Bismillahirrahmanirrahim
ya Allah... sedapnya kalau boleh landing atas katil skang... hujan tak berenti2 lagi ni. ada jugak yg telangkup atas meja ni kang. sblm telangkup betul2, meh kita update blog ;] sambung citer semalam. lepas dah settle makan, kami g jalan2 tgk booth2.
booth kem. pertanian kalau tak silap. deko dengan sayur2 dan bunga2.
other side. alangkah indahnya kalau kebun pun blh deko mcm ni? berbaloi2.. ;)
ni tak tau apa motif. yg tgh tu ok la, tuk pameran pengantin. tepi kiri kanan tu mcm semacammm jerk. tahan plk tu buat muka mcm tu. payment tinggi kot ;)
hah, ni baru comellll.. =) ramai2 baca surah ar rahman. kiut je. mula2 ok la baca ramai2 serentak, tetiba najib datang terus tenggelam sore.. asal dik? kagum sgt eh tgk pm? heheh ;]
guess what? 3D fondant cake katenye.. euwww...
ni ok la nampak cantik bersih tulus mulus je.
pastu zimah ajak g booth telekom. kebetulan mc situ duk suh bdk2 jerit panggil upin ipin. pastu cakkkk kuar maskot upin ipin ni. pastu sama2 excited kalah bdk2...haha. zimah awal2 daa larikan diri. heh. eh i matured ok, sb tu suka upin ipin...huh
pastu kat booth tv9 ada boboi ng yaya plk. tp tak tgk pun citer deme ni. dahla maskot comot. main campak2 je agaknya lepas show. snap gmbr sb saje... nampak sape tepi yaya tu? ya, almy nadia. kang skang mcm ada isu pasal dia kan, tp sempoi je dia kat sini. mcm takde apa2 jd pun. riang ria semcammm je. lawa sgt almy ni dpn2. rugi fizz. eh, kantoi plk gosip retis kat sini ;) *maafkan saya...*
dah abis pusing, zimah pun dah balik, maka meh la kita g jenguk anak2 nih. suh diorg g amik nasi yg org duk agih uk jamuan rakyat. pastu hampar kotak belakang booth makan ramai2 situ. mcm tak sesuai plk, pakai blazer smart2, makan atas kotak. nasib hang la budak...
ni la salah satu kegeraman berpanjangan hari tu. jpnt ni dia bukak booth under KPM. kira staf2 yg duk dlm both tu bkn dr kpm pun, tp geng2 jpnt je. hantar surat ke skolah hari khamis, suh dtg buat pameran hari sabtu. what did they expect? canggih sgt agaknya cg2 skolah ni blh prepare bunting, pamplet, bahan2 tuk buat pameran dalam masa sehari je.
pastu bl dtg, kami ni mcm menumpang je tepi booth tu. ada meja kecik je sketul tuk letak kapatebang. kusi jgn kan tuk student, tuk cg pn takde, maka berdirila kami di situ... dan takde sorang pn staff jpnt yg 'greet' kami as cg... bkn nak penghormatan pun, tp at least kalau dah jemput orang, please la prepare tempat yg proper... staf kemain ramai, tp mcm blurr je bl kami dtg nak letak bahan pameran. tgk kita pun buat tak tahu je... sabar2! haihh nak je forward entry ni kat jpnt contacts. biasa dia nih.
cg lain pun, balik tak cakap. tinggal bdk2 tercengang2. mmg ikut tentatif kena buat pameran sampai pukul 4. tp agak2 la. lepas najib balik tu, org pun dah tak ramai. mcm sia2 je duk tercongok situ. cg dia ni pn dah tak larat nak tunggu lama2. so dlm pukul 1 tu, suh diorg kemas, g solat zohor, pastu pegi la mana2 sementara tunggu pcik van skolah dtg amik. nnt kang cg kol balik. 10 org yg dtg smua laki, so takpe la kan..hehe. kalau anak dara tu bimbang berlebih jugak kot, wlpn deme ni konpiden je nak jalan sendiri. tp kot2 jadi apa2, tak kira la student prmpuan / laki, tetapla tanggungjawab cg. tp alhamdulillah.. smua sampai skolah dgn selamat wlpn pukul 6pm baru sampai skolah. sian korang... haha
hasil rembatan. semua free kecuali novel RAM tu. novel ada diskan 10%, beli kat kedai buku 1Malaysia. nasi bawak balik sb dah makan ng zimah kat sana. beg tu, ikut hati nak je terjah lagi booth2 yg bg beg, tp tak larat kalau sampai berebut / beratur. sotkhabar, nst tu mmg pakej free skali ng BHairan dan Metro. ada harapan buat lapik je tu...
ok, sekian citer sabtu saya... kang jumpe lagi =D
No comments:
Post a Comment