expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, November 28, 2012

.: Kenduri Mc Na :.


Bismillahirrahmanirrahim

Citer Sabtu lepas ;]  ingat nak peram lg sb nak tunggu ada sapa2 tag gmbr kawen mc na kat fb dia, esp photog dia, tp mcm lmbt sgt la plk. sabtu ni ada wedding lg, so xmo la bertindih2 citer. 

nak dijadikan cerita, cuaca dalam seminggu sebelum tu mmg cun, tak hujan. jumaat je mcm hujan tgh hari sket. ingt hr sabtu pun mugin kalau hujan pun sket2 gitu je. skali dari malam bawak ke pg, makin lebat nak ke tgh hari... tp nk wat cemana, pegi je la kan. kali ni lg ramai join kete aman, haha. pick up sana sini kekdahnya. tp lebih kurang one way je semua. gong badak, zi seberang takir, mc no teluk ketapang, adah manir. meriah kete! *sakit telinga*


sampai ngam2 pukul 1. hujan pun dah reda. naik intai2 pengantin, ada duk photoshoot dalam bilik. so xmo kacau, kita turun makan dulu. ada sik minyk, sik putih. lauk cam biasa, gulai daging, ayam masak merah, sayur labu air, ikan kering, sambal belacan, kerabu mangga (paling best!). cuma yg uniknya, ada petai =)  






the dais. cun kan? cuma kita x brapa suka bunga tanjung tu mcm main sangkut2 je. apa mmg style dia gitu eh? frame dia lawa tp. suka3 :)







gambar ramai2. obviously mc zu nampak lain dari yg lain. hehe. 
due bulan 1 ni. gud luck charm! =)






photog suh buat peace semua. aman, x dgr arahan eh? 






siap amik gmbr, turun bawah sambung sembang dgn yg baru2 sampai. mc nor (pink), balik alone. tinggal en somi jaga spm kat johor. so feeling2 single balik ng kami. haha. zi kat sebelah tu, sies lama x jumpa. last tahun bl ntah g uia jumpa. ni padahal masing2 ada kt trg, tp payah jgk nk jumpa. sad. btw, dia tgh buat chambering kat pejabat apa ntah, bgnn asdi tepi mydin mall. bakal lawwwwyer ;]  







testing perut mummy to be =) masing2 excited sb baby duk tendang2 perut mak dia. haha. dah nampak sembab muka mc zu. skang dia h.o bagian ICU kat hsnz. i wonder kalau org tua2 konpem bimbang takut terkejut tgk kes2 ngeri ke apa. eh x tua pun rasa mcm ngeri membayangkan keadaan tu. tp xpe la kot, mc zu pro... riang mcm xde perasaan je. haha.






kejadian tak leh blah. elok2 nak teman mukmin (ank sedare teha) g amik nasik, tetiba rasa mcm eh asal flat semacam je sebelah kaki ni. tgk2 tapak dah tinggal kt blakang =/   kecoh bdk2 ni gelak sambil amik gmbr. ajarless betul. sayang giler kat slipar ni. sb suka. tp tula, hayat sampai situ je. dah setahun lebih pun. beli raya tahun lepas nun. 



balik, singgah rumah tukar slipar lain. pastu sambung perjalanan lg ng those budak. tu citer lain entry. jimat citer ;)







gambar sambut menantu ahad. amik kat fb mc na. lawa laaaaaaa kaler ni. iskh suker sgt! oh ya btw hilmi ni x smaasza jugak, sama batch ng kami. takat ni dah ada 3 pasangan yg kawen sama batch. pasangan ke 4 bakal menyusul tahun depan, hihi ;)







gambar dari photog. konpem la paling cun. last tu mc na dan hilmi (rs pelik taip hilmi, sb dia ada nama lain, haha) - TAHNIAH! moga bahgia sampai syurga =)







