expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, September 28, 2012

.: Pulut Gaul Nyo dan... :.


Bismillahirrahmanirrahim


Pulut gaul nyo(nyiur/kelapa) yg direquest oleh mak sekian lama. hari ni baru tertunai. bkn malas nk buat, tp malas nk pegi beli kelapa parut yg fresh. ni pun beli semalam simpan dalam peti. seb baik ok. skang kalau beli kat kedai, byk yg dah modified pulut ni gaul ngan lada hitam la, sambal ikan la... common la, tak masuk ok. u should just remain it with kelapa parut dan digandingkan dgn ikan panggang / ikan masin / ikan goreng. kopok tu saje tambah, sb rasa mcm best makan pulut yg lembut dgn kopok yg krup krap krup krap =)







skali tanak je ni. kepal comel2 mcm tu boleh penuh satu tupperware. org jual skang satu kepal dah singgit. mahal tak agak2. kalau hantar kedai byk ni dah boleh untung 3x ganda ni  $___$






so today, we are done with this pulut for our breakfast. combine dgn kopi kaw2, hmmm... nikmatnya bekpes dgn tenang di hari jumaat. i'm lovin it! ada lagi lebih boleh buat makan petang plk. senang keje takyah pk nak kunyah apa petang kang ;))))


sebut pasal request mknn, i think i have take part my late grandmother 'job'. dulu kalau nak makan apa2, sebut je dpn tok. which is guna ayat psikologi la. mcm dulu pernah terbaca dlm novel pasal puli ubi kayu. bila baca tu, rasa mcm terbayang2 je sedapnya ubi kayu parut kukus, gaul kelapa parut cicah air gula melaka. so tanya tok, tok pernah dgr tak puli ubi kayu? tahu tak cemana nak buat? eceh...soklan mcm nak sentap org lama yg dah mmg pakar...

dtg balik rmh tok kemudiannya, tgk dia duk cangkul pokok ubi kayu.

"tok nk wat mende ubi kayu tu?"
"dh mu kata nk puli ubi kayu."

yippi! berbunga2 dalam ati. so menempel la ngan tok tgk proses buat puli tu. parut, kukus, semua tok yg buat. siap kukus atas dapur kayu lagi. last2 tu je dia suh masuk dapur buat air gula melaka. no hal madam! dah siap tu makan ramai2 bawah rumah, atas pangkin. syokkkk...  


 poli ubi kayu... dapnye...



tok ni sebenarnya, dia takdela mcm beria2 tunaikan hajat cucu dia. mcm kalau kita ckp kat dia, tok nak ni nak tu... takde maknanya dia akan jawab ya nanti tok buat. nehi ok. tp yg bestnya, dia buat terus...! lets say kalau kita kata, sedapppnye kalau blh makan pulut gaul nyo... dia hmmm kan je. tau2 esk ada spupu datang hantar kat rumah satu tupperware besar pulut siap ngan ikan panggang! seriously i tell u... tok mmg the best la in d world! jarang2 sgt arwah kecewakan harapan cucu dia ni. nak2 pulak cucu sulung kesayangan...hehe. eh my survey was like exactly true, which is cucu sulung biasa dapat perhatian lebih dari tok dia... ahahaha matila kena kutuk dgn cucu lain.

but then, it was only such a great memory in my life... skang semua dah takde. both side of my grandparents had leave us time by time... i wish they were still here, looking after me, comforting me with their way... really hope that they will always in peace rite there... Al-Fatihah for them..


and yes, the tittle should be pulut gaul nyo dan kenangan bersama tok... dan skarang, as my mom has no passion on cooking, ok fine... i will take that part. anakanda akan cuba memenuhi selera ibunda dgn pelbagai hidangan yg menyelerakan... tp lately dia duk bunyi gulai ikan style arwah tok plk dah... mane nak google resepi tu??? *___*



Wednesday, September 26, 2012

.: ngeteh @ kfc :.


