expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 30, 2012

.: Jemputan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Kadang2 manusia tak sedar yang dia ada kuasa 'booster'. tapi kuasa ni biasa muncul tanpa disedari dan kaalu digunakan dgn semaksimum mungkin, the end u wil flattttt... just like me today. lepas assembly, zuppp kena g jaga student trial pmr. hari ni deme start. settle kutip kertas kul 10.30, berkejaran g kelas kat blok lain tingkat 4! kul 11 turun balik, naik amik exam paper kat bilik akademik, turun smula utk start paper seterusnya. jaga sampai 12.20. tu pun sambil jaga sambil gunting kertas. keje tak renti.

12.20 kelas lagik. form 2 yg terdiri drpd kalangan budak2 laki yg terrrrsgt hyperactive! only boys yg mmg memaksa anak tekak bercakap dgn frekuensi >> 1000000x hz. tadi mmg capai tahap resonance sb buang tebiat sgt org suh buat keje duk sembang suara ala2 peniaga kat bazar ramadhan. 

1.00 rehat. kul 2 sambung balik last paper sampai pkl 3. still dlm keadaan x duduk diam. stapler 400 helai kertas. pastu curik2 masa g agih2 kat bdk kelas lain. nota utk deme exam paper 2 english hari ni. kalau takleh jawab tu mmg saje la. tp gitu lah bdk2 ni. baik punya tlg pun tak nak. form 3 semua skali ada 116. fotostat utk 100 je. sb mmg tahu akan lebih. skali ada balance 20++ copy lg. acanner tu? ske ati ko la budak. 

settle kat skolah, zupp g kedai kasut. slipar mak putus. sian dia. tp kaki dia kecik sgttt... yg pattern dewasa sliper dia nak semua gedabak2 size. so amikla yg bdk kecik tp paling besar. balik x muat. -___-"  pas cr kasut, alang2 singgah je lah bazar. sb pikir ni mmg dah x larat nk masak. beli 1 lauk je pun. 

sampai rumah... body stuck. mmg x sempat naik atas... flattt terus kat ruang tamu. tak pikir lain dah masa ni. mmg nak air. time berbuka je, pas kurma sbijik, terus mencurah2 air masuk dlm tekak. alhamdulillah. nyaman yg amat. 




cakap pasal jemputan, ni semalam cik kinah hantar rumah, tp x sempat jumpa sb balik lambat... =( mak jer sempat jumpa dia. balik cuti 2 hari je cik kak tu. jumpe time raya nnt okeh! wpn mungkin x sempat nak gathering as single & available ngan kami lagi... :P:P:P





ni side lelaki. deme kenal kejap je. trough some relatives bulan 4 ritu. pastu tunang bln 6. dan bakal dijabkabulkan bln 8 ni =) 

cuti raya ni emm ada 4 je kot invitation. 1 tunang. so 3 adiah je kena beli. jimat duit. ngeh heheh. takdela. i love to give a present to anyone as long as i can effort on it. wlpn x mahal, tp bl dah berbungkus cantik, rasa excited je nak bagi. 

orite stop sini dulu. selamat berbuka =)

Friday, July 27, 2012

.: Popia Cornflakes :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu lepas buat ready stock utk popia goreng, ada byk lg lebih kulitnya. jadi daripada dibiarkan ia terus kejung lempar kat dinding pecah berderai, ada baiknya kita manfaatkan utk resepi lain. sosej roll pun siap guna kulit popia, senang dan sedap. sebab rangup =)




ada dlm belas2 helai lagi tu, pikir2 wlpn malas... buat jugaklah popia cornflakes. mula2 ingat nak sira pedas, tp penat ... malas dh nak tumis2 bagai. cornflakes ni campur gak nestum. tp sy mmg tak prefer nestum yg campur susu tepung / horlicks tu. cpt muak. cornflakes lg best.




yg terkelepek2 tu sb guna gam air je. heheh. malas nak bancuh tepung gandum / pecahkan telur. ni pun rasa mcm hmmmph... punyala stress duk gulung halus2 kulit popia ni, bila siap tak sampai separuh balang pun. skrang sy memahami kenapa mini2 popia gini dijual dgn harga yg agak mahal. kalau nk ikut kos bahan, takdela mahal mana pun. tp tang nak siapkan tu... uih menguji kesabaran. mmg salute la kat peniaga2 popia.

till then, selamat hari jumaat semua! =)))

Thursday, July 26, 2012

.: chicken kurma :.