Tuesday, November 27, 2012

.: tercampak di Gaza :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni last day spm tuk bdk2 pure sains. paper last adalah biologi hew hew ;]  second last kimia. nice isnt? hehe. nak kata apa kan, dulu kami pun camtu jugak. mmg kena struggle betul2. so hari ni ramai yg dah post merdeka etc2. tapi yg konpius tu, ada certain2 student dari start spm nampak chat kat fb on manjang. hebat budak skarang study sambil online. jgn lepas amik result x muncul2 kat fb dah. tak marah pun o9 tu, gerammm je skit ;}



semalam mimpi tetiba ada kat gaza *___*  naik kapatebang MAS g sana. hebat kan mas blh masuk air space gaza mcm tu je? pastu bila nampak mas take off tinggalkan gaza, mcm blurr x tau nak buat apa... tp mmg tak tau pun apa motip g sana. sb nak kata reporter, bukan. nak jadi pejuang keamanan, lagi la tak kan... sb dalam mimpi tu mcm sempat pikir, eh cemana blh dtg sini? mak bg ke? ke datang x mintak izin? uwaa... kalau kena bom pun, mati mak x redha... nauzubillah. 


tp series, ada la mcm rombongan g sana. pastu berkampung kat salah sebuah hospital. dpn hospital mcm huru hara. kami duk dalam spital ni cuak tak yah ckp la. pastu mcm ternampak2 jet2 tentera israel mcm nak tembak, bom hospital. dlm hati takut kemain. pastu kat dlm hospital ni mcm x nampak pun ada mangsa2 yg cedera parah ke apa, kami2 je ada. eh yg kami2 tu pun tak kenal sapa -___-   tp kat luar spital mmg sakan la israel bedil bangunan x kira ada manusia ke tak. sgt real kekejaman itu di dpn mata... rasa takut pun mcm real..


bila terjaga tu rasa mcm... ya Allah. syukurnya. selamat lagi bgn dari katil. mmg penakut sgt rupanya diri ini utk syahid =(   pastu pikir, cemana blh mimpi sampai ke gaza. mungkin sb hari2 hadap tenet, ada je berita pasal gaza. pastu smlm beli sinar harian, byk citer pasal gaza. tp gerun nk baca. tgk satu je, pasal kematian Syeikh Ahmad Yasin. tu sikit je bc, lain2 mak citer. subuh tu dia g masjid. time tu jugak tentera Israel tgh aim nak tembak dia. bila dia kuar masjid, terus beliau ditembak dgn 3 bedilan roket. hampir seluruh tubuh hancur kecuali kepalanya. ya Allah... tragis sgt kematian beliau... 


5 minit sebelum kejadian, anak dia dah bisik 
"Ayah, di luar kedengaran bunyi helikopter yang ingin memburumu."  
 Dengan tenang beliau menjawab 
"Biarkanlah. Aku juga sedang menunggu." 


Impian syahid beliau akhirnya tercapai. tapi kematian beliau mendatangkan kutukan dan kecaman dari seluruh dunia. Mmg zionis sgt dayus dan hina sb sanggup berlawan dan menggadai jutaan wang ringgit hanya kerana ingin membunuh pejuang Hamas yang tua dan lumpuh, yang hanya duduk di atas kerusi roda...

Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin

28 Jun 1937 - 22 Mac 2004

Al - Fatihah

*broken heart*






try to heal the pain with this innocent face... comei sgt kamu ni. bila ntah ada member share pic kitten ni. terus tak keruan. geram melampau. tak sabar nak balik duk kg, nak ada kucing balik. duk rumah tepi jalan besar ni mmg tak berani tanggung risiko nk ada kucing. kang tetiba kuar rumah nampak kucing kena lenyek, tak pasal2 melayang motivasi nak idup. 

tp ritu ada sekor anak kucing dtg singgah rmh. x tau mana dtg. sgt kesian, sb kaki dia sebelah sakit, jalan terencot2. pastu kepala ada kurap tebal. tp dia comel, bulu putih semua. terus decide ng mak, kalau dia dtg skali lg, kita amik jaga. siap nak beli minyak gamat semua kasi ubat kurap dia. dan mmg kena biar duk dalam rumah je la. takut kena langgar kalau keluar. seriau. lg pun duk dlm rumah blh tlg kejar tikus! ;]  ni lg satu masalah. bila duk rmh tepek2 mcm ni. tikus mmg ada networking baik punya. dari satu rumah ke rumah yg lain mmg expert la mereka ni. pastu syak jiran sebelah ni bg racun tikus. tp masalahnya tikus ni nak mati x bgtau nk mati kat mana... sedar2 dah bau busuk bangkai tikus. ada 2-3 ekor je yg sedar, sb biasa benda idup ni kalau nk mati dia cr air. so jumpe tersadai kat bilik air. yg x jumpa, menahan la sampai hilang bau -______-


tp mmg takde jodoh kot dgn ank kucing putih tu. sampai hr ni takde pun dtg balik t__t  takpela, harap2 dia selamat. nnt kalau jumpa ank kucing terbuang, insyaAllah nk amik jaga. tetiba panjang citer. dah tata (",)




