expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Pembukaan cawangan terbesar Desa Murni


Bismillahirrahmanirrahim



citer tertunda lagi. hihi. sebelum puasa ritu, desa murni bukak lagi cawangan dia kat k.trg ni. pd yg tak tahu apa itu desa murni, dia kedai jual kain tudung pada asasnya. kilang dia ada kat pulau rusa. org2 trg mmg dah familiar ng desa murni ni, sb harga kain2 dia biasa reasonable la utk pelbagai lapisan kasta. kira kain utk org kurang berada ada, utk mak2 datin pun ada... oh siap ada duta lg - pn. erra fazira. jgn main2. 




the day of d grand opening. ramai tak ingat. 
sampai patah ok pintu besi kat depan tu kena serbu....
kenapa tu? kenapa kenapa kenapa?





website_banner
 
 ni ha... mau tak nak serbu? haha. 5 sen tunai... 







tak payah susah2 guna tenaga utk bergerak.
bila berada dlm lautan manusia begini, anda secara
automatik akan ditolak secara sukarela... 






mantap la jugak strategi pemasaran desa murni ni. 
sekelip mata je abis 1000 unit talam. 
time duk pusing2 ni, frust jugak org ckp dah abis,
tp mmg tak kuasa nak berebut pun...
tp nak dijadikan rezeki, ada org tertinggal 4 bijik talam dlm troli
takde sape perasan... haha
tp amik satu je la buat syarat, org lain nak jugak kan,
sb talam dia lawa, besar gedabak ;)
5sen tu saje je kan, padahal ckp la nk bg free je
 








Aksesori bling2 pun ada...
tp mcm leceh la sikit sini,
beli brooch rm1.80 sketul pun kena buat resit.
dan sebenarnya desa murni ni tak leh panggil kedai batik dah,
sb kat dlm ni mcm2 barang ada dia jual,
pinggan mangkuk, periuk belanga, sandal, karpet,etc2..
pasaraya ok kot, mcm pasaraya sakan, pasaraya Ku...






dan ini kesukaan saya... hehe
bling2 sgt kan? ;)
dulu2, ingt lg, kemain susah nk cr berlian ni yg murah2,
2tahun lepas kot, melilau kat bandar k.trg cr berlian ni,
tp byk jual 50 biji rm15++, apakah betul harga tersebut..
swarovski?  takkan jual dlm plastik tepek2 kat kertas je kot...
pastu ad jmpa satu kedai tudung tu jual dlm rm12 kot, 
x ingt dh, tp utk 1440 biji, 
wahh, time tu kemain teruja, 1000 lebih tu, 
abis tudung baju blh tampal, heh



pastu ni DM buat promosi rm6.50 utk 1440!
yg size kecik sikit lg la.. rm 3.90!
abis laa smua org berbling2 raya tahun ni,
 


Sunday, July 14, 2013

Karnival Jom ke Masjid



Bismillahirrahmanirrahim

Boleh tahan stress jugak guna line tenet ada kuota ni,
5gb kejap jer pakai, 
dekat2 nak due date dia mmg slowwww sgt connection,
jadi kena pakai jimat cermat,
tgk ytube guna phone je dah,
tu yang malas nak update blog,
menguji tahap kesabaran sgt.


bl tenet slow, citer pun slow jugak la ya, hihi ;)
ni karnival beberapa hari sblm puasa,
saja singgah alang2 kuar hujung minggu...






poster dia. acara best2 ada malam je...






malas nak g dekat, 
snap pentas dari jauh je,
nampak la kecik cenonet je pentas tu ;)





pagi2 tak meriah sgt, takde aktiviti pun,
jadi penggerai pun ada 2-3 kerat je yg baru buka kedai.
bagus, sb tiada pengaliran wang tunai berlaku di sini...






end up lepak sembang2 ngan yanah kat ruang legar masjid..
nak sembang kat kedai makan yg jual sup2,
tp tak bukak lg jugak,
so g beli air, kepok lekor, cucuk2,
ok je buat modal mengeteh ;)


sebelum zohor dah balik, 
yanah kena masuk kerja,

mcm x ikhlas je update entry ni, hehe
jadi la dari takde kan... ;)

oh ya, sampai rumah,
tgh santai2 tgk citer,
dlm kul 3 lebih bukak fb,
tgk ada msg dr pn.teha
 'jom outing' - 5 hours ago...

tak suka tau..
mcik ni dah tak sayang kita... tsk.
ckp la awal2 nak outing mlm tu ke,
punyala bosan sabtu tu takde buat apa2,
tsk2..
i hetchuuu mummy! 
benci tp rindu...
waaa.. nak teha yg dulu.. tsk...
miss u mummy tummy!