Bismillahirrahmanirrahim


Sabtu hari tu, dapat msg zimah ajak ngeteh kat kepsi bndr ngan mira skali. tapi nak datingnya senin... lepas office hour mira plk tu. 5.30 pm. kejam ajak lepak time2 mcm tu. tunggu hujung minggu la yang, baru lama skit blh ngadap muka masing2. tp jumpa jugakla hari senin tu. dah lama tak lepak ngan makcik2 ni.  i think we last connected time amik result spm. pastu jumpa balik kat majlis kawen w.syuhada ritu. so skang better keep connect again, dah xde sape pun yg tinggal kat trg ni. kalau ikutkan yg rapat2 kami2 ni je... yg lain seme dah berhijrah tah mana2... tua nanti la kot jumpa balik... -__-



this is mira. nnt tahun depan lps kawen pun kena berhijrah jugak ikut asben dia duk putrajaya. pegila pegila...  T___T





deme nak makan kepsi. tp kita tak lalu... so tapau kek SR dua slice, p makan kat kfc. asal2 nk makan kat sr je, sb kan petang2 mkn situ dapat kopi/tea free. hehe. tp 2 lawan 1, mesti la menang duew... mnymph.





apa ajela yg best kfc ni... ada menu baru pun, alih2 order snack plate jugak...




kiri-chocalate indulgence. zimah nak. layankan je la. but me no like. byk manisssss. manis yg rasa mcm mencucuk urat kepala. erghhh blh pitam kalau kena abiskan satu slice sorang2. 
kanan- yogurt cheese. yummmeh! sgt2 la menjadi idaman hati... terasa2 kat tekak nak makan cheese. sies, saya sgt sukaaaa cheese kek. yg ni tak share pun takpe =)





menyembang dari cerah sampai gelap. tapi kejap je pun sebenarnya. dah kawan tu sampai dekat2 pukul 6 dah pun. padahal opis 2-3 langkah je dari kfc. cet. skang ni dah tak suka lepak area bandar. dah tak happening mcm dulu. time2 gini dah lengang. sgt tak best. 

so next time, u better well prepared for our meeting zimah. tb2 zimah jadi organizer. heheh.



Tuesday, September 25, 2012

.: Resepi Oat Sedap :.


Bismillahirrahmanirrahim

Ehem. hari ni kita sembang pasal diet yg sihat sket ye. Bila sebut diet yg sihat, tujuan dia bukan untuk kurus je, tapi lebih pada menjaga kesihatan tubuh badan. so hakikatnya semua org kena ada diet yg sihat. kan =) jadi hari ni, meh kita amalkan salah satu menu diet sihat yg amat2 disarankan di seluruh dunia - OAT (org lain dh berzaman kot amal...) ye, tau... tp sb saya adalah penganti-tegar oat... yg dah brape kali tak berjaya hadamkan oat sampai ke perut, jadi bila saya berjaya menjumpai cara/resepi utk habiskan semangkuk oat dgn jayanya, maka saya adalah sgt berbesar hati utk menaipnya di sini =)


sies dh byk kali try nak makan oat ni dgn susu... tp tak boleh. siap beli yg chocalate oat dulu, bluwekkk jugak. try nesvita 3 in 1 tu lagi laaaa rasa nak pitam. so kemarin dulu try rasa tak campur susu. eh ok je. rs mcm bubur tawar. tp takkan nak makan mcm tu je kan... jadi berdasarkan kretiviti tipikal yg ada dlm fikiran, maka terhasil lah hidangan di bawah...


Psst: If you dont mind, could you please share my post regarding travelling to South Korea at your social media account (blog, fb, insta, etc2). TQ so much! ^_^
Link to the post:  http://yuhaisya.blogspot.my/2016/12/mytravelokaescapade-make-my-heart-bloom.html


oat + sambal bilis + sayur = sgt mabeles! iya... sila percaya ia adalah sedap. bg sape2 yg tak suka makan oat, anda boleh buat try makan mcm ni. masak oat, atau guna yg instant tu. makan dgn lauk mcm sambal bilis ni, atau apa2 je lauk mcm ayam goreng mungkin. nk bg berkhasiat lg, tambah sayur. sies tak muak mcm makan dgn susu. licin okeh semangkuk ni =) *bangga3*    ^_________^





saya guna yg instant ni je. senang dan cepat. 
[kredit pic]

selain makan mcm kat atas, kalau nak rasa oat versi manis2, boleh try yg mcm ni....





