expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Monday, August 25, 2014

MH17 - PENGHORMATAN... terakhir


Bismillahirrahmanirrahim




ok.
harap ini yang terakhir berkenaan mh17
just have to...
tentang isu penghormatan yang begitu gah
untuk semua mangsa mh17

siap masuk parlimen lagi kan,
sigh...

saya tahu...
ramai antara kita seolah2 mempertikai
ketinggian taraf mangsa2 mh17
berbanding pejuang2 lahad datu contohnya,
sehingga mangsa2 ini diberi penghormatan sebegini rupa.

jujurnya,
saya juga berpendapat bahawa tentera kita
patut diberi penghormatan yang sama,
atau lebih, mungkin.

TAPI.
sebelum kita mengutarakan argument tersebut,
tidak terfikirkah kita akan hati dan perasaan ahli keluarga mangsa,
kenalan, sahabat dan saudara terdekat mereka?
malah sehingga hari ini,
masih ada ahli keluarga mangsa yang belum dibawa pulang,
tak terfikirkah bagaimana igauan yang bermain dalam fikiran mereka
tentang nasib ahli keluarga mereka?
selamatkah jasad mereka?
atau hancur tidak bercantum?
6hari terbiar sebelum pihak pemberontak memberi laluan kpd dunia
untuk mencari dan mengambil mayat,
apa jangkaan kita untuk melihat mayat yang sempurna?
sedangkan proses pereputan mayat berlaku pantas
dalam masa seminggu...

mereka tidak pernah menyangka,
apa lagi meminta,
ahli keluarga mereka akan diberi penghormatan sebegini rupa,
malah rasanya penghormatan sebegini bukan apa-apa bagi mereka,
kerana rasa kehilangan itu mengatasi segala penghormatan
di atas muka bumi.
setinggi mana pun penghormatan yang diberikan,
mereka tetap tidak akan bertemu lagi dengan mangsa,
kehidupan tetap perlu diteruskan,
tanpa ayah,
tanpa ibu,
tanpa anak,
tanpa suami,
tanpa abang,
tanpa kakak,
tanpa saudara,
tanpa sahabat...
sedarkah anda penghormatan ini tak kan pernah membawa
apa-apa makna pada mereka???


yang kita persoalkan adakah tindakan pihak tertentu yang mengatur
segala bentuk penghormatan,
kerajaan mungkin.
tapi suara dan tulisan kita yang mempersoalkan penghormatan ini,
mungkin lebih dibaca dan terkesan oleh mereka yang mengenali mangsa2...
tak terfikirkah sejenak untuk kita meletakkan diri kita di tempat mereka?

apa perasaannya jika yang dibawa pulang itu ayah, ibu, adik beradik, saudara mara, atau sahabat,
dan orang ramai mempertikai penghormatan yang diberikan kepada mereka,
sedangkan yang ada dalam hati dan fikiran kita ketika itu,
hanyalah jasad mangsa!
jasad yang kita rindui....
jasad yang takkan kembali pada kita,
walau dunia memberi penghormatan tertinggi pada mereka.





ini takdir mereka
takdir kita belum tentu...

bila kematian bakal menyapa
di mana kematian berlaku
bagaimana kematian menjemput
siapa yang akan mengusung kita
berapa kerat yang akan bersolat untuk kita
berapa ramai yang benar2 ikhlas mendoakan kita,
menghadiahkan al fatihah untuk kita...

Allahurabbi...

jauhi hati kami dari prasangka
bersihkan hati kami
kuatkan ikatan hati kami ini...
hanya kerana MU
sayang kami keranaMU
sedih kami keranaMU
marah kami jua keranaMU
ya Ilahi...


Friday, August 22, 2014

MH17 - whats next?

