalan kampung... jadi jalan kaki je la rombongan cik kiah.







main menu- beehon goreng ng pulut kuning. pastu ada sambal ikan bilis, telur rebus, karipap, koci, apam, kuih2 lain. yg apam polkadot tu sedap dan kiut, ikut tema, dalam dia inti blueberry. nak amik lg, tp ai is malu, kena jaga air muka rombongan...heh







pagi2 sementara takde orang lg ni, kita snap dulu pelamin dia. sampai sini baru tau rupanya majlis ni skali dgn sambut menantu abg pengantin perempuan. lepas brekpes, balik dulu homestay. kena tunggu wakil diorang dtg jemput utk majlis akad nikah pukul 10. wakil yg dtg jemput tu, ikut adat diorg, kami kena bayar dlm rm30 kalau tak silap. amboi untung punya adat. paw org sesaje...








akad nikah kat surau. time ni still hujan renyai2... 







sesi akad nikah. tok kadi kemain muda. tapi kan... satu yg i did notice org pantai barat ni, tok kadi akan check list satu2 pemberian lelaki kat prempuan. mcm ritu kat shah alam, abg spupu kawen, siap suruh kira satu2 duit mas kawen dpn dia. dahla siap gubah duit tu gulung satu2 ikat ng reben. hatdoi... apa ingt kita nak tipu ke? ke ada kes? sorry la, sb kat sini tak de la sampai mcm tu...


satu lg, ai is tak suka tok kadi selidik hantaran ke apa. bkn ke yg wajib dia tahu cuma mas kawen??? hantaran kan atas kemampuan masing2, dan tak perlu la kot nak heboh dpn org... ritu ada attend akad nikah member, satu tu rilek je tok kadi dtg just utk akad nikah. thats it. dah mmg tu je pun keje tok kadi. pastu ada satu tu, tok kadi tanya, mas kawen berapa, hantaran plk berapa, terkejut jugak, tp kawen member yg sorg lagi tok kadi yg sama, dia tnya jugak, tp husband member tu mcm pandai jwb, so tak terkelur pun pasal berapa jumlah hantaran...tp tok kadi jalankan jugak akad nikah, see... bkn syarat sah nikah pun kan?? motip nak selidik barang2 hantaran? 


yg kes kat atas ni, tok kadi tu blh tanya, berapa jumlah hantaran, ada bg apa2 tak lagi, gelang ke, cincin ke? aaa sgt annoying. why act? why??? siap catit plk tu... prosedur baru ke apa? or isnt i'm too naive tak tahu apa2 pasal adat orang... waaaa... tak suka... eh gelabah plk dia, mcm kan majlis dia... thehehehe... 







apa pun dah selamat... cantik kan pengantin perempuan? kemain glowing duk tepi cik su dia ;) ok lepas ni kena pegi balik rmh pengantin perempuan tuk resepsi... yg tu sambung entry lain, sb ai is blogger yg slow.. baru panjang ni dah semput... ;) jumpe next entry =) =) =)





Tuesday, November 20, 2012

.: selasa-isnin :.


Bismillahirrahmanirrahim



entry ni bkn utk blog sgt. tp ala2 mcm journey tuk 4-5 hr lepas yg senyap sunyi...

kita start dgn hari selasa (13/11/12)
- dah taip dah ritu pasal dmm. selasa ni kuar ng zimah. teman dia buat survey mardi. balik tu sampai rumah, terus melayang2 kertas survey dlm rmh sb yg tukang bawak terus flat atas lantai. tak sempat2 landing atas sofa...


rabu (14/11/12) - demam mmg tak perlu kata apa2.. hadap laptop pn tak blh sb pening.

khamis (15/11/12) - mcm dah start kebah

jumaat (16/11/12)  - kb


sabtu (17/11/12) - pagi msg k.nor tanya ada tak kat rumah ptg nnt. tak sempat tgk k.nor reply ke tak, g dapur goreng nasik, bekpes sambil sembang2 ng mak. pastu buat apa2 yg patut, dlm pukul brape ntah, flat balik... penat x abis lg duk round (read sesat) kb. bila terjaga, tgk hp, k nor ckp dia ada kat hospital, keguguran... time tu mcm blurr kejap. sb spatutnya kalau ikut plan abang, diorg nk g kl hr sabtu.

lepas tu tunggu abg follow up perkmbangan k.nor by msg. mlm baru k.nor masuk dwn bedah tuk cuci semua bleeding. mlm tu abg balik rmh, so ckp kat dia biar org teman takpe k.nor tu. esk pg kalau k.nor dh blh discharge pun balik ng org terus.








