Bismillahirrahmanirrahim
Ni citer dari rumah mc na semalam. settle makan + nyembang2, pakat singgah solat zohor kat masjid belakang rumah mc na dulu. kami takde plan nak ke mana2 pun sbnarnya. sb mmg tujuan utama kluar, nk attend kenduri mc na. lps2 tu, biar stereng kete menentukan hala tuju kami =D
Last2 decide nk g celup tepung kat mengabang telipot. tp awal lg, sb baru dlm kul 3 camtu. so singgah dulu pesta konvo umt. jom...
berjalan ke tapak pesta dari parking. parking mmg penuh sampai melimpah2 kete ke luar, sb time ni tgh istiadat dalam dewan.
bunga dan pesta konvo bagai lobster (???). tp kat umt ni mcm belambak sgt kedai bunga. ingt dulu kalau kat upsi, booth bunga cuma kat depan dewan sitc je, so gerai2 lain jual benda lain. byk la sikit produk lain masuk. nak beli belah pun sonok =) eh komplen plk dia... sekretariat ke? =P
pentas. comel je kan? hehe. spotlight lg labuh dari pentas. pastu, p.a system ada betul2 dpn pentas. agak menyemak kat tempat audience. letak kat tepi2 skit tak boleh? nak kata pasang projector tak kot, nak hala ke mana? eh komplen lg. tumpang lalu... ^_*
gerai pelbagai , pengunjung, dan akak suksis yg sies ;]
gerai makan. kami round skali lalu je. pastu lepak kejap kat tempat makan. tunggu datin saadah ng noorlida buat lawatan tapak. ingt punya la lama pusing, ada la hasil, hmmph, sama je rupanya mcm kami yg berkurun menunggu ni. last mc nor beli kek coklat. jadi la tu kan... ;D
dah, jom kita g serbu celup tepung
baru kali kedua makan sini. biasa makan kat teluk ketapang je. aman lg takleh blh, kedai ni tepi rumah dia je pun... tp x tau glamer sampai jalan2 cari makan pun dah singgah sini. kedai ni mmg agak buruk kalau nk compare dgn kedai ict lain, tp dia punya celup tepung mmg tip top. paling glamer sotong gunting. sotong tu besar lengan mc nor, jd nk makan kena kasi gunting dulu =) sekor rege dia rm7.60. tp ikut market semasa la. mcm udang, 1st time dtg (selang 2 minggu je pun) harga dia 8 ekor 4ringgit. ni dah jd 5 ekor 4ringgit. tp size besar sikit la.
tp mcm berbaloi walau nmpk mcm mahal skit pun. sb freshhhhh. punggah kat bot nelayan dpn tu je. sauk, celup tepung, goreng, berebut manusia mcm pirahna kat dpn meja pok nong. oh ya, nama kedai ni kedai makan pok nong. ritu iqram dinzly kot yg host jjcm dtg mkn sini. time kami mkn pun ada gak geng2 tv3 dtg makan. kira mmg ramai la org propose tmpat ni.
so next time kalu ada sape2 nk try sotong besar lengan, singgahla sini ya *iklan x berbayar*. intai dulu, ada x plug jjcm kat tiang dpn muka pok nong, kalau x kuar balik. haha. eh sies, sb kedai satu lagi kat dpn tu x sedap...mahal plk tu.
wajah2 ceria dpt makan seafood celup tepung. ikan x nak, kemain korang yeh. meja time ni nampak clear lg kan, kang tgk jap lagi...
seafood licin, meja berterabur ;] kepok lekor ng kerak2 tu je xsape dah nk habiskan. tp sonok mkn ramai2 mcm ni. bersembang sakan. harap2 meja sebelah x terganggu =D
settle mkn, misi hantar balik sorang2. sian aman. haha. sampai rumah zi, singgah solat asar jap. sambil2 lepak dalam bilik dia belek2 album lama. nostalgia betul. banyak citer keluar. dan ada rupanya citer time smaza yg kami baru tahu. kelakar dan menggeramkan plk tu. rindunya... tp xnak putar balik. huhu.
last sebelum magrib, hantar adah. then me. pastu tinggal aman sorang2. haha. dekat je pun tapi. then the end =)
No comments:
Post a Comment