expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Saturday, September 2, 2017

Bukit Keluang



Bismillahirrahmanirrahim


Sempena cuti umum 4 Sept ni, terasa nak merajinkan diri mengupdate blog  Cerita bln 4 ritu x silap, few days sblm bergerak mencari rezeki di Pilah. Plan gitu-gitu je, so antara yg ada - Pijah-Amani-Zie-Yanah-Thah-and tuan blog. hujung2 tu Tqah join kejap.

Petang khamis carpool kreta zie ke jerteh, sebelum tu jumpa thah kat area sana dan gerak sama2 ke rumah adik pjah. Tp adik dia takde, so malam tu rumah tu kami conquer  Lepas settle solat n rest lebih kurang, kami start prepare utk bbq. Time bakar2 ni mcm2 cerita kelaur. tak sangka, even dh jarang sgt jumpa, bila skali jumpa, throwback cerita2 lama dan update cerita baru, semua like we were going back to our old sweet time .. and it was about 15 years ago! lebiu buddys! 

settle bakar2, sambung makan kat dalam, makin rancak citer keluar. nasib jiran sebelah takde...kot.  dgr tgh mlm kul 2pagi ada lagi bunyi sok sek sok sek terkikik2 tak tdo2 lagi .. dalam pukul 5 kot mcm tu, bangun siapkan bekal tuk hiking. buat mee goreng, sandwich, goreng kopok keping. dalam pukul 7, off we go to bukit keluang 




Muka tak cukup tidur siap sedia utk terjah bukit keluang man 





Dipendekkan citer, sampai la kami kat atas ni... mencabar jugak la utk tuan tanah sampai ats ni, sb dah lama tak join bnda2 lasak, dgn pakai sliper asadi je plk tu..sobs. nak muntah pun ada 
tapi dah alang2 ni, takkan nak patah balik. lagi tak sanggup...
puas hati jugak la bila sampai puncak ni, walaupun matahari dah naik mencucuk2 panas,
dengan manusia lagi ramai dah sampai sini...





Dan dah alang2 panas tu, kita bakor je terus 
Ya Rabbi... time ni, Tuhan je yg tahu betapa panas terbakor nya muka...
tapi sb fotograper (read thah) kata sabor syu.. lawo ni..
maka i pasrahkan je. nasib betul lawa view dia... 
berbaloi terbakor  





ni pjah candid kot. pun sukaaaa... 


lepas dah rehat sminit dua, terus gerak turun. nak turun rasa lagi mencabar dr mendaki. ada part yg curam sgt. dah hujung2 tu ada anak tangga, tp better tak payah buat anak tangga kot, sb lagi longgar lutut rasa turun guna anak tangga ni.. 

apa pun Alhamdulillah, selamat sampai bawah. terus order teh ais, kopi ais, nestlo ais 
yg lain g cari port nak sarapan bekal. time ni tqah dah sampai. bawak bola2 brownies. sedap!
so again lepas sambil makan sambil sembang. bila la lagi nak mcm ni.. rinduuuuu 





us sebelum berpisah dengan pjah n tqah. lepas tu sambung lagi port photoshoot.
yang tu next entry kalau rajin 
till then... selamat hari raya korban 



Monday, December 19, 2016

Reunion


Bismillahirrahmanirrahim

K E E P   C L A M
&
L E T S   R E U N I O N


^_^



Guess what apa yang menstresskan anda bila blogging? ya, taip2 hilang 😭 tak tahu mana pergi... ok, cerita reunion ni, last week terjadi. Kebiasaannya 'reunion' kami 4 orang je. haha. sounds sad rite? no, not at all. infact, 4ketul ni dah cukup meriah tiap kali jumpa. nampak je muka masing2 dah sengih, tak bukak mulut lagi tu 😄



Last year gathering with wajah2 kesayangan...chia chia chia 😄


Tapi kali ni May bagi idea untuk buat open reunion. Ada la tambah 4 orang lagi termasuk 3suami org. Sebenarnya mmg payah kalau nak organized reunion besar2an. kena ada komitmen lebih. pastu tarikh kena kebanyakan org available. wish juga suatu hari nnt dapat kumpul semua satu batch, confirm meriah. tapi tula, tak tahu la bila labu...

Dan reunion kecil2an ni pun ada kelebihan dia, paling penting semua dapat catch up story, sb liqa kecik je, so senang duduk dkt2 sambil makan sambil sembang. Konsep jamuan pot luck.





