expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, November 4, 2011

.: Creamy Carbonara :.

Bismillahirrahmanirrahim

Lama dah tak buat hal letak resepi bajet2 chef kat sini. Selain kes takde idea nk update entry, resepi ni mmg sangat2 sedap untuk dikongsi, kecuali pada mereka2 yg tekak desa mcm cik kinah n cik izah...hahahaha (mati kena tetak balik ni). Dah lama mengidam nak try carbonara ni, instead of sphagheti bolognese...sb dah penah muntah bl telan benda tu...masa tu tekak desa lg kot, so takleh terima lg benda2 pasta nih.

Cara pertama utk merealisasikan idaman kalbu adalah ke pizza hut giant. Tapi hampeh...stok nk buat carbonara tak sampai lagi. Apa ke tak matured alasan yg diberi tu...potong la siap2 kat bahagian menu tu, carbonara takde. 


Spagheti Creamy Carbonara bersama kawan2nya.... yum2 ^_^



Dan kemudian, al kisahnya, my x students nk dtg beraya. So i was thinking to cook something yg berat n ringan2 skit. ok, decide nasi tomato n ayam masak merah with salad. Another one i choose to cook Spagheti Creamy Carbonara. Ingat nak guna pasta, tapi pakcik Mydin tak jual plk. I think this was my perfect trial...sb 1st time try, nak bg mkn ank org plk, so pulun semua bahan2 yg ada... 

Bahan-bahan ( 8 orang dan lebih. )

    * 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
    * 1 buku mentega buttercup (i guna planta jer)
    * 1 tin campbell mushroom soup classic
    * 1 kotak kecil susu segar low fat / full cream
    * 3 atau 5 keping Cheese KRAFT / lain-lain jenis pun boleh
    * Sedikit dada ayam / isi ayam (dicincang halus / dipotong dadu) - i tambah meatball + brokoli
    * Lada hitam kisar
    * Spaghetti : Optional – spiral / fettuccine

Cara-cara

   1. Ambil separuh mentega buttercup / 2 sudu besar planta, letak dalam periuk dan panaskan.


   2. Agak-agak dah cair dan bau naik, campakkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Bila sudah berubah jadi macam warna kuning-kuning, masukkan isi ayam & meatball. 

   3. Tutup api dapur. Masukkan Campbell mushroom soup classic ke dalam periuk tadi. Tambahkan 1 tin air (mengikut sukatan tin Campbell Mushroom Soup Classic) ke dalam periuk tadi.


   4. Buka api dapur dan kacau sehingga ia benar-benar hancur dan tidak berketul-ketul.


   5. Masukkan 3 atau 5 helai cheese KRAFT dan kacau. Pastikan cheese cair dan sebati dengan soup.


   6. Masukkan separuh atau 1 kotak susu segar low fat/ full cream. Kacau.


   7. Masukkan secubit garam dan 1 sudu gula. Garam tak perlu banyak sebab kita dah ada cheese dan mushroom soup tu pun sebenarnya dah masin.


   8. Bila sudah benar-benar sebati, masukkan lada hitam kisar ke dalam soup mengikut citarasa masing-masing. Kalau taknak letak pun takpe. Terpulang. Kalau masa nak makan nanti baru letak pun ok.


   9. Cara masak spagheti tgk jer kat blakang packaging dia tu. Tadaa. Dah boleh makan. Cara penyediaan, letak Spaghetti dulu, pastu curah je lah soup tu atas spaghetti.



Presentation yg senget bengek. Last plate baru teringat amik gmbr...xpe, buat kenang2an,
nak buat lagi tak tahu bila...hewww...



Anak2 dara a.k.a my students...next year nk amik spm dah


Resepi ni dah tak ingat cedok kat mana. Tapi ada jugak kaedah yg i skip, heheh. Rasa still sgt sedap. Kalau tak sedap tu sila salahkan hand water korang yer, hahahaha.
Kepekatan tu pandai2 la adjust, resepi dia ckp tuk 8 org, tp i think berbelas org kot blh makan. Sangat2 berbaloi buat sendiri banding order kat pizza. Uishhh...teringat2 plk benda ni. Sila la cuba ye =))))
Sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...