Bismillahirrahmanirrahim
emmm dapnye. ini adalah tapai pulut versi trg. di mana tapai tersebut dibungkus dgn daun getah. letak dalam peti ais sejuk2, pastu ngap. nikmat tak terkata! ;) tapai adalah termasuk dalam kategori makanan yg tak lalu saya telan kecik2 dulu. padahal dulu arwah tok siap buat sendiri sebesen besar time nak raya. buat banyak2 utk bg kat jiran2 skali. time tu... pandang sepi je kat tapai2 ni. skarang, menggagau cari time raya =)
sehari sebelum raya, pepagi kan g cari barang basah kat pasar. niat skali nk cari tapai. alhamdulillah, dapat yg fresh punya, sb makcik tu act nk jual petang time bazar petang karang, tp kesian kat kita kot... thehehe ^ ^ so esoknya raya, settle dgn nasi minyak, sate, nasi himpit semua, tak sabar2 bukak tapai dalam peti ais. semalaman tu simpan. sedap sgt! sampai tak sedar dah brape bijik abis...
and that was the last tapai time syawal. tetiba baru ni terbeli balik. ter la sgt... time tunggu turn kat klinik, dah lama sgt menunggu, skip dulu g pasar payang. dah ternampak pulak setalam besar makcik tu jual tapai ni. riang ria balik rmh ritu dapat tapai dalam 30 bijik. haha. 30 bijik tu 5ringgit je harga dia. murah kan? xyah susah2 buat sendiri wlpn daun getah belambak2 belakang rmh. btw ni bukan daun pokok getah yg org toreh tu, tp pokok dia lain... i dun know why org panggil daun getah.
satu lagi, bg org luar, tgk2 sikit harga tapai ni. smlm terbaca blog travel ni sorang, dia mkn kat atas pasar payang tu sebijik 50sen. banyak tipu....! kalau rasa nk makan sgt, turun bawah jap area kepok lekor, beli kat situ. berganda2 murah.
ok sambung balik citer tapai tadi. lps settle kat klinik, balik rumah mkn kepok lekor sebatang selang dgn tapai. perut sebelum tu adalah kosong. sempat isi dgn roti dan air kotak sahaja. balik2, sumbat tapai terus. dan tak berhenti kat situ. mlm pun suap lagi. nasi lgsg tak pandang.
esok lps bgn subuh, dah start rasa lain mcm. mcm kat awan2ngan je. pegi buat milo. abis segelas, mata berat. ok la jom kita tdo kejap. dalam pukul 10 kot (sies lama terlelap), mak datang kejut. pakej la skali membebel asal tak bangun2 lagi. tp mata berat sgt nak bukak, suara dia pun mcm sayup2 je. sies tak terdaya... few hours later, blh bgn, turun bawah. flat lagi kat lantai... lemah longlai je rasa. flat kat situ sampai tgh hari terus.
lepas zohor mkn nasi semua, baru la mcm berada di alam nyata. tu pun ada rasa mcm nak muntah tp tak terkeluar. cakap kat mak, org rasa nk pitammm je tadi. kalau g spital, konpem kena drip glucose dah tu. 1st thing dia ckp asal x panggil dia, boleh tlg urut kepala ke apa. 2nd thing berdas2 kena bebel sb kemaruk sgt makan tapai sampai tak makan nasi. terus rasa nk pitam balik.
so pengajaran hari ni, kalau nk makan tapai byk2, sila makan nasi dulu ye... sekian ^________^
1 comment:
lihat cara pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut
Post a Comment