[pic google]

yg ni dia campur ngan horlick. tp sb horlick adalah adik bradik susu, so tak yah campur takpe. masak je ngan air panas mcm biasa, pastu campur madu/filling apa2, tambah buah mcm pisang. still sedap dan yg penting, boleh ditelan =) 






mcm ni pun sedap. masak mcm bubur baby ni. pastu buat sup. sure tak rasa mcm makan oat. rasa mcm makan nasi air. anda patut cuba (",)





cantik di mata tak semestinya sedap di tekak. tp attraction tu penting kan. hu2. boleh hidang ngan buah2 mcm ni, plus kismis, prune, kurma... tp jgn campur susu! buat tawar je.. buah ngan lain2 tu dah cukup bg rasa dah. kalau tak tahan rasa hambar je, boleh buat oat tadi ngan milo. sb milo is better than susu rasa dia. tp jgn taruk gula plk. train healthy diet without sugar is sweet u know =)))))


haa.. byk cara kan utk telan oat ni bg yg tak suka makan oat. for me, as long tak gaul dgn susu, takde masalah nk makan oat ni. ok, kenapa beria2 sgt nak makan oat ni? jom check it ;-

Oat adalah makanan paling ringkas dah mudah untuk berdiet. Tahukah anda oat digelar raja serat? Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala seraty dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So, semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir. 


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khaisat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan JANTUNG. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum, mangan, tiamin, dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain.




ok, dah cukup best dah tu kan khasiat oat? tp ada lagi ni manfaat oat yg mengagumkan... 



1. Menurunkan kolesterol
Oatmeal merupakan sumber makanan yang kaya serat larut, yang juga ditemukan pada apel, pir dan prunes. Serat larut dapat menghambat tubuh dalam penyerapan kolesterol LDL, yang biasa dikenal sebagai kolesterol jahat. Satu cangkir dan setengah oatmeal mengandung lebih dari lima gram serat, yang cukup untuk mengurangi tingkat kolesterol Anda.

2. Mengurangi risiko hipertensi
Kandungan serat yang tinggi pada oatmeal tidak hanya menawarkan manfaat kesehatan terhadap jantung, tetapi juga penurunan risiko tekanan darah tinggi. Sebuah rekomedasi untuk wanita menopause, yang cenderung berisiko mengalami hipertensi, harus makan setidaknya enam porsi oatmeal atau biji-bijian lain setiap minggunya.  Studi menunjukkan bahwa pria dapat bisa mengurangi risiko gagal jantung jika mereka makan satu mangkuk sereal gandum atau oatmeal, per hari.

3. Tinggi antioksidan
Oatmeal mengandung tipe khusus dari antioksidan yang disebut avenanthramide. Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas yang menyerang HDL atau dikenal sebagai kolesterol baik. Di samping itu, senyawa ini juga melindungi kolesterol jahat (LDL) dari proses oksidasi, yang mengurangi risiko penyakit kardiovaskular.

4. Mencegah pengerasan arteri
Avenanthramides tidak hanya melindungi terhadap penyakit jantung, namun senyawa antioksidan ini juga mampu mencegah arteri dari pengerasan. Avenanthramides bekerja dengan menekan produksi molekul yang memungkinkan untuk mencegah pengerasan dinding arteri. Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita menopause yang makan enam porsi serealia utuh seminggu dapat mengurangi risiko berkembangnya aterosklerosis.
Ateroskleorosis adalah kondisi di mana terjadi penumpukan plak di sepanjang lorong-lorong pembuluh darah dan memperlambat perkembangan stenosis, yang menyebabkan lorong-lorong dari arteri menyempit. Manfaat oatmeal bagi kesehatan kardiovaskular akan menjadi lebih besar bila dipasangkan dengan vitamin C.

5. Mencegah perkembangan kanker payudara
Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita yang mengkonsumsi dalam jumlah tinggi serat memiliki penurunan risiko terkena kanker payudara, terutama jika berasal dari serat gandum. Serat tidak larut dalam serealia utuh akan menyerang karsinogen dan menurunkan kadar estrogen dalam tubuh, sehingga melindungi tubuh dari perkembangan kanker. Sebuah studi di Inggris menemukan bahwa wanita pra-menopause mengalami penurunan risiko kanker payudara sebesar 41 persen hanya dengan makan serat dari biji-bijian atau serealia utuh.