Bismillahirrahmanirrahim


Semalam g bazar. 1st time. mmg hazab g bazar dlm keadaan lapar. tu yg malas. satu lagi mmg prefer masak sendiri. bkn bajet rajin, tp emmm bajet best kot. heheh. tp sb semalam g kuar beli barang sket, so alang2 singgah kejap kat bazar.

wahhhh makanan kemain. kalau lauk gulai kawah, sebesar2 alam kawah yg dia bawak. ikan bakar pun nampak frsh jer. kuih muih takyah cakapla... smua warna pelangi ada. menggeletar jugak lutut tahan nafsu. huhu. tp last2 pusing2 beli 2 benda jerk. kuih akok ngan lauk tomyam. 

akok tu sedap, tp mahal kemahin. 2keping singgit. eh taun lps bkn 3singgit ke? tak pun kalau rm 2 dpt la 5 keping. kita tgk tahun dpn, singgit sekeping agaknya harga akok.pastu tomyam... erghhh dahla tak bape sedap, beli rm2 dpt la 2-3 cedok kuah. ramadhan mmg bulan mengaut keuntungan berlipat2 kali ganda. kejam. 


so hari ni berbalik kpd hari2 yg lepas. masak lauk sndirik, buat kuih sendirik. ptg ni dah plan siap2 dr semalam, nak buat ayam masak kurma. ikan masak kicap. puding jagung. goreng popia. stok popia mmg sntiasa ada stakat ni. buat byk2 simpan dlm peti. time berbuka or sahur, campak je dlm kuali. 




ustaz azhar kata makruh kalau letak gambar lauk dan buat orang terliur. so kita letak gmbr paket perencah dia je, boleh la kan. hahaha. ok selamat berbuka semua =))))


Wednesday, July 25, 2012

.: Potato people :.


Bismillahirrahmanirrahim



sape2 yg amik pmr 2002 dan ke atas, mesti ingat citer potato people & the prisoner of zenda. ye dak? tp skang, start tahun ni, citer2 tu seme dah takde... ganti dgn tu haaa - around the world in 80 days. best jugak la citer dia, tp tetap rasa potato people tu mcm nostalgik ;) 

memandangkan ini adalah citer baru, so kena la study balik. sies, bila nak exam, rasa nak sumbat mcm2 kat student-dgn harapan deme blh hadam dgn jayanya ilmu2 yg diberi. tp hmmmm... adala 2-3 kerat je yg alert. yg lain... uihhhh rasa nak ketuk-ketukkkkk jer! 

td bincang last year punya trial. kelas dpn ok la siap. kelas2 blakang tu siap blh tanya - laaa...kena buat ke teacher? 'abis selama ni kalau cikgu2 kamu bg kertas, mmg utk disimpan ke?' hah tau plk diam. jawab la jawabbbb! 

seminggu ni mmg duk bz siapkan nota utk bdk2 amik trial pmr minggu dpn. cikgu yg bz, budak2 elokkk je lenggang kangkung mai skolah. haihhhh la. kekadang terpikir... bila dpt studnt yg nakal, suka menjawab, malas, suka ponteng, ske buat bising, and etc... adakah itu satu kifarah? mungkin kifarah time jd student dulu pun byk susahkan cikgu? maafkan saya cikgu kalau ada... erkkk, tp sy rasa sy bdk baik dulu. thehehehe...

ok nak g sambung wat nota lagik -pitam-


.: Jubah :.


Bismillahirrahmanirrahim


Khamis lepas, time take off ngan cik teha (sorang amik CRK, sorang amik MC-bagus!), kami g satu butik kat padang midin. AllAfia nama kedai tu. butik ni mostly jual jubah. ada la jugak dress ngan kurung moden. jubah2 yg dia jual tu seme dibawa berlayar dari indon. asal2 kami nak order je jubah o9, sb lawa2. skali search kat fb, ada rupanya butik kat trg jual jubah yg sama. cuma harga up la skit dlm rm15-20. tp orite je sb beli kat butik leh try dulu, dan kalau dah berkenan blh amik terus. 



konpem amik jd warna tema














cantik2 kan smua jubah ni. gmbr semua amik kat fb jubah elegant. bila g butik allafia tu, stok takde sangat. jd pilihan pun terhad.



