expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 30, 2010

.: Jumaat dan Terengganu... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri."

Dari semalam mata tak leh lelap. Whats going on me? amnesia? huh...penyakit susah nk tdo malam kembali lagi... Waktu ni, surau dah berkumandang dengan bacaan suci al-Quran. Sekejap lagi Subuh. erghh..alangkah indahnya jika saat ini jasadku berada di kampung. Suasana di tg malim jauh berbeza dgn kampungku, Durian Burung. Nun jauh di sana, hari jumaat bagaikan hari raya. Ntah bagaimana nak diungkap, tp setiap jumaat yg kami lalui terasa 'hidup'. Teramat rugi jika terlewat bangun pada hari tersebut.


Kecuali Terengganu, Kelantan, & Kedah, negeri2 lain menyambut Jumaat seperti biasa, tiada apa yg istimewa. Terpaksa bekerja seperti hari2 biasa. Dan aku juga terpaksa 'adapt' dengan suasana sebegini, hingga kadang2 aku lupa akan kehadiran hari Jumaat sejak belajar di sini.

Namun hingga hari ini aku tetap meyakini akan keistimewaan hari Jumaat. Setiap perkara terasa indah pada hari Jumaat. Walaupun kelak Jumaat adalah ketetapan bagi Kiamat, tp aku tetap rindukan Jumaat. Jumaat di Terengganu...

Monday, April 26, 2010

.: Sengketa :.

Bismillahirrahmanirrahim

"Berulang kali mencatat-utk pesanan diri sendiri,jika dapat dikongsi,moga menjadi kifarah pada tiap kekhilafanku..."
-bakal mencatat dgn amarah dan hasutan yg masih bermaharajalela-

Situasi 1 :
Ani dan Iza bersahabat baik. Tunang kepada abg Iza adalah shbt Ani juga. Suatu hari, Ani dan tunang abg Iza berselisih faham dan si tunang telah mengadu kepada Iza(bakal adik iparnya ttg perihal Ani). Dalam keadaan yg tertekan, Iza menceritakan hal tersebut kpd abgnya.
Persoalan : Perlu ke Iza mengadu kpd adik iparnya?
Expectation : Tentu sekali abg Iza menggagap Ani sbg beban kpd adiknya. Lalu tidak terkesankah perasaan dan maruah Ani atas situasi ini?

Situasi 2 :
Ada sorang budak, baru masuk U. Kat hostel, dlm rumah yg didiaminya, cuma dia sorang je yg xde laptop.So alasan tiap kali x siap keje,xleh nk bg komitmen pd group assignment, adalah sb dia xde laptop. Bl org bg pinjam, duk men facebook 70% melebihi kadar wat tugasan. Solat pon jarang2. Tapi muka dia happy je, siap blh nyanyi2 dlm rumah. Suka bergayut ng pakwe.
Persoalan : Mcm mana nk berdepan ng org mcm ni?

Saya tak suka mencatat kedua2 situasi di atas. Tak seronok langsung. Tapi utk koreksi diri balik, saya harus. Sama ada ia berkaitan dgn diri ini atau tak, bukan satu perkara penting, yg penting, sciter ni antara dapatan pengalaman bersama manusia yg pelbagai jenis. Analisis dapatan harus diimplementasi utk koreksi diri sendiri balik. Huh,mcm nk buat tesis.

Sekian,coretan satu malam,ho3..!

Innoncent nye muka...comei...
gambar sekadar penghias + penceria entri yg celaru.

Saturday, April 24, 2010

.: Segenggam Tabah :.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan dan peluang untuk mencoret,dengan izinNYA... Catatan kali ni berkaitan dgn seorng pelajar UPSI baru saja sembuh dari penyakit laptospirosis(kencing tikus), juga koma sejak Oktober 2009. Wan Aini, sorg mahasiswa pengajian Malaysia, baru shj menjejakkan kaki ke upsi ambilan Julai 2009, namun takdir Allah siapa yg menduga. Ntah di mana silap atau cuai sbg asbabnya, Wan Aini disyaki menghidap denggi. Namun setelah beberapa kali ujian dibuat, pihak perubatan baru mengesan penyakit sebenar Wan Aini. Rawatan utk penyakit denggi pada awalnya mmg tidak mmberikan kesan kpd Wan Aini. Kes yg sama berlaku kpd arwah Din Beramboi, ttp sebaliknya Din Beramboi terlebih dahulu dikesan menghidap laptospirosis. Sewaktu akhir hayatnya, pihak perubatan baru mengesahkan Denggi Berdarah sbg punca kerosakan organ dalaman beliau.