Bismillahirrahmanirrahim





Alhamdulillah,
semua jenazah fasa 1 selamat sampai pagi tadi...
tapi penantian masih belum berakhir kan?

tak tahu kenapa,
terasa emo sangat,
sedih, geram, sayu, marah...
semua ada.

google gambar mh17,
tapi terjumpa gambar2 mayat yang sangat tragis,
dulu awal2 banyak yang kabur2,
dan yg pasti media tak kan pernah paparkan gambar sebegitu rupa,
sekarang kalau google,
anda mungkin tak sanggup melihat mereka.

dan keadaan tragis begini membawa kepada persoalan,
apakah tindakan malaysia selanjutnya?
keep calm while waiting for another crash?
keep calm while waiting for mh370?

takdir? yes.
but not 'pasrah'
i believe rather than all the resepectfullness this morning,
all people was eager to know whats next solution for this crashed,
Allah takdirkan kita ditimpa ujian begini,
but as a leader,
PM should put this on the 1st place to be settled,

maaf kalau terlepas pandang,
saya tak nampak apa2 siasatan secara konsisten dan optimum
sejak mh17 terhempas,
melainkan sehingga hari ini yang nyata disebut2,
kita akan bawa pulang jenazah rakyat malaysia dgn selamat etc etc...
thats it?

kalau tgk pada kengerian anggota tubuh badan mangsa,
sepatutnya penjenayah yg bertanggungjawab 'tak sengaja' whatsoever
patut dihukum mati terhempas sama!











hiba. meruntun hati.
Allahurabbi...


seriously, i cant accept this calmly...
redha, is another part of being calm,
hati dan fikiran boleh terima itu takdir,
mungkin sb mangsa bukan ahli keluarga atau kenalan terdekat,
but still bl melihat ibu ayah, anak-anak mangsa...
ya Allah...
sakitnya kehilangan ini buat mereka...


dlm situasi skrg,
sy setuju dgn tun mahathir,
our prime minister has to be strict in the eyes of the world,
melengahkan2 siasatan atau tak bersuara lantang
makin melekehkan kita di mata dunia...

hilang tak dapat dikesan,
tak sengaja tertembak,
ingat kapalterbang mainan ke?

ya, saya cakap banyak,
tapi tak tahu pun apa yg patut dibuat selain berdoa,
sb tak tahu apa patut dibuat
saya rasa gov patut digesa lebih komited dlm hal2 sebegini,
"apa selama ni gov tak komited?"
ntah, tak nampak apa pun selain 1st lady di sisi...





-Al Fatihah-
#MH17
#MH370
#palestin
#syria
#lahadatu
#parasyuhada

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan kali ini.
Macam tahun2 lepas, asal puasa je penat & stress pikir menu berbuka.
Nak masak malas, pergi bazar laaagi malas,
Buka ngan air paip nak?


Itulah kita kan? eh saya ;)
selalu selera dan nafsu mendahului pengisian Ramadhan yg sebenar.
tahu...dari dulu lagi tahu Ramadhan bukan puasa semata.
tp tahu je lah, pastu buat tak tahu. macam tak biasa pulak.




ni...sedap?
*angguk laju2*






ni sedap?
*menangis sedap*






ni pun sedap?
ofkosss sedapp...slurp!
haipp, puaaaasa!








yang ni... amacam?sedap?
*tunduk slow2..kura2 masuk dlm cengkerang*







ni? payah jugak kan?
err.. *angguk slow2*









*nak sedekah ke nak beli air tebu?*
-__-"






hah, yg ni sedap!
ewah, ckp senang la...
cuba try tengok, nak2 tengah berkeroncong ni,
org bg slm siap senyum pun muka mcm tak mkn patblas hari.
*ada seorg sahabat zmn skolah,
muka dia saaaangat manis sb suka sgt senyum,
sampaikan terdetik dihati,
dia ni tak pernah ada masalah ke?
tak pernah rasa nak marah org?
tak pernah letih senyum?
dan ketahuilah sahabat,
saya sgt jeles dgn anda...pinjam pipi blh?



