expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, May 9, 2013

Walimah Shahaneem


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum. hai... bersiaran lagi kite =) *kibas2 habuk*. takdela bersawang lagi kot blog ni kan, sb kurg2 dah ada satu entry tuk bln 5 ni, mihmihmih ;)  demam pru13 x abis lagi, maklum ler, pestime mengundi... adik teruja *haha dan2 adik*  =P    oh ya, ni citer hari tu, sblm pru, 3 March, Jumaat, hari kenduri kawen member smaasza dulu, shahaneem. org sibuk nk mengundi, dia sibuk nk kawen, heh. tp ye la, lama sgt main teka teki bl nak pru, mana tau last2 dkt2 dgn pru. takpe, dah selamat pun semua ;) Alhamdulillah...




Hari tu pegi skali dgn aman, zie, yanah. tp bdk2 tu tak beli adiah apa pun lagi. jd singgah dulu g pasaraya sakan on d way ke sana. masuk2 kedai, bengang je aman ng zie n yanah, sb dua2 makcik tu sibuk duk pilih selimut bulu2. haha. tp mmg mcm best, sb dia mcm gebu feeling selimut ng bulu biri2, huhu. satu lg sb murah... ;) dan kita jumpe ada sesuatu yg super murah jugak kat sini, lalala. nnt kite update kat entry lain ;)








 duk tunggu org kedai balut hadiah deme. sambil2 tu duk layan bdk cashier ni yg beria2 ckp mcm familiar sgt dgn kami. beria2 dia ckp mcm biasa jumpa kami ni. ok la, umur sama ng kami, tp skolah lain2, tmpt tinggal tu, mmg jauh2 la. so kesimpulannya, bdk cashier ni berhalunisasi...haha. jahat. takdela. nampak muka zie mcm x ikhlas je layan tu...? haha. gurau jer, kami sembang je ng bdk tu *dgn harapan dlm hati, cptla siap balut adiah* haha ;D







 Hasil borongan dan kupon cabutan bertuah. tak pasal2 menyoping jugak ;) kupon tu pun tak pasal2 dapat, sb beli lebih dari rm30 =)  tp dia cabut lepas raya, lambat lagi... so sape2 nak join, p la pasaraya ni. cawangan dia pun ada slruh smenanjung, dan owner dia pakcik melayu! salute! eh, btw i'not racist ok. peace! (^_^) V



pastu meneruskan perjalanan. tp punyala duk ralit sembang sambil tgk bendera2, kami terlajak sampai ajil okeh! padahal rmh shahaneem nunnn kat skolah bukit sawa. adehla. kelabu mata, byk sgt bendera, sampai tak perasan skolah2 kat tepi belah kanan... sampai2 masing2 dah lapar. jumpe shanim, salam, bg adiah, terus pelawa diri sendiri amik makanan. heheh ;)








lauk mcm biasa. tp bl tgk balik gmbr ni, baru perasan rupanya bkn main byk minyak telan masuk dalam perut  t__t seb bek nasi bkn  nasi minyak, kalau x, konpem pundi hempedu lagi kena kerja keras nk basmi minyak2 ni semua... sobs. kesian perut kite...lemak sedia ada pun tak terbasmi t__t







pengantin join skaki. lama dah kot tak jumpe. duk ngadu2 bulu mata pelesu berat sgt, kelopak mata mcm nak jatuh la.. haha. kesian pengantin. tp masa ni boleh layan, sb org tak ramai lg, kami sampai time org g solat jumaat, jd prmpuan je semua...







meja makan beradap







hantaran side laki bagi. diorang dah sanding awal pagi lagi. 







kami dan pengantin =) 


mcm lama sgt je tinggal blogging ni, ujung2 dah semput takde idea nak taip... sian dia -__-  







last- goodies. suka! eh dlm gmbr ni mcm nampak timbul plk riben purple tu kan, ala2 3d, padahal tak pun ;) nice tp. tq shanim! semoga berbahagia selamanya =)

done update. yeay! ~~

Monday, April 29, 2013

Air Serai - Penawar Kanser



Bismillahirrahmanirrahim


Pernah minum? sedap... percayalah =) mula2 rasa mcm 'seram' jugak nak minum air serai ni, sb imagine mesti rasa dia pelik nnt, kalau hirup kuah tomyam ada serai takpe la jugak ;)  tp bl try minum, ok je. tak rasa pun serai tu. lagi nak gigit batang serai tu adalah. bl letak limau, lagi la rasa mcm minum air limau biasa je. so boleh keep it up! ^_*









kenapa beria sgt nak minum air serai ni? ok 1st, semua benda yg Allah cipta, mesti ada manfaatnya, kan. mcm bendi tu, nampak je mcm tu, tp kalau google, kemain byk khasiat dia. mcm serai ni, it works to kill cancer cells okay! bkn calang2 hebat la serai ni. ada kajian mat salleh buat, bila 'citral'(kandungan dlm serai) diletak bersama sel kanser, sel2 kanser tu akan kamikaze bunuh diri sendiri. huhu. hebat kan? tak yah kimoterapi... sb citral ni, dia tak effect langsung pada sel2 baik dlm badan kita mcm buat kimo tu. 

