expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 22, 2013

Aku Bercerita - Review



Bismillahirrahmanirrahim



Akhirnya... tamat jugak baca buku ni. dan macam biasa... karya Ramlee Awang Murshid a.k.a RAM memang sentiasa superb! =)   tapi... mula2 tu rasa mcm tak lalu jugak nak baca... ni semua sebab zimah punya pasal! siap masa nak beli tu, dia cakap "mu nk beli, beli ah. tapi aku memang kecewa aaa dgn buku ni." herghhh... psiko sgt. tak suka taw dpt review awal mcm tu. sepoiler.


Maka dengan berat hati nak baca, bukak baca 1st page, ermmmm... rasa give up terus. sebab mcm bukan RAM yg tulis bila guna sudut penceritaan orang pertama which is 'Aku', wlpn awal2 dah notice tu tajuk besar dia AKU Bercerita. tapi ntah la..tak boleh terima. rasa mcm poyo je ram ni tulis psl diri dia sendiri. heh.


Pastu berminggu2 jugak la novel ni terdampar tak bersentuh. sehinggalah satu malam tu rasa payah nk tido. jadi pikir novel ni kan mcm tak best, mesti kalau baca selai dua dah mengantuk jadi ubat tidur ni ;]  skali bila masuk citer BUNIAN tu... amik! terus teruja nak sambung baca dan baca lagi. mcm biasa, novel ram ni payah nak predict jalan cerita dia. rasa mcm nak ketuk2 je kepala kat bantal (?) sb sampai sekarang payah now nak guess apa sebenarnya yg berlaku dalam satu2 citer tu. huh. awesome writer sgt dia nih. apa ilmu pakai?


ok. nama pun review kan. jadi mmg panjang lah typing kali ni. gmbr mmg takde. nak cari gambar bunian takut. heh. ada 5 cerita atau sub story dalam novel ni. jom kita belek satu-satu.











1. BUNIAN

Best! Setiap karya ram biasanya memang ada unsur keagamaan yang diterapkan. dan untuk novel ni, bunian paling byk rasanya unsur2 islamik. melibatkan kepercayaan kita akan kewujudan makluk lain yang tak terlihat oleh mata kasar kita, tp ia bukan syaitan,jin atau makhluk halus.

Paling tak tahan, awal-awal ingatkan Mayang Sari tu bunian, Jailani ni manusia biasa. sekali lain pulak citer dia. Jailani tu kira half-half la, separuh manusia separuh bunian. eh mcm citer The Twillight Saga plak kan. tapi tu pontianak mat salleh. jgn nak terpedaya sgt dgn dakyah2 deme.

oh ending bunian ni mcm a bit sedih kot. sebab sah2 mayang sari tak blh kawen dgn jailani sb adik beradik kandung. pastu bila dah tua baru skali tu je jumpa, tu pun main lambai2 je... kan nice kalau masing2 still keep in touch... rekaan semata2. hihi ;) 





2. CULIK

Kejam. Psiko. rasa nak sepak2 je mizwar tu. ada rupanya orang kaya buat keje macam tu. culik budak2, pastu jual kat thailand. sebelum jual... hmmm bc sendiri,tak sanggup nak taip. keji sgt. tapi mcm tak abis je kan kes perdangangan manusia ni. dah mcm jual beli ayam itik. 

kesian faizal... mati sia2 akhirnya, tak sempat nak bertaubat. dan tak sangka, johan rupanya perompak yang psiko tu. haha. bravo johan! memang curious sgt nak tahu sape yg ceroboh masuk rumah mizwar tu. pastu bercakap mcm org gila. dan org gila adalah lagi menakutkan dari perompak yg waras.huhu. tapi psiko dia berjaya, sebab akhirnya mizwar terpaksa menyerah diri atas kejahatan yang pernah dia lakukan. tahniah johan! eh tetibe.






