Bismillahirrahmanirrahim
Hari ni 9 Muharam. mesti ramai yang berpuasa sunat, esok pun sama. tapi, esok pun konpem ramai jugak dapat jemputan kawen. hah, nak pegi ke tak? nak pegi ke tak? nak pegi ke nak puasa? esok pahala puasa sunat 10 Muharam dihapuskan dosa setahun yang lalu tu.... mau x nak puasa?
Memandangkan esk beta ada jemputan jugak, so godek2 cari maklumat pasal antara tuntutan jemputan dan puasa, jumpa info kat sini. meh kita cerahkan minda sama2 =)
Ustaz…
Saya ingin bertanya beberapa soalan berkenaan puasa sunat.
1. Kawan kat office buat jamuan makan, mereka ajak makan, saya pulak puasa sunat zulhijjah, saya memang niat sangat nak puasa sunat zulhijjah sebab tak pernah berpuasa sunat zulhijjah sebelum ni. Jadi masa jamuan tu…saya pegi jugak sekadar menjengukkan muka, tapi tidak berbuka puasa. BOERDOSAKAH SAYA KERANA TIDAK BERBUKA PUASA, ?
2. Wajibkah saya berbuka puasa sunat bila kawan ajak pegi sarapan?
3. Masa hari raya kita
berpuasa sunat syawal, sepanjang syawal tu jadual penuh dengan undangan
ke jamuan raya hingga akhir syawal, perlu ke kita pergi ke semua
undangan tersebut sedangkan kita nak berpuasa sunat syawal. Pernah raya
ke 3 ikut bapa mertua ke rumah besannya, tapi saya berpuasa sunat
syawal. Tuan rumah menyuruh makan, saya katakan saya berpuasa.
Berdosakah saya tidak berbuka ketika itu?
Bagi saya, kalau kawan berpuasa sunat saya sangat gembira kerana mereka melakukannya kerana Allah, dan saya tidak akan paksa kawan berbuka puasa walaupun ketika saya buat jamuan makan, sebaliknya kalau saya menganjurkan jamuan makan di office, mereka yang berpuasa sunat, kita bekalkan makanan jamuan itu untuk mereka bawa pulang buat berbuka. Setahu saya kalau dijemput ke kenduri kahwin misalnya perlulah kita berbuka puasa sunat tersebut.
Mohon ustaz perjelaskan masalah ini.
Sebagai menjawap persoalan ini, kita baca keterangan ini terlebih dahulu:
Sesetengah individu merasakan, untuk mengqada puasa
Ramadan apatah lagi untuk berpuasa sunat enam pada bulan Syawal, dia
bakal menghadapi beberapa rintangan. Sebabnya, seperti yang kita semua
maklumi, pada musim hari raya aidilfitri, amalan berziarah ke rumah
saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di
samping itu ‘open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan pada hari raya.
Kadang-kadang, sebagai tetamu, sesetengah undangan ‘open house’ ini
sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang berpuasa
itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya
mampu dibuatnya pada siang hari.
Namun perlu juga diingat bahawa berpuasa itu bukanlah
sebagai penghalang untuk tidak menghadiri jemputan. Ibnu Umar r.a.
misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa.
Begitu juga hal sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan alasan untuk tidak
berpuasa. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi.
Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis
daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang
maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang berpuasa, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa, maka makanlah.”(Hadis riwayat Imam Muslim)
Akan tetapi jika puasa yang dilakukan oleh seseorang
yang menjadi tetamu itu adalah puasa sunat, maka dalam keadaan tertentu
dia diberikan pilihan, sama ada untuk meneruskan puasanya ataupun
disunatkan baginya berbuka dan tidak meneruskan puasa sunat tersebut.
Keadaannya adalah seperti berikut:
Keadaan yang pertama: Sekiranya tuan rumah yang
menjemputnya itu berasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak memakan
makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini dibolehkan, bahkan
afdal bagi tetamu yang berpuasa sunat tadi untuk berbuka dan tidak
meneruskan puasa sunatnya itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulama
ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam
jamuan atau jemputan yang berbentuk khusus, seperti tuan rumah hanya
menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika
mengundang tetamu-tetamu tadi.
Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini adalah satu
riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
pernah menyuruh seorang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam
majlis jamuan makan. Sabda baginda:
“Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu.” Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya, “Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”(Hadis riwayat al-Baihaqi)
Keadaan yang kedua: Sekiranya tuan rumah itu tidak
tersinggung ataupun tidak keberatan jika tetamunya itu meneruskan
puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdal dan lebih utama bagi
tetamu itu untuk meneruskan sahaja puasa sunat tersebut. Perkara ini
boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum.
(mcm kenduri kawen, takdenya pengantin cek sorang2 tetamu dia makan ke tak lagi. paling2 dia tanya je kan makan ke tak lagi. senyum je la. kalau g ngan member, wakilkan je member jawab. rasanya tak jumpa lagi kot pengantin kecik ati kalau tetamu tak makan kat kenduri dia. mcm tak sempat je nak kecik ati, kan??)
Akan
tetapi hukumnya berbeza jika puasa yang dikerjakan oleh seseorang itu
merupakan puasa fardu, misalnya puasa qada Ramadan atau puasa nazar,
maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar
menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk
mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin
sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.
Dari keterangan ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa:
Tidak salah dan tidak berdosa
walaupun anda tidak berbuka puasa sebagaimana dalam keadaan yang
dinyatakan di atas. Perhatikanlah keutamaan sebagaimana yang telah
diperhalusi oleh Rasulullah. Sekiranya jamuan itu adalah jemputan khas
di mana sahabat itu sudah bersusah payah menyiapkan hidangan kepada
anda, berbukalah kerana ia lebih afdal. Tidak perlu memberi tahu sahabat
itu bahawa anda berpuasa kerana ini akan membuatkan beliau rasa serba
salah. Namun jika sebaliknya, teruskanlah puasa itu. Ia tidak menjadi
sebarang masalah.
Kesimpulan ini telah merangkumi ketiga-tiga soalan di
atas. Di harap kepada mereka yang bertanya, anda telah menemui
jawapannya di sini.InsyaAllah..
Sekian saja
Terima kasih..
Sumber rujukan: MalaysiaHarmoni
sila jgn abaikan mereka. tapi invite kot fb je tak wajib kan pegi? ;) pandai2 korang la... |
ok. clearkan? cuma bertabah la sikit hadap nasi minyak orang kawen. heheh. tp takkan sb nasi minyak kenduri, nak tolak ganjaran pahala hapus dosa setahun kan? dan kalau orang dah jemput, pegi la raikan mereka. hari ni hari deme, nnt hari kita orang buat x tahuuu je nak datang ke tak, kecik ati sorang2 padan muka. kalau rasa serba salah nak puasa sb takut member cakap mcm show off, abaikan je. belum tentu member yg kata, kadang2 setan je yg bisik tu kasi serba salah nk puasa ke tak. kita sendiri yg tahu keikhlasan dan tujuan kita berpuasa dan menghadiri jemputan tersebut.
so selamat berpuasa dan meraikan jemputan makan! ^___^
No comments:
Post a Comment