Itulah kita kan. ya, saya.
benda2 makan memang sedap je manjang,
tapi kalau hal ibadah, haih... *lapeluh*


Oleh itu,
mari kita sama2 stresskan diri dengan berpikir mcm mana nak buat
semua ni sebelum Ramadhan habis :

1.Khatam quran sekurang2nya sekali,
2.Consistent dgn terawih,
3.Qiam dulu sebelum sahur,
4.Sedekah! berpada dgn senyuman dahulu kalau takde ongkos sgt =)
jgn org mintak sedekah pun kerut2 kening tgk. haippp!

cukup la 4 dulu. tahun dpn upgrade lagi.
Selamat berpuasa! =)





Friday, July 19, 2013

Ramadhan 10

Bismillahirrahmanirrahim





Ingin ku gapai impian setinggi langit
Ingin ku cantum angan-angan menjadi realiti
Ingin ku jejak dunia melihat alam
Ingin ku titip harta buat dunia miskin
Ingin ku kecam mereka berhati binatang
Ingin ku lakar sejarah di mata dunia
Ingin ku raih kejayaan hingga akhir hayat...

Tapi buatmu diriku...
Keinginanmu terletak dibawah naugan Ilahi
Keiginanmu belum tentu secantik 
perancangan Ihali
Keiginanmu belum tentu terbaik dalam 
pandanganNya
Keinginanmu belum tentu dirahmatiNya
lantaran hatimu masih belum bersih
Keinginanmu belum tentu diberkatiNya
kerana kifarahmu masih belum tiba
Keinginanmu belum tentu terlunas
kerana disisiNya, itu adalah ujian untukmu
sayang...

Berdoalah. Bersabarlah.
Solatmu akan menemukanmu dgn keinginanmu...
Aameen...


Salam jumaat
10 Ramadhan 1434H

Tuesday, July 9, 2013

Tolong... rumah saya kena bom!!! (2)



Bismillahirrahmanirrahim


ok, ni baru nak masuk isu sebenar,
act ptg rabu ritu, kebetulan bukak ikim.fm ada slot
perbincangan isu syria.
memang kat fb selalu ada update pasal syria,
tp nak google sendiri cerita sebenar pasal syria ni,
saya adalah takut. takut terjumpa gambar2 yang mengerikan..
kadang2 kat fb ada org share gambar org kena bom,
kaki tangan kepala hancur, esp kanak2,
cepat2 scroll bagi hilang dari pandangan...
bukan tak nak amik tahu,
tapi tak sanggup nak tengok,
dan rasa bersalah sangat2 sb kita sini bukan main hidup selesa,
diorang kena lanyak mcm tak berharga langsung...



jd bl terdengar kat ikim tu, kira bonus la,
sb lg senang faham bila ada orang cerita dan beri penerangan,
lagipun tetamu jemputan tu mmg org yang menyertai
misi bantuan kemanusiaan di syria,
kira dah berbulan2 dia stay sana dan melihat sendiri
peperangan kat sana...









Tudung syria memang cantik dipakai,
tapi kalau yang pakai tu amik berat pasal saudara dia kat syria,
laaaaagi cantik ;)

*ai kak, sies nampak?*


ok. memandangkan ritu lupa nak record dan dah ingat2 lupa sekarang, jadi saya share je sini serba sedikit pasal syria ni... harap ada yang sudi menelaah =)





PERISTIWA SYRIA


Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri
merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya
merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya
beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad






BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- 

konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti
Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.





PUNCA KEBANGKITAN ADALAH :

 Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi
oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria






BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di
hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari
terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan.Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itudimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim
Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..


#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK
KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...




FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" 

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan
Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih




PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000
tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2
yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang
sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria
lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah
mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh
dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria




KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh
Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yangberlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang
teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh

tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi
merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk
menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.






PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah
(kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap
lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ;

 adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Jzkki akh Abu Abdullah

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)









SUMBER




Maklumat ni mcm outdate skit kan, sb disember 2011. tapi takpe lah, yg penting kita tahu hal sebenar, bukan melangutttt je bila org ckp pasal syria. dan jangan pilih untuk menyesal di kemudian hari... bila mana mereka menghitung doa kita untuk mereka di 'sana' kelak...






hey peeps, did u called her as terrorist?
I try to search at google by typing 'kanak-kanak di syria'
but what i got to see... 
Allahurrabi... 
only this little girl come out as in 'perfect' physical...
we might no be able to save her, to comfort her...
but our prayer should be non stop for her, for her family, her friends..
just do that... 
 