Berbalik pada cerita mahasiswi yg td. Pasti ramai yg bersimpati pada nasib yg menimpanya. Tp padaku kekaguman pada semangat mengatasi luahan simpati. Pada ketika usia remaja yg kebiasaannya memerlukan fizikal yg sihat utk melakukan pelbagai aktiviti, tangan dan kaki Wan Aini dipotong akibat kesan hitam oleh jangkitan kuman laptospira. Seakan mimpi ngeri bila membayangkan sewaktu terjaga esok, kita sudah kehilangan pinjaman yg berharga - tangan dan kaki. Pasti yang palsu takkan mampu mengatasi kehebatan ciptaan Ilahi.

Jika ujian itu tertimpa padaku, belum tentu jiwa yg kerdil sepertiku dapat menahannya. Ntah bagaimana kelak kehidupan akan berlangsung. Menyambung pengajian yg berbaki 7 semester lagi, tak keruan hati memikirkan.

"Wan Aini, anda memang tabah!"
-speechless-

Wednesday, April 21, 2010

.: stress out in shah alam :.

Bismillahirrahmanirrahim

Betul la, bila tak consistent dlm menulis ni, bila tinggal lama2 sket dah rasa malas nk post entry yg baru. tp mana blh...jgn sia2kn blog anda,hu2. citer hari ni adalah rentetan citer 2-3 ari lepas. Alhamdulillah, slmt pergi dan balik dari Shah Alam. Hajat di hati nk singgah kejap jer, tp jd lame plk sb kes renew no celcom yg kena curik. Sementara menyettlekan no tersebut, sempat jugak 'menyettlekan' beberapa aktiviti ng spupu2ku yg sporting n best (ayat bodek...hu2). The story based on the picture below ^_^

Sampai kat ktm, k long satu family dtg amik. mekasih k long =) pahtu lepak dulu rmh k long sementara tunggu k ngah n mad dtg,ingt nk renew no terus, tp kerana kealpaan diriku, baru sedar yg celcom centre tutup kul 12 tgh hari.sorry k ngah n mad, hu2. gambar kat atas ni time semua ada, a.ju ng k fiza pon datang, sblm deme p hospital. k long tgh bergayut ng m.long. budak2 kecit tuh sibuk ng urusan sendiri...but it was really happening to see all of us being together like this ^_^



org lain duk bising2, dia leh tdo lena...




Rohadatul 'Aisy-masham muka lepas kena usik ng abg mujahid. tp still comei =)





okeh, ni citer utama-our 'trip' to i-city. Kami bertolak dlm pukul 11 lebih, lepas makan2 semua. plan yg x berapa dirancang elok2-akibatnya bersesak2 ng jam sebelum dpt masuk tempat ni. sies kena sabo duk main tekan break. ramai bebenor org dtg sini, lagi la bila mlm minggu mcm ni.






Akhirnya, lps sekian lama nk g parking kereta, alhamdulillah, kami dapat gak masuk kat tempat ni. nk dijadikan nasib baiknya kami, lepas je masuk dlm bangunan ni, terus guard tutup pintu masuk.tinggal pintu keluar je. dia tutup kul 12 rupanya kat dalam. so cpt2 la snap mana yg sempat, xleh nk posing lama2. yg x sempat tu lg la bengang, ada yg merayu2 ng pcik guard nk masuk amik gmbr kat dlm, tp tak dibenarkan gak... sies cantik kat dlm ni, maklum ler x pernah g tempat2 sejuk n ber'salji'





kat luar bangunan pon cantik jugak. tp xleh lama2 gak utk posing, sb kena kejar masa, takut yg kat luar ni diorg tutup jugak. alang2 dtg mesti nk redah semua tempat kan, kalau tak rugi jer...



mcm dlm citer alice in wonderland  =)




K ngah n Zarif Arfan





winter sonata






new married couple - a.ju n k.fiza





ada style tu photographer ;P:P:P













mlm last sblm balik, k fiza bawakkan laksa pinang. sedappp,  pandai k fiza masak, sampai naik mendadak husband dia, hihi.

in the end, i was happy to see all those guys...
-tq k long,a.long,k.ngh,a.ngh,mad,a.ju,k.fiza-



Thursday, April 15, 2010

.: Sistem Dunia :.

Bismillahirrahmanirrahim

Mcm serius jer tajuk ari ni =)
But truly deeply-i'm getting stress with those world system. Kerana dunia punya peraturan, manusia menghukum dan mengadili setiap individu berdasarkan sistem dunia. Sedangkan dunia sendiri ditadbir oleh manusia yg lemah, walaupun diangkat sbg khalifah bumi, namun seberapa ramai yg benar2 meletakkan dunia sbg persinggahan semata-mata. Tak disangkal peraturan itu perlu, utk menghukum sesiapa yg bersalah. Dan entri ni pun takkan menyentuh soal hukuman bg kes2 juvana atau sivil dll.

