expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 30, 2012

.: Makan angin :.

Bismillahirrahmanirrahim

Petang semalam...dengan kadar lapar yg agak tinggi, kuar dr rumah dengan hajat ingin mengunjungi pasar malam batu rakit buat pertama kali. pegi sorang2, mcm biasa. tp agak malang bila duk pusing2 situ tak jumpa2 gak payung warna warni sbg petunjuk bahawa di situ ada pasar malam. ok fine. redah je la jalan persisir pantai area batu rakit ni. 

sies mcm makan angin. berdesup2 angin masuk skali buka mulut. angin dia bukan sepoi2 bahasa, tp dah mcm kena libas2  je muka.  sepanjang jalan ni tak la happening mcm area pantai batu rakit, teluk ketapang, kelulut. kawasan ni mcm 'mati' sket. ada chalet 3 ketul elok jer lg, tp tak beroperasi. bek wat kandang kambing, lg untung. takpe. jln lg, ujung2 nnt tembus ikut kg p.tuyu.

elok jer duk terbuai2 ngan angin libas2 ni, tiba2 nampak angin berkepul2. eh bkn angin, asap! tau datang dr mana? sesak napas jap.

anda pernah lihat ini? dulu2 gempar jugak bila ada bdk2 perempuan start merokok. pakai bj sekolah lg. cool katanya. cool mcm mat cool betul bdk2 nih. tp bila dah lama2, mcm teggelam isu ni. just jd antara gelaja sosial yg tersenarai dlm simpanan kerajaan tanpa ada tindakan selanjutnya. pastu padan muka, dr 4.2% terus meningkat jd 5.3% tahun 2009 - peratus pelajar perempuan yg merokok. tak campur yg bkn pelajar lg tuh.

dan itu la yg saya nmpk buat pertama kalinya di trg, negeri kelahiranku yg tercinta. T___T. alahai dik...apa yg ko buat tu sayang...meh sini meh. meh akak terbalikkan putung rokok tu, pastu suap balik dlm mulut adik, ya? tiba2 jadi psiko bl menggigil nak marah. adoila... dhla sorang2, bwk beg skolah, jln lenggang kangkung, pufff2 sembur asap rokok. canne tak tazkirah bdk mcm ni? bacakan talkin boleh? ke kejam sgt? 

no idea. lelaki merokok pun dah rasa menyampah (sorry semokers...ada ke smokers sini? heheee), ni kan plk prmpuan. tak leh terima ! tak blh terima!

payah. mmg payah nk settle kan benda2 mcm ni. sb kita berurusan dgn manusia. manusia ni, lain mcm skit kan. dia tahu, tp tak nak buat. mcm contoh, ramai jer yg free hair tu tau tak tutup aurat tu dosa, siap leh bwk ayah, abg, adik laki, suami dia masuk neraka skali, tp tak nakkkk jgk tutup. ramai je yg bertudung tahu solat tu perkara 1st yg akan dihisab di akhirat kelak, tp stilllll lmbt jgk nak solat. ramai jer yg bertudung litup tau mengumpat tu ibarat mkn daging manusia, tp nakkk jugak makan daging tu, eh nak jugak mengumpat. 

saling ingat mengingati dan tegur menegur tu mmg perlu. sb kalau nak tunggu manusia perfect tegur kesilapan org lain, mmg takkan jumpe la pnye. tp still, jgn asyik persoalkan kesalahan org lain kenapa la dia tu begitu... try usha diri sendiri dulu, awat yg susah sgt aku ni nak berubah jd lebih baik? 

so back to the point. kalau lah si gadis manis yg saya jumpa td adalah kenalan @ saudara saya, what was i my action act? of kos kalau adik sendiri dah lama kena hukuman sebat sampai pengsan. tapi kemarahan selalunya tak menjanjikan kesan yg baik kan? kau nak marah, mcm kan kau tak pernah buat salah. mungkin la dia tak buat lg dah, tp tak buat tu konpem sb takut. bkn sebab sedar. last2 merokok jugak lagi.