kami pilih pink grey tu. bukan exactly the same mcm dlm gmbr la, tp tetap mcm lebih kurang. tak tersnap gambar jubah tu.. segan :P:P:P  harga dia kurang sampai RM160 je. ok la. grab je sb takut nnt dah susah nak cari. dia cakap kalau stok baru sampai dia akan kol balik. so blh tukar time tu kalau nak design lain. 


abis citer kat butik. kami g mydin pastu. hahaha kat sini lah bermulanya cerita migrain kami hari tu. elokkkk je sampai tingkat atas, mula2 yg kami nampak kat tepi tangga adalah deretan jubah! masing2 mcm ... "eh, bila mydin jual jubah byk2 ni?" ok lagi la mula2 sb jubah biasa2 je. skali bila jenguk sampai ke hujung.... ak tgk ko, ko tgk aku. pastu terkedu. pastu masing2 kecoh. samaaaaaaaa okeh ngan kat butik tadi! tgk tag kat baju, sama jugak. tgk tag harga... nanges berduet kat situ terus. hahaha. guess the price??? RM 99.90 yopppp! time2 tu jugak rasa nak guling2 hentak kaki T____T

call butik, mmg sah2 dia takkan bg balik duit. stress berganda kat situ. masing2 mood dah start down wlpn tgn duk kirai2 jubah lagi. haha. siap test kat fitting room lg tu dlm pada stress. heheh. tp mmg kejam kot... beza 60ringgit tu... cik teha dah membebel2 marah asal mydin jual jubah ni jugak???? haha. 

seriesly mmg bukan rezeki kami. rezeki butik tu mungkin. dan mydin konpem takkan pernah rugi apa2. sb next 2 day lps tu bl saja2 jenguk, pink grey pun tinggal selai jerk lg. kalau org tau tu jubah dr indon, mmg gila agaknya masing2 p grab. kalau tak silap jubah ni mmg murah pun kat indon. blh dapat dlm rm50-60. kalau silap sorry yep. i tak sampai indon lg. kalau dah sampai sana, grab sedozen terus. hahahaloba betul. 

so pd sapa2 yg nak jubah murah, g je serbu mydin. jubah ni kalau nak guna tuk tunang, nikah kawen, majlis apa2 mmg sesuai sgt. buat raya pun boleh =) ok sampai sini dulu. beta nak g buat short note tuk trial pmr jap. manje betul bdk2 skang, seme cg yg buat. ini kalau tak score jugak, mmg masak la korang jd lauk berbuka kang. ok dah. tata.




Janji puasa hari ke 5

"Diberikan pahala untuk kita sebagaimana pahala orang yang menjalankan solat di Masjidil Haram Makkah, Masjid Nabawi Madinah, Dan Masjidil Aqsha Palestina."


Monday, July 23, 2012

.: 1st day :.


Bismillahirrahmanirrahim




1st day school in Ramadhan... ginila gaya budak2 bila masuk kelas nnt. cikgu baru masuk, dah sibuk sembang ngan member sebelah bila REHAT? mcm kang blh makan kalau rehat punnnn. itu yang pagi, kalau petang sat g... konpem syahid terus! mencabar okeh nak belai budak2 suh semangat dgr kita ngajar time bulan puasa nih. nak psiko + tarbiyah, tapi kadang2 ngan cikgu2 skali ter'psiko'. 

next week trial pmr. sekian. 



Saturday, July 21, 2012

.: its Ramadhan! :.


Bismillahirrahmanirrahim

patutnya publish semalam. tp tak terdaya langsung lps balik dr durian burung. sampai je terus tdo sampai sahur. hu2. tu pun pening kejap nak pujuk perut terima makanan pukul 4.30 pg. minum air masak dulu. ok jalan. tgk lauk. emmm sedap. ok kita ratah. tp mcm tak kenyang kang siang nnt terkelepek lg. buat vico segelas tuang corn flakes. hahah baru kenyang. yg pasti end up sahur tadi berlalu tanpa nasi. syabas. 



 saja selingan. comei kan kartun 2 ketul ni? rasa nak picit-picitttttt jerk. geram3! =)  






kita tahu... setiap tahun kita tahu kebesaran fadhilat Ramadhan. tapi ramai antara kita buat2 tak tahu...kan. tengok sehari sebelum puasa dah la. berbondong2 manusia kuar cari bekalan makanan. pcik ayam, daging, santan, sayur, mmg sengih panjang la sempena ramadhan ni. maka terjadi lah apa yg tak patut terjadi sepertimana tahun2 yg sudah... PESTA MAKANAN! pesta yg menjanjikan pembaziran. harap2 kita terkecuali drpd berbuat demikian. 





k lah. sekian dulu tazkirah ramadhan pertama ;) nak g dating ngan cik ateha jap lagi. again? ha'ah, mmg takde org lain dah selain dia. dia lah pengubat sunyi dan sepi, dialah pengubat duka dan tawa...eh dia dah odway! alamak.