Sunday, November 25, 2012

.: org bosan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Rasa nak kuar g jalan jauh-jauh. walaupun semalam baru je kuar ngan member. tp, iskh... dah lama x rasa mcm ni. dulu time kat upsi, ada je waktu2 yg rasa mmg nak kluar jugak cemana pun dari tg malim. tak stay kat kl, stay kat bangi. dua tu la biasa tempat yg dituju. plan nak ke mana lepas tu, kedian pikir. yg penting, kita lepaskan diri dulu dari sangkar kampus. heheh. 


tp biasa kes mcm tu terjadi sb stress ke apa. ni duk rumah pebenda nk stressnya. eh stress jugak, stress sb bosan... rasa mcm nk meletup je duk dalam rumah. oih istighfar banyak2... ya2. tp gitu lah. nk kuar jugak =( 


bila duk ngadap laptop, rasa lapar. turun dapur nak masak, eh x lapar pulak. naik terjalan2 kat blog org, ada gmbr makanan, eh lapar pulak. dah, tak yah pikir panjang. siap sepinggan yee mee sizzling. kenyang, mengantuk pulak redup2 ni... sgt takde kemajuan hari ni -____-



kalau la ada sayap blh terbang... dah lama kuar take off kot tingkap bilik ni. eh tp, takkan nak kuar sorang2 je? kang nnt member takde sayap, nk ikut terbang cemana? pastu kang hujan, lagi tak leh gerak. paling ngeri, nnt ada org suh sesapa tangkap or tembak bila nampak ada manusia terbang. x pasal2 mati sia2 kat situ... =(



camni pun orite gak kan? ;)







haha. sgt extreme pemikiran org bosan.



Friday, November 23, 2012

.: puasa vs jemputan makan :.


Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni 9 Muharam. mesti ramai yang berpuasa sunat, esok pun sama. tapi, esok pun konpem ramai jugak dapat jemputan kawen. hah, nak pegi ke tak? nak pegi ke tak? nak pegi ke nak puasa? esok pahala puasa sunat 10 Muharam dihapuskan dosa setahun yang lalu tu.... mau x nak puasa?

Memandangkan esk beta ada jemputan jugak, so godek2 cari maklumat pasal antara tuntutan jemputan dan puasa, jumpa info kat sini. meh kita cerahkan minda sama2 =)







Ustaz…

Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan puasa sunat.

1.      Kawan kat office buat jamuan makan, mereka ajak makan, saya pulak puasa sunat zulhijjah, saya memang niat sangat nak puasa sunat zulhijjah sebab tak pernah berpuasa sunat zulhijjah sebelum ni. Jadi masa jamuan tu…saya pegi jugak sekadar menjengukkan muka, tapi tidak berbuka puasa. BOERDOSAKAH SAYA KERANA TIDAK BERBUKA PUASA, ?

2.      Wajibkah saya berbuka puasa sunat bila kawan ajak pegi sarapan?

3.      Masa hari raya kita berpuasa sunat syawal, sepanjang syawal tu jadual penuh dengan undangan ke jamuan raya hingga akhir syawal, perlu ke kita pergi ke semua undangan tersebut sedangkan kita nak berpuasa sunat syawal. Pernah raya ke 3 ikut bapa mertua ke rumah besannya, tapi saya berpuasa sunat syawal. Tuan rumah menyuruh makan, saya katakan saya berpuasa. Berdosakah saya tidak berbuka ketika itu?