Kek tajaan cik jah kita. Dark choc dari Harrods Bread. A bit manis, tapi puas hati la beli kek ni, moist sesangat. Tq cik jah!




Menu lain - kambing grill - bihun - beef bread lasagna - bihun goreng - kepok keping - sandwich - aiskrim kon n roti - nugget - kepok lekor - kuih muih - terima kasih semua yang bawak makanan sedap2 😍 ada lebih semua tapau bawak balik, good 👍





Kami reunion kat Pantai Teluk Ketapang. jumpa spot ni sangat cantik! dekat tepi pantai, tapi belakang tu ada macam tasik kecik. plus pokok ru ganti pokok pine, boleh la nak feeling2 swiss, tak pun jeju island 😂😂 tapi memang best picnic atas rumput bawah pokok ru, angin plk menderu2 💓💓
Belon2 tu plan nak bagi budak2, tapi ada bawak tali skali, so kita buat deko dulu sementara, just nice kan? ^_^






Sembang gelak makan sembang gelak makan 😄
Laugh are priceless!






Percubaan meng'wefie'kan diri  👯





Wefie berlatarbelakangkan Jejudo  😊
Banyak lagi gambar wefie, tapi cukup la ni satu buat tatapan dlm blog,
yang lain simpan buat tgk sorang2 gelak sorng2 😷





-Thats the end-
 ^_^

p/s : next time panjang umur ketemu lagi 😄✌



Thursday, August 21, 2014

Raya wif kinah


Bismillahirrahmanirrahim



25 Syawal 1435H

syawal lagi kan? boleh citer raya lagi kan? ^_^
tahun ni kinah raya ipoh, jadi lepas seminggu raya baru balik tganu...
seminggu jugak duk kg, jd sempat la dtg braya rmh kite,
awal2 dah tanya nak makan mana,
sebab memang dah takde apa nak jamu kat rumah,
dan tak berape rajin nak masak =P

jadi plan asal nak bawak kinah n family makan kat warong pok nong
tapi... alahai la hai...
dan2 ptg tu pok nong n the geng duk gotong royong kemas kedai...
maka berlalula kami dengan membuat u turn balik...
takde rezeki lagi si shbt nk rasa sotong gunting yg glemer itu..
takpe, hujung bln ni harap2 ada rezeki ye =)





takde pilihan lain, ajak g kedai pok long kat pantai teluk ketapang
kedai ni selalu memang penuh jugak pengunjung,
tapi bg tuan tanah, tetap tak blh celen pok nong,
pok nong is the best, harga murah, makanan tip top,
percayalah!

cuma kat sini ada ketam, tp jarang2 jugak sebenarnya ada,
dan jarang2 jugak orang amik,
sb harga dia sekor rm18, haha harus makan dgn kulit2 skali
makan ramai2, takkan nak amik sekor je kan?
kirim salam. beli sekilo buat goreng berlada lagi sedap,
makan kat rumah ketuk dgn lesung, pueh ati.





pilihan kami. ada lagi kat depan tu...
sotong tu, sotong tuuu...
baru nak gebang kat kinah kesedapan sotong gunting pok nong,
skali bl dpt sotong yg ni, laa hai...
liat bg kucing pun patah taring.
nasib baik ikan best,





gambar yang mengundang rintihan mak2 buyong kat fb, haha
lawa kan gambar kamera asus zenfone ni?
takde edit apa pun ni, resize dgn watermark je,
dah taraf2 dslr ni, ehem B)

abc ni ok la,
standard best,
cuma kalau kurangkan manis sikit lagi best







kan... dalam tak brape best tu,
tinggal serdak jugak kan...
mesti, mahal kot bayar,
patah gigi pun patahla...  =D

time ni duk lawan snap pic,
tolak pinggan semua biar nampak orang sana yang makan lagi banyak,
makin nakal mak ayah Acad ni ^_*





last pic wif acad n mummy dia
makin kurus aih mak acad ni...
nah, want my kilos? please.... ("___")

settle makan,
teruskan misi cari homestay
family belah mertua kinah nak g redang trip cuti merdeka nanti,
jadi cari homestay dekat2 area ni,
susah jugak nak cari, banyak yg dah book 30, 31 ogos tu,
tapi last ada la rezeki tuk diorang,
selamat bersnorkeling ya, pakai google ketat2 intai nemo okey =)

btw tenkiu nah datang raya ng kita,
kita terharu awak ingat kita...
belanje kita lagi tu...
*jgn pitam nah*
lebiu.