byk lg la khasiat dia yg lain. boleh rujuk sini -> sumber artikel

bkn minum ni sb ada kanser je, mintak jauh la kan kena penyakit yg tak tertanggung. tapi apa salahnya praktikkan minum minuman yg berkhasiat mcm ni, dari slalu minum aisssss je manjang (^_^)V


p/s : sminggu x update, lemau je rasa ngadap blog. pity you yuhaisya... t__t


 

Monday, April 22, 2013

Aku Bercerita - Review



Bismillahirrahmanirrahim



Akhirnya... tamat jugak baca buku ni. dan macam biasa... karya Ramlee Awang Murshid a.k.a RAM memang sentiasa superb! =)   tapi... mula2 tu rasa mcm tak lalu jugak nak baca... ni semua sebab zimah punya pasal! siap masa nak beli tu, dia cakap "mu nk beli, beli ah. tapi aku memang kecewa aaa dgn buku ni." herghhh... psiko sgt. tak suka taw dpt review awal mcm tu. sepoiler.


Maka dengan berat hati nak baca, bukak baca 1st page, ermmmm... rasa give up terus. sebab mcm bukan RAM yg tulis bila guna sudut penceritaan orang pertama which is 'Aku', wlpn awal2 dah notice tu tajuk besar dia AKU Bercerita. tapi ntah la..tak boleh terima. rasa mcm poyo je ram ni tulis psl diri dia sendiri. heh.


Pastu berminggu2 jugak la novel ni terdampar tak bersentuh. sehinggalah satu malam tu rasa payah nk tido. jadi pikir novel ni kan mcm tak best, mesti kalau baca selai dua dah mengantuk jadi ubat tidur ni ;]  skali bila masuk citer BUNIAN tu... amik! terus teruja nak sambung baca dan baca lagi. mcm biasa, novel ram ni payah nak predict jalan cerita dia. rasa mcm nak ketuk2 je kepala kat bantal (?) sb sampai sekarang payah now nak guess apa sebenarnya yg berlaku dalam satu2 citer tu. huh. awesome writer sgt dia nih. apa ilmu pakai?


ok. nama pun review kan. jadi mmg panjang lah typing kali ni. gmbr mmg takde. nak cari gambar bunian takut. heh. ada 5 cerita atau sub story dalam novel ni. jom kita belek satu-satu.











1. BUNIAN

Best! Setiap karya ram biasanya memang ada unsur keagamaan yang diterapkan. dan untuk novel ni, bunian paling byk rasanya unsur2 islamik. melibatkan kepercayaan kita akan kewujudan makluk lain yang tak terlihat oleh mata kasar kita, tp ia bukan syaitan,jin atau makhluk halus.

Paling tak tahan, awal-awal ingatkan Mayang Sari tu bunian, Jailani ni manusia biasa. sekali lain pulak citer dia. Jailani tu kira half-half la, separuh manusia separuh bunian. eh mcm citer The Twillight Saga plak kan. tapi tu pontianak mat salleh. jgn nak terpedaya sgt dgn dakyah2 deme.

oh ending bunian ni mcm a bit sedih kot. sebab sah2 mayang sari tak blh kawen dgn jailani sb adik beradik kandung. pastu bila dah tua baru skali tu je jumpa, tu pun main lambai2 je... kan nice kalau masing2 still keep in touch... rekaan semata2. hihi ;) 





2. CULIK

Kejam. Psiko. rasa nak sepak2 je mizwar tu. ada rupanya orang kaya buat keje macam tu. culik budak2, pastu jual kat thailand. sebelum jual... hmmm bc sendiri,tak sanggup nak taip. keji sgt. tapi mcm tak abis je kan kes perdangangan manusia ni. dah mcm jual beli ayam itik. 

kesian faizal... mati sia2 akhirnya, tak sempat nak bertaubat. dan tak sangka, johan rupanya perompak yang psiko tu. haha. bravo johan! memang curious sgt nak tahu sape yg ceroboh masuk rumah mizwar tu. pastu bercakap mcm org gila. dan org gila adalah lagi menakutkan dari perompak yg waras.huhu. tapi psiko dia berjaya, sebab akhirnya mizwar terpaksa menyerah diri atas kejahatan yang pernah dia lakukan. tahniah johan! eh tetibe.