Monday, February 25, 2013

Sabtu di Taman Syahbandar (2)



Bismillahirrahmanirrahim

ya Allah... sedapnya kalau boleh landing atas katil skang... hujan tak berenti2 lagi ni. ada jugak yg telangkup atas meja ni kang. sblm telangkup betul2, meh kita update blog ;]   sambung citer semalam.  lepas dah settle makan, kami g jalan2 tgk booth2.





booth kem. pertanian kalau tak silap. deko dengan sayur2 dan bunga2.






other side. alangkah indahnya kalau kebun pun blh deko mcm ni? berbaloi2.. ;)






ni tak tau apa motif. yg tgh tu ok la, tuk pameran pengantin. tepi kiri kanan tu mcm semacammm jerk. tahan plk tu buat muka mcm tu. payment tinggi kot ;)







hah, ni baru comellll.. =) ramai2 baca surah ar rahman. kiut je. mula2 ok la baca ramai2 serentak, tetiba najib datang terus tenggelam sore.. asal dik? kagum sgt eh tgk pm? heheh ;]







guess what? 3D fondant cake katenye.. euwww...







ni ok la nampak cantik bersih tulus mulus je.






pastu zimah ajak g booth telekom. kebetulan mc situ duk suh bdk2 jerit panggil upin ipin. pastu cakkkk kuar maskot upin ipin ni. pastu sama2 excited kalah bdk2...haha. zimah awal2 daa larikan diri. heh. eh i matured ok, sb tu suka upin ipin...huh






pastu kat booth tv9 ada boboi ng yaya plk. tp tak tgk pun citer deme ni. dahla maskot comot. main campak2 je agaknya lepas show.  snap gmbr sb saje... nampak sape tepi yaya tu? ya, almy nadia. kang skang mcm ada isu pasal dia kan, tp sempoi je dia kat sini. mcm takde apa2 jd pun. riang ria semcammm je. lawa sgt almy ni dpn2. rugi fizz. eh, kantoi plk gosip retis kat sini ;) *maafkan saya...*






dah abis pusing, zimah pun dah balik, maka meh la kita g jenguk anak2 nih. suh diorg g amik nasi yg org duk agih uk jamuan rakyat. pastu hampar kotak belakang booth makan ramai2 situ. mcm tak sesuai plk, pakai blazer smart2, makan atas kotak. nasib hang la budak...

ni la salah satu kegeraman berpanjangan hari tu. jpnt ni dia bukak booth under KPM. kira staf2 yg duk dlm both tu bkn dr kpm pun, tp geng2 jpnt je. hantar surat ke skolah hari khamis, suh dtg buat pameran hari sabtu. what did they expect? canggih sgt agaknya cg2 skolah ni blh prepare bunting, pamplet, bahan2 tuk buat pameran dalam masa sehari je.

pastu bl dtg, kami ni mcm menumpang je tepi booth tu. ada meja kecik je sketul tuk letak kapatebang. kusi jgn kan tuk student, tuk cg pn takde, maka berdirila kami di situ... dan takde sorang pn staff jpnt yg 'greet' kami as cg... bkn nak penghormatan pun, tp at least kalau dah jemput orang, please la prepare tempat yg proper... staf kemain ramai, tp mcm blurr je bl kami dtg nak letak bahan pameran. tgk kita pun buat tak tahu je... sabar2! haihh nak je forward entry ni kat jpnt contacts. biasa dia nih.