Bagi saya, kalau kawan berpuasa sunat saya sangat gembira kerana mereka melakukannya kerana Allah, dan saya tidak akan paksa kawan berbuka puasa walaupun ketika saya buat jamuan makan, sebaliknya kalau saya menganjurkan jamuan makan di office, mereka yang berpuasa sunat, kita bekalkan makanan jamuan itu untuk mereka bawa pulang buat berbuka. Setahu saya kalau dijemput ke kenduri kahwin misalnya perlulah kita berbuka puasa sunat tersebut.

Mohon ustaz perjelaskan masalah ini.









Sebagai menjawap persoalan ini, kita baca keterangan ini terlebih dahulu:

Sesetengah individu merasakan, untuk mengqada puasa Ramadan apatah lagi untuk berpuasa sunat enam pada bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Sebabnya, seperti yang kita semua maklumi, pada musim hari raya aidilfitri, amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di samping itu ‘open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan pada hari raya. Kadang-kadang, sebagai tetamu, sesetengah undangan ‘open house’ ini sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang berpuasa itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuatnya pada siang hari.


Namun perlu juga diingat bahawa berpuasa itu bukanlah sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan. Ibnu Umar r.a. misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Begitu juga hal sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan alasan untuk tidak berpuasa. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi.

Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)



Akan tetapi jika puasa yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah puasa sunat, maka dalam keadaan tertentu dia diberikan pilihan, sama ada untuk meneruskan puasanya ataupun disunatkan baginya berbuka dan tidak meneruskan puasa sunat tersebut. Keadaannya adalah seperti berikut:


Keadaan yang pertama: Sekiranya tuan rumah yang menjemputnya itu berasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini dibolehkan, bahkan afdal bagi tetamu yang berpuasa sunat tadi untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulama ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk khusus, seperti tuan rumah hanya menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika mengundang tetamu-tetamu tadi.


Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini adalah satu riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan. Sabda baginda:
“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”
(Hadis riwayat al-Baihaqi)





Keadaan yang kedua: Sekiranya tuan rumah itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika tetamunya itu meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdal dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja puasa sunat tersebut. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum. 

(mcm kenduri kawen, takdenya pengantin cek sorang2 tetamu dia makan ke tak lagi. paling2 dia tanya je kan makan ke tak lagi. senyum je la. kalau g ngan member, wakilkan je member jawab. rasanya tak jumpa lagi kot pengantin kecik ati kalau tetamu tak makan kat kenduri dia. mcm tak sempat je nak kecik ati, kan??)


Akan tetapi hukumnya berbeza jika puasa yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan puasa fardu, misalnya puasa qada Ramadan atau puasa nazar, maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.

Dari keterangan ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa:
Tidak salah dan tidak berdosa walaupun anda tidak berbuka puasa sebagaimana dalam keadaan yang dinyatakan di atas. Perhatikanlah keutamaan sebagaimana yang telah diperhalusi oleh Rasulullah. Sekiranya jamuan itu adalah jemputan khas di mana sahabat itu sudah bersusah payah menyiapkan hidangan kepada anda, berbukalah kerana ia lebih afdal. Tidak perlu memberi tahu sahabat itu bahawa anda berpuasa kerana ini akan membuatkan beliau rasa serba salah. Namun jika sebaliknya, teruskanlah puasa itu. Ia tidak menjadi sebarang masalah.

Kesimpulan ini telah merangkumi ketiga-tiga soalan di atas. Di harap kepada mereka yang bertanya, anda telah menemui jawapannya di sini.InsyaAllah..

Sekian saja

Terima kasih..

Sumber rujukan: MalaysiaHarmoni




sila jgn abaikan mereka. tapi invite kot fb je tak wajib kan pegi?  ;)  pandai2 korang la...



ok. clearkan? cuma bertabah la sikit hadap nasi minyak orang kawen. heheh. tp takkan sb nasi minyak kenduri, nak tolak ganjaran pahala hapus dosa setahun kan? dan kalau orang dah jemput, pegi la raikan mereka. hari ni hari deme, nnt hari kita orang buat x tahuuu je nak datang ke tak, kecik ati sorang2 padan muka. kalau rasa serba salah nak puasa sb takut member cakap mcm show off, abaikan je. belum tentu member yg kata, kadang2 setan je yg bisik tu kasi serba salah nk puasa ke tak. kita sendiri yg tahu keikhlasan dan tujuan kita berpuasa dan menghadiri jemputan tersebut. 

