expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, April 30, 2010

.: Jumaat dan Terengganu... :.

Bismillahirrahmanirrahim

Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya Fitri."

Dari semalam mata tak leh lelap. Whats going on me? amnesia? huh...penyakit susah nk tdo malam kembali lagi... Waktu ni, surau dah berkumandang dengan bacaan suci al-Quran. Sekejap lagi Subuh. erghh..alangkah indahnya jika saat ini jasadku berada di kampung. Suasana di tg malim jauh berbeza dgn kampungku, Durian Burung. Nun jauh di sana, hari jumaat bagaikan hari raya. Ntah bagaimana nak diungkap, tp setiap jumaat yg kami lalui terasa 'hidup'. Teramat rugi jika terlewat bangun pada hari tersebut.


Kecuali Terengganu, Kelantan, & Kedah, negeri2 lain menyambut Jumaat seperti biasa, tiada apa yg istimewa. Terpaksa bekerja seperti hari2 biasa. Dan aku juga terpaksa 'adapt' dengan suasana sebegini, hingga kadang2 aku lupa akan kehadiran hari Jumaat sejak belajar di sini.

Namun hingga hari ini aku tetap meyakini akan keistimewaan hari Jumaat. Setiap perkara terasa indah pada hari Jumaat. Walaupun kelak Jumaat adalah ketetapan bagi Kiamat, tp aku tetap rindukan Jumaat. Jumaat di Terengganu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...