6. Mencegah pengembangan diabetes
Selain kaya serat, oatmeal merupakan sumber magnesium, yang mampu mengatur insulin dan kadar glukosa. Berbagai temuan telah menunjukkan bahwa, selama delapan tahun, perempuan yang makan diet kaya sereal dapat mengurangi risiko diabetes hingga 31 persen. Untuk mendapatkan manfaat optimal, Anda bisa menambahkan susu ke dalam oatmeal. Tambahan dari susu rendah lemak juga dapat menurunkan risiko diabetes.
(tiba2 sentap sb mati2 tak nak makan oat ngan susu. its ok act. mcm saya, bukan tak suka minum susu. suka sgt buat susu panas mcm fernleaf, dutch lady... cuma tak blh combine ngan oat. so sama je, makan oat, minum susu. the advantages is still there... =)



7. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Oatmeal mengandung beberapa jenis serat yang disebut beta-gluten serat. Serat ini mampu melindungi Anda terhadap penyakit jantung dan juga menaikan sistem imunitas. Hal ini membantu sel-sel kekebalan tubuh dalam mencari dan memperbaiki daerah pada bagian tubuh yang terserang infeksi bakteri.

8. Mencegah obesitas


Makan makanan untuk tidak mendapatkan suara berat seperti jenis diet yang sempurna, kan? Karena oatmeal sangat kaya serat, itu akan membuat Anda lebih penuh untuk jangka waktu yang lebih lama. Serat akan meningkatkan viskositas isi perut sehingga akan memakan waktu lebih lama untuk mengosongkan. Merasa penuh untuk jangka waktu yang lebih lama juga akan mencegah kebutuhan untuk camilan makanan manis atau asin sepanjang hari. Penelitian telah menghubungkan rendahnya risiko obesitas pada anak-anak yang rutin makan oatmeal.



9. Bisa di konsumsi untuk pasien celiac
Dewasa dan anak-anak yang menderita penyakit celiac umumnya tidak dapat mengonsumsi gluten (suatu senyawa protein yang terdapat pada gandum ), namun riset menunjukkan bahwa mereka bisa makan oatmeal meskipun mengandung sedikit gluten. Celiac adalah sindrom malabsoprsi di mana usus tidak mampu menyerap nutrisi makanan.

[dah settle update baru prasan ni indon punye, tp takpe la.. paham kot kan =]



lain2, blh cek kat tenet. belambak lagi khasiat oat ni. tapi secara umum, yg kat atas ni dah cukup mantap dah utk meyakinkan kita akan khasiat oat. jadi marilah kita sama2 manfaatkan khasiatkan oat ni utk kesihatan tubuh badan. sekian, rancangan diet sihat kita utk hari ini. tata 




Saturday, September 22, 2012

.: 3 rasa :.


Bismillahirrahmanirrahim


original recipe - mangga muda, kicap, gula. jadila masam masin manis =) semalam g pasar batu 6. nampak ada makcik situ jual 2-3 tompok mangga ni. stompok rm2. ok la kot. tp ritu singgit je... takpela, mengidam punya pasal... mak pun sama. sukaaaa sgt mkn mangga ni ng nasi. 





'jajan' di hujung minggu. sgt stress bila ujung minggu duk rumah saje2... stress sb kejap2 nak makan. kejap2 bukak peti. nasib baik ujung minggu 2 hari je sminggu. kalau seminggu 5 hari cuti? meletup penimbang =___= 


Friday, September 21, 2012

.: klinik :.


Bismillahirrahmanirrahim


dah lama tak pergi klinik. biasa kalau sakit ringan2 survive sendiri je kat rumah. elakkan diri dari terlalu byk mengambil dadah ;) tp kelmarin mmg nak kena pegi jugak. walaupun malas berganda... 

maka mendaftarlah di kilinik ini - klinik dr wan fazidah.  last time datang 2004, time spm. ya, lama sgt2 dah. tp sakit lama berulang kembali. so better refer kat doc yg sama. wlpn rasanya rekod dah takde... sb skang semua data dah key in dalam pc. tade dah fail2 lapuk. jimat kertas. cumaaa... tang no tu kena upgrade lagi. still pakai kertas. pastu takde machine no yg blh bgtau patient skang giliran no brape... 




