expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, January 26, 2012

.: Jom buat Dorayaki :.

Bismillahirrahmanirrahim



nyum nyum nyum


Pernah makan kuih doraemon ni? Dulu kecik2 selalu curious nak rasa kesedapan
dorayaki bila tengok doraemon makan dgn lahapnya... takyah pertikai la asal doraemon 
tak gilakan ikan... telinga pun takde, jumpe tikus terceret, taring, kuku, semua takde...
pelik yg comei... peminat pun seantero dunia... tak sia2 jd kucing pelik.


Hari tu time pegi hyperuncit Sabasun, jumpa kuih ni. Macam home made punya.
Sebab packaging simple.



Dah macam kuih buatan malaysia kan. memang pun.
murah je, tp tak beli. nak rasa, tapi tak berapa gemor manis..
ye ke? org bagi ngap jugak... =)))

Dorayaki ni mcm kuih tradisional jepun, basicnya buat ala2
pancake, pastu tepek la inti ikut ske ati kat tengah tu.
tapi biasa diorang letak inti kacang merah..
mcm yg doraemon suke sangat tu..
bila dah senang nak buat, semestinya resepi dia boleh
diapply di mana2 negara kan. meh kita try jenguk dia punya resepi.





sumber resepi dari blog k.hana


Bahan-bahan
  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.


senang je kan? hah pe lagi, pergi buat banyak2.
pastu campak sini barang seketul dua yeh?  =)))
tata...

1 comment:

Ain Areena said...

Insyaallah sy cmpkkan
hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...