expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 31, 2012

.: Merdeka Raya (sgt) :.


Bismillahirrahmanirrahim


rembat gmbr iklan MAS

Selamat hari jumaat. Selamat Hari Merdeka =) Selamat bercuti tuk yg keja hr jumaat. siap ada yg balik kg semula nk sambung cuti raya. kemain. yg duk jauh2 mcm sabah sarawak tu pasrah je la. are u ok izah? haha. hey beb, we do miss u. mcm kejap je kan beramah mesra cuti raya br ni. bl lg nop ronda2 kota raya? london? paris? pasir tinggi? kekeke. sebut pasal jln2, rasa nk dedicate lagu ank kg je ke mu.. 

"tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada adapun bapa punya
Apa lagi belanja mau bayar berian
Kahwin sama kamu..."

haha. besh dop? biar adop kaitan pun baris2 bwh tu. 

tgh mlm smlm ada la jgk dgr suara2 sumbang memekik kat tgh jln. merdeka sgt la tu. kesiannnn kan. nama je celebrate merdeka, tp jiwa, akal... hmmmph. i think they didnt know what is merdeka it is. kesian3...
btw, i did not plan to write on merdeka. niat di hati nk update sambungan raya 5 ritu. tp tetiba je tertaip benda lain. so kita continue yg tu kat entry lain la yeh. skang tak sempat. mak ajak balik kg, bersih semak samun =_='

k bai.

Thursday, August 30, 2012

.: Raya ke 5 - teaser :.


Bismillahirrahmanirrahim


Lama tak ber'teaser2' ni. since masa dengki sgt2 ni, so i leave this blog with this miniature potrait. ke tak berapa nampak mcm miniature? heh. takpe, kita upload lg in next entry. so see u soon =)


Wednesday, August 29, 2012

.: Rewind Raya -Hari 5 (part 1) :.


Bismillahirrahmanirrahim


Raya 5 ni kena buat 2 part. sebab tak mampu nak upload gmbr & taip cerita dalam satu entry sekaligus. orang lain relek je satu entry sampai berpuluh2 gmbar. tp i insan yg lemah... tak daya nak buat mcm mereka...

ok. part 1 ni citer pasal walimah wan norul syuhada. syuhada ni kira geng la zaman skolah dulu. saya masuk smk sultan ahmad masa form 4. duduk sekelas dgn syazni, fadhilah, dan syuhada. dari situ kami jd geng. and yup, geng kami ada syuhada kuasa 2 =) lepas skolah, kami dah jarang sgt jumpa. masing2 dah ada haluan sendiri bl dah futher study. so walimah syuhada ni kira mcm reunion jugak la utk kami.

sblm pegi majlis syuhada ni dah roger awal2 fadhilah tru fb nak g sama2. gerak sama2 pastu kumpul kat rumah nik. rumah nik ni dekat ng rmh syuhada, so parking situ & jalan kaki je g rmh syuhada. mira, zimah pun join skali. semua x-classmate time skolah dulu. kami pegi awal. sb nak sempatkan diri dgn akad nikah pukul 10. 



cun2 je kami sampai tok kadi pun sampai,pastu pengantin lelaki pun menyusul. tok kadi ni nmpk mcm org lama stok bc khutbah meleret2 kan, tp tak... khutbah dia sempoi je. mcm menyembang pun ada. haha. eh tp rasanya lg berkesan sb semua org pay attention. sb kelakar. hehe =) dan alhamdulillah. dgn sekali lafaz, syuhada sah bergelar isteri kepada faiz ^___^




batal wuduk. sarung cincin ke jari manis suami =)






time ni sweet. hehe. sb diorg ni act sekelas time form 5. tapi tak pernah bercakap kot i think. faiz ni mmg budak baik, senyap je time skolah. asal baca doa je, biasa muka dia la yg ke depan. bila dah keje ni, dia terpikat kat syuhada. tak tanya la plk bila cinta berputik. ehehee. so syuhada ckp kalau betul2 nak, datang rumah ckp kat ayah dia. maka dgn gentlemannya, faiz pun pegila jumpa ayah syuhada. dan diorg pun digandingkn seperti gmbr di atas.

