expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 25, 2013

Allahyarham Tuan Faris Tuan Yahya




Bismillahirrahmanirrahim

Lamanya tak buka blog.. eh buka, update je tak boleh :(
ermm..update kali ni, diusahakan atas nilai rasa atas kehilangan seseorang...





22 Nov 2013, Jumaat, 7.59 mlm

salam, tau dh ko ckgu faris xdok? eksiden td..
kak as kol akak lps mghrb




sms dari kak huda. saya dalam keadaan santai melayari internet waktu itu.
saya baca sekilas lalu. xdok? pergi mana? eh eksiden?
2-3 kali baca, baru nampak jelas nama ckgu faris.
eh jap2, cg faris suami k.hasmad? abg wani?
subhanallah...
makin berulang saya baca sms tersebut, makin bergegar rasa jiwa.
dalam keadaan perasaan yang huru hara, 
saya ke bilik mak, 
cakap abg wani, tuan faris dah takda...
dan sama seperti saya, mak terpinga2...
takda ke mana?


sukarnya untuk menyebut perkataan mati bagi menjawab soalan tersebut..
lidah terasa keras.
tapi saya lafazkan juga untuk berita pahit yang sukar diterima...


call kak huda, bertanya itu ini..
call k.hasmad, tak berjawab.
selang ketika kemudian, k. as call balik,

tp bila saya jawab, saya sendiri tergugah untuk bertanya.
dan kami hanya berbual seketika, 
k.as pasti masih banyak yang perlu diuruskan...


Allahyarham dan keluarga masih tidak pulang ke kampung bersama keluarga
kerana beliau bertugas sebagai pengawas peperiksaan spm di p.pinang.
Beliau terlibat dalam kemalangan pada petang jumaat.
Jenazah Allahyarham terus di bawa pulang ke pasir putih selepas keluar dari hospital
dan selamat dikebumikan di pasir putih pada 23 Nov 2013 jam 10.20 pagi.
Al-Fatihah.


Siapa Allahyarham di mata saya dan mereka yang mengenali...

Saya mula mengenali Allahyarham melalui adik beliau - Tuan Hazwani. Wani adalah roomate saya sewaktu di upsi selama lebih kurang 3semester. pertama kali mengenali kak hasmad melalui saya, wani berkenan untuk menjadikan kak hasmad sebagai kakak ipar beliau ;)

saya setuju 100% =) walaupun tidak pernah bersua dengan abang beliau waktu itu, tapi berdasarkan cerita adiknya, saya yakin lelaki bernama Tuan Faris mampu menjadi imam yang baik kepada kak hasmad =)

kami mula mengusahakan jalan ke arah menyatukan mereka berdua. dan benar, mendirikan masjid mengikut syariat bukan mudah. ada hati yang gelisah, keliru, ragu-ragu, semuanya konflik yang harus ditempuh oleh setiap pasangan. kadang-kadang saya dan wani tertawa sendiri memikirkan mereka, kita yang adik-adik pula pening memikirkan mereka ;)

tapi saya yakin mereka adalah pasangan yang saling melengkapi. saya yakin k.as adalah calon isteri yang terbaik untuk abg wani, dan wani pasti lebih mengenali abgnya untuk menjadi suami yang terbaik bagi k.as.

mengenali k.as, dia ank sulung dalam keluarga. dalam kalangan kami sendiri di kab, upsi, dia juga k.long kami =) saya sayangggg sgt dia sb dia selalu blurr...hihi ;) dia baik, hatinya cukup sensitif terhadap perasaan sahabat. pernah sewaktu saya ditinggalkan sendirian di kab, dia menangis semahu2nya... ya long, dik su masih ingat waktu itu... 

dan ckgu faris, saya mungkin tidak layak untuk menyentuh perihal dirinya lantaran kami hanya beberapa kali bertemu. singgah di tg malim bertemu wani, sambut menantu, dan yang terakhir, hari raya baru2 ini...
mungkin kerana itu adalah aturan pertemuan terakhir, Allahyarham, k.as sekeluarga memilih untuk pulang ke p.pinang dari kelantan melalui lebuhraya pantai timur (kl) dan singgah di terengganu terlebih dahulu.

salah satu sebabnya, mereka masih trauma dengan kemalangan yang pernah dilalui di Grik sewaktu PRU 13 yang lalu. walaupun kemalangan tersebut sangat tragis, dan salah seorang kakak wani yang menjadi penumpang pernah koma akibat tercampak keluar, tapi Alhamdulillah, semuanya masih selamat...





