expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 14, 2011

.: Punca Utama Cepat Lapar :.

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah... kenyang pekena char kuew teow idaman kalbu. Tambah plk ayam panggang madu, hadui... tolak tepi terus apam balik. Eh tapi char kuew teow ni mmg murah n sedap...byk ni separuh jer, separuh lg bg mak. Macam best plk update entry pasal makanan, rasa berseri jer blog...heheh. 

Takdop citer sangat nk update, tp rasa mcm nk berkongsi info punca utama cepat lapar...jom2 kita diskas...
sumber : iLuvislam.com

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. (ye2, sangat pernah...)
Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis 
Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.
(hmmm...pg skali, mlm skali, banyak tak??? tp skali tu dlm segelas besar,hahaha...ok2, kita catu air manis pasni...)



(2) Makan makanan bertin 
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.
(jarang kot...tapi ada la sekali sekala, so bkn punca utama mana...)


(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi 
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.
(emm...tak tahu la berapa kalori..tak istiqamah mana pon bekpes2 ni. kadang2 minum air cicah roti sekeping pon dah cukup, kadang2 pekena skali ng ns lemak...jadi faktor ni pon so-so je la...)


(4) Tidak makan sayur-sayuran 
Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(not a factor lah...saya penggemar sayur tegar!)


(5) Tidak minum teh kurang gula 
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.
(ooo ic...)


(6) Kurang minum air masak 
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
 (ye kot...tp mmg tak mampu nk telan 8 gelas sehari...rasa mcm...erghhhh...nak kluar balik...)

(7) Kebosanan 
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
(hah! ni la punca utama! hahaha...baik punye reason. dahla bosan, g blogwalking kat
blog2 masakan plk...mmg cari pasal tuk mkn dan mkn dan mkn lagi....hahhaa...T_T)


Banyak lagi kot punca yg menyebabkan kita rasa nk makan sokmo...
Masing2 punya badan, perut, n mulut...
Tapi balik2 the best way konpem la kena ikut sunnah nabi kan adik2...
Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang.
yang tak berenti2 tu NAPSU jer semata...
Jangan layan!!!!
napsu jahat, napsu jahat....!
-sekian-

2 comments:

Mastura said...

thank...gud info...dpat jga sya cri pncany..

.: yUhAiSya :. said...

welcome =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...