3. CINTA MATIKU

kemain cik amani mula2 beli novel belek yg ni dulu =) haha. dont judge it as jiwang. sebab hakikatnya cerita ini adalah kisah tragedi yg tragis dan ngeri. mana tak tragis kalau rukiah, ayah dia (pak shukor), tuan baharom (majikan pak shukor) kena bakar hidup2! kejam kau salmah, eh kalsom. 

lagi ngeri bila sebenarnya kehidupan tahir dan kalsom adalah seperti berzina sebab pernikahan tu tidak sah atas nama rukiah. rukiah atau kalsom, dua-dua bukan isteri tahir. nama sebenar perempuan tu - Kefira Hebrew, tapi muka mcm melayu, sb tu boleh menyamar masuk kawasan melayu. cuma pelik, kalau bukan komunis, kefira ni sapa nak musnahkan tanah melayu waktu tu... hmmm. 

mmg citer ni byk melibatkan fakta sejarah. tapi yg sadisnya, tahir mcm gila kot last2. suka ckp sorang2. walaupun dia mcm ada pendirian, dan nekad bunuh 'rubiah' a.k.a kefira demi tanah air, dan mengharapkan biarlah Tuhan yang menentukan sb dia mmg tak nak mengaku dgn pihak polis dia dah bunuh rukiah, tapi mcm ... sgt tidak siuman sorok mayat rukiah tu bawah katil sendiri. tak ke gila namanya tu?

haish... apa pun, tahir -wira yang tidak didendang...hohoho. dan cinta matiku tu... hanyalah pada bangsa, agama dan negara =)





4. SANG KANCIL

Sukeeeee! =) sebab ala-ala fantasi citer dia. tapi karya ram ni, walaupun byk yg 'ghaib', magic, khayalan, dan mengarut tak terjangkau dek akal, hakikatnya citer dia ujung2 adalah kenyataan normal. huhu. mcm jailani dan mayang sari, of kos kita nak tgk mereka dua2 bahagia sama2. tapi tak akhirnya. faizal, at least biarlah dia dapat semula kehidupan dia dan berubah jadi baik mcm johan. tp kita disedarkan yg ajal maut hidayah semua tu di tgn tuhan. tahir plak, mcm kesian pulak sorang2 mcm tu. ingtkan biarlah sampai ke sudah dia dgn rubiah berbahagia, wlpn nmpk mcm pengkhianat simpan rubiah tu. tp yg perit itu lah hakikat yg perlu diterima. agak kontra la sikit dgn novel2 lain. sb biasanya penulis akan berusaha adjust cerita tu jadi happy ending ujung2 dia...jadi readers pun gembira. tp karya ram ni lain, jiwa kena kental. haha. kental ke? ;)


eh ok. masuk citer sang kancil. pun sama, walaupun ahmad a.k.a jasmir tu diberi peluang 'ajaib' masuk dalam Pelangi Awanan, jumpe haiwan2 yg boleh bercakap semua... tp takdelah in future dia jadi terlampau hebat. just jadi jaga kat bank je. pastu dpt kete kancil, dan sambung belajar diploma. see the not so happy ending yg series tak over happy mcm yg selalu kita baca? 





5. CUT

Tajuk cut utk nama Cut Asmidar dan 'cut' in movie action. emm byk2 yg ni mcm tak brape gemar la. sebab citer tu last2 hanyalah lakonan semata2... wlpn novel ni pun rekaan semata2, tp iskh... tetapla rasa mcm.. why lakonan? why? baru nak admire watak herman. sekali pelakon jerk. oh ya, memang biasanya hero2 dalam novel ram boleh dijadikan secret admire. haha. 


dan berita paling menggembirakan, next novel ram... dia akan combinekan hero2 dalam novel2 yg lepas2. tombiruo, laksamana sunan, ryu watanabe, dll. suke3! ^_^

btw mcm mana sub story kat atas relate dengan tajuk 'aku bercerita', kena baca sendiri novel tu. pening nak citer. sebab kait dgn apa ntah. jadi selamat membaca! =) 


Thursday, April 18, 2013

Spageti ala bolognese



Bismillahirrahmanirrahim




Real kan mcm kuah bolognese? heheh. hakikatnya... sambal tumis je... cincang2 bawang, halia, ayam, siap! nak bg nampak mat salleh sket, letak sosej ;)  hasilnya... tetap menambat rembesan salivary glands. heh. dunno why, tp mmg takat ni tak leh terima lagi bolognese. tp kalau carbonara...itu laju! ^_^


happy lunch hour eberibadi!  =) =) =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...