kenangan di hari bahagia mereka...
Nurul Hasmad dan Tuan Faris
entry asal di sini




ketika singgah berziarah ke rumah, Allahyarham sempat menolong jiran saya yang terputus bekalan elektrik. kebetulan jiran sebelah waktu itu tiada lelaki di rumah mereka. dan faktanya di sini, saya dan jiran sebelah adalah sgtttttttttttttttttttt jarang berbual, mak pun sama kot, lebih sikit je dari saya mungkin ;) tapi, Allahyarham yang memang terkenal dengan sifat ramah, langsung tidak kekok membantu...

ketika bertemu Allahyarham, mak sendiri tidak kekok untuk berbual dengan beliau. perkara yang jarang2 berlaku memandangkan saya sendiri bukan ada kenalan lelaki sangat, apalagi untuk datang ke rumah. dan mak saya pemalu, tapi sifat peramah Allahyarham memecahkan rasa kekok itu. 

peramah - satu sifat yang saya kagumi tentang beliau. saya yakin, sesiapa sahaja yang pernah mengenali beliau tidak akan berasa canggung untuk meneruskan persahabatan dengan beliau. 

sebelum bertolak, Alhamdulillah, saya sempat menjamu mereka hidangan tengah hari yang tidak seberapa... dan saat kereta mereka bertolak, saya baru tersedar hari ini bahawa itu adalah pertemuan terakhir dengan Allahyarham... subhanallah, dari Engkau kami datang ya Allah, kepada Engkau kami kembali...

Hilang sudah salah seorang pemuda agama, anak yang soleh, abang yang bertanggungjawab, suami yang penyayang, ayah yang pengasih, teman yang peramah, guru yang berdedikasi, dan salah satu watak muslim yang baik di muka bumi ini...

betapa sukar saya untuk mempercayai kehilangan ini, pasti ia lebih berat kepada mereka yang punya pertalian. keluarga, sahabat, saudara mara... semoga mereka kuat.

dan untuk kak hasmad... 
yuha bangga menjadi penghubung cinta kalian walau tidak seberapa,
walau kalian berjauhan seketika -suami di johor, isteri di penang,
tapi akhirnya Allah hadiahkan percaturan yang lebih indah.
si suami ditukarkan ke penang, ke sekolah yang sama,
dan duduk di meja bersebelahan...

dan kini, mungkin segalanya memilukan...


k.long, yuha tahu, betapa banyak datangnya perkataan sabar 
dari mereka yang bersimpati, ia pasti masih jauh untuk mengubati kehilangan ini... 
yuha sendiri hilang kata-kata untuk menelefon k.long lagi,
terasa kerdilnya diri ini dalam membantu menenangkan k.long...
Allahurabbi...

k.long,
yuha tahu, sedih ini akan berulang walau k.long cuba menghadapinya dengan redha.
hati isteri... yang masih baru dalam menyulam cinta bersama suami tersayang..
tiba-tiba pergi tanpa isyarat...
Allahuakbar. Allah terlalu menyayanginya...terlalu...


dan Allah juga sayangkan k.long, terlalu sayang...
yuha yakin, k.long mampu, 
k.long kena kuat, kuat demi Husna Awatif dan Ikram...
mereka mungkin telah kehilangan abi,
tapi mereka masih ada ummi yang kuat, kan?


Allahurabbi...maaf k.long,
yuha sendiri sebenarnya tidak akan kuat jika berada di tempat k.long,
dan kata-kata ini, bukan kerana yuha kuat jika ditimpa ujian yang sama,
tapi sebagai sahabat yang paling lemah, 
hanya doa dan kata-kata yang mampu yuha hulurkan untuk kak long dan anak-anak...
Semoga k.long tabah menghadapi hari-hari mendatang...
sayang k.long.

AlFatihah untuk Allahyarham Tuan Faris Tuan Yahya.
semoga rohnya dicucui rahmat
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
sentiasa tenang dan lapang kuburnya...
aameen....



Monday, August 26, 2013

Syawal yang datang... part 2


Bismillahirrahmanirrahim

Ada ati tuw nak buat part2 jugak, haha, biar aa... malas pikir tajuk act. wlpn citer raye takde sgt, tp saje jimat2 buat kat entry lain2 ;] supaya nampak rajin sikit update blog... mmg takde sape pun cek rajin ke tak, tp ntah eh, rasa mcm meriah je ada byk2 entry. tu yg kalo tgk blogger yg update sehari 14x, entry ciput2 je... jd kita belajar dari mereka yg pakar, hahah ;)





kejadian malam 1st day raya. time ni dah ala2 start nak dibuai mimpi sebenarnya, dalam pukul 11.45 mlm. letih kot raya... *letih sb makan byk kam...* mula2 dgr mmg tersentak terus, pastu stress sb bising sgt. betul2 dpn rumah bdk2 ni main. ingt kan 2-3 das je, tp dah belas2 das pun tak berenti lagi... haishhhh x boleh jadi ni >>>> jom snap gmbr bunga api! haha.

dlm stress2 kena kacau tdo tu, mcm best la plk tgk bunga api dpn mata. ada la 40das kot mlm tu diorg main. tp sempat snap 4 ni je, yg last tu paling besar, lawa kan... =) hehe. ada la jugak hiburan malam raya wlpn konpem mendatangkan kemarahan jiran setempat ... lalala... abis snap tutup pintu sambung tdo... tamat.


