Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, baru balik pekena teh ais & roti canai. semalam pun dapat gak pekena nikmat mengikut selera-kuew teow tomyam daging & nescafe ais (kadang2 kena catat gak menu yg kita makan, supaya bila kesempitan nanti, kita masih ingat yg kita pernah diberi nikmat sesedap ini, berbanding mereka yg langsung tidak dapat menikmati kelazatan makanan tersebut... =) syukur3333...
Nasi goreng thai - penyeri yg menyelerakan,hu2 =)
Hari ni ada pelbagai rasa. Rasa yang menambah rencah dalam hidup. Moga-moga setiap yang tercatat di sini menjadi kutipan pengalaman berharga kelak, dan moga diberi petunjuk agar setiap yang tertaip memandu kebahagiaan diri di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Sehingga hari ini, saya masih gagal menjadi Muslim cemerlang. Itu tahap penilaian pada diri saya sendiri, sebab tak mampu untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Malah kadang-kadang boleh terjadi 'hari ini lebih teruk drpd semalam'. Tidak keterlaluan jika saya katakan, semakin dewasa, saya semakin jauh dari yang terbaik. Ruang lingkup sosial juga sudah mula berubah, makin 'advance', menjadikan saya kadang2 lebih terikut-ikut dengan persekitaran. tapi walauapapun yg terjadi, setiap perkara tertanggung sendiri sejak baligh bg setiap Muslim, jd jgn nk salahkn sesiapa @ apa2 bila kena tanya kat Mahsyar nnt...
Teringat sewaktu mula-mula memasuki SMA(A)SZA, hati begitu kuat pada ibadah. Terasa tidak pernah lelah. 3 tahun di sana, berjaya membentuk identiti fesyen mengikut syara' pada diri saya, walaupun diselangi dengan pelbagai kenakalan selama 2 tahun berturut2. Syukur yang teramat sangat kerana sekurang2nya saya diberi peluang mengutip ilmu agama di sana. Sekurang2nya, walaupun apa yang saya lakukan di sana adalah kerana terikat dengan disiplin sekolah dan asrama, ia mengawal saya drpd terlibat dengan gejala-gejala 'low class minded' seperti pelajar sekarang, juga dosa free... =)monumen yg tinggal sejarah kini...
Selepas PMR, saya bertukar ke sek.men.keb sultan ahmad. Pertukaran yg terpaksa dilakukan demi keluarga. Saya berulang alik dengan basikal ke sekolah ini. Selama sebulan, saya tertinggal silibus berbanding rakan2 yang lain. Sehingga tamat tingkatan 4, saya gagal menunjukkan prestasi sebagai bekas pelajar SBP. Cuma bila berada di sekolah harian biasa, saya lebih mengaplikasikan apa yang dipelajari di smaasza. 3 tahun 'disekat' drpd bergaul dgn pelajar lelaki, automatik terasa seperti ada arus elektrik bila ada pelajar lelaki yang menegur, apalagi menjadi kebiasaan mereka untuk duduk dgn selamber di tepi pelajar perempuan. lama2, alhamdulillah, mereka terima cara saya, malah lebih menghormati pendirian saya yg seperti 'kera sumbang' pd awalnya. (sumbang dgn lelaki, bukan perempuan).
Kerana itu, bg seorang dai'e, anda takkan pernah teruji jika anda mengatakan anda perlu bersama sahabat2 seangkatan utk menguatkan iman. Sebenarnya anda hanya meletakkan diri anda pada tahap yg selesa. Bukan mengatakan anda perlu berpecah, tetapi konsep 'independent survivor' sbg seorg dai'e payah utk direalisasikan. Bila anda menyisihkan jiwa2 yg gersang ilmu agama, jd bagaimana anda ingin mengharapkan pengertian mereka pada perjuangan anda? Ini bukan pandangan skeptik, tapi komen pada yg sukar 'nampak'. Mengharapkan semua org menyokong, tapi hanya tersenyum pada geng2 berjilbab, berkopiah. Senyum-satu kebaikan yg sering dipinggirkan dlm menyebar dakwah. Wallahua'lam.
Bila result SPM keluar, saya nampak betapa besarnya hikmah yg Allah berikan bila saya tersenarai sbg pelajar cemerlang sekolah. Ia bukan satu rekod besar di sekolah lama, namun saya percaya, belum tentu saya dpt keputusan sebaik itu jika berada di sekolah lama.Malah guru2 di sini banyak memberi kepercayaan & sokongan utk saya bergiat aktif dlm pelbagai aktiviti. Tamat SPM, saya lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca bahan agama,termasuk menghadiri kelas2 agama. Dari situ, terasa kembali jiwa ibadah yg telah lama diabaikan.
Kini, saya seolah2 menurunkan kembali graf ibadah dlm hidup saya. Dalam pada ingin mengubah keadaan ke arah yg lebih baik, saya sendiri yg tersungkur. Benar, kita teramat marah melihat kemungkaran yg dilakukan oleh org lain. Tapi terlalu payah untuk kita menyedari dan menghukum diri sendiri atas kekhilafan yg dilakukan. Masih tegar utk memanjakan diri dengan pelbagai jenis makanan, melayan tidur subuh hari, gian dgn facebook, bergelak ketawa, walau sedar bahawa dosa makin menimbun di bahu...semuanya makin berlemak dlm rutin harian saya. Turning point yg agak payah utk dilakukan bg menghadapi hari2 mendatang.
Semalam, bila terasa kelam dgn khilaf sendiri, saya cuba menenangkan diri dgn menelefon emak. Namun di hujung talian, lain pula rasa yg 'dihantar' emak. Katanya, jaga diri baik2, mata kirinya asyik bergerak2. Saya tahu, tanda itu bukan sesuatu yg patut dipercayai 100%. Tp sedikit sbnyk, perasaan saya tergugah. sama ada bimbangkan apa yg akan terjadi, mahupun memikirkan keadaan diri emak sendiri.
Petang semalam, jari bengkak sewaktu bermain bola tampar. bila saya renung jari yg sedang bengkak, saya harap itu adalah tanda kerisauan emak, @ mungkin sbg kifarah dosa2 yg lalu. tp rasa bimbang tu masih ada. kemudian, slps maghrib smlm, tiba-tiba saya terpaksa menangis kerana rasa tersisih oleh org2 yg saya sayang. mungkin mereka tidak tahu perasaan saya, tapi sungguh ia adalah sesuatu yg menyakitkan. Rasa sedih berhenti seketika bila berkumpul beramai2 dgn teman2 utk makan malam.
gaya seorang pemain bola tampar pro,ho3 =)
Tapi hakikatnya, keadaan menjadi alpa bila saya duduk beramai2.
Untuk bersendirian...hurm...terasa sepi...
hai jiwa...bila kamu akan benar2 kental seperti serikandi lalu...
"Ya Allah, kembalikan jiwaku sbg hambaMU..."
p/s : entry sepatutnya dipos smlm, tp wireless buat hal...