cg lain pun, balik tak cakap. tinggal bdk2 tercengang2. mmg ikut tentatif kena buat pameran sampai pukul 4. tp agak2 la. lepas najib balik tu, org pun dah tak ramai. mcm sia2 je duk tercongok situ. cg dia ni pn dah tak larat nak tunggu lama2. so dlm pukul 1 tu, suh diorg kemas, g solat zohor, pastu pegi la mana2 sementara tunggu pcik van skolah dtg amik. nnt kang cg kol balik. 10 org yg dtg smua laki, so takpe la kan..hehe. kalau anak dara tu bimbang berlebih jugak kot, wlpn deme ni konpiden je nak jalan sendiri. tp kot2 jadi apa2, tak kira la student prmpuan / laki, tetapla tanggungjawab cg. tp alhamdulillah.. smua sampai skolah dgn selamat wlpn pukul 6pm baru sampai skolah. sian korang... haha





hasil rembatan. semua free kecuali novel RAM tu. novel ada diskan 10%, beli kat kedai buku 1Malaysia. nasi bawak balik sb dah makan ng zimah kat sana. beg tu, ikut hati nak je terjah lagi booth2 yg bg beg, tp tak larat kalau sampai berebut / beratur. sotkhabar, nst tu mmg pakej free skali ng BHairan dan Metro. ada harapan buat lapik je tu...


ok, sekian citer sabtu saya... kang jumpe lagi =D

Sunday, February 24, 2013

Sabtu di Taman Syahbandar



Bismillahirrahmanirrahim


Khamis tgh hari, dapat surat drp jpnt mintak sekolah buat pameran aeroangkasa kat syahbandar sempena program pendidikan kat syahbandar, sabtu. dan surat tu di'forward'kan kpd 5 org cg termasuk diri ini. sobs. tetiba tgh hari tu rasa nak menitik air mata...eh ke dah menitik? heh. sies last week mmg emo terlebih. seminggu full program kat skolah. khamis tu meeting pibg sampai 6.40ptg br sampai rmh.. mcm berputar bumi 12 jam duk kat skolah.. jd bl penat, emo... dpt surat pn rasa nak menangis. lemah sgt rasa...


baru ingt nak rehat ujung minggu, skali rehat kena catu... jumaat tu, wlpn cuti, tp tetap la ada keje nk kena bereskan. pg g pasar, balik iron baju terus 5-6 pasang, mlm g teman mak cari barang dapur. nmpk simple, tp take time dan penat... sabtu pagi2 dah kena g syahbandar sambut najib. eh? ha'ah, program ni skali ngan program najib.


emo2 pun, buat entry jugak. haha. byk komplen sgt... saja nak catat, suka duka jadi cg.. huhu. mcm sabtu smlm, mcm2 rasa ada. geram, suka, nak marah, sedih... start ng awal pg, ikut tentatif pkl 8 start. tp sb tauuuu konpem x start lg kul 8, so jom gerak kul 8.30 dr rmh ;]  sampai sana, bdk2 tak sampai lagi. pfft. cg2 lain pn hmmph..malas nk ckp. so round2 dulu situ. pastu ingt nak balik dh, skali bdk br sampai plk. *asal la korang dtg jugak?*


pasang kapatebang





isi minyak 




sblm pegi kat bdk2, kol zimah kot2 dia free nk ajak teman. kebetulan dia pun nak g situ, so adalah sgt cantik =) sementara tunggu zimah, tgk bdk2 set up jet pejuang mereka... kami duk skali ng booth kpm dan smsains sultan mahmud (sesma). 10lebih baru cg kelab diorg dtg. pastu zimah dtg, tinggalkan diorg jap. pandai2 la jaga diri ngan kapatebang tu. cg nak g jalan2, mih mih mih ;)





sebelum najib dtg, paraglider duk buat show dulu kulu kilir atas sana. mcm best dan mcm rasa nak tryyyy je. hihi. berani la sgt.







sblm memulakan sesi jalan2, g mkn jap kat gerai 1malaysia. mmg takde gerai mkn lain dh pun area situ... pastu dan2 plk geng2 najib parking dpn kedai. terus crowd melimpah2 dpn ni. oh ya, btw, bl jadi pemimpin ni.. sblm org lain meng'psiko' anda dgn pelbagai perkara, ada baiknya kot anda meng'psiko' diri sendiri dulu dgn mengangkut crowd yg terdiri dr bdk2 plkn dan rmh2 kebajikan. sounds sad isnt? tp itu la realiti pm kita skang. 