so selamat berpuasa dan meraikan jemputan makan! ^___^





Thursday, November 22, 2012

.: pasar nelayan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Area pantai timur biasanya mmg terkenal dgn mcm2 makanan laut. terutamanya ikan. dulu kecik2 hari2 menu ikan. kalau jumpa ayam tu, mmg bercahaya la mata sorang2. sb apa? sb ikan murah... sekilo dah bape ekor. kalau anak ramai, beli ayam sekilo, takkan nak racik2 ayam tu bg sket2 sorang kan. ni ikan siap boleh ratah2 lagi. 

tp skang mcm sama naik je ikan ngan ayam. mungkin sb skang ayam main cucuk2 botox. 2-3 bulan dah boleh sembelih. sgt tidak sihat utk manusia. tp ngap jugak. so ikan adalah piihan yg paling selamat. dlm laut tu takde sape nk g tabur hormon pembesaran ke apa, elok je dia membesar bagai johan. 


cuma tu lah. sepanjang duk trg ni, baru tahu pasal pasar nelayan kat pulau kambing. kat pasar ni la peraih2 datang amik terus dari bot2 nelayan seawal jam 4 pagi! 4 pagi tu... kita kat mana time ni? qiam belum tentu... -___-  selama ni mmg tahu org duk beli ikan kat tepi jalan area p.kambing ptg2, tp try pegi beli skali ritu ng mak, hmmm...same je harga? 


pastu ni bl duk kuar ng zimah, rumah dia mmg betul2 tepi pasar nelayan tu. mmg jln dpn rumah dia tempat org lalu lalang g pasar tu. dia ckp situ mmg murah. pernah mak dia beli ikan selayang situ RM1 je sekilo! mana nak dapat ikan baru cedok dari laut semurah tu? terus semangat nk g usha ;]







entrance dpn pasar. semalam pegi dkt pukul 8. org still ramai lagi. lori peraih pun ada lg duk kuar masuk. paling nice kalau nk cari hasil laut selain ikan, mcm sotong, udang, better datang rite after subuh. kalau x mmg tinggal yg sisa2 je la. lain semua peraih dah rembat dulu. 







suasana dalam pasar. ada dua gedung. luas kemain. 






ikan selayang. dapat RM3.50 sekilo. hahah. rasa mewah kejap borong ikan sini. kalau beli luar, belum tentu dapat rm6 sekilo. byk kan beza harga? 3.50 tu tuk org2 biasa yg beli sikit2, kalau peraih? konpem lagi murah. bygkan banyak mana untung deme? nelayan jugak  yg tertindas... =(


sotong ng udang pun geram je tgk. tp serik dah buat kemaruk mcm awal2 balik ganu dulu. mcm tak pernah mkn udang kat tg malim. tiap2 minggu beli udang. pastu tanggung sendiri gatal. dos terlebih. kalau mcm skarang mkn skali skala ok je. memandangkan mak pun allergic ngan udang  & sotong, xpe la, kita bermewah dgn ikan sudah.





balik dari pasar, cari bekpes. smlm mak puasa, jd masak untuk seorang adalah mcm tak berbaloi. singgah batu 6. dah set dlm kepala, mak puasa. so xleh beli byk2. tp mmg byk sgt pilihan makanan. nak je beli tiap2 jenis. dah amik kacang rebus, nasi himpit sambal ikan, nasi dagang, pulut gaul nyo, ada hati lg nk amik laksam. seb bek cpt sedar. kalau x sape nk abiskan? 






idaman kalbu setiap masa =) suka sgt nasi dagang bungkus dalam kelongsong daun pisang camni. aroma dia tu lain mcm. dah la murah yg ni, sebungkus baru RM2. murah sb standard nasi dagang mmg mahal. 





settle bekpes, meh kita kejekan ikan2 nih. 28 ekor semua skali. byk kan??? mak siap suh beli tepung nk buat ict. mmg rasa dia manis. ikan fresh katakan. haha *bangga dpt ikan segar* =D


lain2 gmbr area pasar nelayan pulau kambing blh tgk sini. sekian =)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...