Bismillahirrahmanirrahim
Rasa macam... dua-dua pun payah. yg 1st tu, sure payah sb takkan nak paksa orang. yang kedua, depends... kalau biasa org tu selalu kacau life kita in terms of negative side, mmg susah la nk twist hati supaya sentiasa berbaik sangka pada org tersebut. melainkan mmg sejak lahir manusia tu takde perasaan, atau mmg dia jenis hati bersih. ya Allah... untungnya hambaMu itu.
kadang2 bila dtg dendam, sakit hati kat org lain, rasa mcm... ya Allah... jahatnya hati ni. dan tertanya2, adakah manusia2 baik yg sgt kurang sifat mazmumah dalam hati, mmg dilahirkan begitu? series, mentarbiah hati diri adalah satu pekerjaan yg sgt susah sb kdg2 (selalu) ia bertentangan dgn kehendak sendiri.
contoh kalau rs nak marah, dan2 tu jugak rasa nak lepas. kalau tak blh luah dgn suara, rasa nakkkk je sound ikut fb, blog, msg... bkn senang nk kawal emosi. kalau biar je, rasa mcm kalah. rasa mcm...eihhhhh dia ni. ak selam jugak dalam laut kang.
then kalau kita lepas? puas la hati kejap. pastu? sentap. makan dalam. tak bertegur sapa. nice sgt. org duk sibuk perang kat gaza, kita duk gaduh hal remeh temeh. such a big waste.
lagi parah kalau ada sesetengah mahkluk suka duk sound2 org, tp kadang tak direct pun *not an exception for me*. mungkin atas dasar petikan yg mengatakan bahawa kalau nk tunggu org perfect nasihat, sampai kiamat pun tak blh nk nasihat. ye, tu betul. tp bergantung pada cara dan niat plk.
kita selalu mcm nampak kesalahan org lain. dan selalu rasa geram asal org ni tak blh berubah jd mcm ni mcm ni. padahal pd waktu yg sama, byk lg benda yg kita tak ubah pada diri sendiri. contoh mcm org pakai tudung. mesti kalau nampak org yg seksi2 dia rasa mcm alahai... kenapa la susah sgt diorg ni nak pakai menutup aurat, tudung segala yg patut. tp dia tak sedar, solat pun selalu lewat, qiam belum tentu sebulan skali buat. payah kan? mmg payah...
sb kita rasa kita dah cukup baik walaupun sedar masih dalam keadaan yg tak cukup baik. sb kita compare dgn yg tak berapa nk 'complete' lagi agamanya. itu dari sudut beragama. tp bila dari sudut duniawi, kita akan jadi terbalik. dari sudut harta benda, kecantikan, keturunan, mmg tak nak kalah kalau duk mlysia ni. cuba compare dgn penderitaan umat Islam kat Gaza, Syria, Rohingya... eh tak nak pulak.
paling2 kuat, share sumthing2 kat fb. pastu sambung dendam balik ng jiran sebelah, ng bos sendiri, cikgu, parents, adik bradik, kawan2, jkkk *tetiba*. rutin yg sentiasa berulang slagi tak kena bom. nauzubillah, mintak jauh. tp hakikatnya kita mmg begitu.
satu lagi, yg jenis sound @ 'nasihat' tak direct ni, sila hati2. niat tu nak sound si pulan si pulan, tetiba takde ribut apa, dtg si pulan yg lain pulak tersentap. hah camne? tanggung la sendiri. mmg kadang2 kita sound secara terbuka sb tak nak jatuhkan aib org tu secara terbuka, dan dgn harapan, dia tahu apa yg kita rasa. tp endingnya, adakah mengikut apa yg kita inginkan?
saya menulis bkn sbg satu fakta. berterabur lg ada. tp sbg pusingan muhasabah utk diri sendiri. pandai sgt cakap org, akhirnya terpalit kat diri sendiri jugak. jd mintak jauh untuk itu. sama2 baiki diri, dan jgn tinggalkan org yg anda rasa patut berubah dgn nasihat yg open dan kasar. melainkan mmg anda dan dia tak kisah share 10sen untuk sebatang ais krem malaysia ;]
last :
you can't make everybody like you,
you don't even like everybody
quote dr header blog inibelogsaya.blogspot.com
No comments:
Post a Comment