gmbr di atas dikatakan sweet sb since mereka ni tak pernah couple, so masing2 mmg malu2 nak posing rapat2. syuhada ni org suh paut lengan faiz pun malu abis. manusia2 kat dpn yg nak amik gmbr ni plk kemain suh diorg posing gitu gini. dalam duk hingar bingar tu, tetiba faiz paut bahu syuhada rapat2. haha. terdiam sesaat hadirin hadirat. sesaat kemudian masing2 terus kecoh! semua org merasakan tindakan gentleman faiz tu adalah sweet sgt! =D =D =D








member2 plk take turn tuk amik gambar ng pengantin








dalam bilik plk. masa ni faiz takleh masuk. kena duk luar. haha. girls need  privacy u know ;)






the hantaran. nampak mcm serabut plk kan combine 2 gmbr. biarlah. penat edit. upload je lah. one thing yg betul2 respect kat syuhada ni, semua dia buat sendiri. guna simpanan sendiri. mmg sgt2 bersederhana. pelamin, bilik pengantin, make up, hantaran, goodies. terharu okeh dgn kesederhanaan beliau. yg penting bahagia kan? =)







dah settle bergambar, time to menjamu selera. mmg betul2 berselera sb ni kira breakfeast kami. ada nasi minyak, nasi putih, gulai daging, ayam masak merah, acar, sayur goreng + hati ayam (kot), buah. amik nasi makan ramai2 dlm rumah pengantin. syok sgt blh buat mcm rmh sndiri. hehe. faiz yg tlg snap masa ni. dari takde apa nk buat baik tlg amik gmbr kami. baik kan pengantin ni? (padahal kena paksa) haha. muka mira tu terpaksa ditutup akibat kesan melampau yg terjadi bila mengunyah sambil ketawa. kot












lepas makan sambung lepak kejap sambil pow duit raya mira ;) pengantin pun nampak sangat nk join kami lepak sama, tp mana blh kan. kejap2 org nak jumpa, nak amik gmbr, kang pastu laki plk tak blh berenggang ;)







tidak lama kemudian baru reti balik ke pangkal jalan...





tu pun kejap2 kang berenti bergambar tgh2 alam. bajet gadis desa berjalan raya sangat... haha. seb baik jalan kampung. kalau tak dah lama kena hon ni.







pangkal jalan yg dimaksudkan adalah rmh nik. hehe. disebabkan kami dah lama tak jumpa (dekat 8 tahun okeh), maka kami berniat nak spend masa seharian ni bersama. tp time ni baru pkl 12 kot. so duk je lepak rumah nik. siap solat zohor semua. pastu g beraya rumah fadhilah kejap. then baru meneruskan agenda seterusnya. yg tu to be continue in next part ok. so see u sooon. =)


Tuesday, August 28, 2012

.: Rewind Raya - Hari 4 :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari 4 ni tak beraya pun. Ikutkan agenda asal nak g walimah nadiah (cg skolah), tp takde geng. kete member seme dah penuh. sob2. i malu nak g sorang. segan pun ye jgk. hadiah dah beli. bl nak bagi ntah. memandangkn takde apa2 plan hari ni, so ajak cik teha g cari hadiah kawen. 

pagi2 dah terpacak dpn pintu mydin mall. kedai2 ng booth2 dlm tu pn baru 2-3 ketul bukak. mmg santai sangat nak shoping takde orang. awal2 tu je la. bila dah nak bayar... kemain beratur. agak cerewet act beli barang ng perempuan (read cik teha hahaha). periuk stainless steel tu, satu2 dia suh bukak check tgk ok ke tak. tudung kaca tu kalau ada calar ke apa sikit, suh cari dlm kotak lain. nasib baik ada 3 kotak je, kalau 10? -__-"  skang mmg blh sesedap hati ngumpat cik teha, sb dia dah terminate broadband dia, haha. later if u read this teacher teha, i'm sorryyy.... hehe =)




lepas dah settle beli adiah, hantar kat customer service suh diorang wrape. kuasa nak balut sendiri. nnt siap sumbat je diam2 dalam bonet keta. dah sampai rmh pengantin baru buat kluar. so sementara nak tunggu hadiah siap dibalut, g breakfeast dulu. masing2 kuar rmh perut kosong. mmg lapo. follow cik teha amik mee kari. sb nmpk sedap. air share - sharing is sweet u know. sweet la sgt ;)