Tuesday, August 12, 2014

Syawal '14 - Walimah Wa



Bismillahirrahmanirrahim

Raya keempat. Walimah wan salwa a.k.a Wa nama manjanya bersama pasangan beliau ahmad fattah. ala-ala ad hoc jugak majlis wa ni, tuan badan pun macam tak percaya dia akan kawin raya ni. tapi Allah dah rancang yang terbaik kan, maka segalanya dipermudahkan. Alhamdulillah =)

Kali ni pergi bertiga, cik peguam datang amik. pergi dalam pukul 11 sebab konon nak saing budak2 besut - norsita n pijah, tapi agak takde makna saingnya. kami siap makan semua diorang tak sampai2 lagi. saing sangat. takpelah, tak ada jodoh namanya... harap2 lain kali dapat jumpa. 

pn teha pun satu hal lagi. punnn tak sempat jugak nak jumpa. lambat mengalahkan orang datang dari jauh, padahal rumah sepelaung pun sampai. adeee je alasan dia. hetcu. sedih tak sempat nak beraya ngan hani. sampai hari ni pun tak sempat lagi... takpe, k.syu simpan duit raya hani tahun ni, forward utk tahun dpn. forward ya, bukan double. save bajet ai. 

sampai rumah wa, semua dah settle, family fattah pun dah nak balik. jadi kami amik bahagian kat makan2 dulu. jumpe cik yanah n kwn dia. cik yanah dah kerja hari ni. adan uke dia. haha. kejap je la pun duk sembang2 sambil makan tu. nampak dah clear sikit orang, naik atas pulak. 






pelamin adhoc. disponsor sehari sebelum. biasa kalau kenduri lepas raya, vendor akan pasang sebelum raya lagi kan? haaa ni spesel. rezeki pengantin baru namanya. nice. saya suka ^_^






lakonan semula sebab sebelum tu dah sarung kat surau.
wa comel kan? eh jgn la tuan dia baca entry ni...







kami. semua x-smaasza. fatah tu tak la, dia ore pasir puteh.
medic mansoura *betul ke tak tah eja*





waktu perjalanan balik dari rumah izzah. waktu2 raya memang bandar k.trg akan bertukar sesak macam bandaraya k.lumpur. haiii mmg mintak maap la nak bermastautin sana. selagi hidup tak terdesak, biarlah daku damai di kampung. seminggu lebih hadap jem macam ni pun rasa macam eiii... stress! time ni lg stress sb bertemu jodoh dgn ambulans dari belakang. cuak? yes. lagi cuak org tak bagi masuk jalan balik. tapi terima kasih ats kecekapan driver ambulans, elok je lalu tak kena siapa2. syabas.






Summary- buat wa sayang ;
- jangan nakal2 dah pasni
- please behave ok
- please be matured mcm tuan belog ni
- sila khatam buku panduan masak memasak, nak masak utk 'ketua chef' kan?haha
- tahniah utk jodoh yang tak disangka! ke sangka? eh. haha
- selamat berbahagia bersama kasih Ilahi
- saya gembira bl anda bahagia ^__^
- ikhlas dari saya -x-dorm 7A... smaasza =)



Monday, November 25, 2013

Allahyarham Tuan Faris Tuan Yahya




Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya tak buka blog.. eh buka, update je tak boleh :(
ermm..update kali ni, diusahakan atas nilai rasa atas kehilangan seseorang...





22 Nov 2013, Jumaat, 7.59 mlm

salam, tau dh ko ckgu faris xdok? eksiden td..
kak as kol akak lps mghrb




sms dari kak huda. saya dalam keadaan santai melayari internet waktu itu.
saya baca sekilas lalu. xdok? pergi mana? eh eksiden?
2-3 kali baca, baru nampak jelas nama ckgu faris.
eh jap2, cg faris suami k.hasmad? abg wani?
subhanallah...
makin berulang saya baca sms tersebut, makin bergegar rasa jiwa.
dalam keadaan perasaan yang huru hara, 
saya ke bilik mak, 
cakap abg wani, tuan faris dah takda...
dan sama seperti saya, mak terpinga2...
takda ke mana?


sukarnya untuk menyebut perkataan mati bagi menjawab soalan tersebut..
lidah terasa keras.
tapi saya lafazkan juga untuk berita pahit yang sukar diterima...


call kak huda, bertanya itu ini..
call k.hasmad, tak berjawab.
selang ketika kemudian, k. as call balik,

tp bila saya jawab, saya sendiri tergugah untuk bertanya.
dan kami hanya berbual seketika, 
k.as pasti masih banyak yang perlu diuruskan...