aish, pnjg plk menceceh. ntah. bila tgk bdk perempuan td, mmg rasa gerammm. tp bila dah sampai rmh, duk pikir2 balik, intai dari sudut pandangan Allah dan juga malaikat yg mencatat... rasa mcm lebih kurang je diri ngan bdk tu. betapa berpuluh tahun hidup kat muka bumi ni, byk mana sgt la amalan yg terbuat. Betapa kalau Allah nak murka skarang pd hambaNya yg satu ni, kejap je dia blh amik nyawa humban dlm api terus. Nauzubillahi min dzalik. tapi sb rahmat Allah mendahului kemurkaanNya, saya dan anda masih lg berpeluang meraih nafas untuk mengabdikan diri pada Nya.

again, bila tulis begini, semuanya tertuju pd diri saya sendiri. teringat satu wall post di fb oleh seseorg, bila kit tulis sumthing yg berbentuk dakwah,ilmiah, apa yg ada dlm fikiran kita masa tu? nk tunjuk baik? supaya dpt perhatian, pujian? saya harap saya tidak begitu. tulisan ini utk muhasabah diri, selebihnya adalah perkongsian jika ada yg membaca. simple. 


p/s : tajuk mkn angin tu mcm best je kan..haha. dah tu, takkan nak buat tajuk merokok membahayakan kesihatan. nnt bdk skolah kata tak kewl plk. heheee. tata.

Friday, January 27, 2012

.: Yee Mee Goreng :.

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam g jepun, ari ni meh ke china plk. Mcm sesuai je menu ni kesepetan mataku... -__-
Asal-asal nak buat yee mee sizzling, skali bukak freeze tgk ayam secoet je tinggal, tepung jagung takdek, cendawan shitake lg la sah2 takde, kicap pun kena tunggang2 kasi kuar... namanya nak p cari barang kat kedai tak la... sb nanti konpem makan sana terus. hidup harus berjimat cermat, so balun jer pe yg ada. chef mesti kreatif, hew3 ;)




Maka terhidanglah yee mee goreng seperti di atas. eh sedap la plk...kuah kicap tu mcm menyerap habis dlm yee mee, & yee mee tu still mcm chrunchy2. tak lembik mana. 

Limau mandarin tu menandakan mood raya cina masih lg berlegar2 dlm rumah ni. Suka la time2 cina raya ni, dpt limau free... dulu kalau Allahyarham tokki ada lg best, dpt kuih bulan tradisional yg masak dlm buluh tu. oh dapnye...

Last-air masak. Cuba melatih diri cintakan air masak dlm apa jua waktu. Pagi2 telan madu nak kasi ngam ngan air masak, so blh avoid minum teh susu kegemaran ramai. 


sekian celoteh hr jumaat... jom selawat ramai2 plk =)

Thursday, January 26, 2012

.: Jom buat Dorayaki :.

Bismillahirrahmanirrahim



nyum nyum nyum


Pernah makan kuih doraemon ni? Dulu kecik2 selalu curious nak rasa kesedapan
dorayaki bila tengok doraemon makan dgn lahapnya... takyah pertikai la asal doraemon 
tak gilakan ikan... telinga pun takde, jumpe tikus terceret, taring, kuku, semua takde...
pelik yg comei... peminat pun seantero dunia... tak sia2 jd kucing pelik.


Hari tu time pegi hyperuncit Sabasun, jumpa kuih ni. Macam home made punya.
Sebab packaging simple.



Dah macam kuih buatan malaysia kan. memang pun.
murah je, tp tak beli. nak rasa, tapi tak berapa gemor manis..
ye ke? org bagi ngap jugak... =)))

Dorayaki ni mcm kuih tradisional jepun, basicnya buat ala2
pancake, pastu tepek la inti ikut ske ati kat tengah tu.
tapi biasa diorang letak inti kacang merah..
mcm yg doraemon suke sangat tu..
bila dah senang nak buat, semestinya resepi dia boleh
diapply di mana2 negara kan. meh kita try jenguk dia punya resepi.





sumber resepi dari blog k.hana


Bahan-bahan
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.


senang je kan? hah pe lagi, pergi buat banyak2.
pastu campak sini barang seketul dua yeh?  =)))
tata...

Wednesday, January 25, 2012

.: Wedding Ain & Umi :.