sies mee kari ni adalah sgt sedap! mula2 curious apa byk sgt dia letak keping2 pnjg2 tu. tp rupanya sedap benda tu. pebenda tah nama dia. ratah saje pun sedap. sb dia crunchy. sape2 duk ganu, sila la try mee kari kat mayang village ni. nescaya anda takkan menyesal. kalau agak2 nak merasa je, atau perut anda mmg kecik, sila share ok sb 1 mangkuk ni mmg byk.




abis makan, dah dahaga balik. takde makna sweet share air sekotak kecit tu. so turn cik teha plk belanja air. bl dia belanja, kita kena pow yg best2. ingt nk bubble tea, tp bubble takde... amik mocha ice blended je. see the packaging? best kan? bawak satu jari pun boleh =)
kat belakang tu cik teha duk survey harga bateri hp dia. we got RM25 for original battery. murah kan? hehe. murah sb takde warranty. tak kisah la, apa sgt warranty 2 bulan. yg penting jimat ! ;P ;P :P




done with the gift. 2 ketul dah penuh troli. warna kertas hadiah adalah mengikut tema majlis. dah, abis citer hari 4 ^____^


Monday, August 27, 2012

.: Rewind Raya - Hari 3 :.


Bismillahirrahmanirrahim

Ada masa jap ni. jd kita up terus entry raya 3. awal2 pagi bangun buat kuah sizzling. plan asal nak buat carbonara, tp suggest balik kat k.nor apa kata buat spaghetti sizzling. sb rasa mcm muak je bila pikir nasi minyak digandingkan dgn carbonara. siap2 semua terus g rmh k nor. sampai sana terus rebus spaghetti. hidang2 semua. ada mcm2 dah atas meja makan. nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar, sambal belacan, tapai, spaghetti, kuah sizzling, sawi jepun (kes sawi mlysia dah abis). tapi tapi tapi, pas balik baru perasan... asal tak amik gmbr mknan tadi??? >_<


bergambar dulu sblm tetamu datang. tahun ni, rumah abg n k.nor mcm bau kedai. hahaha.





anak teruna yg baru nak 'panas' enjin. dia bangun paling lambat. pukul 12 baru tdo. kuar minum ngan abah dia. skang dah pandai k.nor cakap... "aboh, jom minum air kedda" . boleh? bulan puasa hari tu pun kemain... aktif semacam. lutfi puasa tak? kang dia jawab puasaaaa... PADAHAL? its ok, baru 4tahun kan. kita tgk next year. 




enjin dah panas =)




dapat angpau angry birds. lutfi suka la sb kebetulan baju raya dia hari ke 3 ni pun angry bird. yg tak tahan nya... dia duk belek2 sampul tu. pastu dia cakap " nk buka skettt ea..." in front of me ok. i said "haip, mana blh buka dpn achik. kekgi achik balik baru buka." tapi dah nama tak makan saman kan... baru kejap je tinggal, dah terbentang beberapa keping duit dpn dia. siap blh tersalah bilang lagi tu. sentap3! 


.: Rewind Raya - Hari 2 :.


Bismillahirrahmanirrahim

seminggu tinggal blog. raya sgt laa tu. tak pun. hari2 kot buka blog. tp stuck nk update sb malas edit gambar. + aura blogging tak dtg lg since blog list pun sunyi sepiiii je. so takde challenge ;) 

tajuk raya 2, tp kita masuk sikit pasal raya 1st. hari tu short update je kan. lepas solat raya semua tu. balik rumah lepak tunggu org hantar juadah raya. haha. sb tu pg raya, tak yah pikir nak masak best2. raya kali ni guess what kami masak? sambal udang je. hehe. kan nnt menyusul lengkap menu hari raya mcm nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, sate, kuah kacang, nasi himpit. sampai tak tersumbat semua dah. 