Friday, August 23, 2013

Syawal yang datang...

Bismillahirrahmanirrahim


Hai3 =) ada masa ni bolehla bersiaran lagi. tajuk kasi tukar la dari yg tadi, tadi hilang, ni datang balik ;)  emm mcm taun lepas jugak kot, ke lagi tak meriah taun ni? tsk. mcm mana excited pun ragam manusia nak sambut raya, tetap la ramadhan is the best kan? xley celen kemeriahan sebulan ramadhan. raya, mlm raya ng 1st day je la kot yg mcm ala2 excited. tu pun ptg2 raya dah suam2 suku dah masing2... 


raya kali ni takde tentatif apa2, program raya cuma makannn je. dr puasa lg mak ckp nak makan ketupat palas ng gulai ikan di pagi raya. baiklah. insyaAllah keje senang tu, sb masak gulai je pun, ketupat palas kita beli je kat batu 6 =) 




dulu2, kalau raya kadang2 ada org hantar ketupat ni kat rumah tak heran mana pun... pandang sepi je. yang makan, mak ng tokki je kot. tp la ni, bila beli sendiri, oh sungguh hairan. sb baru tau mahal rupanya ketupat ni... time beli, asal tanya je brapa ni, mcik2 akak jawab :
100 bijik rm50. 
oioioioi... 
saya makan 2 org je makcik, tu pun belum tentu sy makan...
jd beli la rm5, dapat 10 bijik.
hmm... asal mahal sgt eh?
dah la kecit. tensi je tgk. 
tp takpela, tu rezeki mak di pagi raya. kita redhakan aje...








menu pagi raya 2013. simple kam? gulai tu buat pekat, tp dlm gmbr mcm cair kemain. takpe, yg penting, mak bahagia dapat juadah ni =) ai, takkan makan ni je kot raya? kenapa masak simple2 je, ini jawapannya...






sik minyak lauk ayam masak merah, daging gulai, acar nenas... 1st round






sate ayam dan nasi impit beserta kuah kacang. 2nd round. 






triffle. konon2 mcm pencuci mulut la. tp berkali2 bukak peti. buat ptg last puasa, mkn di hari raya adalah sgt menggembirakan anak tekak =) 

menu atas tu akan disusuli dgn round ke 3,4 dan seterunsya... heh ;)

juadah jiran bagi, banyak... 2nd raya ada lagi. mmg tak abis makan. Alhamdulillah. 






pastu ratah kuih raya lg... kuih ada tart ng cornflakes je, lain kepek ng kacang, tu yg sedap meratah =) 





Syawal yang hilang...


Bismillahirrahmanirrahim

Macam syahdu je kan tajuk... ;) soooo lame menyepi. big reason - lappy tercinta dah kena 'stroke' stlh hampir 7 tahun berkhidmat dgn tuan dia yang agak kejam nih. biasala, time mula2 dpt, dibelai dimanja mcm nak bukak pun sayang nak guna. lama2, hmmm... apa yg dia tak pernah rasa? jatuh atas lantai, kena pijak dengan jayanya, on berjam2 tanpa henti sb malas nak shutdown, rosak internal hard disk kes jatuh dalam bas (jatuh lagi), tumpah air, bawak masuk ulu kg rentas sungai ulu tembeling naik bot bertimpa2 ngan beg2 lain, skali buat keje mcm2 bukak - youtube, kmp player, adobe, flash... dan mcm2 lagi dugaan yg dah dilalui oleh beliau... tsk.

tapi, disebalik dugaan2 tersebut, beliau mmg tabah mengharungi hidup, tak mcm generasi laptop skrg kan... dulu sengih je laptop2 junior. mmg diorg beli dpt murah, dlm rm1500 je, acer 3680 ni last batch yg tahan lasak sblm kuar laptop2 manja mcm skrg.  kang kejap skrin rosak, kejap motherboard buat hal, kejap adapter rosak, mcm2 hal. skrin acer 3680 ni, frame dia dah terkopak2 pun tahap boleh intai kot tepi pun still takde effect apa2... clean n clear! ni kalau jual agak2 laku kot...tp x sama la plk ng frame acer skrg. 


sehinggalah dia semakin nazak dengan mengshutdownkan diri sendiri menjelang raya. dan tanggal 4 ogos 2013 bersamaan 26 ramadhan 1434H hari Ahad - tamat sudah riwayat beliau...





semoga kamu tenang di sana... T________T


so relate la kan, syawal yg hilang sb laptop 'hilang'. hihi. citer syawal ada je wlpn sciput, tp dah bila jadi lagu ni, semangat nak update pasal raya pun hilang dibawa angin lalu... nak repair pun, haih.. mcm tak berbaloi je... nak beli baru, mmg lmbt lg la kot... sb angn2 mcik nak grab macbook pro, mihmihmih. tp tak tahula bila tu kan... we will see soon...