Jangan sampai Allah 'sedarkan' kita dengan sesuatu yg kita tak pernah terfikir akan berlaku atas sebab kealpaan kita dalam mengambil berat penderitaan orang lain.. kalau suatu hari tiba2 rumah kena bom, masa tu baru nak mintak orang simpati kat kita? dan jangan sampai waktu tu baru kita sedar, betapa sakitnya berada di dalam situasi 'mengharapkan pertolongan'...

haa, baru nampak relate dgn tajuk kan? nampak? nampak? ;) 

ok lah. tu je nak share. sekadar usaha kecil untuk peringatan diri sendiri dan bagi mereka yang mahu mengambil peringatan... 

akhir kata, selamat berpuasa!
jom sama2 gandakan doa, ibadat, sedekah, untuk mereka yang memerlukan.
agak2 nak sumbat mcm2 time berbuka,
ingat sikit sedara2 islam kat syria, palestin, gaza, india, rohingya, 
dan lain2 yang tak pasti ada ke tak makanan untuk berbuka...



 

doa doa doa!




Friday, July 5, 2013

Tolong... rumah saya kena bom!!!



Bismillahirrahmanirrahim


Entry ni lebih kepada peringatan pada diri sendiri...
tapi ada baiknya kalau boleh jadi peringatan bersama pd yg tersinggah sini, kan?
lg pun, sesetengah manusia ni... 
dia mcm lg beware dgn satu2 peringatan bila dia pesan benda tu kat org lain.


emm lebih kurang mcm ni la contoh dia :
dulu pernah kenal ada sorang kawan ni, dari sarawak,
mula2 kenal dia mmg free hair,
tp dia blh masuk je dgn geng2 'ustazah',
dan semuanya berjalan dgn baik,
sehinggalah satu hari tu kami nampak dia pakai tudung!
tp flip flop la pastu, kang kejap pakai kejap tak,
so risik2 la dgn akak senior yg dia rapat,
asal dia mcm tak boleh stay pakai tudung terus,
akak tu ckp dia ni sebenarnya dulu kat sarawak,
time skolah ala2 ajk badan dakwah dan agama la,
what??



 
ok, jgn nk terkejut sgt, sb kebanyakan student
kat skolah dia dulu adalah non-muslim, dan ada yg xde agama terus,
so dia ni kira ok la.
bl dia berada dlm situasi minor,
where is dia ng member 2-3 kerat je yg boleh kekalkan 
dakwah islam dlm sekolah tu, so deme jd kuat,
bl dah kuat, harus diorang kena peringatkan org lain sekali kan,
jd bl dah ingtkan org lain, 
maka diri sendiri pun lg la kena beware dgn setiap tingkah laku,
supaya yg non-muslim pun respect dan tak skeptik pd mereka yg muslim ni,
haa gitu la maksud yg nak disampaikan,
peringatan tu akan lebih dititikberatkan jika kita dah peringatkan sama,
sb kalau diri sendiri tak beringat, malu la kat org ramai...
eh bkn beringat sb manusia, niat mmg kerana Allah, 
tp the way it is..
emm mcm pendidikla contohnya, 
tak kira la cg, ustaz, pensyarah, pendakwah,
mmg tugas kita utk memberi peringatan, nasihat yg baik,
jadi seharusnya dan secara tak langsung kita didik diri kita sendiri
untuk ikut nasihat dan peringatan tu jugak kan, 

err, beria explain takut org judge bkn2,
padahal sape je pun readers dia... heh ;]


eh x abis lg psl member tu td,
haa dh tu kenapa tb2 bl masuk u dia x pakai tudung?
free hair tu start bl dia dah abis skolah,
masuk matrik, kat matrik ni kira dari segi agama tu,
dah ada mereka yg lagi arif utk  menggerakan badan dakwah, *katanya*
kira mcm member ni,
dah bertukar jadi taraf mad'u (org yg didakwah) bkn lagi dai'e (pendakwah),
so dia rasa mcm dah tak payah susah2 nak jaga agama mcm kat skolah dulu,
kira dah ada org lain yg lg hebat boleh pegang tanggungjawab tu semua,
kalau dia nak join jd badan dakwah pun, rasanya silap2 dia yg kena tarbiyah balik,
lama2 tu tanggungjawab pd diri sendiri pun mcm dah kelaut,
dia rasa dia ok je, kira bersederhana dlm agama,
tp dia tak sedar lama2 dah terikut pengaruh rakan sebaya
yg 'low profile' bab2 agama ni,
maka terjadilah apa yg tak sepatutnya terjadi...
free hair, takde batasan dlm pergaulan laki prmpuan, sampai la masuk u...