Allahyarham dan keluarga masih tidak pulang ke kampung bersama keluarga
kerana beliau bertugas sebagai pengawas peperiksaan spm di p.pinang.
Beliau terlibat dalam kemalangan pada petang jumaat.
Jenazah Allahyarham terus di bawa pulang ke pasir putih selepas keluar dari hospital
dan selamat dikebumikan di pasir putih pada 23 Nov 2013 jam 10.20 pagi.
Al-Fatihah.


Siapa Allahyarham di mata saya dan mereka yang mengenali...

Saya mula mengenali Allahyarham melalui adik beliau - Tuan Hazwani. Wani adalah roomate saya sewaktu di upsi selama lebih kurang 3semester. pertama kali mengenali kak hasmad melalui saya, wani berkenan untuk menjadikan kak hasmad sebagai kakak ipar beliau ;)

saya setuju 100% =) walaupun tidak pernah bersua dengan abang beliau waktu itu, tapi berdasarkan cerita adiknya, saya yakin lelaki bernama Tuan Faris mampu menjadi imam yang baik kepada kak hasmad =)

kami mula mengusahakan jalan ke arah menyatukan mereka berdua. dan benar, mendirikan masjid mengikut syariat bukan mudah. ada hati yang gelisah, keliru, ragu-ragu, semuanya konflik yang harus ditempuh oleh setiap pasangan. kadang-kadang saya dan wani tertawa sendiri memikirkan mereka, kita yang adik-adik pula pening memikirkan mereka ;)

tapi saya yakin mereka adalah pasangan yang saling melengkapi. saya yakin k.as adalah calon isteri yang terbaik untuk abg wani, dan wani pasti lebih mengenali abgnya untuk menjadi suami yang terbaik bagi k.as.

mengenali k.as, dia ank sulung dalam keluarga. dalam kalangan kami sendiri di kab, upsi, dia juga k.long kami =) saya sayangggg sgt dia sb dia selalu blurr...hihi ;) dia baik, hatinya cukup sensitif terhadap perasaan sahabat. pernah sewaktu saya ditinggalkan sendirian di kab, dia menangis semahu2nya... ya long, dik su masih ingat waktu itu... 

dan ckgu faris, saya mungkin tidak layak untuk menyentuh perihal dirinya lantaran kami hanya beberapa kali bertemu. singgah di tg malim bertemu wani, sambut menantu, dan yang terakhir, hari raya baru2 ini...
mungkin kerana itu adalah aturan pertemuan terakhir, Allahyarham, k.as sekeluarga memilih untuk pulang ke p.pinang dari kelantan melalui lebuhraya pantai timur (kl) dan singgah di terengganu terlebih dahulu.

salah satu sebabnya, mereka masih trauma dengan kemalangan yang pernah dilalui di Grik sewaktu PRU 13 yang lalu. walaupun kemalangan tersebut sangat tragis, dan salah seorang kakak wani yang menjadi penumpang pernah koma akibat tercampak keluar, tapi Alhamdulillah, semuanya masih selamat...





kenangan di hari bahagia mereka...
Nurul Hasmad dan Tuan Faris
entry asal di sini




ketika singgah berziarah ke rumah, Allahyarham sempat menolong jiran saya yang terputus bekalan elektrik. kebetulan jiran sebelah waktu itu tiada lelaki di rumah mereka. dan faktanya di sini, saya dan jiran sebelah adalah sgtttttttttttttttttttt jarang berbual, mak pun sama kot, lebih sikit je dari saya mungkin ;) tapi, Allahyarham yang memang terkenal dengan sifat ramah, langsung tidak kekok membantu...

ketika bertemu Allahyarham, mak sendiri tidak kekok untuk berbual dengan beliau. perkara yang jarang2 berlaku memandangkan saya sendiri bukan ada kenalan lelaki sangat, apalagi untuk datang ke rumah. dan mak saya pemalu, tapi sifat peramah Allahyarham memecahkan rasa kekok itu. 

peramah - satu sifat yang saya kagumi tentang beliau. saya yakin, sesiapa sahaja yang pernah mengenali beliau tidak akan berasa canggung untuk meneruskan persahabatan dengan beliau. 

sebelum bertolak, Alhamdulillah, saya sempat menjamu mereka hidangan tengah hari yang tidak seberapa... dan saat kereta mereka bertolak, saya baru tersedar hari ini bahawa itu adalah pertemuan terakhir dengan Allahyarham... subhanallah, dari Engkau kami datang ya Allah, kepada Engkau kami kembali...