Wednesday, August 7, 2013

Idulfitri - what should we do?

Bismillahirrahmanirrahim

Bertakbir

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.
Surah al-Baqarah:185
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.
RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya,karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32
Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”
Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.
Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."
Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.
Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.
Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.
Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.



Kueh Raya


Bismillahirrahmanirrahim


haha. bersua lagi kita ;) kemain pulun entry rini. org lain dah tak layan blog2 nih, semua sibuk nak raya kan.  tgkla esk lusa, terus sepi takde idea nak update ;) takpe, saje nak abiskan entry ramadhan.lg pun yg ni autopublish, sb by d time ia dipublish, ai dah berada di bandaraya warisan persisir air dah, sama2 menyesakkan kawasan bandar yg sedia ada sesak ;)


pasal kueh raya, tahun ni paling la lesu bab2 beli kuih raya ni. ada sebekas je yg beli. tu pun bajet utk kami ank branak mkn je, mih3. tp terajin jugak kemarin pulun buat cornflakes madu ng popia sira pedas. 




wahhh suka sgt ni 1st time dpt buat kuih raya sendiri. wlpn paling senang antara byk2 kuih raya yg ada kat malaysia kan ;) tp sies la sedap kan cornflakes madu ni, krup krap krup krap mcm mkn kacang.








yang dah siap bakar. tp nmpk mcm x meriah kan. silap tak beli yg rainbow rice, chocolate rice ni nmpk mcm x naik seri la plk. tak kisah la, yg penting sedap ;)







all time fav. tp ya rabbi nak siapkan speket besar kulit popia ni... mencabar keimanan sungguh. patutla org jual kaw2 mahal kan. modal tu takdela besar sgt, tp d making of dia tu, oih... nak prabih kejap je...






cornflakes tu dpt dlm sratus bijik lebih jugak la. popia dlm separuh bekas je, sb kulit popia dah guna sebelum tu buat popia berinti. jadila la kan dari takde... barula rasa mcm nak raya ;)

ni nak g cari ketupat palas kat manir jap. esk buat gulai ikan pekat2 khas tk sajian bonda di aidilfitri... ;) harap2 menjadi air tangan anakanda =)



Kad Raya



Bismillahirrahmanirrahim

Dah 2 tahun kot x dapat kad raya... tsk. skrg dah tak happening mcm dulu2 kan? dulu tu, kemain gumbira bertukar2 kad raya. time skolah rendah, main tukar2 kat tgn terus je, sape nak layan g teman pjbt pos bagai semata2 nak pos kad raya. padahal time tu la paling kena kot nak main pos2 ni sb alamat lengkap mmg ada dlm buku biodata masing2. kan dulu2 tiap2 tahun buat buku biodata baru ;)  lg satu mana plk nak dpt bajet beli setem, ada duit beli kad raya tu pun dah syukur rahmat dah ;) pastu kumpul2 gantung kat dinding, vangge ;) =P =P





 gambar google


naik skolah menengah, lg la ada sense nk bertukar2 kad raya, sb siap main pos2. tp sbnrnya nk kata ikhlas x ikhlas tu blkg kira la kot, sb tiap kali pos kad, ofkossss mengharapkan balasan, haha. eh tp seronok...! sb suka sama suka =)   form 4, form 5, wlpn hari2 jumpe bln puasa, kira kalau nk pas kat tgn dlm kelas pon blh je kan, tp tetappp pakat2 ng member kena pos. dahla ddk area dkt2 je, pastu trserempak kat pjbt pos sama, g beli stem sama2, buat2 slamber tepek stem kat kad raya utk member sblh, padahal bg je la kat situ kan... tak boleh! haha. psiko la jugak, tp happy! =) =) =) pastu kegembiraan berganda bl en.posmen dtg hantar kad raya, wlpn dh blh bajet sape yg kirim ;) konon feeling2 suprise & terharu la ada org hantar kad raya... aaaa rindu!!!  t__t






tahun ni rasa nak idupkan balik kegiatan mengepos kad raya ni. biarlah dah tak trend pun, eh dlm x trend pun, tahun lepas 3.9 juta keping kad jugak statistik kat pos malaysia. kita tgk taun ni plk, sb i join skaki ni.
*padahal pos 4kepim je pon*
-__-


biasa mmg suka pilih kad raya kartun2 mcm ni, sb mcm meriah sket kaler dia ;) pastu caption2 kartun tu kira blh generate idea la jugak utk tulis apa2 yg patut. lgpun kirim kat member2, xyah nk formal2 sgt..





