expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, December 31, 2012

.: asal tak boleh setia??? :.


Bismillahirrahmanirrahim

push diri sendiri tuk update last entry tahun 2012. once u stop, gini la jadinya... dan 2-3 menjak ni, sgt la malasnya nak snap sana snap sini, transfer gambar, edit lagi... tetiba rasa mcm give up nak buat seme2 ni dah. ho ho hoi... rasa lembap mcm musim tengkujuh sgt. 






hujan lebat... langit gelap... last 2 weeks mmg terperap je rasa. dari malam membawak ke malam, berselubung dgn sweater, toto, stokin tebal yg terpaksa sarung 2 lapis bl nak tdo. winter sgt kekdahnya. terus buang jauh2 impian nak duk oversea. baru ujan lebat seminggu, dah keras tak leh buat apa -___-






minggu ni alhamdulillah. cuaca cun. malam pun dah blh nampak bulan bintang. cuma kamera hp takdela sampai blh snap bintang. so twinkle2 dpn mata je. 

2012. hmmm... not my year i think. semua nampak mcm blurr... *lap air mata*

2013. big hope. harap2 semua yg diimpikan terlaksana this year. biarlah lambat dari org lain pun. kalau semua benda nak compare dgn org lain, sampai kesudah pun tak dapat nak kejar bahagia sendiri. but still, i am a human being with a poor heart. ingt x jeles ke tgk org lain ada itu ini. sesak napas jugak sekali sekala fikirkan itu. tp back to basic, redha.iklas.sabar. sila pegang 3 kunci tu baik2. 


mungkin di dunia kita rasa kita paling malang kalau nak compare dgn org sekeliling. tapi kat akhirat, semua manusia mengharapkan mereka ditimpa musibah, kerana orang yang ditimpa musibah tidak akan dihisab di sana. tp syarat dia mcm tadi la. redha. ikhlas. sabar. dan bkn x pasal2 minta Allah turunkan musibah utk kita, tp dlm apa pun keadaan, redha atas segala ketentuanNya. 


payah. ya. mmg payah. berapa ramai yg post mcm2 kat fb, blog, twitter. tp bl kena kat diri sendiri, hmm...kelaut jugak sabar tu. kadang2 mcm terlepas pandang semua kesusahan, keburukan tu dtg dari Allah. lets say mcm hujan. asal hujan je, akan ada lidah yg berbicara seperti ini 

"alah... hujan la pulak. abis plan aku. macam mana nak gerak ni? iskhhhh..."

"cih! ujang plok doh."

"time2 ni la nak hujan. spoil betul."


dan banyak lg la dialog yg sebenarnya blh menjeruskan kita pada terpesongnya akidah tanpa kita sendiri. kenapa sampai sentuh bab akidah? sb kita dah mempersoalkan ketentuan Ilahi. kan ke Allah yang aturkan semua tu? apa hak kita utk pertikaikan kehendak Allah? sb tu setiap hari kita dianjurkan untuk memperbaharui syahadat siang dan malam. takut2 kita terlepas pandang pada lidah yg tak terkawal. 


again 2013. harap2 my loyalty towards this blog akan terus berpanjangan. sedih sgt biar blog senyap sunyi gini. padahal hari2 kot buka sb nk tgk update kat blog orang lain. miserable betul. 


last ... 



i wish a happy life even its not perfect

berusaha jadi hamba Allah yang baik

berusaha jadi anak solehah buat kedua ibu bapa

berusaha jadi manusia yg baik utk orang sekeliling

berusaha yg terbaik utk dunia dan akhirat


ameen....



Wednesday, December 12, 2012

.: 12 12 12 :.


Bismillahirrahmanirrahim

Balik dari bandar ng mak tadi, flat terus kat ruang tamu. panas boleh tahan. letih. lapar. manusia. suka sgt merungut mcm tu. agak2 nak lelap kejap, tgk hp. dan terpampang begini di skrin...