Hilang sudah salah seorang pemuda agama, anak yang soleh, abang yang bertanggungjawab, suami yang penyayang, ayah yang pengasih, teman yang peramah, guru yang berdedikasi, dan salah satu watak muslim yang baik di muka bumi ini...

betapa sukar saya untuk mempercayai kehilangan ini, pasti ia lebih berat kepada mereka yang punya pertalian. keluarga, sahabat, saudara mara... semoga mereka kuat.

dan untuk kak hasmad... 
yuha bangga menjadi penghubung cinta kalian walau tidak seberapa,
walau kalian berjauhan seketika -suami di johor, isteri di penang,
tapi akhirnya Allah hadiahkan percaturan yang lebih indah.
si suami ditukarkan ke penang, ke sekolah yang sama,
dan duduk di meja bersebelahan...

dan kini, mungkin segalanya memilukan...


k.long, yuha tahu, betapa banyak datangnya perkataan sabar 
dari mereka yang bersimpati, ia pasti masih jauh untuk mengubati kehilangan ini... 
yuha sendiri hilang kata-kata untuk menelefon k.long lagi,
terasa kerdilnya diri ini dalam membantu menenangkan k.long...
Allahurabbi...

k.long,
yuha tahu, sedih ini akan berulang walau k.long cuba menghadapinya dengan redha.
hati isteri... yang masih baru dalam menyulam cinta bersama suami tersayang..
tiba-tiba pergi tanpa isyarat...
Allahuakbar. Allah terlalu menyayanginya...terlalu...


dan Allah juga sayangkan k.long, terlalu sayang...
yuha yakin, k.long mampu, 
k.long kena kuat, kuat demi Husna Awatif dan Ikram...
mereka mungkin telah kehilangan abi,
tapi mereka masih ada ummi yang kuat, kan?


Allahurabbi...maaf k.long,
yuha sendiri sebenarnya tidak akan kuat jika berada di tempat k.long,
dan kata-kata ini, bukan kerana yuha kuat jika ditimpa ujian yang sama,
tapi sebagai sahabat yang paling lemah, 
hanya doa dan kata-kata yang mampu yuha hulurkan untuk kak long dan anak-anak...
Semoga k.long tabah menghadapi hari-hari mendatang...
sayang k.long.

AlFatihah untuk Allahyarham Tuan Faris Tuan Yahya.
semoga rohnya dicucui rahmat
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
sentiasa tenang dan lapang kuburnya...
aameen....



Saturday, June 15, 2013

Wedding Fadhilah - next scene



Bismillahirrahmanirrahim


sambung gambar akad nikah semalam...

disclaimer awal2 :
gambar semua dikidnap dari fb OP fadhilah > Chalet Cinta
mintak halal ye tuan op,
i cant stand to not kidnap yr pics,
sebab semua lawa2... ^___^













holoh holoh.. cute sgt makcik ni ;)







resepsi kat semenyeh... pink kaler...






kemain meriah outdoor die tu =D





sambut menantu, kuala selangor tak silap...
suka baju d bride tu, peplum! ^__*






dalam byk2 outdoor, paling suka kalau shoot kat sawah padi
lagi2 yg tengah menghijau mcm ni..
subhanallah... cantik!






nostalgic =)






amboih die.. B)





last not least....






hihi... last time jumpa kenduri w.syuhada tahun lepas,
rindu kamu... cptnya masa berlalu...
rasa mcm baru je lagi balik skolah naik beskal sama2..
tsk t__t


btw, i'm happy for u.....!
ingt, jgn kawan sampai form 5 je, huhu,
sampai anak cucu cicit cuit pun we're still 'geng'...
insyaAllah dunia akhirat i hope =)

so dear,
selamat pengantin baru,
hadiah kelim raya nanti okeh ;)
moga berbahagia selamanya...
dimurahkan rezeki yang berkat, 
anak yang soleh solehah
aameen... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...