SeLAmAt MenYamBut RaMaDhan
^___^

Thursday, July 19, 2012

.: Kisah Abang dan Mak :.


Bismillahirrahmanirrahim




Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
 
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
 
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.






Januari 2011-
  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-
  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tap i kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-
  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011-
 Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?& quot;

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diaca painya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-
  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-
  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-
  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan a lam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011-
  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak me nangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia


9 April 2011-
  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercaka p lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik huj an yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!&quo t;
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama s elepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). 
 
 

Wednesday, July 18, 2012

.: e-Day k.NaDia - continue :.


Bismillahirrahmanirrahim

Sebab esok cuti, jd hari ni kita kasi double entry =) act nak sambung citer e-day k.nadia yg semalam. k.nadia ni senior upsi, tp tak pernah kenal pun kat sana, sb dia kuar saya masuk. kami kenal time saya praktikal kat smk kompleks gong badak dulu. pas abis praktikal, kami still keep in touch sb rumah dekat2. so salu kuar jalan sama2.

alkisahnya dia tak expect pun akan bertunang n kawen soon in this year. tapi jodoh kan... sape tahu =) maka hari Sabtu baru ni, berlangsung lah majlis pertunangan beliau.





sweet kan mini pelamin ni? gigih k.nadia cari vendor yg boleh buat pelamin gini. part paling dia nak - tu...yg melengkung tu. dapat dalam RM300. ok la kan.







cun tak gambar kita snap? mihihihi. photographer yg low profile mmg mcm ni. shoot pun sipi2 je celah2 bunga. boleh la... 





mak dayat sarung cincin. nak jd photog mmg kena cekap kan? sb byk kes makcik2 yg sarung cincin kat bakal menantu dia akan buat cepat2. pastu tak nak bergambar. adalah dlm 5 saat je duk atas tu. tp nak buat mcm mana kan. takkan nak paksa2 org plk. 




The hantaran. ada 7 act, tp malas nak adjust masuk gmbr. ni tuk dayat. yang daripada dayat tak tersnap plk. 




ni cikgu cikgi smkkgb. seb baik la ada akak2 yg super duper meriah ni. ada jugak teman bersembang. kalau tak mcm tak tahu nak kawan ngan sape situ. member2 k nadia kite tak kenal...


menu jamuan adalah sangat sedap. dan tak perlu tunggu nasi minyak hari walimah, sb tunang pun dah ada nasi minyak. nak snap gmbr lauk, tp mcm segan... kang org tengok pelik nnt... bdk ni gmbr nasi pun nak amik. mcik, kita blogger okeh. haha menjawab ya? cubit dia, cubit dia!




last not least...
sekian =)




.: hip2 horreyyyy :.


Bismillahirrahmanirrahim





Dengan ini saya mengisytiharkan cuti bagi diri sendiri selama 4 hari bermula esok, khamis 19 Julai 2012. sukanyaaaa beta. cuti esok dah lulus smalam! berebut kot nak dapat cuti ni. sb dalam sehari takleh ada 2org apply cuti. kecuali kes2 mc la kot. so smalam berebut ngan ada cikgu2 lain yg nak cuti. haha. sampai pengetua cakap kat pejabat dah3, tutup dah borang cuti. haha.so tahniah kepada diri sendiri atas pencapaian ini. muahahaha.


pastu Ahad ni dah umum secara rasmi semalam oleh mat said cuti sempena kemenangan sukma dan sambutan awal Ramadhan. ye la tu, kalau tak sukma menang, takdenya ko nak bg cuti kan???? mcm tahun lepas. kemain bengang bola menang tak bg cuti terus. nak tunggu result sukmaaaaa jugak! hape kes ntah kedekut sgt nak bg cuti. bajet produktif la tuwww bekerja 365 stahun. huh. 


eh dpt cuti pn membebel lg mcik ni. tak, bebel2 tu  tuk mb tersayam je. kikiki. dah, jom masuk kelas sbg seorang guru yg cemerlang sb dapat cuti! heheh.