selingan : kucing xpe share makanan wlpn bkn mahram



selamba derk je share minum air sebotol, makan mee share sepinggan,
terpinga2 jugak la mula2 bergaul dgn diorang ni, 
ya Allah, tetapkanlah iman ku...
fine la kalau ada sesetengah org deme ni ckp me is too naive.
nak pegang2 pun tak boleh, lek aaa...
pfft.. u know what, i'm not a good person enough,
apalagi nak mengaku sbg muslim yg baik, jauh lagi kot...
tp kan, i thought i live in d country that took Islam
as their national religion. apsal plk i have to be d akward one?
dia mcm ni la...
bg sesetengah yg x menutup aurat,
berbicara ttg isu menutup aurat adalah sensitif,
tp kenapa tak pikir sensitiviti bg org yg menutup aurat?
dan sebenarnya rasa sensitive bl ditegur bab2 
tak menutup aurat ni nak tuju kat sape sebenarnya?
did u realize u are sensitive towards Allah?
bayangkan if err, amik level bos dah la,
bos suruh datang keje pakai sopan, punctual, komited, 
tiba2 nak sentap2 plk,
kemain kan..
ini menutup aurat yg duk sensitif sgt tu, Allah yg suruh sayang...



"Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai .."



selingan, tb2 masuk lg nasyid,
eh nostalgia betul2 lagu ni,
dulu sekolah rendah, kira lagu top 5 la time 
pertandingan nasyid ;)



eh mana td, haa sensitif..
ok, pusing2 sama je manusia ni,
isu nya EGO.
kalau kena tegur, lg la rasa sentap xmo tutup aurat.
oh saya lg suka guna istilah tutup aurat sebenarnya,
sb yg bertudung pun x semua tutup aurat,
byk dh artikel berkenaan istilah menutup aurat yg sebenar,
i'm not here to explain that, rajin2 google ye adik2.
*mood tazkirah kena action sikit jd kakak2*


jd pd yg nak menegur...
agak2 la sikit.
kita dan mereka ada EGO masing2.
kita ni kdg2 rasa mcm dah cukup bagus bila dah berjubah/berkopiah,
padahal... solat pun belum tentu tepat waktu,
masuk toilet kdg2 ingt kdg2 lupa bc doa masuk tandas,
bersembang ng member berjam2 pun xpe,
tp time ngaji, satu muka surat pun dah rasa letih,
*jeling diri sendiri*




maybe it just a minor mistake,
tp kecik2 pun lama2 makan diri jugak kan..
itu mungkin level kita,
level yg dah faham agama, tp ada jugak compang camping sana sini,
so same goes to sesetngah manusia yg susah sgt nak tutup aurat, jg pergaulan,
dont expect them to be like u spontaneously 
yg mmg dah biasa kuar rmh je sauk tudung, stokin,
nak2 lg kalau yg mmg dah lahir dlm family islamik,
jgn2 la compare dgn mereka yg lahir dlm family brutal
ala2 kl gangster dari segi agama.
tp ada jugak kan yg family bukan main kuat agama,
sekali anak... 
oh tu kena refer balik lagu kat atas
-iman tak dapat diwarisiiii...