petang g jalan raya rmh sedara, pekena nasi dagang plk. so done with the menu raya. sb tu time bulan puasa, even ada org jual nasi minyak, nasi dagang kat bazar, tahannnn dulu. sb tau raya nnt mesti blh pulun punya =)

selesai raya 1. masuk raya kedua. BFF bertunang. tp kena hold dulu the story, sb gambar tak amik lagi. yang tu nnt citer kat entry lain. balik majlis member tu, hantar another 2 lg member balik rmh masing2. still dlm k.trg semua, tp sb jam yg amat, last2 sampai rumah dlm pukul 5 jgk. mmg flat trus sampai rumah.

sblm maghrib, msg k.nor pasal brg2 nk buat carbonara utk rmh terbuka dia esok. skali apa punnn takdak. haha. agak kelakar rupanya tuan rumah ni. tp kalau takde pun ok je. sb carbonara cuma side dishes. main menu nasi minyak dah tempah awal2. 

tp pas maghrib pegila jugak cari. kedai area2 gong badak ni mmg byk tutup. kalau ada yg buka pun, takde brg basah. nak tak nak, redah je g mydin. ingtkn raya2 ni org duk diam je kat rmh. rupanya semua pakat serbu mydin n giant bl hari kedua. seriesly sesak mcm nak sambut raya balik.




kat kaunter bayaran. nampak tu staff mydin buat apa? yg baju putih tu scan harga, yg baju biru kuning tu bungkus barang customer. itu adalah cara2 nak memendekkan barisan yg ada.




bagian barang basah. bergegar gmbr kena himpit ngan manusia. nmpk mcm open kn snap gmbr camni. tapi takdela. og tak perasan pun. sb buat2 mcm taip msg ;P ;P ;P




on the way back. jam. tp suka. sb meriah. haha. sampai rumah dekat pkl 10. simpan barang masuk peti, terus berlari masuk bilik tido. haha. penat yg amat. maka begitula berakhirnya raya kedua saya. it should be a long entry if it come with the engagement story. tp takpela. jap lg jumpa kat entru raya 3 okeh. =)


Sunday, August 19, 2012

.: Selamat Hari Raya Idulfitri :.


Bismillahirrahmanirrahim




Short update. Solat raya di Masjid Sultan Zainal Abidin (masjid putih), bandar k.trg. Alhamdulillah. last time pergi masa skolah menengah kot. tahun2 lain, buat kat rumah je. tak sempatttt. tahun ni cuba tunaikan hajat mak. walaupun kelam kabut jugak pagi tadi, dgn nak masak, nak mandi bersiap semua. insyaAllah, tahun depan kalau diberi izinNya, kita pergi lagi ya mak =)






Lepas solat tadi ajak mak pegi 7eleven jap, nak beli paper. pastu terkagum kejap tgk kawasan bandar yg sgt lengang. nak main congkak kat dpn stesen bas tu pun boleh ;) kedai gambar yg tokey cina punya banyak bukak. siap letak kanvas family potrait dpn kedai masing2. dannn sgt teruja melihat ada family yg dtg pakai warna sedondon nk amik gmbr. mak pun teruja tadi, tp apakan daya.... anak dia tak sempat nak sarung baju raya pg td =(


Cuti raya tahun ni, hari2 mcm ada agenda...

Raya 1 : Solat raya, ziarah rmh sedara mara 
Raya 2 : Majlis pertunangan BFF
Raya 3 : Rumah terbuka abg & k.nor
Raya 4 : Walimah Nadiah
Raya 5 : Walimah Alia dan W.Norul Shuhada
Raya 6 : Walimah Kinah

Harap semua dapat meriahkan semua jemputan. last day raya ke 7 tu pun ada jugak walimah, tp jauh. tgkla dulu cemana. tak pun raya kat rumah sendiri je =) 


Akhir kata, selamat  Hari Raya Idulfitri =) Maaf Zahir dan Batin . 


Friday, August 17, 2012

.: Balik Kampung :.


Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah. dah 2 tahun dapat puasa dgn mak kat kampung. meansss... tiada lagi tekanan mencari tiket bas sebulan sblm raya, tahan lenguh badan sepanjang 8 jam perjalanan ke trg, dan tiada lg tekanan bila dgr lagu raya Dendang Perantau. tp sbnrnya rindu jugak. teringat dulu time balik ng spupu...