ske ati la kot dia nak buat apa slagi berkuasa, tp please la...tipu diri sendiri ok. yg paling sedih, pg tu, awal2 lg sblm pkl 9 pakcik mcik yg dah berusia sgt, duk tercongok siap2 dah kat kerusi bwh kanopi besar tu. pakai baju oren. tp wajah masing2 blurr... mcm terlongo je tgk org lalu lalang. nk g jalan2 dulu sementara najib sampai, mngkin takut kot... pastu bl najib sampai, sound speaker tu... ya Allah.. sabar je la. org muda pun blh rasa bergegar jantung, ni kan org2 tua yg dah uzur... hoih agak2 la nak pilih crowd pun.. tak blh la tgk pcik mcik ni... rasa mcm kena rentap2 je jantung, sb kesian, tp tak blh nak buat apa2...  pastu dah tak lalu2 dah kat situ... tak sanggup... t___t







menu rakyat 1malaysia. rm4 skali ng air. boleh la... bak kata zimah, tak rasa mcm makan kat kedai, tp rasa mcm makan makanan yg org agih2 utk bantuan..haha. pasrah je la mah ... tsk







time ni takleh blah. haha. majlis start nyanyi lagu negaraku. tp kami tgh duk makan. takkan nak diri. so buat dono je tgk org lain kat dpn berdiri tegak. skali paling blakang, nah... tegak oke! kekeke. ok la, diakui mmg x sopan. tp mind set kita mcm lari dah priority kan? kalau bab2 bkn agama, kemain pandang serong. tp kalau x jawab azan, buat derk je org duk azan, takde plk nak jeling sampai tebalik mata? pity malay...


nnt kang sambung balik... e-rekod tak siap lagi.. tsk tsk tsk  t_____t




Monday, January 7, 2013

Zizang in UAI


Bismillahirrahmanirrahim


 Terlepas dah 2 muka surat dr 365ms tahun ni... ni pun rasa mcm lemau je nk update. selsema teruk. pattern yg rasa mcm nk cabut kepala letak tepi jap. aip, jgn merungut. br selsema. sabar sikit boleh tak? *tarik tisu 5-6 lai*


Jumaat ritu kan ada up entry pasal kuliah UAI dan MLM. mmg hajat di hati nk pegi kuliah uai. tp hujan dr maghrib sampai lepas isyak pun x stop lg. jadi tak pegi. kalau pegi pun mesti takde tempat nk duduk sb surau kecik je. biasa kalau x hujan ada pasang layar putih kat luar. so luas la tempat duduk utk org ramai. 




[pic google. cntik plk stadium ni mlm2. tp ni kes nk amik gmbr je kot,
bese gelap je. tp tasik tepi tu mmg best. luas x luas, briskwalk skali konpem
takmo dah pusing 2nd round]


then xpela. duk menyembang dgn mak dlm bilik. tetibe dgr bunyi bunga api. ai, dekat semacam je. biasa kalau tembak kat dataran syah bandar dgr jugak, tp sayup je la. g bukak tingkap bilik, waaa... cantik bangat! rmh mmg dekat sgt dgn stadium gong badak tu, jd mmg dpn mata sgt bunga api. berpuluh2 das jugak diorg tembak. tp sambil2 seronok tgk, sambil2 duk membebel jugak dgn mak. sb mmg x dinafikan, sukeee tgk bnga api tu, tp kos tu oih... mau makn berpuluh2 ribu. satu das je dah bape ribu... byk lg benda lain blh buat dgn duit tu. mat said mat said, kempunan la tu xleh tembak bnga api time new year sb hujan... 


pastu terpikir, amboih, xkan sb mlm dtg sini sampai rai dgn bnga api bagai. so google yg berkaitan. dan terjumpa ini...




ekekeke. cpt pulak org upload video ni mlm tu. i wish zizan n ustaz azhar share pentas mlm tu, tp zizan punya alternatif lg gempak. hahah. wlpn sorang, tp jalan! x sia2 perform kat trgnu =D   



dan ini.. antara respon uai...















haha. nakal molek ustaz. 





dan rupanya malam tu ada majlis pelancaran tahun melawat terengganu 2013. zizan plk dilantik jadi duta tmt tu. tahniah la ustak enjin ;]  

Thursday, November 29, 2012

.: sotong gunting mengabang telipot :.