ikutkan mcm menyesal plk datang. sb lama sgt kena tunggu. dari panas terik, bertukar gelap, pastu sampai hujan selebat2nya... tak sampai2 jugak giliran. dan saya mmg tak tahan mana bau ubat... kejap2 kang kluar masuk klinik. ntah apa la sakit sorang2 yg dtg ni. lama kemain masuk bilik doc. bila sampai turn, masuk dlm baru tau sb dia... doc suka menyembang rupanya... -___- dia mcm nk sembang pnjg jugak, tp cpt2 potong. sb tau ada lg ramai patient yg dah lama duk menunggu. kalau layan sembang ni ada yg balik mlm karang kang.




ni je ubatnya. tapi balik rumah ubat dalam kotak tu tumpah... jakun dah lama tak dapat ubat... terus rakus bukak tutup botol. hmmm...tade rezeki. kena cari farmasi balik la kot. tapi sakit ni... menguji akidah kita jgk kan. kuat mana kita percaya yg Allah tu sebenarnya yg menyembuhkan. bkn doc. bukan ubat. tp secara psikologinya, kita bila nampak doc, nampak ubat, dah rasa lega... nnt balik la baik ni. padahal mereka semua pengantara je. yg menyembuhkan, tetap Allah.




balik singgah beli goreng pisang ng kepok. hujan2 makan 2 benda ni , buat tea o panas, hmmm... sakit pun tak ingat dah =) abis citer g klinik. jap lg nak g celebrate besday org tua jap. tak tahula sempat jumpe ke tak. harap2 jumpe, sb kek dah order...

.: Balik ke pangkal jalan... :.


Bismillahirrahmanirrahim




Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

KREDIT TO Dr.Amirul Amin
P/s: gambar ini sekadar imaginasi pelukis sahaja berdasarkan ayat al-Quran

Thursday, September 20, 2012

.: hai :.


Bismillahirrahmanirrahim




assalamualaikum. hai. saya wakil owner blog kejap hari ni. dia g klinik. ada la bagian yg nak kena service tu. sekali sekala Allah bg sakit... kan ke kifarah tu? emmm saya pun tak leh lama2 sini. tak tahu nak sembang apa. so saya mintak diri dulu ye. nanti doraemon datang lagi... ^____^

Wednesday, September 19, 2012

.: Masihkah kau ingat... :.


Bismillahirrahmanirrahim

Hujan... air kopi panas... ubi rebus... selimut... ngadap tv.  masihkah kau ingat? hehe. menggamit nostalgia sangat kan. kalau time musim tengkujuh... tak sabar nak tunggu banjir!!! org tua semua susah hati takut air masuk dalam rmh. tp being a budak, itulah saat yg ditunggu2. main hujan. harung banjir. tangguk ikan. best3! hangin je mak2 kena basuh baju banyak2. dahla payah nak kering. slagi tak kena blasah sorang2, mmg takkan naik punya... ;)


itu musim hujan. kalau tak hujan... lagiiiii banyak benda boleh main. antaranya...



1. Main masak-masak


Licinnn daun2 kering kat laman rumah kena kutip oleh junior masterchef utk menghidupkan api pada dapur mereka. jgn ingt bdk perempuan je minat main masak2. i main dgn bdk laki okeh. tp takde plk permainan ni generate sifat auw2 dlm diri diorg. main masak2 mcm ni act sgt byk membantu sifat inquiry bdk2. time ni la nak explore apa yg ada sekeliling mereka. nak apply sifat inquiry tu kat dapur mak konpem la kena pelangkung nnt. so better we make our own stove. api lagi besarrr dari mak punya.. hohoho. 





prnah dulu, kami saje suka2 buat tungku api mcm kat atas tu. tp x tahu nak masak apa. dh kehabisan resepi. asyik rebus batu ngan daun je... so ada la sorg cousin ni yg terlebih sifat inquiry nya, amik telur cicak kat dinding blkng rumah, letak atas tudung periuk besi yg dah dipanaskan (maybe up to 200C) atas tungku tadi. u know what happen? telur tu retak dan serta merta anak cicak dalam tu berlari masuk semak! amazing! err, amazing dan kejam act. wlpn tu cicak yg sunat dibunuh, tp baby kot... adik2 jgn tiru okeh. 