Bismillahirrahmanirrahim

Masih lagi cerita kawen2. Tapi bukan selebriti dah..ehem, asal citer pasal wedding org pemes je,mencanak2 naik traffic blog ni :p

Ok, semalam (23 Jan 2012 - Isnin - Tahun Baru Cina) telah berlangsung
dua majlis perkahwinan kwn sekolah - Ain Mokhtar dan Ummi Atiah.
Satu kat Marang, satu kat Losong Hj Mat Shafie.
so p yg jauh dulu, ain di marang nunnnn..
Dua-dua pengantin ni x-smaasza (pmr 02).
so bila kumpul ramai2, memang haru la
majlis orang...ehkuhmee tuan rumah =)))




All pic was originally shoot by cik Amanino...nasib la sape suh bwk dslr, hahah.
Mekasih byk2 aman...! Kredit ke mu, watermark tu tuk blog aku jerk. =)))
sayang mu ketat2 , len kali bwk lagi kamera :P
Ni kat rumah ain. Tak plan pun nak jumpe skaligus ngan deme2 ni,
tp dah alang2 terjumpa, lepak, makan, sembang, berphotoshoot sama2
sampai cramp segala anggota badan.
Dan agak2 keinsafan dtg menjelma tu, baru gerak g rumah ummi..=)


 lagi 4-5 ketul gmbr with the bride...





























dah cakap...jgn hala kamera kat pengantin, mmg kena serbu la...
takpe, pengantin tetap glowing dlm ramai2, kan2? =)







sesi agihan goodies oleh pengantin...mekasih ain!
Congrate again to u and yr husband- Zelang Nelang,muahahaha.. =)))




Next, moh kite ke walimah ummi atiah di losong hj mat shafie.
umi ni lps pmr, masuk SHAM (sheikh abdul malik).
lepas spm, jumpe balik kat matrik kulim, pastu dia fly ke UK.
skang dah jd lect fiz kat matrik gopeng.







sampai2 tu umi duk makan beradap. so kami lepak dulu kat luar sambil pekena ayam masak merah,daging gulai (dapnyeee..),
ns minyak of kos, tapai pun ada. dap.
pastu niat di hati nk ajak umi brgambar kejap sblm balik,
alih2 umi tgh make up tuk sesi photoshoot atas pelamin.
sambung lepak lg kat bilik umi. pung pang pung pang lg duk nyembang...







bergambar itu wajib bg kami =))
tahniah aman kerana berjaya jd shooter terbaik tuk kami!
*** flying kiss tuk kamu ***







pengantin dah kuar, jom wat mcm bilik sendiri
aman,pic satuwww...!








Umi and her husband. Close up sblum g kat pelamin...









hahaha...yg ni a bit sep0iL...aman nebesss sb duk terselit di celah2 photographer lain
yg bawak dslr lg gedabak besar. so ni the best yg dia leh capture.
takpe aman, cuba lagi next time, hahaha.

again, tuk ummi dan ahmad mustaqim,
juta2 congrats tuk korang!
Baarakallah tuk kedua2 pasangan...


Rasa mcm siket je gmbar, tp asal jd panjang nih..
ok last2! haha..ni i suke...suke sgt...!



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v




hehee..rombongan cik kiah versi anak2 Smaasza...
dah besar dah semua...kejap je kan kita jd dewasa?
baru je lg rasanya sama2 duk bratur kat dewan makan,
mandi kolah sama2, jogging tepi pantai sama2,
g prep sama2, tapi seme tu dah berlalu bertahun rupanya...
TT_________TT

dah, sebak taip pasal korang ni. bai...


Monday, January 23, 2012

.: Wedding Ally & Farah Lee :.

Bismillahirrahmanirrahim

Dah lama nak post pasal wedding ally & farah lee ni, tp duk intai gambar yg cun2 dulu. Semua sumber gmbar bawah ni di cilok dari fb Ministry of Moment. why kali ni rasa nak review wedding selebriti? bkn review mana pun, cuma sb rasa deme ni cute. ^___^. plus 2-2 org ganu kite.plus ada member tu frust dgn wedding ni, kekeke. eh, ramai kot yg frust...hahaha. dah tu, takkan korang nak biar ally ni membujang sampai ke tua sb korang? kenot3... me? i'm happy to see him on his wedding.
dari dulu lagi curious nak tgk sapa bakal jd isteri ally ni,
dah la dulu kalau mhi slot dato dr. fadzillah kamsah, suka benor pakcik
tu usik ally yg still single. nak wat camne, komited sgt ngan keje...
so skrg dah tak leh usik lg, dah jd laki orang punnnnn...tahniah2!