Tuesday, July 17, 2012

.: e-Day k.NaDia :.



Bismillahirrahmanirrahim


 
tepek ni dulu sekepim. nanti sambung. tengah buzy nak adjust cuti khamis ni. cuti sempena meraikan kemerdekaan daripada Oral Test ;)  sambung terus sampai Ahad, cuti sukma. jadi 4 hari. besh3! mat said jangan ngengada plk cancel cuti Ahad tu. ada yg bawak sepanduk depan wisma darul iman kang. 


Monday, July 16, 2012

.: kek pilihan hati :.


Bismillahirrahmanirrahim

Macam banyak benda nak citer, tapi tak tersusun. takpe. kita select yg best2 dulu. start dengan peristiwa sabtu lepas. me, my friends A and B was outing together2 kejap ptg pas asar. emm mcm stress plk tak leh guna nama sebenar utk 2 orang nih. atas sb... hmm its complicated. even blog ni tak pemes langsung, tp ada gak certain2 makhluk yg kenal mereka berdua ni. so kena buat hidden name jgk. haha bajet ada org nak buat kontroversi nnt. 


so nak dijadikan cerita, agenda kami outing ptg tu nak tempah kek utk hantaran. Si A tempah tuk tunang, si B tempah utk kawen...me? tempah utk besday sendiri... T___T taklah, paksa A ngan B belanja kek besday. biar lambat, asal dapat. muahahaha.




mula2 si A nak yang ni tuk hantaran tunang. RM 40 utk 16pcs. tapi takleh sb dia tunang raya ke 2, so owner kedai cakap kalau amik b4 raya takut buah jadi buruk, pastu raya kedua dia tak bukak lagi kedai. jadi tukar amik cekelat. ok jugak wlpn ada rasa frust di situ.





ok la kan? RM 45 tuk 35 pcs. settle yg A, kami suggest B amik  je Pavlova tuk hantaran dia. 




haaa menarik tak? nampak pun dah best kan. yg ni double layer rege dia RM 60, ok la within budjet. nanti atas tu pacak sign selamat pengantin baru, pastu nama bridegroom tulis atas kepingan cekelat. 


btw, kedai yg kami pegi ni owner dia kawan kepada kawan saya. so sama umur. tp sangat berjaya dalam perusahaan kek dia. start ngan o9, pastu bukak kiosk kat giant, skang dah ada kedai sendiri. pakai grand livina okeh skarang. so sape2 yg nak jenguk hasil keje beliau, blh klik sini. tu link fb dia.






dan ini adalah kek besday saya yg comei. eh sies comei. tak kesahla org cakap bese pun, tp bagi diri ini yg stahun skali menatap kek comel begini, cukup buat diriku terharu. walaupun terpaksa buat2 suprise. takpe i lebiu  my friend ... =))))





double love sb dapat pavlova jugak!!! heheh. bila lagi nak manja ngan member2, jap g deme dah kawen... tinggal la diri ini memanjakan diri sendiri... T______T



last chat b4 balik kat sini. amik ringan2 je share 3 orang. saje try pokkits tu, tp tak sedappppp.... dah la kecik coet. ok tu je dulu citer dari penglipulara yg mmg sedang berduka lara. tadi ingat nak gebang hal skolah, tp mcm tak penyabar plk. eh tp sies, bila la skolah ni nak maju kalau data entry student pn macam hampeh. kena mengemis ok nak data student. tanya kat opis, opis kata mintak kat akademik. skali akademik ckp takde soft copy. abis takkan nak taip balik semua data student???? eh jgn teruskan. kan jd lain nnt. sabar ok. sabar.... 



Saturday, July 14, 2012

.: non stop weekend :.


Bismillahirrahmanirrahim

 Nak g unisza jap lagi. pastu g bayar tenet. kang lepas zohor nak g rumah kak nadia. majlis bertunang. pastu petang sikit lg kuar ngan cik kinah & cik teha. esk dah skolah balik. 3 minggu straight dah beta kehilangan weekend yang damai... O__0







takpe. rehat dulu bersama kopok lekor rebus. rupa je tak cantik macam cup cake, tapi boleh buatkan kita non stop eating ok. cup cake ada mcm tu? eh tetiba kutuk cup cake. selamat berhujung minggu seme....