2. Main perang-perang

Honestly, i didnt have any kitchen set mcm bdk2 prmpn lain ada. but i have soldier set mcm kat atas. kemain happy dulu bila arwah tokki bawak balik askar2 ni. we make our own jungle. war site. baru real. nak lagi real, naik atas gerai, amik kayu2 perca, set gerai jadi jet pejuang. huahahaha. dan2 tu jugak feeling jd power rangers duk dalam robot diorg. wlpn tak gerak mana2. nak gerak senang je, kejar raksasa ng beskal. 




3. Baling tin
Rugiiii sape tak penah main ni. best kalahkan international cricket. kalau tak guna tin, selipar pun boleh. lagi satu bolah katok. yg tu mmg sebijik mcm main baseball. sgt menguji ketangkasan pemain2. watson nyambek pun kagum tgk bdk2 ni berlari. tp tgkla time mlm kang... flat habis...






4. Lompat getah

Adik2 tahu ni apa??? ye getah. tp bkn utk ikat rambut mahupun plastik makanan. tp utk ini...



main lompat getah. antara permainan yg paling best kecik2 dulu. gigih kumpul getah banyak nak buat tali panjang mcm tu. step awal2 yg kat bagian lutut biasa mmg semua lps. pinggan, ok lagi. time bahu dah cuak. sampai kepala, cuma senior2 yg dah byk menjalani latihan je boleh lepas.





5. Konda kondi

Jarang main ni. tp best jugak. jarang main sb malas nak gali lubang. dah abis main kena kambus balik. pastu bese org tua marah main, takut kena mata. hmmm... tp dtg angin degil, main jugak...






6. Teng teng
the most popular game. semua bdk2 dulu tau main ni i guess. boleh hancur tanah bl masing2 dah up level.dah abis ruang buat rumah, jamban pun jadik, asal org takleh lalu, & ada tmpt rehat. haha. ada skali hari tu ajak anak2 abg main ni. kemain suka masing2. tak pernah main ok. kesian...tang mana la nak kuar peluh budak2 skang. balik rmh pun ngadap pc je. hmmm. i have to do something to my generation in future. anak2, kuar rumah skang. jom main teng2 ng mak. sounds cool isnt? hahaha


bersambung di bahagian kedua nnt... see u! ^___^


Tuesday, September 18, 2012

.: Sunset :.


Bismillahirrahmanirrahim

Tak nampak mana pun sunsetnya. tapi saya sukaaaa sgt potrait mcm ni. and it was a good job from my cikai hp! lebiu sony! ^___^ olympus cik teha, blh campak kelaut. hahaaa. 




photo taken at stadium tertutup gong badak. tepi stadium runtuh. jalan2 kat tasik kejap. dah sampai kat kete baru tertimbul idea nak amik sunset ni. len kali blh try kat pantai. sekian entry pendek tuk hari ni. siesly idea kering kontang -___-


Friday, September 14, 2012

.: Nasi Goreng Ikan :.


Bismillahirrahmanirrahim

Awal pagi lps subuh terus turun dapur buat nasi goreng ikan utk update kat blog. heheh. takdela, dari semalam duk terbayang2 nak bekpes ns goreng ikan. dah lama tak buat. arwah tok dulu, kalau goreng nasi mesti letak isi ikan goreng. pastu bawang kena tumbuk dlm lesung. no blander2. dan hasilnya mmg mabeles. bau tumis je dah bawak cucu2 ketuk pinggan kat dapur. indahnya kenangan dulu... 

skang, cucu dia pandai jugak buat nasi goreng ikan. tp tak la sesedap arwah tok buat. air tangan tu, air tangan.. mmg takleh lawan. bwg dahla mesin berjemaah stok utk seminggu terus -___- bkn mls, tp efficient ;)





gambar bergegar. snap tgh lapa. hilang kecantikan seni kulinari. senang je nk goreng nasi ni, tumis cili giling sampai garing, taruk bawang merah + bwg putih blender (kalau tumbuk lg sedap), tumis sampai pecah minyak, bubuh kicap skit, gula garam, pastu masuk isi ikan goreng yg dah dicubit (cubit?), kacau2, last baru masuk nasi. gaul sampai mesra, tutup api, letak dalam pinggan, hias cantik2, amik gmbr, tepek dlm blog ;)





serta kan menu td ng kopi susu. hmmm... nikmatnya bekpes di hari jumaat. till then, tata... =)


Wednesday, September 12, 2012

.: My Wishhhh :.