heheh. kidnap gmbr kat fb izzah. inilah yg dikatakan kegembiraan bersama. haha. si penerima gumbira, dan si pengirim pun rasa proud sgt dpt buat member gembira. barulah x suram nk sambut raya. takdela besar sgt impak dia, tp takpela... moga2 'usaha kecil' sebegini mampu mengeratkan ikatan silaturahim antara kami... ameen... ^___^




Kuliah Ramadhan UAI


Bismillahirrahmanirrahim


Subhanallah... dah hari terakhir Ramadhan kan kita. tsk. ujung2 ni rasa lost dah. rasa mcm... ntah. kosong je nak sambut raya. bukan x suka hari raya, tp... haih, sukar betul utk diungkapkan rasa hati ini. specialnya ramadhan, kadang2 rasa mcm idulfitri tu 'nothing'. tp betul la kan bak kata Dr. Yusof Qardhawi, kalau kita jadi hamba Ramadhan, ramadhan tu akan tinggalkan kita dan kita akan turut terpisah dari jiwa yang dekat dengan ibadah sepanjang ramadhan. maka jadilah hamba Allah yang baik, Allah tak pernah tinggalkan kita. justeru seharusnya kita harus bawa 'jiwa ramadhan' ini sampai bila2, sepanjang tahun... insyaAllah, aameen...







Kuliah pagi UAI sabtu lepas (3 ogos 2013)
Alhamdulillah, ada jugak kesempatan walaupun sekali je sepanjang ramadhan ni attend kuliah ustaz azhar idrus. sb biasa bulan puasa ni, kuliah ustaz semua sebelum maghrib, mlm kang terawikh. nampak ustaz kut celah tingkap tu? hehe. dlm gmbr gelap, tp nmpk kopiah ustaz je pun duk luar ni, jadiklah, yg penting intisari rancangan yg beliau sampaikan. 







tak pernah lagi datang surau ni wlpn dekattt sgt dgn rumah, blkg smk teknik airport je. kecikkkk sgt saiznya, just nice utk org kg situ2 je kot. ruang kat atas surau mmg penuh ng org laki je, jadi kaum prmpuan kena duk luar, hampar tikar. elok plk dapat 'parking' bawah pokok kelapa. was2 jugak, sb tgk atas ada kelapa tua oih. tp lagi teruja tgk belonggok2 kelapa muda atas tu, terus terbayang coconut shake slurp2  =)






dekat2 nak abis kuliah, ada orang agihkan kuih2 ni. Alhamdulillah, rezeki. tapi tgk gmbr ni rasa nak pitam sb terbayangkan akan kemanis2 manisannya. takpe, kismis ng kurma tu kita tabur2 atas puding roti ;)



Monday, August 5, 2013

hari2 terakhir ramadhan




Bismillahirrahmanirrahim

bukak laptop dengan harapan ada semangat nak update blog. lesu semacam je update bl dah nak ujung2 puasa ni. nak kata excited nak raya, biasa2 je. eh dlm biasa2 tu, sempat jugak pagi tadi pecut pegi mydin mall ng mak. last call shopping katanya. takde keperluan sgt pun, tp ntah eh.. rasa mcm pelik kalo x membeli belah 2-3 hari sebelum raya. heh. dlm xde apa sgt nk shopping tu pun, sratus lebih jugak terbang. tp xpe, ada baucer mydin. oh baucer tu salah satu sb utama kena g mydin, kang dh expired rugi... time kasih la ya pada sape yg sedekah tu, lalalala ;)


dan manusia tadi... Allahurabbi... nak tgk takde manusia, pandang bumbung je la gayanya. mcm acara perlumbaan plk manusia2 ni bila nak raya. berebut2. nak cr parking, nk pilih barang, nk bayar lagi la kat kaunter berderet2... pitam. 


modal pun takde mana ni. tp xmo la bg sunyi sgt blog, jd meh kita up gmbr2 menu berbuka yg lepas2. x banyak pun, sb awal2 puasa je semangat masak dan snap gmbr sblm berbuka. skrg bateri dah low... malas nak charge balik ;-) 






x tahula nak bg nama menu apa. ala2 asam pedas, tp x letak la bunga kantan, daun kesum semua tu. ala2 tumis cair. tp sedap. tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada lumat, masuk air, air asam jawa, bendi, tomato, garam, slurppp...!