Thursday, July 12, 2012

.: Come & Meet ustaz azhar idrus :.


Bismillahirrahmanirrahim



Iya, this is serious! malam ni ustaz ada kuliah kat masjid Batu 6, pastu insyaAllah beliau terus gerak g amik anugerah pelajar terbaik untuk anak perempuan kedua beliau. Kebetulan sekolah kami buat hari terbuka, so semua orang boleh je datang sini, ada gerai jual2. tapi takde la ustaz bagi ceramah nanti. so sapa nak datang pm me tanya alamat skolah k. kalau sempat la... hehe. k tu je nak gtau. siap2 tuk majlis malam ni plak. penat teramat. sekian.






Wednesday, July 11, 2012

.: tak sempat... :.


Bismillahirrahmanirrahim

ok hari ni beta bz to the max. so yuhaisya.blogspot, sila bersabar dulu ya. nanti ada masa lapang, i update. ni baru lepas raptai majlis anugerah pelajar yg agak hampeh. dapat job jadi mc pg tadi... pastu raptai sorang2, partner mc tak nampak bayang pun. marah ni, marah3...

ni tunggu nak balik. cepatlaaaa... eh kinah kata nak ngeteh, tp takde khabar berita pun... kalau tak jadi hajat di hati mmg balik flat terus ni... tapi, tapi, tapi...kena siapkan crispy & spicy spring roll utk jualan esok. nama kena catchy, sb kiteworg kan english club, hew3...

k, tata...

Tuesday, July 10, 2012

.: besday = food day :.


Bismillahirrahmanirrahim

dari kecik, i have no idea how to celebrate my birthday. sb family tak pernah treat. and the day just past out with nothing. tp ok jer kot, sb time tu kawan2 skolah pun tak de sgt yg jenis celebrate beria2. lg pun fb, blog, mana ada lg time tu. kalau tak konfem sentap kena tag gambar kek! 

dan bila dah dewasa ni, takkan nak buat party jugak demi membalas dendam pada zaman silam dulu... ;) patut time besday ni semua anak2 bg hadiah kat mak masing2. sb hari besday adalah hari mak masing2 menanggung hazab nak kuarkan kita seketul2 nih. 

so me... saya belikan kek utk mak saya =) **padahal beli kek sb mengidam awal2 lg, mkn pun lebih dr mak** haha. sekali sekala meraikan diri sendiri tak salah kan. 






ini adalah makanan pertama yg terlintas dalam fikiran utk dingap. P A V L O V A. sedap!!! mak pun sukaaaa =) cuma maringue tu manis sgt. tp ok je, sb cover dgn whipecream. beli yg mini je, sb nak merasa. 




Rainbow cake. yang ni tak terlintas pun. tp sb nampak cantik... dan kat blog, fb pun sibuk duk tayang pasal kek ni, so rembat sejuring. emmm... kureng sket. sb mcm ada rasa oren2 gitu. pastu manis ofkos tak kurang. ada lg tu dlm peti tak abis. mmg buat syarat pemanis mulut je ni.




maka ini lah hidangan makan malam di hari lahir ku :P:P:P nasi goreng kerabu, kuew teow bandung, kek2, dan 100 plus utk org demam. a'ah, dr jumaat lepas lg tak kebah2. stakat ni 100plus mmg air peberet. kalau tak konpem terkelepet. semua siap dari kedai. hu2. ingat nak masak, skali lighter kena minyak... huwaaa.. dah la penat hari ahad tu. so berangkat jugak la ke kedai dlm keadaan yg bengang. tp control, besday girl mana blh marah2. hew3.



ni jamu kat skolah. tak gtau pun jamu sb besday. tp suka kan bagi orang makan =) ni pun buat kat kedai jugak. bawak tupperware suh mcik tu letak dalam tu je. Alhamdulillah, semua sukaaaaa =)



pulut kuning + rendang ayam. yummeh! sies sedap sgt rendang mcik ni.



ni lunch hour. makan ramai2 kat RFC. not purposely to celebrate my besday la. mmg dah pakat2 nak dtg mkn sini sb kat pjbt skolah ada kupon rfc ni. heheh. tp i feel the fun on my besday. tq awak semua! awak??? hahaha.