12 : 00 pm
12-12-2012


tersangat kebetulan yg menyedarkan diri ini bahawa hari ini adalah tarikh yg sgt mengujakan semua orang. tak alert sb takde benda special,lain la ada anniversary ke ape ... hew hew... tp sies teruja. bkn takleh set balik hp tu jadi mcm tu balik, snap, tepek sini. tapi sendiri tahu hakikat masa tetap berlalu. bape saat je pun tgk skirn mcm tu. ingt ter reset hp. rupanya, oh... Allah hadiahkan satu kebetulan yg sgt unik rupanya =)


maka, wlpn takde apa2 yg istimewa, nak jugak abadikan tarikh ni dlm blog. nnt belek2 balik, ada jugak catatan 12-12-12 ;] 





Subhanallah - Alhamdulillah - Allahuakbar
Laailahaillallah




Wednesday, December 5, 2012

.: Mee bandung mudah :.



Bismillahirrahmanirrahim

=) Dah lama tak buat rancangan masak2 (=  Bukan dah tak masak, tapi takde apa yang best nak 'show off' sini. masak biasa2, cukup sekadar tak kebuluran. eceh, padahal hari2 mcm2 sumbat. tp tu la, takkan ubi keledek rebus, kepok keping, nk tayang jugop kam. eh tp sedapla keledek rebus yg warna oren tu.. series sedap! ni kan skrg musim hujan, senang la nk dpt stok ubi. mcm2 ubi jual kat tepi jln manir. murah2 plk tu.


ok tu muqadimmahnya. ni nk citer... kita baru pandai buat mee bandung... hehe. selama ni pandai order je. ritu mcm mana ntah, terdetik ati nk amik pes mee bandung time g kedai ng mak. masak isnin, buat berbuka. slurppp...




ada rupa mee bandung tak? *kantoi meja x lap abis*  tang telur tu mgkin dah ada ciri2 ke'bandung'an, tp kaler tu yg mcm cair je.. nk buat camne, guna satu pes jerk. btw resepi saya mmg mudah, sb guna pes adabi je ;] sesuai utk ank2 dara yg br nk bljr masak. kalau otai2, konpem buat sendiri kan pes dia ni.

tp takdela ikut direct mcm arahan kat belakang pes tu. carila jugak resepi asal buat mee bandung ni. baru mcm ada effor skit dlm masakan, ye dak? ;) time google resepi, mcm2 versi ada. ada yg letak kacang tanah kisar, lecek ubi kentang, guna tepung jagung pun ada nk kasi pekat kuah. rs2 yg tepung jagung tu org2 kedai la biasa guna. boleh trace sgt kepekatan guna tepung jagung.

basicnya, ada pes dah boleh jalan mee bandung tu. tp rajin2 kan lah hiris dan tumis dulu bawang putih dan bawang merah. tumis cili kering blend pun ok, kasi up kaler dia. pastu masuk pes, tumis. masuk air. btw, kalau nk tmbh lauk, campak siap2. mcm kami, mak x mkn ayam, kek2 / bola2 ikan, so terpaksa masak asing.. pfft. agak2 dah menggelegak, masuk telur brape biji nak. biar dulu telur tu masak. last masuk sayur, garam. then tuang atas mee yg dah dicelur. siap! mudah.com je kan? =)

tinggal satu lg, kita masuk kentang lecek nk kasi pekat kuah tu. sedappp...!







bangga dpt buat mee bandung, dan dikira berjaya la utk 1st time trial. lg best bl mak makan bertambah =) she is nasi type, tp kesan mee bandung ni, tak makan nasi pun takpe tuk berbuka ritu... hehe yippi!

tgk telur seketul tu, teringt time baru2 bljr mkn mee bandung kat kampus dulu. mula2 kenal mee bandung mmg dia special sb ada telur pecah dalam tu. so ada skali tu g la order kat satu kedai dlm cafe kolej. bl siap, tgk cairrr je kuah mee bandung tu, takde telur pun. tnya pcik tu, asal takde telur? dia ckp kalau letak telur kena tmbh 50 sen lg... terkelip2 mata ng member dgr penjelasan pcik tu. ello pcik... mee bandung mmg org pecah telur la kat dlm... tp nk buat camne, telan je la mee bandung takde telur tu... tsk.

eh tp lepas2 tu, bl ada member lain beli, dah ada telur la dlm mee bandung tu. harga sama. mungkin baru g kursus buat mee bandung kot #_#



Tuesday, December 4, 2012

.: Wedding kak nadia :.