Telur masak lemak xde cili api sb mak xblh makan pedas. masih lagi tak berjaya bentukkan telur tu sebiji2 dlm kuah. ritu time g bazar, ada gerai mcik tu jual lauk ni, nak je tanya acanner mcik buat telur jadi bentuk elok jerr,,, tp segan la plk. pcik google x membantu pun dlm bab2 mcm ni. kena g cr yg arif jugak..






nekbat. mknn tradisi rakyat terengganu tiap kali ramadhan. unlike act. sb kena buat manis. tp mak kepingin, jadi buatla jugak. beli yg kering rm2, dpt 10 biji. balik sira ng gula, air, daun pandan. tp versi anakanda gula secukup rasa je ya. just nice. barula anakanda boleh telan skali ;)







paling hangat di meja berbuka - roti sardin ;) dah ujung2 puasa, dapat benda2 simple gini mmg dap dap dap.
ok takat ni dulu tuk hari ni. harap2 ada update lg b4 raya.

>>>>>>> c u soon yuhaisya <<<<<<<<
 



Wednesday, July 31, 2013

Baju Raya



Bismillahirrahmanirrahim



dah dekat seminggu rupanya tak update... tu tandanya apa? malas? tak... tu tandanya takde idea. dan tanda2 cepat naw masa berlalu... tsk. dan jugak agak tenggelam mood disebabkan baju raya. well, bila dah masuk era jubli perak ni, takde la excited sgt nak berbaju raya. biasa tahun2 lepas pun paling2 beli yg dah siap terus, senang. skrg bukan lg zaman kanak2 until sek menengah di mana tiap2 tahun kena tempah baju raya. 





Tahun ni lain citer skit, sb terasa nak ajak mak beli kain dan tempah baju raya. tp sb dah lama tak upah sape2, jadi blur nak hantar kat sape. jadi usha sana sini, dapat la few contact no tailor. skrg baju tu dah siap. alhamdulillah. tapi... tsk. rasa nak lipat2 sorok dalam lemari xmo bagi nampak2 dah. akak frust. tsk tsk tsk.



tapi kita consider dgn akal dulu. meh outer sendiri. so tu salah satu sb kot blog sunyi. pening duk pikir cemane nak buat dgn baju. skrg alhamdulillah, dh siap 'renovate' balik baju tu, tapi gitula.. so-so je. dgn harapan, sila redha ya wahai hati. bersyukurlah sb kurang2 ada baju raya baru, ramai lagi yang sehelai sepinggan je dalam dunia di hari raya... t__t

sekian, selamat berbuka.

 
eh jap.




lawa kan chiffon layer dress ni? dah la harga reasonable - rm53 lepas diskaun. tali kat pinggang tu boleh adjust, jadi kalau tak nak bagi nampak shape sgt, boleh longgarkan tali tu... love2 ^__^ tapi, again... ckp pnjg pun takde untung, sb dah SOLD OUT... t________t

betul2 sekian.


Wednesday, July 24, 2013

Berat anda adalah emas



Bismillahirrahmanirrahim


 
Bukan masa je emas skrg, berat pun emas okey dewasa ini ;)
haha, bahagia la org2 yg BMI dia lebih dari 25++...

ok, gimik je tu...
faktanya, adalah berdasarkan berita beberapa hari lepas
kat Dubai, gov dia buat kempen berat anda adalah emas
di mana sesiapa yang turun 2.2 paun akan dapat 1g emas
3 peserta yg paling banyak menurunkan berat badan akan menerima
syiling emas bernilai  RM16500 $___$






oh ya, kempen ni time ramadhan je ya, 
dan mereka kena angkat sumpah dulu untuk tidak mengurangkan
berat badan secara tidak sihat (no suppliment)
sb kerajaan dubai nak elakkan rakyat dia dari terjebak dengan obesiti


patutnya bulan puasa senang la nak kurus kan,
tapi tak... kat malaysia pun camtu jugak kan,
tengok bazar la bro...
mcm kat dubai ni,
1st day of ramadhan dah berpuluh2 penduduknya
masuk spital sebab ramai yang mengambil kesempatan 
daripada banyaknya tempat berbuka untuk penduduk 
membolehkan mereka terus makan di beberapa tempat.





agak2 berapa gram emas dapat ni?
tp eh comeinyeee die... (",)


dubai2..
padahal palestin, syria, iraq, sekakang kera je kot
dari tanah korang...
hmmm...
ujian kesenangan itu lebih sukar dari ujian kesusahan