Bismillahirrahmanirrahim

tak tahu la bila start berangan nak ada impian mcm ni. tapi... sies, kalau diberi peluang buat wish list, mmg wish ni akan masuk top 5 ;) guess what?


iye... amik singa jadi pet kat rumah. hebat kan wish ni? selain hebat, gila pun ye jugak. haha. i know people would say that. tp ntah. dari dulu, meluap2 perasaan nak bela singa. salah satunya sb nak tunggang dia. kekeke. dulu pernah la jugak kucing jadik mangsa tungangan. dont worry, tak patah pun pinggang dia. main2 je. sb in the end, dia ng kwn2 dia skali tunggang balik atas badan kita. seb baik comel, kalau tak mmg nak kena campak seko2.



alalalala... sweetnya...





tak dapat singa, rimau pun boleh... siap blh geletek2 plk mat salleh ni. dengki3!





i wish the dream comes trueeee! ko mampu landing kepala atas kepala singa sambil baca paper??? empukkk tu...





dan saya rasa kartun ni jugak merupakan salah satu punca kepada wish2 di atas. err babun kat blakang tu abaikan ok. yg dia dukung tu. ya Allah... comei nye... rasa nak lempang2 je.


pastu video kat bawah ni. lagi laaa menjadikan perasaan yg meluap2 utk memiliki singa sbg binatang peliharaan jd makin parah. touching sesangat. dan2 skang jugak rasa nak g zoo... peluk rimau, singa...*replika*

teringat time hari koko kat upsi dulu. ada skuad pengesan (polis) buat demo anjing tangkap pencuri. anjing yg dia bawak tu sgt la best, sb besar, bulu lebat mcm rambut mnusia yg dah di rebonding. nmpk je besar, skali dia kejar, laju mcm cheetah. pastu polis tu bgtau, kalau anjing tu dtg ngap, jgn lawan/bergelut ngan dia. sb kalau bergelut mmg parah. boleh mati dia kejekan. so kalau x melawan, dia ngap skali je. mmg cedera jgk, tp at least hilang skilo je daging...kata polis tersebut  -___-"




Pada hujung 1969, dua orang sahabat John Rendall dan Ace Bourke telah membeli seekor anak singa yang kesunyian dari sebuah kedai haiwan `Harrods Pet Department' (waktu itu ianya sah dari segi undang2), dan membela anak singa itu di rumah mereka. Mereka menamakan ank singa itu `Christian'.

Namun, Christian membesar dengan begitu pantas, sehingga dia tidak lagi sesuai tinggal didalam rumah itu. Pakar haiwan menasihati agr Christian dihantar ke habitat sebenarnya, iaitu hutan...
Dan mereka pun tiada pilihan lain,.. selain dari menghantar Christian pergi...

Bertahun kemudian, mereka ingin berjumpa dengan Christian kembali tetapi ditegah oleh pakar2 haiwan. Ini kerana Christian sudah pun menjadi haiwan liar dan menjadi ketua kepada `puak'nya. Bahkan dikhuatiri Christian tidak akan ingat lagi pada mereka,...

Tapi John Rendall dan Ace Bourke tetap mahu bertemu dengan Christian mesksipun mereka sedar akan bahaya dan risiko yang bakal mereka tempuhi...
...Dalam pertemuan yang amat menyentuh hati inilah segalanya terungkai,...


memetik kata2 John dan Ace .."It was an emotional reunion! He ran towards us, threw himself onto us, knocked us over and hugged us, with his paws on our shoulders."




video kedua ni sambungan video kat atas. tp x paham kenapa parents christian ni kena kurung kat zoo. kesiannn mereka. nak amik jadi pet pun dah tua. pet kemana, ngan tuan2 skali hilang nnt. 


Tuesday, September 11, 2012

.: e-day sahabat :.