Me : Bestnyaaa lah **** (another cousin) bljr kat UMT. 5 minit dah sampai rumah. hari2 nk berbuka kat rumah pun blh. rugi x mintak umt dulu.

Spupu : Eh rugi mende nye. Kalau x bljr jauh2, ada dpt feeling balik kg gini?

Me :  Hmmmmph... **jeling terbalik anak mata**

Lebih kurang la dialognya. dah lama. tp, lepas 2 tahun... makin terasa kebenaran kata2nya. ya, berada di kg adalah nikmat kehidupan yg paling best! tp lonjakan perasaan nak balik kg tu pun adalah satu moment yg bestt dlm idup. pe pun, saya tetap berharap akan berada di kg sampai bila2. jaga mak selagi hayat masih ada. 



Exit tol Gombak ke Bentong
The one that I have traveled in the past
...


dan balik ikut highway, bkn ske2 ati je blh pecut wlpn tak jam mana. spupu dulu, sb nak kejar sahur kat kg, kemain tak sedar diri tekan minyak. last2, kena speed trap. padan muka. dan paling menyayat hati, lepas jpj saman dia, terus diorg lipat meja blah dari situ. mmg peserta saman terakhir yg bertuah la. muahahaha.

oh ya. smlm lupa org dah start cuti dan ramai yg dah sampai kg masing2. biasa p bazar time 6pm, ok je lagi. ini makkk aih. berhimpit2! makanan pun dah tak banyak tinggal. sangat tak suka. hari ni mak ajak kuar lg. konpem kena g bazar jugak tu. terpaksa bertabah lagi mengharungi kebanjiran manusia di trg... *sigh*


Tuesday, August 14, 2012

.: Dr SM & Dr Halina - miniature potrait :.


Bismillahirrahmanirrahim


i wish i could have a portrait like this! its either you can use directly the camera that have the function of miniature setting, or edit je guna adobe photoshop =) tahu gmbr kawen deme ni dah lama. tp susah nak cari cari image miniature kat google. kuar2 gmbr anak anjing. ke miniature tu means puppy????

bakal2 bride, boleh la propose this pic kat op masing2 kalau berkenan. sure unik gmbr korang nnt =)


Monday, August 13, 2012

.: Gulai Lemak Daging Salai :.


Bismillahirrahmanirrahim


Pagi2 dah taip pasal makanan. eh ok what. kang kalau taip ptg2 kang diri sendiri plk merana. sementara perut masih behave, mari kita berbicara ttg makanan =) emm rasa mcm tak pernah merasa lagi kot gulai lemak daging salai ni. dulu ada member org n9 salu duk ckp best gile gulai ni. ckp je la slalu, bawaknya takkkk jugak. kempunan hamba... 





pernah google resepi konon2 nak buat sendiri. tp sesungguhnya, saya adalah anti memasak daging wlpn masakan berasaskan daging adalah feberet saya. anti masak sb lambat empuk. malas nak tunggu. ini kan lagi nak salai bagai. konpem tak masak.

problem besar slain malas masak adalah, org trg tak familiar dgn gulai ni. redah la mana2 bazar ramadhan, takdeeenye dijual gulai lemak daging salai. unlessss ada org n9 kot dtg berniaga kat sini. 





Gulai lemak daging salai + sambal belacan + ulam = mabeles!!!

haih dapnyeee kalau dapat. tiba2 dgr suara " org kat rohingya, syria, afrika tu jgnkan nak mengidam mcm2, nk minum air bersih pun susah! ini org kat negara kita duk sibuk nak mkn mcm2 berbuka karang. takde lgsung nk mengenang nasib org sana." 

"ya mak... "

----> simpan kempunan dalam hati T______T



"Ramai manusia yang berpuasa tetapi rosak puasanya ketika berbuka."
-Imam Ghazali-


Sunday, August 12, 2012

.: Special Night :.


Bismillahirrahmanirrahim

Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar  

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman





Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) . 

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
 Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 



Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini. 

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu. 

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.


 

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450). 

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim) 

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )




Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 ) 


Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )


Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" 


Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim) 

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.



Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat. 