Bismillahirrahmanirrahim




This is kak nadia. senior upsi bacth 04/05 (kot) sc kimia AT 16. eceh, details. kot2 la ad yg kenal beliau... ;)  tp mcm yg dah pernah taip kat entry lepas2, kami x pernah jumpa pun kat upsi. kenal time praktikal smk kompleks gong badak. dia posting situ. 2 jengkal je dari rumah beliau. jeles! so time tu kami adik2 ni mmg kamcing dgn beliau yg masih bujang ketika itu. bape kerat je pun yg single. skolah2 kat trg ni, kbynkannya mmg cg senior je ramai. so adalah happy bl kami ada senior blh buat geng kat skolah =)


sebab rmh kami dekat, dan fb, hp masih menghubungkan kami, jd blh stick sampai skarang. kuar sana sini, air segelas pun blh sembang mcm2, teman dia g iring bdk2, teman datim..ehem. that one before she finds the rite one la.. ;)   kelakar plk bl ingt balik. sb time deme clash awal tahun tu, kak nadia siap cakap..no wedding this year (2012). frust kot... dah start saving tetiba x jd. terus guna saving tuk membeli belah dgn jayanya..haha. skali jodoh dtg tgh2 tahun, the end of this year, kawen jugak akhirnya... =) 


tu la kan, jodoh kita tak leh nak expect ikut jangkaan sendiri. yg sebelum ni pun putus bkn sb gaduh ke apa. tp adalah beberapa sb yg tak dapat dielakkan. sentap story gak yg tu. sb bro tu mmg baik act. tp nk wat camne, takde jodoh. mcm ng dayat ni, diorg sebenarnya satu skolah dulu. tp x pernah kawan la. sehinggalah tgh tahun ritu, k nadia approve friend request dr dayat kat fb. then everything went well until they had married. kak, i wonder kekasih gelap skolah lama dulu dtg x? haha. lari...! ;]





debbo... ^___*







Alhamdulillah. selamat diijabkabulkan. kemain sengih =) dayat pun org dekat je, tepoh nun... kira nak balik raya xyah gaduh2. btw kak nadia lepas ni kena mintak tukar kuantan. paling jauh, kemaman la. dayat ni syarikat dia ada kat kuantan ng kl je.so takkan nk tukar kl kan, better stay kuantan je. tata kak, gonna miss u... and yr car, haha ;]







the dais. kamera hp. kelabu asap sket. 






hantaran untuk pihak lelaki






hantaran utk pihak perempuan







family kak nadia. pink yaw..! =)






groom's side. 






sisters side =) its not candid. series. 



those pic yg x kelabu asap, amik kat fb kak nadia. resize, touch up2 sket, so halal la ye kak watermark i situ ;)  mcm gopoh je jumpa time kenduri, tak leh nk sembang lama2. kejap je jumpa, pastu balik. btw tahniah kak! wedding of this year akhirnya terlaksana... =) nnt free ada kt ganu, singgah2 la ke teratak dinda. eceh. 


terima kasih jugak tuk aina sb teman achik. sgtla x reti nk attend kenduri sorang2. pastu jumpa cg2 senior skloah praktikal dulu, segan... tetiba segan. padahal dulu kemain duk usik2. ye la, lama dh kot x jumpa. tetiba nak jd ramah balik, hmmm... next time kita pk. taa... =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...