Bismillahirrahmanirrahim

At last dapat jgk gambar tunang dia nih. siapa dia tu tak dapat nk share sini. tp sebab she is one of my best buddy, jadi saya sangat berbesar hati dan teruja untuk abadikan majlis beliau dalam blog ni. izah, teha, kinah, just read this and smile in your heart okeh ^___* 

Majlis ni dibuat pada raya ke 2. see how long does this member 'perap' gmbar2 ni dalam pendrive dia. daripada terperap takde hasil, meh tepek sini sket gambar tu. eh i think i've already ask your permission right? kalau tak lagi, izinkanlah saya ya... hehe. 

sambung balik. majlis start dalam pukul 10. tp kami diarahkan oleh si member ni tuk terpacak dpn pintu rumah dia right after subuh. fantastic kan dia? tp awal jgk la kami pegi... dalam 8.30 mcm tu. 





this is her dias. i was certainly involved in her engagement plan act. cari baju, pelamin, barang2 hantaran, make up mata. haha. shuppp. untuk pelamin ni, kami tak berapa suggest this bridal even they got 3rd place (kalau x silap) in karnival rias pelamin peringkat trg. sb pertama, mahal. ke murah RM 300 something mcm ni? ini pun dah adjust byk dari yg asal. masa belek2 album kat kedai ritu, lg la rasa mcm hmmph... so i ask them to put the 5 flower balls at the backdrop, tiang pasu tu nk yg bongkah mcm kat atas, xmo tiang besi style dulu2. they were agree, tp part stage yg tak tahan tu. cuma dpt alas bulat tu je. kalau nk karpet putih, kena tmbh rm50 lg. nak stage kayu, kena tmbh rm50 lg. nk tmbh deko mcm lattern lamp pun kena tmbh rm50 lg. kalau masuk mini spotlight ng chandeliar ni mau kena add another 100 lg $___$
karpet kelabu tu beli sendiri. then can u imagine the dias without the carpet? tak ke cacat namanya.. thats why i said this is expensive! nice la jugak... tp gitula. tunggu yuhaisya bukak bridal sendiri okeh. haha


masuk bab hantaran. kami plan simple je. simple dan senang. beli bakul, sarang burung, bunga, riben, siap. bajet tak lari punya buat hantaran mcm ni. nak2 plk skang kami dah ada kad ahli, so blh la diskaun skit =) ada sape2 nak tempah ke? sila msg ke no _______. haha. sape je la bc blog ni. dan2 nk promote. masih tiada kekuatan utk memperdagangkan hasil tgn sendiri. buat tlg2 ok, sb x pressure. kalau amik tempahan, mesti mcm stress nk cemana2, takut customer tak puas ati. kan3...




hantaran coklat. sweet kan? coklat je sweet, org tu tak sweet pun...
keh keh keh




buah. the one that she was so proud to deco it. 
boleh la, boleh la...





kain baju melayu. simple kn. dah takde idea dah nk gubah cemane.





kain pelikat. paling senangggg nak gubah. amik campak je dalam bakul. siap.





haaa, yg ni bajet kreatif sket. nampak apa tu? 
ye, stanjak. ke tak nampak rupa stanjak?





yg ni lagi best gubah dia. sejadah. 4x lipat dah siap.





hah yg ni dont complain. nk buat sendiri konon... i wont touch this anymore. last2 dtg awal2 kena gubah jugak. piap kang. 





time tetamu dah sampai. bincang2 kejap, sarung cincin, amik gambar, makan, balik. settle.





bila org dah balik, turn kami la plk serbu makanan. main menu- nasi dagang. home made by member punya tok and tok sedare. siesly air tangan org lama mmg takleh challenge. mmg the best in the world.nak tambah second round malu, seb bek tok dia tapaukan tuk kami. hehe. mekasih tok...=)





tetamu vvvvip mmg gini. kena makan atas karpet dpn pelamin =) teha x mkn lg, so mmg tugas dia la amik gmbr kawan2. mekasih ye cik ateha ;) hahaha *gelak yg cuma difahami oleh mereka yg terlibat* ^__^

dah kenyang semua, lepak kejap. pastu bergegas pulang. hari raya kedua ni, semua manusia pakat beraya kot. jalan xyah ckpla dia punya jam. jpj plk blh takde keje berjaga kat traffic light. tak pasal kena berenti lampu merah. kan izah kan? haha. the end sampai rumah dalam pukul 5 ptg. sungguh tak disangka lewat jgk sampai rmh. 

btw, tahniah pada si petunang. kawen nnt sediakan kami persalinan lengkap ye, kata bridesmaid. haha. tata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...