Bismillahirrahmanirrahim
Raya mmg so-so je, tp masak dan makan tetap wajib ;) awal2 sebelum raya dah plan nak challenge diri sendiri buat nasi kuning ngan gulai ikan aye. part gulai tu yg agak mencabar, sb gulai ni sama ng gulai nasi dagang. bkn senang nak buat gulai nasi dagang yg betul2 kaw mcm org tua buat. sape2 org trg yg biasa test mkn ns dagang kt tempat yg berbeza, mmg boleh cam mana kuah yg 'menjadi' dan tak berapa menjadi.
tp the day before tu mood masak down balik sb mak tak sihat. rasa mcm... kalau masak best2 pun, sape nak habiskan. sb biasa mak yg mkn banyak... tanya dia, nk buat ke tak ni nasi kuning? dia kata buat la. tp nasi tu tak yah buat byk sgtla, dan kuah tu buat pekat, jgn cair2 sgt. ok. anakanda faham.
selingan. pagi raya, kami bekpes karipap ikan (segera) dgn muffin coklat ni je dulu. sb tau gulai konpem lambat masak. karipap tu inti ikan, tp dia mcm gaul ngan kentang. agak pelik. tp boleh la... muffin tu sedap! dpt diskaun plk tu nk raya, selalu rm5, nk raya x sampai rm4 utk 8 biji.
skang masuk balik misi menstudy bahan2 tuk buat gulai dan nasi. saya mmg takde rujukan mana2 pakar selain tgk resepi kat blog2 masakan. satu sb kenapa sy nak challenge diri sendiri adalah saya dapat belajar sesuatu yg baru dan tmbh skill masak memasak. susah la sikit awal2, sb lg senang kalau belajar secara berguru. thats why i think alangkah ruginya anak2 atau cucu yg masih ada org tua tuk dirujuk, tp buat derkk je tak nak belajar. bkn ckp org, sb mungkin mana tau diri sendiri pun tak nak amik tau. kita akan menghargai kepakaran mereka bila mereka dah tak ada... kan...
ok balik pd misi td, sbnarnya study resepi last minit. so tak cukup masa. apa2 hal kita pergi beli barang dulu. pastu konpius sorang2, sb ada resepi guna serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, dan kerisik, tp ada resepi yg cuma guna rempah gulai nasi dagang. rupa2nya bila balik rmh study balik, baru tau yg dlm rempah gulai ns dagang tu dah dicampur mcm2 serbuk termasuk jintan manis dan serbuk ketumbar. so dah membazir 2paket serbuk kat situ. x tau la bila plk nak guna.
dan ada dua kaedah utk masak gulai ni. yg paling asli ofkos masak santan dulu, dan kacau ngan bahan2 lain sampai berjam2 lamanya. mak pun cakap, arwah tok2 dulu, kalau masak gulai, mmg tak tinggal dapur tu. duk la situ mengacau dr pagi sampai tgh hari membawak ke petang. agak seksa menunggu, tp hasil dia jgn cakap la... tip top! kaedah kedua, tumis dulu bahan2 lain, baru masuk air dan santan. lebih mudah dan cepat. so ofkosss i choose no 2 ^___^ mmg nk sgt try kaedah pertama tu, tp kalau sampai 7 jam... emmm tau dpn la yeh kita try ;P
cara2 belajar masak resepi baru. salin, tepek kat peti sejuk. donut kentang pun ada lg kat belakang tu ;) resepi untuk gulai dan nasi ni amik kat blog k nor secubit garam. ada link kat sebelah. cepat2 pun makan masa 2-3 jam jugak nak siap. org cakap, kalau nk lg sedap gulai tu, masak mlm sebelumnya. lg umph. tp ikan aye tu mmg wajib rebus a night before ye adik2 *tiba2 jd kakak*
dan setelah berhempas pulas di dapur, ehem2... i am really2 proud to present my gulai ikan aye here... jap, tak leh really2 proud sgt, sikit2 je. jgn amalkan riak berpanjangan. but still...
tadda....! =) =) =)
its really works with this recipe! i did it! yes3! cuma ye la.. i just can present the photo, not the taste. so mcm perasan sorang2 ;] anyway, hanya jauhari yg mengenal manikam. dan hanya ank jati trg yg mengenal rasa sebenar gulai ikan aye. haha. nak jugak.... ni pun tak letak kerisik. beli, tp lost not found... sentap kejap sblm masak. sb 1st time kot nk try masak gulai guna kerisik. org ganu panggil nyo gula. sesuatu yg wajib dimasukkan dalam gulai kenduri.
dah nak siap masak gulai, baru masak nasi. sb nasi kejap je.
nasib baik kejap, sb bau wangi nasi ni, boleh meresap satu taman kot. maap ye jiran2. mak saya suh masak sikit je. 2pot kecik. pastu gaduh tak cukup. boleh dia kaup tinggal kerak je??? tu cara2 tak sihat, takde selera sb mulut rasa pahit... kalau sihat??? daun pandan tu bkn tak simpul, dia yg degil pegi tercabut balik.
acar timun. pun buat sehari sebelum. pastu sumbat dalam peti sejuk. pelengkap hidangan nasi kuning. satu lagi sambal belacan. tp tu beli yg dah siap je. sb mak tak makan pedas, so takde makna buat byk2.
final presentation =) set nasi kuning. puas hati buat sendiri. kalau mkn kedai, ikan dpt secoet je. acar boleh bilang brape kerat dia bagi... tp tu la, nk buat sendiri bkn selalu boleh buat. tp utk cubaan pertama kali ini, saya adalah sgt terharu dgn diri sendiri. haha. riak lagi... -___-"
lepas makan berat2 mcm ni, terbayang2 desert yg sejuk2...
so we have this for our desert. kebetulan khamis tu pegi sabasun (hyperuncit) ada buat promo kat depan kedai dia. harga asal sekotak rm6.90, tp promo dpt rm2 jeee sekotak. rembat dua, bg kat rumah abg n k nor satu.
dan budak ini adalah sgt berselera menghirup ais krim nya. ye, hirup. siap berkuah2. sedap ye bang? haha, dah betul2 akan jd abang taun dpn, insyaAllah. sb apa? sb ada babyyyy dlm perut umi. alhamdulillah, dah boleh terima kenyataan akan ada adik. heheh.
thats all for menu raya haji. jumpa lagi. tata =)