hah, cute kan? gurau2 manja ngan tok ma dia...hu2.





ok, double cute! OP cakap this time ally tgh skype dgn krew mhi,
kira lintas langsung terus ke sri pentas.
tiba2 leh plak main cak2 ngan op. ally2...
ni pakaian sblm akad nikah. very the sempoi.
tp kalau buat akad nikah terus, i think that was terrible.. =D





yup, betul kata op mereka. she's glowing!
eh suka la tgk baju farah ni. nak2 tang kain dia.





i love the moment pic like this...
walaupun mak cakap ally dah rupa pejuang kemerdekaaan,kih kih kih..
takpe mak, asal dia bagia..heheh
tahniah untuk mereka berdua.
Baarakallah abadan abada...

baru jumpe video nikah mereka,
double triple sweettttt!







i have a big dream act to be a photographer.
sebab saya suka seni. suka gadjet. suka edit gambar.
dan kalau dapat capture meaningful moment tuk orang lain,
lagi saya suka...satisfied!
tp tu la...lambat lg kot nak rembat dslr seketul.
ni pun esok nak g wedding member takde kamera...T___T
canne nak upload dlm blog nnt?????
T___T lagi....



Tuesday, January 10, 2012

.: Asal Usul Nasi Lemak :.


Bismillahirrahmanirrahim

10.01
tarikh hari ni, cantik kan.




Nampak mcm sedap tak? ke biasa je? emm dont judge the taste by its picture..
sies, nasi lemak bangi ni adalah sangat sedap! Selain nasi lemak ikan aya trg, 2 jenis nasi lemak yg betul2 sedap bg saya adalah nasi lemak kat pasar bangi dan nasi lemak kukus tg malim (gerai).
Aishhh...sambil taip berkeriut perut berbunyi...

Meh nak share sket asal usul dia ni.
Alkisah pada zaman dulu kala, tinggal lah sorang makcik ni bersama anak dara dia
di dalam sebuah kampung. Makcik ni hari-hari dia masuk hutan cari kayu api (kot)
untuk dijual. Kira tu punca rezeki deme la. Si anak ni mmg tak ikut skali,
sebab dia kena jaga rumah, kemas, masak semua...tu mmg rutin dia setiap hari.

Satu hari...anak dara ni macam dah boring asyik masak nasi sama je...
jadi dia cuba campak macam2 dalam nasi yang dimasak.
utk 1st trial, dia letak santan supaya rasa lemak2 gitu,
dan daun pandan biar nasi tu bau wangi...

Bila mak dia balik rumah nak makan nasi..
terkejut orang tua tu bila rasa nasi yang dimasak.
biasa makan nasi putih jer, eh hari ni macam sedap plk nasi tu.
"apa ni yg ko masak?"
tanya makcik tersebut.

"nasi le...mak"
jawab si anak.

"ye la, nasi apa ni?"
 soal makcik tu lagi.

"nasi le mak"
tetap dengan jawapan yg sama dari anaknya. sebab mmg dia tak tahu apa nama nasi yg dia masak tu.
last2, jadila nama tu nasi lemak... haha
simple tapi tak terfikir kan?

cerita ni adalah rekaan semata2, tidak ada kena mengena dengan yg idup atau yg telah tiada.
ni pun ingat2 lupa dah citer asal dia. sb asalnya panjang sgt, yg ni short cut jer.
tahu dari mana saya cedok citer ni?
hahaha..gelak dulu.




-






-






 -







 -






 -








 -






 -







-






 -









 -







 -










 -





 -









 -





 -













Majalah ujang keluaran yg lama2..keh keh keh 
dah ramai kot yg pernah dengar citer ni.
eh tapi sies kan, ujang lama mmg kelakar. betul2 lawak antrabangsa.
khatam 33x pun gelak lagi bila baca.
nak2 kalau bumper raya, puasa...perghhh..tak makan nasi pun takpe bc benda tu.
rindu3...!!!

Ujang sekarang...hmmm..
tak tahu nak gelak bagian mana tang kelakarnya...
tp ok gak, takde la spend duit lagi kat sini.
bila tak beli, takde la lagho sangat ... B)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...