mlm tu sampai hospital dlm pkl 11 lebih. k nor baru kuar dewan bedah. alhamdulillah, dia ok. wlpn cerita baby tak dapat diselamatkan tu mcm sekelip mata je... sabar, redha, tawakkal, semua nak kena apply masa ni... sampai dkt pukul 4 pg duk bersembang ng k nor. dia mmg ada tenaga sb dh masuk 4 bag air.
me, pukul 4 pg tu br nk start tdo, tp kang kejap nurse dtg check bp. pastu br nk terlelap, dh azan subuh. pastu bising2 org duk ulang alik g tandas.







dlm 7.30 lebih camtu, nurse dtg edar makanan (nurse jgk eh kalau yg keje bagian sajian ni?). time pg2 ni mcm kelakar. sb patient semua mcm duk tercongok atas katil terkelip2 tgk nurse2 kehulu kehilir. haha. eh x kelakar eh? 






the brekpes. time hidang tu, mcm kagum kejap. mmg dah lama x masuk wad hospital, last dtg time matrik dulu kot. tu pun time melawat. pastu dulu ingt arwah tok duk 2nd class jgk, tp takde pun hidang set pinggan camni. kemain ngan alas berbunga2. pastu nampak dia kutip bekas makanan 3rd class, tray besi rupanya... sgt diskriminasi. huh. tp hidang lawa2 pun, tetap x memikat selera jugak. mknn spital, what did u expect? (=__=)






view pepagi ari dari tingkap wad 5EF (sakit puan), tepi katil 2f.







kiri : adik2 nurse pelatih duk sibuk keliling senior nurse yg bertugas bg ubat. pening tgk sep2 pelatih ni. dah la ramai, jln bergroup2. kulu kilir x tau buat apa, yg pasti deme mcm tak blh duk saje2. brani nk duduk2? kang kejap2 staff nurse, senior staff panggil bg arahan gitu gini.


mmg salute la sape2 yg jd nurse. doc xde pun kena pantau patient mkn ubat ke x, geng2 nurse ni jgk yg kena hadap sorang2. ada akak dpn k nor ni, apa pun tak nak. ubat tak nak, masuk air tak nak, test apa2 pun tak nak. tak ke stress tu? ada plk mcik yg surat discharge dh siap, eh tak nak kuar spital plk. nk duk spital lg, sb best ada org layan, mkn sedap (???). tak bosan ke makcik? org lain seboleh2 nk kuar cpt. tu satu hal lg camne jd nurse nak halau patient secara berhemah. haha. blh jd psiko nurse2 ni. 



kanan : peneman time tunggu k.nor. kebetulan beli kat kb ritu, ada sale. dari rm18, jadi rm5. mau x rembat?





dalam pukul 11, g turun cafe cari nasik. nasi + teh o ais limau + metro = rm8.30. standard dh mknn kat trg camtu. nama pun bandaraya kan... pftt. kalau mkn sorang2 mmg mcm ni, kena beli sortkhabar satu supaya tak nampak alone sgt, wlpn mmg alone... -__-"    metro ni tajuk dpn slalu type2 mcm tu. kompak betul. ni harap takde teman je, kalau tak, takdenye nk amik baca.


naik atas, nurse ckp k nor blh discharge lepas mkn tgh hari. xtau apa motif tahan sampai tgh hari, padahal takde buat apa pun dr pg tu. doc dtg pun mcm tanya spatah dua... pastu ketuk2 laptop, dh blah. tu je? 


skang k nor kena pantang mcm org bersalin jugak. 44 hari. ketabahan tu penting buat masa skrg. anak2 jugak, sb plan cuti2 malaysia mereka adalah pending. haha, sila jg umi baik2 ok. nnt achik upah ayam uncle bob lagi yeh? ^____^


siap aktiviti spnjg sminggu yg lepas. ada suka, ada duka. time2 mcm ni kita blh tgk sejauh mana hubungan kita dgn Allah. walaupun kita rs kita ke sana ke mari, buat sesuatu kerana Allah, tp ye ke? betul ke kita betul2 niatkan utk Allah spnjang masa, atau sekadar ingin dipandang manusia? betul ke amalan makin bertambah bila Allah dah sembuhkan kita balik? atau alasan masih berpanjangan? jom muhasabah diri sama2 (",)




Friday, September 28, 2012

.: Pulut Gaul Nyo dan... :.