mcm kes member td,
mcm mana dia blh tergerak balik nak pakai tudung,
wlpn kejap pakai kejap tak,
susah jgk dia nak berubah terus sb kwn2 baik
semua stylo milo punya pattern,
tp alhamudillah, final year,
dah tak nampak dia free hair..
back then, my senior was slowly treat her wif hikmah,
ya, nak dakwah org kena berhikmah,
mcm yg Rasulullah ajar,
kalau rasa diri kurang berhikmah *again jeling diri sendiri*,
cari la org lain yg kita rasa dia mmg hormat dan percaya,
lets say dulu saya dan kawan2 mmg rasa tahap
annoying dah ni tgk golongan2 'open minded'
duk bertempuk tampar dgn riang rianya,
which is kalau ikut hati dan perasaan,
mmg nak je hempuk sorang2 dgn besi,
sb sama je kekdahnya
utk mereka yg bersentuhan antara bkn mahram,
lg afdhal jika anda pegang besi panas siap2,
rasa dulu seminit dua agak2 melecur tak tangan tu,
then imagine for d thousand years in d hell...



"jadilah seperti ikan di lautan,
takkan masin walau sepanjang hayat berada di lautan masin..."



jd solutionnya, kami slow2 refer kat ustaz2,
dan bl ada kesempatan meeting utk hal2 tertentu 
dan ustaz pun antara penasihat,
biasa ustaz akan nasihat secara tak langsung 
pasal hubungan laki dan perempuan ni,
camne nak berkat buat kerja kalau kita
sendiri pemimpin belajar
buat apa yg Allah larang,
kesan pada student lain tgk contoh yg tak baik
dlm kalangan pemimpin yg dah diberi amanah,
masing2 dah dewasa, boleh fikir,
again, kalau rasa sentap, 
sentap tu nk tuju kat sapa?
ustaz? ohoi...
semua larangan tu dari Allah...








tp Alhamdulillah, time tu kurang la sikit 'socialisme'
dlm organisasi, walaupun ada je yg tak makan saman..
itu terpulang la, kita dah usaha mana daya,
kurang2 mereka terima teguran,
sb teguran tu datang dari orang layak menegur,
cuba kalau level2 rakan sebaya yg sama jawatan je ni,
mau sentap tak nak bertegur setahun...
manusia, mcm tu la ego,
ada jgk yg kadang2 mmg dia dah nak buat baik,
tp tiba2 ada plk sep2 feeling ustazah yg berkobar2
pung pang nasihat gitu gini,
haihhh mmg tak laaa dia nak ikut...
akan timbul rasa dlm hati malas nak berubah,
sb dia rasa nnt kalau dia berubah
mesti dia rasa 'ustazah' tu perasan yg dia
berubah sb menurut kata 'ustazah' tu,
so jgn harapla aku nak ikut ckp ko,
ko tu sama baya je ng aku,
baru pakai tudung labuh sikit dah berlagak nak nasihat org,
haa lebih kurang gitu la...


tak kata org, 
mcm kita sendiri... *kita merujuk kpd saya*
cntohnya :
mmg plan hari ni nak kemas rumah, nak masak, nak basuh toilet,
tp nak santai2 dulu, jap lg baru start,
tiba2 mak dtg sound suh buat itu ini 
tanpa menyedari niat baik yg dah sedia ada dlm diri ini...tsk
haih... mau plan yg dah bersusun tadi ter'delete' dgn sendirinya dlm kepala
sentap.
kalau ikut ciri2 anak derhaka,
mmg konpem tak buat terus,
tp kalau agak2 tak nak terima pembalasan di kemudian hari,
merangkak jugak la bangun p buat semua keje tu,
*sambil mulut cebik2 tak puas ati*
biasa dia tuh. haha, menjawab tetap...
jgn biasakan ya adik2,
kena ingt, sok2 kang kalau ada anak dara,
kalau Allah nak bayar cash,
dang2 tu jugak lg teruk anak anda menjawab,
silap2 lari rumah terus sb xnak kemas rumah, iskh3...
 *sambil pikir dosa sendiri kat mak, mana yg tak mintak maap lg ni... T__T*



eh dah zohor, sambung jap lg,

p/s : ni baru intro, citer sebenar tak masuk siaran lagi, tajuk yg digunakan juga mungkin hanya akan berkait dgn entry seterusnya nnt,  harap maklum, tq



Thursday, June 6, 2013

Salam Israk Mi'raj

Bismillahirrahmanirrahim


sedar tak sedar, dah 27 Rejab pun... jap lagi syaaban, pastu ramadhan... preparation? 