Cuma ingin disentuh soal kehidupan sekeliling kita. Contoh mudah, kerana ijazah adalah penting utk dptkan kerja, jd ibu bapa begitu mengharapkan anak2 dpt buat yg terbaik demi segulung ijazah. Malah terkadang sesetengah ibu bapa malu jika anak mereka bukan di kalangan yg terbaik dlm akademik. Anak-anak yg cemerlang dlm setiap peperiksaan besar dijulang namanya. Anak-anak yg tercorot dlm pelajaran seboleh daya disorok namanya. Jika suatu hari anak2 yg cemerlang itu terkandas di peringkat akhir pengajian, bagaimana reaksi mereka? dan jika anak2 yg tercorot tiba2 mendapat rezeki yg melimpah ruah, bagaimana mereka ingin menyanjung balik nama baik anak itu? Adakah apa yg terjadi berpunca darpd anak2?

Hakikatnya sistem dunia menghala kpd kebendaan... Ibu bapa terasa tak terbalas jasa jika kelak anak2 tidak dpt berikan kemewahan kpd mereka. Anak-anak juga dihala matlamat kehidupan utk mencapai kekayaan. Belajar jd itu ini, nnt dpt gaji besar2 blh bantu mak ayah. tak terfikirkah mereka bahawa jasa itu lebih penting utk dibalas di alam kubur, di akhirat? bukan yg kaya tak ingat mati, tp hmmm... jika tak ditekankan sejak dari awal bahawa yg lebih penting adalah kg akhirat sbg tempat abadi, maka berlangsunglah keturunan yg sentiasa berusaha mengekalkan kemewahan hidup...

Termasuk diri saya sekarang, terlalu byk impian yg tak tertanam utk akhirat sana. Saya tak pernah taksub utk memiliki istana, kenderaan mewah,keluarga bahagia di dalam syurga. Sesekali mndengar ceramah, terasa insaf seketika mengenangkan nikmat syurga. Namun hari2 yg mendatang, impian saya masih pada ingin membina rumah baru di kampung kelahiran, ada Honda CRV new edition utk p kerja, dan DSLR utk shoot gmbr cantik2. Mana tempatnya syurga di hati? Kalau tanya siapa2 pon nak masuk syurga, tapi gerak kerja ke sana? tepuk dada tanya iman...siapa yg suka pada kematian? tgk gmbr jenazah,kubur,keranda saja semuanya tutup mata. Sebut saja pasal sakaratul maut, semua alih topik. tp kalau bercakap a.ka. mengumpat ttg arwah yg telah pergi, no 1. Dalam pada jenazah masih berada di dlm rmh pun blh lg sembang2 psl dunia...itulah antara aktiviti yg tak diamalkan oleh penghuni syurga... bagaimana sekalipun peringatan ttg mati itu datang, kita masih memandang sepi, memekakkan telinga...





2 org budak yg masih belum berdepan dgn serius dlm sistem dunia...
nnt citer mereka menyusul.
sekarang tgh rindukan mereka yg teramat...bila nk ketemu ni...T_T



Tuesday, April 13, 2010

.: Macam2... :.


Bismillahirrahmanirrahim

seperkara yg manusia mcm kita rasa bila tgk org lain buat salah, mesti timbul syu'zon kat hati...walaupun pada masa yg sama, byk lg perkara yg perlu dibetulkan pd diri sendiri...termasukla yg tgh menulis ni...dalam lafaz kata2 atau pun tulisan mungkin kita blh kata yg baik2, tp semuanya adalah 'fail sulit' yg tersimpan kemas dlm hati... hanya kita dan Allah yang tahu. moga-moga Allah tutup aib kita dan berikan kita jalan taubat...





credit to Berita Harian

Antara topik utama Berita Harian hari ni - Kena Cekau Dalam Surau. tgk pd gmbr ats ni, dh blh agak apa yg diorg duk buat kn? yg ni mmg pyh nk di'husnuzon'kn...pakcik cleaner kat area Taman Rekreasi Waterfront ni ckp dia leh tgk maksiat dlm 10 kali sehari.huh, melampau! lg melampau bile pcik tu tegur, ada yg wat kuar pisau! blh mcm tu??? xpe2, nnt saya sarankan MBKT bekalkan pcik ng M16, biar berkacip gigi spesis yg rare mcm ni.