Bismillahirrahmanirrahim


Pulut gaul nyo(nyiur/kelapa) yg direquest oleh mak sekian lama. hari ni baru tertunai. bkn malas nk buat, tp malas nk pegi beli kelapa parut yg fresh. ni pun beli semalam simpan dalam peti. seb baik ok. skang kalau beli kat kedai, byk yg dah modified pulut ni gaul ngan lada hitam la, sambal ikan la... common la, tak masuk ok. u should just remain it with kelapa parut dan digandingkan dgn ikan panggang / ikan masin / ikan goreng. kopok tu saje tambah, sb rasa mcm best makan pulut yg lembut dgn kopok yg krup krap krup krap =)







skali tanak je ni. kepal comel2 mcm tu boleh penuh satu tupperware. org jual skang satu kepal dah singgit. mahal tak agak2. kalau hantar kedai byk ni dah boleh untung 3x ganda ni  $___$






so today, we are done with this pulut for our breakfast. combine dgn kopi kaw2, hmmm... nikmatnya bekpes dgn tenang di hari jumaat. i'm lovin it! ada lagi lebih boleh buat makan petang plk. senang keje takyah pk nak kunyah apa petang kang ;))))


sebut pasal request mknn, i think i have take part my late grandmother 'job'. dulu kalau nak makan apa2, sebut je dpn tok. which is guna ayat psikologi la. mcm dulu pernah terbaca dlm novel pasal puli ubi kayu. bila baca tu, rasa mcm terbayang2 je sedapnya ubi kayu parut kukus, gaul kelapa parut cicah air gula melaka. so tanya tok, tok pernah dgr tak puli ubi kayu? tahu tak cemana nak buat? eceh...soklan mcm nak sentap org lama yg dah mmg pakar...

dtg balik rmh tok kemudiannya, tgk dia duk cangkul pokok ubi kayu.

"tok nk wat mende ubi kayu tu?"
"dh mu kata nk puli ubi kayu."

yippi! berbunga2 dalam ati. so menempel la ngan tok tgk proses buat puli tu. parut, kukus, semua tok yg buat. siap kukus atas dapur kayu lagi. last2 tu je dia suh masuk dapur buat air gula melaka. no hal madam! dah siap tu makan ramai2 bawah rumah, atas pangkin. syokkkk...  


 poli ubi kayu... dapnye...



tok ni sebenarnya, dia takdela mcm beria2 tunaikan hajat cucu dia. mcm kalau kita ckp kat dia, tok nak ni nak tu... takde maknanya dia akan jawab ya nanti tok buat. nehi ok. tp yg bestnya, dia buat terus...! lets say kalau kita kata, sedapppnye kalau blh makan pulut gaul nyo... dia hmmm kan je. tau2 esk ada spupu datang hantar kat rumah satu tupperware besar pulut siap ngan ikan panggang! seriously i tell u... tok mmg the best la in d world! jarang2 sgt arwah kecewakan harapan cucu dia ni. nak2 pulak cucu sulung kesayangan...hehe. eh my survey was like exactly true, which is cucu sulung biasa dapat perhatian lebih dari tok dia... ahahaha matila kena kutuk dgn cucu lain.

but then, it was only such a great memory in my life... skang semua dah takde. both side of my grandparents had leave us time by time... i wish they were still here, looking after me, comforting me with their way... really hope that they will always in peace rite there... Al-Fatihah for them..


and yes, the tittle should be pulut gaul nyo dan kenangan bersama tok... dan skarang, as my mom has no passion on cooking, ok fine... i will take that part. anakanda akan cuba memenuhi selera ibunda dgn pelbagai hidangan yg menyelerakan... tp lately dia duk bunyi gulai ikan style arwah tok plk dah... mane nak google resepi tu??? *___*



Monday, August 27, 2012

.: Rewind Raya - Hari 3 :.


Bismillahirrahmanirrahim

Ada masa jap ni. jd kita up terus entry raya 3. awal2 pagi bangun buat kuah sizzling. plan asal nak buat carbonara, tp suggest balik kat k.nor apa kata buat spaghetti sizzling. sb rasa mcm muak je bila pikir nasi minyak digandingkan dgn carbonara. siap2 semua terus g rmh k nor. sampai sana terus rebus spaghetti. hidang2 semua. ada mcm2 dah atas meja makan. nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar, sambal belacan, tapai, spaghetti, kuah sizzling, sawi jepun (kes sawi mlysia dah abis). tapi tapi tapi, pas balik baru perasan... asal tak amik gmbr mknan tadi??? >_<


bergambar dulu sblm tetamu datang. tahun ni, rumah abg n k.nor mcm bau kedai. hahaha.





anak teruna yg baru nak 'panas' enjin. dia bangun paling lambat. pukul 12 baru tdo. kuar minum ngan abah dia. skang dah pandai k.nor cakap... "aboh, jom minum air kedda" . boleh? bulan puasa hari tu pun kemain... aktif semacam. lutfi puasa tak? kang dia jawab puasaaaa... PADAHAL? its ok, baru 4tahun kan. kita tgk next year. 




