expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, July 27, 2012

.: Popia Cornflakes :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu lepas buat ready stock utk popia goreng, ada byk lg lebih kulitnya. jadi daripada dibiarkan ia terus kejung lempar kat dinding pecah berderai, ada baiknya kita manfaatkan utk resepi lain. sosej roll pun siap guna kulit popia, senang dan sedap. sebab rangup =)




ada dlm belas2 helai lagi tu, pikir2 wlpn malas... buat jugaklah popia cornflakes. mula2 ingat nak sira pedas, tp penat ... malas dh nak tumis2 bagai. cornflakes ni campur gak nestum. tp sy mmg tak prefer nestum yg campur susu tepung / horlicks tu. cpt muak. cornflakes lg best.




yg terkelepek2 tu sb guna gam air je. heheh. malas nak bancuh tepung gandum / pecahkan telur. ni pun rasa mcm hmmmph... punyala stress duk gulung halus2 kulit popia ni, bila siap tak sampai separuh balang pun. skrang sy memahami kenapa mini2 popia gini dijual dgn harga yg agak mahal. kalau nk ikut kos bahan, takdela mahal mana pun. tp tang nak siapkan tu... uih menguji kesabaran. mmg salute la kat peniaga2 popia.

till then, selamat hari jumaat semua! =)))

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...