Tuesday, July 23, 2013

Bubur lambuk terengganu



Bismillahirrahmanirrahim


Nak dekat separuh ramadhan baru dapat merasa bubur lambuk. bukan susah nak jumpa, tp tiap kali g bazar, mcm dah banyak sgt beli kuih2 lain, lauk pauk lagi. jadi baru ni tak kira, kita kekang nafsu beli benda lain, amik bubur lambuk sebagai subjek utama. 




sorry, comot sket ;) 
dulu2 time kat tg malim, sayu nya la bila teringat kat bubur lambuk ni...
sebab langsung tak ada bau2 bacang bubur lambuk trg dgn bubur lambuk perak, huks
mungkin itu dah mmg taste dan resepi bubur lambuk kat luar,
tp tetap ai is rindukan bubur lambuk ganu..
menitik air mata makan bubur lambuk tg malim warna putih 
letak sayur campur segera dgn mungkin nisbahnya 
speket sayur tu utk sekawah bubur... -__-
ehem, sila bersyukur ye, org kat somalia tu
dapat bubur mcm tu dah kira besar rahmat sgt....


alhamdulillah, beli yang bubur yang ni sedap sangat,
rm2 sebekas,
cukup rasa, mmg expert la sape yg buat ni,
sayur isi semua tak kedekut,
tp sayur daun kayu tu time budak2 dulu 
tak suka...
kalau nak makan, siap asing selai2 daun tu,
hilang khasiat bubur lambuk...
tp sekarang tak lagi ;)
semua tu dah boleh telan. bahagia. haha
apa je yg tak bahagia kalau pasal makanan kan ;)

 

Monday, July 22, 2013

Iftar hujung minggu



Bismillahirrahmanirrahim

Kata tak nak pegi bazar dah, haha
itu semua mainan ilusi je, 
hakikatnya akan pergi jugak ;)
tp yg 'betul2' plan pegi bazar biasa hari jumaat la,
sb blh bawak mak pegi skali,
hari lain, kalau kebetulan pegi pasar sblm asar tu
dah ada org buka gerai kat bazar, singgah jugak la jenguk2,


so jumaat baru ni ke bazar chabang tiga kita,
miss dis bazar mucho2...
bazar ni paling best kot kat k.trg,
lauk pauk banyak, kuih muih,

 


 beli kuih rm3 dapat 3 jenis ;) 
yg kuih seri kaya tu mak je makan, me not into manis2 sgt, 
dah la mahal kuih tu,
ada kedai jual rm2 skeping, padahal size sama je...

kerabu toge tu tottaly mine ;)
awal2 puasa ritu lg rasa terbayang2 nk makan kerabu,
mak x suka, sb ada perut,
oh sy pun tak suka jugak,
tp buat2 x nampak je, sb dia letak x byk pun,
rege rm2 semangkuk.


gulai nangka, hmmm..
x tahu la kenapa, bulan puasa ni,
selalu nampak gulai nangka ni mcm tempting,
rm2 jugak semangkuk.

ikan ng ayam tu balik panggang sendiri,
sb mak nak beli ikan kembung panggang again mcm ritu,
tp tetap jugak sama harganya -rm5 sekor,
tak yah.
balik, letak dlm pemanggang ajaib, tutup, 
buka tadda siap...
kejap je pun...


sekian berbuka di hari jumaat kami ;)


Friday, July 19, 2013

Ramadhan 10

Bismillahirrahmanirrahim





Ingin ku gapai impian setinggi langit
Ingin ku cantum angan-angan menjadi realiti
Ingin ku jejak dunia melihat alam
Ingin ku titip harta buat dunia miskin
Ingin ku kecam mereka berhati binatang
Ingin ku lakar sejarah di mata dunia
Ingin ku raih kejayaan hingga akhir hayat...

Tapi buatmu diriku...
Keinginanmu terletak dibawah naugan Ilahi
Keiginanmu belum tentu secantik 
perancangan Ihali
Keiginanmu belum tentu terbaik dalam 
pandanganNya
Keinginanmu belum tentu dirahmatiNya
lantaran hatimu masih belum bersih
Keinginanmu belum tentu diberkatiNya
kerana kifarahmu masih belum tiba
Keinginanmu belum tentu terlunas
kerana disisiNya, itu adalah ujian untukmu
sayang...

Berdoalah. Bersabarlah.
Solatmu akan menemukanmu dgn keinginanmu...
Aameen...