enjin dah panas =)




dapat angpau angry birds. lutfi suka la sb kebetulan baju raya dia hari ke 3 ni pun angry bird. yg tak tahan nya... dia duk belek2 sampul tu. pastu dia cakap " nk buka skettt ea..." in front of me ok. i said "haip, mana blh buka dpn achik. kekgi achik balik baru buka." tapi dah nama tak makan saman kan... baru kejap je tinggal, dah terbentang beberapa keping duit dpn dia. siap blh tersalah bilang lagi tu. sentap3! 


Wednesday, April 25, 2012

.: my boy =) :.


Bismillahirrahmanirrahim


saje nk share perihal bdk kecik jugak, even takde ank sedare...sob2. kdg2 sebaknya rasa... bl dgr member2 citer pasal ank sedara kesanyangan masing2. tp diri sendiri? kan nk citer lebih2 pasal ank spupu... mcm ngengada plk... *____*
tapi takpelah, saya rasa masih bertuah sebab blh tumpang manja dgn ank2 spupu, n adik2 spupu yg masih kecik2 tomei2... Alhamdulillah =))))

dalam ramai2,  saya suka nak bercerita pasal budak lutfi ni. aged 4years old. kakak2 dia dah besar, so sila buat hal masing2 ye. lutfi ni d only boy dlm family abg n k nor. dulu time bljr, jarang leh jumpe bdk ni. sejak2 duk kg n rumah kami dekat2 baru blh jumpe sokmo. dah besar ni byk ragam rupanya ini budak. kadang2 geram, kadang2 rasa nk peluk, kadang2 rasa nak kejar keliling rumah...haishhh lutfi...




sapa buruk???
---- > terus ckp kakak (same goes kalau kak cik or kak ngah dia tanya)

sape comei???
---- > Lutpi!!! (sambil goyang2 kaki muka slamber derk jawab)







suka bajet handsome. tu topi oren tu k ngah punya act. tapi dia rembat. jangan cakap comelnyaaaa lutpi pakai topi ... sah2 nak tdo kang baru buang. tu belum masuk time meroyan pakai spek itam. dahla bingkai pink. erghhh... hari tu datang rumah malam, pakai spek itam sambil muka toya tak bersalah minum air tea kak chik dia. stylo sesangat! **pitam**





oh ya, nama penuh saya Ahmad Lutfirrahman bin Zulkarnaen


bakal imam muda buat peace, ecewah. hehe. tak tgk lagi dia pakai serban, konpem mcik2 nk booking buat menantu. sejak dah masuk skool ni, dah byk yg dia pandai. hari tu umi dia suh baca doa tdo, tok su nk dgr... mula2 malu. bl org dh x hirau dia, baru bunyi pnjg berjela bc doa, siap ng makna. tp kami pick up bagian ameen je. heheh. takpe, asal dia ingat. 

moment terindah ari tu...ingt lg. kebetulan pegi rumah dia sblm masuk skool umur 4 tahun , k.nor train dia tak pakai pampers. nak buang air bgtau umi. skali slamber derk jer tgh sembang2 basah... hahaha, indah la sgt momentnya. kurus jap k nor ari tu sb adala dlm 5 kali kot dia uncontrol utk bgtau umi nk g toilet. dia ckp, tp lepas dah basah..haha, lutpi2. 

tp skrg dah terror. mlm2 pun blh bgn gerak umi nk bgn buang air. so hr tu dia datang rmh, interview la... "lutpi pandai buang air kat toilet tak lagi?" then dgn konpidennya dia jawab..."nak kencing g bilik air, nak berak g tandas!" -blank kejap - mana2 la lutpi...asal bahagia... :P:P:P







oh ya, dia mmg suka sumthing yg cantik selain upin ipin & angry birds. tu bunga tu blh tilik dgn khusyuk, siap bwk kehulu kehilir. seb bek ada 2 hand bouquet masa tu. kadang2 nak baju warna pink... euww... i think he absorb all the girls characteristics yg hilang dr kakak2 dia, heheh. tp dah skool ni ok je, macho je citer pasal awek nama bla3... 

and being the only son, mestila jd kesayangan smua kan. ari tu k nor ckp, slamber je amik baju angry bird suh abah dia bayar kat kaunter. masuk je kete, tak tgk kiri kanan, buang baju yg dia pakai dr rumah, salin terus baju baru angry bird. redho je la... bak kata abah dia, biarlah... anak laki sorang. hmmmph.







dlm byk kerenah, nakal2 pun, lutfi act mmg budak yg baik. sebaik namanya. tak susah jaga dia. kadang2 mcm tak nak bg dia besar, sb bl dah besar nnt mesti dah hilang karakter kanak2 dia ni. nnt dah skolah mesti bajet matured.oh tak bestnya...huhu.

tu je lah nak sembang psl bdk ni. pd pak n mak sdare dia, sorry pinjam yr nephew ni jap wat modal update blog. i know i have no right, tp izinkanlah ye... ding dong bell tata...