*glup*


suka ayat ni, jumpe kat wall fb tadi...


 " Imbasan Sirah Israk Mi'raj. Apa yang masih dalam ingatan kita? "
 
kan... rasanya, kisah israk mikraj ni, lagi banyak ingat time skolah dulu, nak2 skolah rendah. budak2 kan suka dgr cerita2 sirah ;)  sekarang suka jgk dgr cerita, tapi cerita youtube label korea... heh. kenapa ya, makin dewasa, makin jauh nak mengingati dan mengkagumi peristiwa2 penting dalam Islam? 


>sebab dulu kena hafal masuk exam, mmg ada dalam silibus pun...
> hati bersih lagi, senang je masuk bab2 islamik ni...
> tak tahu apa2 lagi, jadi macam kagum je bila dgr benda2 hebat ni
> dah besar ni bajet arif sangat dah pasal citer2 ni *padahal kalau suh citer balik silap2 kalah dengan budak tadika.. *
>banyak sgt anasir2 barat, korea, yg masuk dalam kepala sampai tak terasa kehebatan di sebalik peristiwa2 Islam yg sebenarnya jauhhhhhhhhhh lagi hebat dan real...



tepuk dada tanya iman. apa2 hal, sempena israk mikraj ni, jom rewind balik tentang Israk Mikraj ;-





Its amazing... Subhanallah...

 

Friday, May 31, 2013

Berlumba Beramal




Bismillahirrahmanirrahim





Kadang2, bila rasa down ke apa, suka jugak tgk balik keseinambungan ketika cinta bertasbih ni... wlpn rasa watak2 dlm citer tu mcm baik tersangat which i cant put myself into them, tapi kurang2 kena cuba jugak jadi seperti mereka. berusaha utk jadi lebih baik. ni ikut jalan cerita, bkn atas kehidupan peribadi pelakon. 


jadi, selamat hari jumaat semua! ^___^



Monday, April 1, 2013

1st April - What do we do?



Bismillahirrahmanirrahim

JANGAN ada sesiapa yang cuba membuat lawak APRILFOOL (1 April) kerana perbuatan itu diHARAMKAN untuk disambut dan dilakukan walau bertujuan gurau, senda dan menghilangkan tension. Nabi bersabda
ويل لمن يحدث فيكذب ليضحك به القوم ، ويل له
Ertinya: Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud).

Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)
-Ustaz Zaharuddin-
 
 
Jadi... buat je rutin biasa. jgn gatal2 nak aprilfool sgt  B/   nama pun aprilfool, which is by direct meaning ---> april tipu. sakan pulak tu mahkluk seluruh dunia menipu diri sendiri di hari ini. poor. pity... 

but actually, i've been pity myself tooo once ago.. hehe ;}  time duk hostel, pernah la skali kot meng'fool'kan rakan sebaya dan juga di'fool'kan oleh dormate. tp biasa2 je. bangun pagi, 18 ahli dorm dari 20 ahli akan blurr tgk kat kaki masing2 dah ada tag comel... mmg berani mati sgt 2org tu cari pasal pagi2 ng org lain. tp kononnya kan april fool...so takleh marah... huh. 

tp nak dijadikan pedomannya, salah sorang dormate kami pagi tu, bgn nak mandi wajib. tapi dia x prasan dia pun kena jugak, sb dia bgn awal dr org lain. bgn2 terus g bilik air. bila dah siap2 nak g skolah pakai baju, rupa2nya tagging tu elok duk terlekat kat lengan ke bahu dia ntah. hah, x pasal2 kena mandi balik. tp masa tu x sempat la kot. mmg terus rasa bersalah yg amat geng komplot april fool tu tadi... see the consequence?

lepas2 tu mmg byk la dapat tazkirah pasal april fool ni... lepas tu masing2 baru sedar yg haram rupanya celebrate april fool ni. tapi bab2 pranks tu tak sedar2 jugak... hostel tanpa kenakalan, ibarat lagu tanpa irama. haha peace! ;]


Teruskan rutin harian anda
Dont fool around

(^_^) V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...