Bismillahirrahmanirrahim


Ni citer dari rumah mc na semalam. settle makan + nyembang2, pakat singgah solat zohor kat masjid belakang rumah mc na dulu. kami takde plan nak ke mana2 pun sbnarnya. sb mmg tujuan utama kluar, nk attend kenduri mc na. lps2 tu, biar stereng kete menentukan hala tuju kami =D  

Last2 decide nk g celup tepung kat mengabang telipot. tp awal lg, sb baru dlm kul 3 camtu. so singgah dulu pesta konvo umt. jom...



berjalan ke tapak pesta dari parking. parking mmg penuh sampai melimpah2 kete ke luar, sb time ni tgh istiadat dalam dewan.





bunga dan pesta konvo bagai lobster (???). tp kat umt ni mcm belambak sgt kedai bunga. ingt dulu kalau kat upsi, booth bunga cuma kat depan dewan sitc je, so gerai2 lain jual benda lain. byk la sikit produk lain masuk. nak beli belah pun sonok =)  eh komplen plk dia... sekretariat ke? =P






pentas. comel je kan? hehe. spotlight lg labuh dari pentas. pastu, p.a system ada betul2 dpn pentas. agak menyemak kat tempat audience. letak kat tepi2 skit tak boleh? nak kata pasang projector tak kot, nak hala ke mana? eh komplen lg. tumpang lalu... ^_*





gerai pelbagai , pengunjung, dan akak suksis yg sies ;]





gerai makan. kami round skali lalu je. pastu lepak kejap kat tempat makan. tunggu datin saadah ng noorlida buat lawatan tapak. ingt punya la lama pusing, ada la hasil, hmmph, sama je rupanya mcm kami yg berkurun menunggu ni. last mc nor beli kek coklat. jadi la tu kan... ;D


dah, jom kita g serbu celup tepung






baru kali kedua makan sini. biasa makan kat teluk ketapang je. aman lg takleh blh, kedai ni tepi rumah dia je pun... tp x tau glamer sampai jalan2 cari makan pun dah singgah sini. kedai ni mmg agak buruk kalau nk compare dgn kedai ict lain, tp dia punya celup tepung mmg tip top. paling glamer sotong gunting. sotong tu besar lengan mc nor, jd nk makan kena kasi gunting dulu =)  sekor rege dia rm7.60. tp ikut market semasa la. mcm udang, 1st time dtg (selang 2 minggu je pun) harga dia 8 ekor 4ringgit. ni dah jd 5 ekor 4ringgit. tp size besar sikit la. 


tp mcm berbaloi walau nmpk mcm mahal skit pun. sb freshhhhh. punggah kat bot nelayan dpn tu je. sauk, celup tepung, goreng, berebut manusia mcm pirahna kat dpn meja pok nong. oh ya, nama kedai ni kedai makan pok nong. ritu iqram dinzly kot yg host jjcm dtg mkn sini. time kami mkn pun ada gak geng2 tv3 dtg makan. kira mmg ramai la org propose tmpat ni.



so next time kalu ada sape2 nk try sotong besar lengan, singgahla sini ya *iklan x berbayar*. intai dulu, ada x plug jjcm kat tiang dpn muka pok nong, kalau x kuar balik. haha. eh sies, sb kedai satu lagi kat dpn tu x sedap...mahal plk tu.




wajah2 ceria dpt makan seafood celup tepung. ikan x nak, kemain korang yeh. meja time ni nampak clear lg kan, kang tgk jap lagi... 





seafood licin, meja berterabur ;]   kepok lekor ng kerak2 tu je xsape dah nk habiskan. tp sonok mkn ramai2 mcm ni. bersembang sakan. harap2 meja sebelah x terganggu =D   

settle mkn, misi hantar balik sorang2. sian aman. haha. sampai rumah zi, singgah solat asar jap. sambil2 lepak dalam bilik dia belek2 album lama. nostalgia betul. banyak citer keluar. dan ada rupanya citer time smaza yg kami baru tahu. kelakar dan menggeramkan plk tu. rindunya... tp xnak putar balik. huhu.

last sebelum magrib, hantar adah. then me. pastu tinggal aman sorang2. haha. dekat je pun tapi. then the end =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...