expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 5, 2012

.: Mee bandung mudah :.



Bismillahirrahmanirrahim

=) Dah lama tak buat rancangan masak2 (=  Bukan dah tak masak, tapi takde apa yang best nak 'show off' sini. masak biasa2, cukup sekadar tak kebuluran. eceh, padahal hari2 mcm2 sumbat. tp tu la, takkan ubi keledek rebus, kepok keping, nk tayang jugop kam. eh tp sedapla keledek rebus yg warna oren tu.. series sedap! ni kan skrg musim hujan, senang la nk dpt stok ubi. mcm2 ubi jual kat tepi jln manir. murah2 plk tu.


ok tu muqadimmahnya. ni nk citer... kita baru pandai buat mee bandung... hehe. selama ni pandai order je. ritu mcm mana ntah, terdetik ati nk amik pes mee bandung time g kedai ng mak. masak isnin, buat berbuka. slurppp...




ada rupa mee bandung tak? *kantoi meja x lap abis*  tang telur tu mgkin dah ada ciri2 ke'bandung'an, tp kaler tu yg mcm cair je.. nk buat camne, guna satu pes jerk. btw resepi saya mmg mudah, sb guna pes adabi je ;] sesuai utk ank2 dara yg br nk bljr masak. kalau otai2, konpem buat sendiri kan pes dia ni.

tp takdela ikut direct mcm arahan kat belakang pes tu. carila jugak resepi asal buat mee bandung ni. baru mcm ada effor skit dlm masakan, ye dak? ;) time google resepi, mcm2 versi ada. ada yg letak kacang tanah kisar, lecek ubi kentang, guna tepung jagung pun ada nk kasi pekat kuah. rs2 yg tepung jagung tu org2 kedai la biasa guna. boleh trace sgt kepekatan guna tepung jagung.

basicnya, ada pes dah boleh jalan mee bandung tu. tp rajin2 kan lah hiris dan tumis dulu bawang putih dan bawang merah. tumis cili kering blend pun ok, kasi up kaler dia. pastu masuk pes, tumis. masuk air. btw, kalau nk tmbh lauk, campak siap2. mcm kami, mak x mkn ayam, kek2 / bola2 ikan, so terpaksa masak asing.. pfft. agak2 dah menggelegak, masuk telur brape biji nak. biar dulu telur tu masak. last masuk sayur, garam. then tuang atas mee yg dah dicelur. siap! mudah.com je kan? =)

tinggal satu lg, kita masuk kentang lecek nk kasi pekat kuah tu. sedappp...!







bangga dpt buat mee bandung, dan dikira berjaya la utk 1st time trial. lg best bl mak makan bertambah =) she is nasi type, tp kesan mee bandung ni, tak makan nasi pun takpe tuk berbuka ritu... hehe yippi!

tgk telur seketul tu, teringt time baru2 bljr mkn mee bandung kat kampus dulu. mula2 kenal mee bandung mmg dia special sb ada telur pecah dalam tu. so ada skali tu g la order kat satu kedai dlm cafe kolej. bl siap, tgk cairrr je kuah mee bandung tu, takde telur pun. tnya pcik tu, asal takde telur? dia ckp kalau letak telur kena tmbh 50 sen lg... terkelip2 mata ng member dgr penjelasan pcik tu. ello pcik... mee bandung mmg org pecah telur la kat dlm... tp nk buat camne, telan je la mee bandung takde telur tu... tsk.

eh tp lepas2 tu, bl ada member lain beli, dah ada telur la dlm mee bandung tu. harga sama. mungkin baru g kursus buat mee bandung kot #_#



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...