Bismillahirrahmanirrahim
Petang semalam...dengan kadar lapar yg agak tinggi, kuar dr rumah dengan hajat ingin mengunjungi pasar malam batu rakit buat pertama kali. pegi sorang2, mcm biasa. tp agak malang bila duk pusing2 situ tak jumpa2 gak payung warna warni sbg petunjuk bahawa di situ ada pasar malam. ok fine. redah je la jalan persisir pantai area batu rakit ni.
sies mcm makan angin. berdesup2 angin masuk skali buka mulut. angin dia bukan sepoi2 bahasa, tp dah mcm kena libas2 je muka. sepanjang jalan ni tak la happening mcm area pantai batu rakit, teluk ketapang, kelulut. kawasan ni mcm 'mati' sket. ada chalet 3 ketul elok jer lg, tp tak beroperasi. bek wat kandang kambing, lg untung. takpe. jln lg, ujung2 nnt tembus ikut kg p.tuyu.
elok jer duk terbuai2 ngan angin libas2 ni, tiba2 nampak angin berkepul2. eh bkn angin, asap! tau datang dr mana? sesak napas jap.
anda pernah lihat ini? dulu2 gempar jugak bila ada bdk2 perempuan start merokok. pakai bj sekolah lg. cool katanya. cool mcm mat cool betul bdk2 nih. tp bila dah lama2, mcm teggelam isu ni. just jd antara gelaja sosial yg tersenarai dlm simpanan kerajaan tanpa ada tindakan selanjutnya. pastu padan muka, dr 4.2% terus meningkat jd 5.3% tahun 2009 - peratus pelajar perempuan yg merokok. tak campur yg bkn pelajar lg tuh.
dan itu la yg saya nmpk buat pertama kalinya di trg, negeri kelahiranku yg tercinta. T___T. alahai dik...apa yg ko buat tu sayang...meh sini meh. meh akak terbalikkan putung rokok tu, pastu suap balik dlm mulut adik, ya? tiba2 jadi psiko bl menggigil nak marah. adoila... dhla sorang2, bwk beg skolah, jln lenggang kangkung, pufff2 sembur asap rokok. canne tak tazkirah bdk mcm ni? bacakan talkin boleh? ke kejam sgt?
no idea. lelaki merokok pun dah rasa menyampah (sorry semokers...ada ke smokers sini? heheee), ni kan plk prmpuan. tak leh terima ! tak blh terima!
payah. mmg payah nk settle kan benda2 mcm ni. sb kita berurusan dgn manusia. manusia ni, lain mcm skit kan. dia tahu, tp tak nak buat. mcm contoh, ramai jer yg free hair tu tau tak tutup aurat tu dosa, siap leh bwk ayah, abg, adik laki, suami dia masuk neraka skali, tp tak nakkkk jgk tutup. ramai je yg bertudung tahu solat tu perkara 1st yg akan dihisab di akhirat kelak, tp stilllll lmbt jgk nak solat. ramai jer yg bertudung litup tau mengumpat tu ibarat mkn daging manusia, tp nakkk jugak makan daging tu, eh nak jugak mengumpat.
saling ingat mengingati dan tegur menegur tu mmg perlu. sb kalau nak tunggu manusia perfect tegur kesilapan org lain, mmg takkan jumpe la pnye. tp still, jgn asyik persoalkan kesalahan org lain kenapa la dia tu begitu... try usha diri sendiri dulu, awat yg susah sgt aku ni nak berubah jd lebih baik?
so back to the point. kalau lah si gadis manis yg saya jumpa td adalah kenalan @ saudara saya, what was i my action act? of kos kalau adik sendiri dah lama kena hukuman sebat sampai pengsan. tapi kemarahan selalunya tak menjanjikan kesan yg baik kan? kau nak marah, mcm kan kau tak pernah buat salah. mungkin la dia tak buat lg dah, tp tak buat tu konpem sb takut. bkn sebab sedar. last2 merokok jugak lagi.
aish, pnjg plk menceceh. ntah. bila tgk bdk perempuan td, mmg rasa gerammm. tp bila dah sampai rmh, duk pikir2 balik, intai dari sudut pandangan Allah dan juga malaikat yg mencatat... rasa mcm lebih kurang je diri ngan bdk tu. betapa berpuluh tahun hidup kat muka bumi ni, byk mana sgt la amalan yg terbuat. Betapa kalau Allah nak murka skarang pd hambaNya yg satu ni, kejap je dia blh amik nyawa humban dlm api terus. Nauzubillahi min dzalik. tapi sb rahmat Allah mendahului kemurkaanNya, saya dan anda masih lg berpeluang meraih nafas untuk mengabdikan diri pada Nya.
again, bila tulis begini, semuanya tertuju pd diri saya sendiri. teringat satu wall post di fb oleh seseorg, bila kit tulis sumthing yg berbentuk dakwah,ilmiah, apa yg ada dlm fikiran kita masa tu? nk tunjuk baik? supaya dpt perhatian, pujian? saya harap saya tidak begitu. tulisan ini utk muhasabah diri, selebihnya adalah perkongsian jika ada yg membaca. simple.
p/s : tajuk mkn angin tu mcm best je kan..haha. dah tu, takkan nak buat tajuk merokok membahayakan kesihatan. nnt bdk skolah kata tak kewl plk. heheee. tata.
No comments:
Post a Comment