Bismillahirrahmanirrahim
Awal pagi lps subuh terus turun dapur buat nasi goreng ikan utk update kat blog. heheh. takdela, dari semalam duk terbayang2 nak bekpes ns goreng ikan. dah lama tak buat. arwah tok dulu, kalau goreng nasi mesti letak isi ikan goreng. pastu bawang kena tumbuk dlm lesung. no blander2. dan hasilnya mmg mabeles. bau tumis je dah bawak cucu2 ketuk pinggan kat dapur. indahnya kenangan dulu...
skang, cucu dia pandai jugak buat nasi goreng ikan. tp tak la sesedap arwah tok buat. air tangan tu, air tangan.. mmg takleh lawan. bwg dahla mesin berjemaah stok utk seminggu terus -___- bkn mls, tp efficient ;)
gambar bergegar. snap tgh lapa. hilang kecantikan seni kulinari. senang je nk goreng nasi ni, tumis cili giling sampai garing, taruk bawang merah + bwg putih blender (kalau tumbuk lg sedap), tumis sampai pecah minyak, bubuh kicap skit, gula garam, pastu masuk isi ikan goreng yg dah dicubit (cubit?), kacau2, last baru masuk nasi. gaul sampai mesra, tutup api, letak dalam pinggan, hias cantik2, amik gmbr, tepek dlm blog ;)
serta kan menu td ng kopi susu. hmmm... nikmatnya bekpes di hari jumaat. till then, tata... =)
No comments:
Post a Comment