Bismillahirrahmanirrahim
Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,
perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium
baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh
abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan
jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan
abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil
abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya
tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan
sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun
hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan
membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali
terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi
abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali
terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa
abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.
Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.
Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak
uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke
pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak
lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat
memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir
tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian,
mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang
berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit
usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan
derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum
abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak
cari-cari.
Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak
akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak
tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor,
semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh
diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak
akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu
setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek
macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tap i
kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang
masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang,
sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak
sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin
besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik
sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua
lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu
kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri
telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor
izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.
Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan
abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?& quot;
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus
mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin
nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala,
kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke
paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini
anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya
tunaikan impian terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan
jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diaca painya kunci, dibuka
pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu.
Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap
titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju
abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada
antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang
lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama.
Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang
tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih
berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak
main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada
permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak
tunaikan!
Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang
teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu,
air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun
makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang
sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu
lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil
memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke
hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak
ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai
di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan
yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek
berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan a lam
maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya
kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor
menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang
ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011-
Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk
lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar
terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya
meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu
meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang
di dalam bilik.
Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis
teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan
hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha
segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta.
Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun
seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu
mak me nangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi
selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah
tiada lagi di dunia
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua
anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat
abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada
berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercaka p lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca
juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga
turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum
seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik huj an yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik
semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat
sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan
segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang.
Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang
semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar
mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang
bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak
mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan
kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan
berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir
sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.
Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara
tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat
keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak
tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua
mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan
perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan
abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti
jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!&quo t;
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa
hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa
berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti
abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya
tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan
kaya pengetahuan.
Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah
beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat.
Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa
abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat
terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu
daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu
akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan
injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani
pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara
pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal,
malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti
berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama s elepas lahir ke dunia, namun
ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk
meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan
(bapa).