Wednesday, June 9, 2010

.: kenapa umi bagi tulang...? :.


Bismillahirrahmanirrahim

Dah dekat sebulan blog ni tak diupdate. kemain lamenye...apa dayaku, dunia di hujung jari tak mampu ku kecapi di kampung...hu2. Sekarang dah kembali bertugas-sbg budak skim yg berdedikasi,he2. bila sampai sini, even baru duduk sehari, dah rasa boring yg amat. Perasaan nak balik kg semula sangat2 terasa... memang kalau boleh tak nak datang pun masa cuti ni, but i have to!

walaupun berat semakin bertambah, saya tetap rindukan mereka-nasi lemak trg, pulut gaul nyor, tepung kapur, nasi dagang, nasi kuning, pulut lepa, lompat tikam, kuih bom, nasi himpit ng sambal nyor,n  KEPOK! =) ntah bila lg saya akan bertemu mereka...

walaupn tak de buat apa sgt dlm membantu kerja2 mak seharian, tapi saya amat berbangga bila last sebelum balik, mak saya dah bertambah beratnya sbnyk 2kg akibat penangan masakan saya, he2. as i love to cook, so my mom love to eat them too! i wish to cook for her again...always!




i miss her...a lot! till death...




kami takde buat apa2 aktiviti yg best2 pun kat rumah, sekadar berbual, makan bersama, p shopping bersama, tgk ceramah ustaz azhar sama2, n tdo sama2 (yg ni dari baby sampai lahir tak berubah). tp saya amat rindukan perkara tersebut. walaupun kedengaran boring duduk kat rumah je tanpa ada tv, tenet, kenderaan utk berjalan2, but it was definitely true that the precious moment is when you were with your mom. sungguh bahagia bila bangun pagi, mak ada di sisi...hu...mak...nak balik....!!!!

dah2. jangan emosional! control2. oh ya. berkenaan tajuk kat atas-berlaku beberapa jam sebelum berangkat datang ke sini. drpd trg, singgah dulu ke rumah mak sedara (Teh) kat KL. sempatla main ng budak2 ni-adlina n hannah. kadang2 amat2 geram jaga mereka ni. masing2 dah makin banyak kerenah. adlina dgn sikap suka buli adik akibat dibuli kat rumah penjaganya. hannah dgn perangai yg makin manja, kadang2 tak tahu apa yg dia nak. suka sgt tiru apa yg kakak dia buat. but once they huge, salam cium tangan utk mintak maaf, tgk mereka tido as a baby, hu... tiba2 rasa sayang sangat... 




ske duk dlm bekas menan tu, apa yg best ntah




yang ni cepat skit tumbang, letih main, bagi susu, lena la dia






guess what???hannah tengah duk...uk2! =)






Good girl with her story book





wajah suci






the first thing she has done when i'm arriving-selongkar beg! -__-

sblm balik, teh masak, so makan dulu. sementara bersiap, teh pulak yg suapkan budak2 tu makan. tiba2 bunyi kecoh kat bilik air. rupanya si adlina lekat tulang. macam2 teh buat, kepal nasi, suh minum minyak, siap tungging si budak adlina tu. mmg susah nk keluarkan sb adlina tutup mulut. last2 korek2 berjaya jugak keluarkan tulang tu. itupun dah berdarah2 tekak dia. kesian. bila dia dah ok, blh plak dia tanya sambil nangis2, "kenapa umi bagi tulang...?" terus kami gelak. he2. umi tak nampak la. lepas ni mesti dah fobia budakk tu nak makan ikan.

hannah plak, rasa tersentuh sangat bila dia menangis2 kena tinggal. menitik2 air mata. nak bagi kat umi dia pun tak nak. how come she can be so close to me for just a few days...ikut hati mmg tak nak lepas. nak lambai pun rasa ngilu sangat bila tgk dia duk menangis2 kat dalam kereta. hannah2... i miss u a lot!!!!!

now i'm alone...leaving my lovely family...masih banyak lagi tuntutan di sini yg perlu disettlekan. sekian, terima kasih =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...