Salam jumaat
10 Ramadhan 1434H

Wednesday, July 17, 2013

Iftar seminggu puasa


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dalam seminggu ni, cuaca kat k.trg adalah sgt2 nice =)
awal2 pagi matahari keluar mcm biasa,
nak dekat tgh hari, dia dah start redup sampai ke petang,
redup je, kalau hujan pun titis2 manja je,
malam kadang2 hujan...


semalam merajinkan diri sikit,
buat nasi lemak ;)
heh, mcm susah sgt nak buat nasi lemak kan,
ni semua gara2 siang2 tu tersinggah kat blog2
yg buat nasi lemak utk berbuka...
terus nak nak nak...! haha upin ipin sgt ;)



kat trg ni biasa jaranggg sgt ada org jual nasi lemak
utk sesi petang dan malam,
kalau bulan2 biasa pun takde kat pasar malam,
kalau belah2 luar kan ada org jual nasi lemak kan,
*oh rindu nasi lemak ayam berempah + paru goreng nipis2 tg malim*
maka bulan ramadhan ni apatah lagi,
mmg takde kot org terengganu layan berbuka dgn nasi lemak ;]
termasuk my mom yg agak keberatan menerima juadah tersebut semalam,
lepas berbuka terus tanak nasi biasa, haha






so here my complete set of nasi lemak
*lap peluh tgk jam ada 7 jam lagi nak buka*
mak tak makan ayam, so sambal kena asing,
goreng ikan kembung utk dia,
alhamdulillah, tak kempunan dah ;)






menu semalam, kopi o panas, jemput ikan bilis, nasi lemak, puding cocktail.
puding tu beli time singgah pasar,
dalam pukul 3 dah ada org buka gerai,
alang2 takde org lg ni, blh la tinjau2 sikit bazar,
tp hmmm... satu bekas kecik tu, tak abis pun
share ngn mak...
nampak mcm best, tp hakikatnya,
mengundang diabetis tahap 4 terus kalau mkn sorang2.
susu tu, mcm guna susu pekat campur air sampai cair,
tambah gula,
tak rasa mcm guna susu cair, hmmm..
peniaga oh peniaga


takpe lah, nnt buat sendiri,
sejak puasa tak start lg memuding ni ;)
selamat berbuka =)


Tuesday, July 16, 2013

Pembukaan cawangan terbesar Desa Murni


Bismillahirrahmanirrahim



citer tertunda lagi. hihi. sebelum puasa ritu, desa murni bukak lagi cawangan dia kat k.trg ni. pd yg tak tahu apa itu desa murni, dia kedai jual kain tudung pada asasnya. kilang dia ada kat pulau rusa. org2 trg mmg dah familiar ng desa murni ni, sb harga kain2 dia biasa reasonable la utk pelbagai lapisan kasta. kira kain utk org kurang berada ada, utk mak2 datin pun ada... oh siap ada duta lg - pn. erra fazira. jgn main2. 




the day of d grand opening. ramai tak ingat. 
sampai patah ok pintu besi kat depan tu kena serbu....
kenapa tu? kenapa kenapa kenapa?





website_banner
 
 ni ha... mau tak nak serbu? haha. 5 sen tunai... 







tak payah susah2 guna tenaga utk bergerak.
bila berada dlm lautan manusia begini, anda secara
automatik akan ditolak secara sukarela... 






mantap la jugak strategi pemasaran desa murni ni. 
sekelip mata je abis 1000 unit talam. 
time duk pusing2 ni, frust jugak org ckp dah abis,
tp mmg tak kuasa nak berebut pun...
tp nak dijadikan rezeki, ada org tertinggal 4 bijik talam dlm troli
takde sape perasan... haha
tp amik satu je la buat syarat, org lain nak jugak kan,
sb talam dia lawa, besar gedabak ;)
5sen tu saje je kan, padahal ckp la nk bg free je
 








Aksesori bling2 pun ada...
tp mcm leceh la sikit sini,
beli brooch rm1.80 sketul pun kena buat resit.
dan sebenarnya desa murni ni tak leh panggil kedai batik dah,
sb kat dlm ni mcm2 barang ada dia jual,
pinggan mangkuk, periuk belanga, sandal, karpet,etc2..
pasaraya ok kot, mcm pasaraya sakan, pasaraya Ku...






dan ini kesukaan saya... hehe
bling2 sgt kan? ;)
dulu2, ingt lg, kemain susah nk cr berlian ni yg murah2,
2tahun lepas kot, melilau kat bandar k.trg cr berlian ni,
tp byk jual 50 biji rm15++, apakah betul harga tersebut..
swarovski?  takkan jual dlm plastik tepek2 kat kertas je kot...
pastu ad jmpa satu kedai tudung tu jual dlm rm12 kot, 
x ingt dh, tp utk 1440 biji, 
wahh, time tu kemain teruja, 1000 lebih tu, 
abis tudung baju blh tampal, heh



pastu ni DM buat promosi rm6.50 utk 1440!
yg size kecik sikit lg la.. rm 3.90!
abis laa smua org berbling2 raya tahun ni,
 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...