3. CINTA MATIKU

kemain cik amani mula2 beli novel belek yg ni dulu =) haha. dont judge it as jiwang. sebab hakikatnya cerita ini adalah kisah tragedi yg tragis dan ngeri. mana tak tragis kalau rukiah, ayah dia (pak shukor), tuan baharom (majikan pak shukor) kena bakar hidup2! kejam kau salmah, eh kalsom. 

lagi ngeri bila sebenarnya kehidupan tahir dan kalsom adalah seperti berzina sebab pernikahan tu tidak sah atas nama rukiah. rukiah atau kalsom, dua-dua bukan isteri tahir. nama sebenar perempuan tu - Kefira Hebrew, tapi muka mcm melayu, sb tu boleh menyamar masuk kawasan melayu. cuma pelik, kalau bukan komunis, kefira ni sapa nak musnahkan tanah melayu waktu tu... hmmm. 

mmg citer ni byk melibatkan fakta sejarah. tapi yg sadisnya, tahir mcm gila kot last2. suka ckp sorang2. walaupun dia mcm ada pendirian, dan nekad bunuh 'rubiah' a.k.a kefira demi tanah air, dan mengharapkan biarlah Tuhan yang menentukan sb dia mmg tak nak mengaku dgn pihak polis dia dah bunuh rukiah, tapi mcm ... sgt tidak siuman sorok mayat rukiah tu bawah katil sendiri. tak ke gila namanya tu?

haish... apa pun, tahir -wira yang tidak didendang...hohoho. dan cinta matiku tu... hanyalah pada bangsa, agama dan negara =)





4. SANG KANCIL

Sukeeeee! =) sebab ala-ala fantasi citer dia. tapi karya ram ni, walaupun byk yg 'ghaib', magic, khayalan, dan mengarut tak terjangkau dek akal, hakikatnya citer dia ujung2 adalah kenyataan normal. huhu. mcm jailani dan mayang sari, of kos kita nak tgk mereka dua2 bahagia sama2. tapi tak akhirnya. faizal, at least biarlah dia dapat semula kehidupan dia dan berubah jadi baik mcm johan. tp kita disedarkan yg ajal maut hidayah semua tu di tgn tuhan. tahir plak, mcm kesian pulak sorang2 mcm tu. ingtkan biarlah sampai ke sudah dia dgn rubiah berbahagia, wlpn nmpk mcm pengkhianat simpan rubiah tu. tp yg perit itu lah hakikat yg perlu diterima. agak kontra la sikit dgn novel2 lain. sb biasanya penulis akan berusaha adjust cerita tu jadi happy ending ujung2 dia...jadi readers pun gembira. tp karya ram ni lain, jiwa kena kental. haha. kental ke? ;)


eh ok. masuk citer sang kancil. pun sama, walaupun ahmad a.k.a jasmir tu diberi peluang 'ajaib' masuk dalam Pelangi Awanan, jumpe haiwan2 yg boleh bercakap semua... tp takdelah in future dia jadi terlampau hebat. just jadi jaga kat bank je. pastu dpt kete kancil, dan sambung belajar diploma. see the not so happy ending yg series tak over happy mcm yg selalu kita baca? 





5. CUT

Tajuk cut utk nama Cut Asmidar dan 'cut' in movie action. emm byk2 yg ni mcm tak brape gemar la. sebab citer tu last2 hanyalah lakonan semata2... wlpn novel ni pun rekaan semata2, tp iskh... tetapla rasa mcm.. why lakonan? why? baru nak admire watak herman. sekali pelakon jerk. oh ya, memang biasanya hero2 dalam novel ram boleh dijadikan secret admire. haha. 


dan berita paling menggembirakan, next novel ram... dia akan combinekan hero2 dalam novel2 yg lepas2. tombiruo, laksamana sunan, ryu watanabe, dll. suke3! ^_^

btw mcm mana sub story kat atas relate dengan tajuk 'aku bercerita', kena baca sendiri novel tu. pening nak citer. sebab kait dgn apa ntah. jadi selamat membaca! =) 


4 comments:

cik hani said...

wah..banyak jurnal kesah yang berlainan..

saya suka gak baca2 buka yang bunian bagai ni.. tak de lah asyik novel cinta meleleh air mata je kan..

hikhik

.: yUhAiSya :. said...

a'ah, lama dah tak baca novel jiwang =)

Anonymous said...

eheh...byk watak lari nama ni...dlm cinta matiku tu namanya rukiah buk...dalam cut tu namanya herman buk...bukan lukman,...kekeke

.: yUhAiSya :. said...

anon- haha. kes mls cek balik novel time update, suka2 ht je type nama, rs gak mcm pelik nama lukman tu, sb dah guna dlm novel janji, hihi. ok tq, dah tukar =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...