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )



Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian 


Thursday, August 9, 2012

.: Ayam Tempayan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Semalam adalah agak kelam kelibut. dari pagi kuar masuk skolah. markah tak key in lagi. budak2 sibuk tanya kertas deme. macam lahhhhh score sgt! nak lulus pun nyawa2 ikan. ingt senang lenang agaknya cg dia nk tanda essay yg 'impressive' tu. daripada byk2 subjek, menjadi cg bahasa adalah satu penyeksaan yg agak kronik. 

berbanding subjek lain mcm geo, khb, sej, yg mana semua soalan adalah objektif, 1jam pun boleh siap tanda 4 kelas skaligus. sambil suap anak makan pun boleh tanda. but then when it comes to subjek bahasa, u have essay, summary, literature to be consider. ** mood consideration act** mcm2 jawapan ada yg memerlukan perahan otak secara maksimum utk menentukan markah student tu. tuk top2 essay, siap kumpul, pastu compare balik, adil dan saksama ke tak pembahagiaan markah tu. mmg miracle sgt kalau boleh mengadap tanda paper bi / bm dalam masa 1jam tanpa diselang seli dgn aktiviti lain spt bersembang dgn org sebelah ;)


ok lari topik. ayam tempayan. ingat lagi, tahun lepas pernah terbaca pasal bdk jual ayam tempayan ni dalam paper. dia jual kat bazar pengadang baru k.trg. dalam sehari ada dalam 600 ekor ayam yg terjual $____$ . mmg laris sb tahun lepas dia pencetus ayam tempayan ni, so org lain x sempat nak follow. this year, hampir setiap bazar ada jual ayam tempayan.



Rupa ayam yg dimasak di dalam tempayan. makan masa lebih skit dari yg pusing2 tu. tapi sedapppp. sb rempah tu mcm meresap2 masuk dalam isi ayam. lembuttt je. bese ayam cucuk ni liat kan skit. tp bila duk dalam tempayan pandai plk dia tukar jd lembut =)




mcm tempayan citer ali baba bujang lapuk kan ;) 



dan ini saya punya. hari tu beli skali ng cik teha. kami amik suku sorang je. tu pun sampai ke sahur nak habiskan. jap, gambar ni... tgk skali nmpak sedap, tp bl tgk lama2 rasa mcm... erghhhh-kembang tekak. 


Tuesday, August 7, 2012

.: Oh My English!!! :.


Bismillahirrahmanirrahim



'A bundle of 'JOY'
Marking paper time... tak abis2 lagi dari last week
Kalau bkn sebab puasa, dah lama jadi lauk budak2 ni.
so me & kak sema (cg bm) mengambil pendekatan
tidak menanda kertas di dalam kelas.
or else, maybe the students will be our meals!

sebak di dada melihat jawapan budak2...
oh my students!
T____T

 

.: Mencari 'sesuatu' :.


Bismillahirrahmanirrahim


- Al Qomar on 15 Ramadhan 1433H-


Monday, August 6, 2012

.: Bawal 3 tone :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu entry baju, hari ni kita sembang pasal tudung plk. konpem bewarna warni kepala masing2 di hari lebaran nanti kan =) pe lagi skang dah ada tudung bawal bertone2. kalau kat k.trg ni, naik atas stesen bas je, mmg penuh dgn kaum kerabat tudung bawal. plain, tone, lace, sulam, kerawang, berlian, semua pattern ada. tp tu laa kn, jarang sgt tudung ni. kena pakai inner kat dalam . tp kalau dah berkenan nak buat camne, inner pun inner la ;) 

skip the rambling, meh kita jamu mata ngan ke'awesome'an tudung bawal tone ni ... =)





lawa kannn **sb model pun lawa** tp tak tahu dia belit camne. kena tgk tutorial balik.
























bawal takde tone, tapi ada rose lace










ok abis dah. kalau nak tgk byk2 lg g sini. dan semua tudung kat atas ni adalah bidang 55. tu yg sukaaa tu =) tp tak terniat pun order o9. mahal. tunggu pos lg. beli kat stesen bas pun ok, RM20 selai. cuma kureng best sket sb bidang 55 biasa takde pilihan byk sgt. 3 tonee je, tone plk ngan itam. takde soft2 tone ni. 


k tu je nak update. tata   =)


-Salam Nuzul Quran-

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...