Taman Rekreasi Waterfront, Kuala Trg

Wlpn x pernah singgah kat sini, tapi tmpt ni terlalu cantik utk dicemarkn dgn perkara bodoh mcm tu. rasa geram yg amat pd muda mudi yg xde keje ni. tak bc paper ke psl kes buang bayi?silap2 hrbulan korang slh sorg yg mendermabayi kat tong sampah nnt. tp apa mereka peduli pd isu semasa? selagi natijah tak terkena pd diri sendiri, nk mengelak dan bertaubat tu mngkin negatif %...





abg dan adik...

Dan yg ni satu lg...where were their parents??? kalau yatim piatu, mana JKM @ saudara mara yg lain? macam mana dgn masa depan mereka? apa nasib mereka slps ini? ishk...blh berterabur air mata kalau tgk gmbr ni lama2...hmmm...bila terasa diri sendiri paling malang dlm dunia, tgkla gmbr ni puas2 syuhada...apa sgt la ujian yg Allah beri selama ni?






.: Rindu... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Align CentreKampungku yg permai...

Tempat ni biasa je...terletak kat area Kuala Trg, tak jauh dari bandar. Nama Durian Burung tak siapa tahu asal usulnya. stakat nak mereka cerita mcm dlm subjek Kajian Tempatan dulu blh la - pada zaman dahulu di sebuah kampung terdapat banyak pokok durian dan burung-burung bertebangan di sekitarnya. Apabila seorang lelaki tua menjumpai tempat itu, dia lalu mendapat ilham untuk menamakan tempat itu sebagai Kampung Durian Burung. Sekian. *tepukan gemuruh*


Istimewanya terletak pd kenangan... tmpt kelahiran, tempat belajar, bermain, jatuh menangis ketawa suka-duka lebih drpd 20 tahun...kebanyakannya tercatat di sini... saksi kedewasaan spnjg usia...
miss u my Kampung!!!


Sunday, April 11, 2010

.: tak tercapai... :.


Bismillahirrahmanirrahim

citer 1- lawatan ke VRI, Ipoh ari tu. Terima kasih pd adik2 yg sudi menunggu...^_*
xde apa2 yg special ttg lawatan ni, cuma perbualan dgn Dr Syakirah tinggalkan kesan yg mendalam dlm diri. Tak pernah hadir seorg manusia yg baik spt beliau spnjg prjalanan hidup. Acapkali juga kecewakan dia, sama ada sengaja atau pun tak, tp dia masih tetap tersenyum. manis. ikhlas. tak sempat hulur tangan minta maaf, dia dulu tanya khabar kita. Rasa malu dengan diri sendiri, rasa segan dan terharu dengan Dr. Dan spnjg perjalanan ke Ipoh, terlalu byk kata2nya yg membina semangat utk terus berjuang. Tak kala putus asa sering bermain dlm fikiranku, dia tak jemu2 memandang positif pd prjalanan hidup ini...syukran ya Muallim

Dr Syakirah, terima kasih dan mohon maaf yang teramat...

Citer 2-antara gesaan hati nk ke Shah Alam, dan kekangan masa plus x sampai ati nk tinggalkn rumate sorg2, last2 masih di sini...tak kuar p mana2 pun...
dah lama tak dgr citer dari kg, rindu...

Tuesday, April 6, 2010

.: yang diraikan :.

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, semalam yg sibuk dh bertukar sedikit lega hari ni. Dan juga syukur ke hadrat Ilahi, kerana menambah usia buat housemt tersayang-Noorul Asma, malah diberi kesempatan untuk kami meraikan sekadar termampu. Seriously mmg penat yg amat hari semalam... tp ulang tahun kelahiran bukan sesuatu yg berulang byk kali dlm setahun, jd apa slhnya korbankn sedikit waktu rehat utk dijadikn kenangan bersama teman2...


Plan berjalan agak lancar ng zue, teman housemate jugak, even masing2 sibuk dgn kerja sndiri. Kalau ikutkan, kami ke Kalumpang smlm, niat di hati nk berendam lama2-selam semua stress dlm air tu, tp apakan daya...semua terletak pada perancangan Ilahi.

Jadi kami decide celebrate besday ni kat restoran yg agak ekslusif (standard eksklusif bg org yg xde keje lg =) , Teratak Abe-tempat yg byk tinggalkn kenangan dlm diri...Makanannya x se ok restorannya. Lagi best mknn kat cafe kot.




Cheeze Choc yg + sirap bandung





Kuew Teow Goreng





Mine- Nasi Goreng Daging Merah




Nasi Goreng Kerabu

Malam tu kami seronok berbual2 sambil mkn2
moga silaturahim itu indah lebih dari biasa...ameen..
eniway, eniwhere, for dearest Nurul :

As long as we know you,
it was a beginning of a pray
for u to have a brigth day in a love from Ilahi...

-Selamat Ulang Tahun Sayang-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...