mine - chicken delight A



nampak mcm sedap kan. dont assume that. bukanlah tak sedap langsung, ok je. tp gitu lah rfc ni, ada je benda yg takde. nak order tortilla, takde... kentang tu ganti roti bun, sb bun dah abis... -___-
pastu dari 1st time dtg dulu, ada la sorang 2 pekerja duk kat kaunter. mmg sesepi alam jer bila masuk rfc. bukan nak kondem bisnes org melayu, apa lagi ekonomi org islam. nak support sgt2, tp gitu la.. plissss so something rfc.

ok tu je pasal makan2. taip entry sambil tgk jam. lewat lagi laaaa hari ni. padan muke!



Monday, July 9, 2012

.: 090787 - bukan no pin :.


Bismillahirrahmanirrahim



Yup, its my birthday. Alhamdulillah. i'm turn into 25yo. jubli perak already. nothing special utk diuar-uarkan. hari ni tetap mcm hari2 biasa jugak. cuma istimewanya ingatan hari ini adalah buat ibunda tercinta. kerana 25 tahun yg lepas, juga ketika berusia 25 tahun, dia telah bertarung nyawa demi membawa saya ke dunia ini. i wish i can feel the pain too on this age, tp mmg takkan la kan... tsk tsk tsk


bila besday jatuh pada weekdays, kebarangkalian anda utk kehilangan tarikh istimewa tersebut adalah tinggi. so abadikan je dlm blog ;) i am a bit rushing rite now... mak dah bising suh g skolah,ok diam. jgn jawab, this time i think contraction dah start dah. sampai ke malam okeh sakit nak keluarkan seketul budak comel ni, heheh. 

Terima kasih ya Allah. moga terus dipanjangkan usia dalam mentaatiMu dan RasulMu... juga dalam berbakti pada ibuku...ameen...


Friday, July 6, 2012

.: this weekend... :.


Bismillahirrahmanirrahim


ai adalah sgt penat. dah aim dalam kepala petang td nnt sampai rumah lepas mandi makan, solat smua, konpem tumbang terus sampai subuh. tapi ni... badan penat, tapi mata tak ngantuk punnn...? apa kes???? minggu ni ada kursus act. pg td kuar sblm 8am, balik 6.30 lebih kurang... rehat td pnjg sket sb solat jumaat kan, maka menggatalkan diri p soping bersama2 cik teha sayam... pas soping baru tergadah nk g solat. pastu masuk lewat. good! very gud!


dr smlm start sakit tekak... seb bek bangun pg td ok. tp tadi dalam dewan aircond mcm hape sejuk. pastu kuar dewan panah bederinggg! masuk kete sejuk, kuar panas, masuk soping mall sejuk balik. can't imagine how my body system regulate that conditions-poor them- T___T



gambar sekadar hiasan
-hand bouquet act tu, ada sapa2 nak ke? =)



esok sama gak. g sama2 ng cik teha sblm 8 am sampai 4.30 pm. tp tak tahu lg sampai rmh pukul brape sb cik adik tu nak lepak pantai esok. me ok jer. sb rasa nak minum air buah. dan balik esok harap2 mata blh beri kerjasama tuk tdo awal, sb ahad skool.... assembly lg tu. then next week, sklh sampai jumaat mlm sb ada karnival skolah. plus rabu depan pentaksir nak dtg tuk check oral BI kat skool. pitam la nak train 10 org budak utk ditest balik, & utk form 3 kena buat test report **bergenang air mata mengenangkan hujung minggu ku yg tidak lg dihias indah dgn rehat yg cukup**

tu je keluh kesah beta hari ni... sekian, wassalam.

Thursday, July 5, 2012

.: It is Nisfu Syaaban day :.


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah... masih dipanjangkan usia utk membuka lembaran buku baru ; catatan perjalanan seorang hamba yang sentiasa mengulir diri antara dosa dan pahala. dari kemarin lagi ramai yg duk post kat wall fb masing2... permohonan maaf secara terbuka. mcm raya plak. tp ini adalah peluang dan kesempatan. so marilah kita sama2 berjemaah memohon maaf dan memaafkan.



Bulan mengambang
Malam 14 Syaaban 1433H
Kem Pengakap Telaga Batin, K Trg



me... i was stuck on that. stuck sb sampai pg ni masih segan nak salam minta maaf ngan mak sendiri... iskh, cukup segannnn bila part gini. why3? dulu, kalau time kat u, senang sikit... sb time nak minta maaf, hantar msg je. heheheh. ada reason la kan buat mcm tu sb duk jauh. ni... duk sebumbung, takkan nak hntr msg jugak??? eh surat ok kot... mueheheh. 


tp gitu lah kan... kita lg senang publish permohonan secara terbuka berbanding nak pohon maaf sesama ahli keluarga. sb taip kat wall fb adalah kaedah termudah (sah2 beratus2 friend list baca post wall tu) dan tiba2 feeling tenang sorang2 dgn beranggapan semua orang maafkan kita.....  alangkah indahnya teknologi ;) 


hamba cuba utk mengadap bonda kejap lagi. doakan hamba ya. pe pun, hamba nak mintak maaf jugak pada yg sudi singgah sahur di blog malap lg mundur ini. sampai ketemu lagi ya. wassalam ^___^


Monday, July 2, 2012

.: We are beautiful, Allah Love us :.


Bismillahirrahmanirrahim




she is lovely right?  makin suka tgk penampilan dia sekarang. i salute u heliza =)




dulu, i dont think so i'll like her like now. bkn suka sb dia retis, tp sb the way she have changed. sgt2 tenang kan raut wajah dia sekarang... i'm love in it! 





kak abby abadi yg semakin mantap mencari pengisian rohani dalam hidupnya. moga bertabah dgn segala cemuhan. sepuluh menghina, 1000 dtg menyokong. after all, Allah is enough for u ^__^




Aisyah Humairah. model cilik yg makin glamer. good job dik kecik2 dah jadi model tudung. 





ni sorang lg yg i dont think i will admire her peaceful face like now. sweet sgt kan. lebih sweet bila dia berhijab, akhlak dia pun jd sweet skali. kalau ingt attitude dia sblm bertudung, mcm x nmpk lgsg ciri2 wanita solehah idaman kalbu. tp who knows, hikmah dtg slps 2kali patah hati.
mcm mak ckp, dia pernah kecewa dgn farid, dgn nabil.rupa2nya Allah nak gantikan dia dgn suaminya sbg lelaki terbaik disisinya sekarang. tahniah k irma =)





awal2 kuar style tudung dia dulu, sungguh saya tak tahu dia adalah British! ingatkan hana tajima ni nama baru dlm dunia fashion bertudung. but who knows, this wonderful name now has bring a big wave in hijabista...





mereka... jauh di sudut lain, tetap sama seperti kita. berhijab utk menutup aurat mengikut syariat. dlm serba kedhaifan, mereka belajar mencari ma'rifat...kita?





and Allah never choose people to be loved by their different colour...




sapa cakap bertudung takleh aktif bersukan. mungkin lepas ni oic blh cadangkan sukan tertutup utk sukan muslimah. i thought.

model tudung terakhir... sgt mengkagumkan! sape dia??? lets scroll... =)

v



v



v




v




v




v





v





v






v






v







v






v







v






v





v




v




v




v



v




v



cak! lawa kan...! my mom n me... tak abis2 duk kagum tgk mcik angelina jolie ni pakai selendang. rasa nak sujud syukur pun ada. siap pakai skarf tu. mmg dia tak convert lg, tp at least... she have an instinct to respect our religion bl dia dtg melawat org Islam. so why didnt we pray for her? kan. 
tp satu je, takut jd mcm kes princess diana dulu... mati sblm convert. nama2 besar gini bukan blh buat main. may Allah protect her when she was in His way...ameen.



ok, rumusan dr entry...

buat yg berhijab (esp diri sendiri) :

bila melihat mereka yg masih tidak menutup aurat... jgn rasa kita adalah lebih baik dari mereka. hari ini mungkin mereka tidak bertudung, tp esk lusa mungkin mereka adalah yg paling IKHLAS menutup auratnya...

jangan HINA permulaan seseorang... kerana kita tidak tahu pengakhirannya...




dan buat yg masih belum berhijab :

Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah? 
Memang tak semua yg bertudung tu baik. tapi yg tak tutup aurat tu langgar perintah Allah. Doh kalu langgor perintah Allah, kot mana baiknya?
-Ustaz Azhar Idrus-


Last - Kita semua cantik, Allah sayangkan kita semua =))))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...